Assalamualaikum..
Hye semua..
Novel ini membuatkan Sha sukar untuk membaca kerana lenggok bahasa Indonesia itu masih ada walaupun sudah dialih bahasa. Dari satu bab ke satu bab, kena belek helaian hadapan untuk mengetahui maksud perkataan yang Sha tak tahu..
4 watak utama yang diperkenalkan pada pembaca sangat berbeza tapi saling berkait.. Paris yang tidak mahu jadi Pondan tapi perempuan.. Yusuf teman sebilik yang lembut, terpaksa tinggal di pondok dan mahu mencari hidup baru.. Oskar yang mahukan kekuatan bela diri dan tidak lut senjata.. Ricky yang terpaksa tinggal di pondok akibat kemiskinan keluarga.. Babak paling menarik dalam novel ini ialah pencarian sekolah pondok yang dilakukan Ricky, walhal dirinya itu masih muda..
Mereka sebenarnya tahu malah tersangat sedar, bahawa apa yang mereka buat itu salah dan berdosa.. Mereka merupakan pelajar sekolah pondok, belajar tentang agama.. Tapi kerana mahukan duit, mereka pejamkan mata tentang dosa itu. Yang mereka mahu ingin berdikari mencari duit dan merasakan kebebasan.. Penamat yang disajikan agak tergantung pada Sha
Sha baca dan selesai pada 14.01.2022..
Published April 27th 2012 by Buku Fixi
Susah jugak nak faham kalau bahasa yang digunakan kita kurang familiar.
ReplyDeleteMenarik jalan ceritanya
ReplyDeletePenamat yang tergantung itulah yang buat pembaca terus tertanya-tanya.
ReplyDeletekacau mood jugak lah bila lenggok bahasa susah nak faham
ReplyDelete