Wednesday, June 24, 2026

Coretan Semalam & Kelmarin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami ada temujanji MOPD.. Kali ini memnag tak boleh nak elak dah.. Encik suami kena tambah ubat untuk kencing manis.. huhuhu.. Paksa rela ja muka encik suami.. Takpelah.. Kita usahalah tegur supaya beliau jangan makan malam lewat-lewat.. Kadang tu faktor kerja dan kepenatan menjaga MIL tu yang beliau suka makan malam.. Penat dan lapar.. Nak marah, kesian tapi tu lah antara punca gula susah nak dikawal..

Sabar jelah mendengar teguran doktor.. Semoga gula encik suami kembali terkawal..

Temujanjinya jam 9 pagi tapi dapat jumpa doktor awal sebab datang paling awal.. Selesai jumpa doktor, encik suami terus balik.. Sha tolong ambilkan surat untuk temujanji seterusnya dan slip ubat beliau..

Ini usaha jalan kaki Sha semalam.. Tak berjaya nak dapat jumlah 3 ribu lebih.. Masa pun tak sampai 30 minit.. Segan sebab ramai sangat pelajar baru PSAS yang tengah buat tour sekeliling Politeknik.. Kitanya nak jalan tenang-tenang.. Terus gemuruh dan laju.. kikiki..

Ini pula hari Isnin.. Lebih 30 minit dan lebihlah 3 langkah.. Tetap usaha juga jalan kaki supaya kesihatan terjaga.. Makan ja kadang-kadang ke laut dalam.. kikiki..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com