Hye semua..
Membaca lagi.. hehehe... kenapa dan kenapa lah agaknye asyik nak membaca jer.. stress ke??
hohoho... Kena luahkan nie.. kalo x lagi banyak novel menjadi koleksi.. tapi camne nak luahkan.. En. Hubby buzy skrg nie.. hohoho... luahkan.. luahkan... oklah meh nak cite pasal novel terbaru yg kasih baca...
Sinopsis
J-woks merupakan ketua penjenayah yang paling dikehendaki polis. Malangnya, pihak berkuasa masih gagal mengenal pasti wajah sebenar suspek itu. Bahkan konco-konconya sendiri tidak pernah melihat muka ketua mereka. Kejahatan lelaki ini dan kumpulannya memporak-perandakan ibu kota Kuala Lumpur bukan mitos atau dongeng. Malah, kelicikan mereka memboloskan diri telah menjatuhkan maruah polis.Inspektor Dzul Faqar yang ditugaskan mengetuai pasukan khas khusus untuk menangani kes ini tetap optimis. Namun, penjenayah yang dikejarnya menyimpan dendam. Semangat memburu penjenayah telah membuatkan nyawa keluarga dan wanita yang dicintainya turut terancam.
Lantas, komitmen pada kerjaya sudah mula menjadi konflfl ik peribadi. Dia tahu tiada antara mereka yang akan berpuas hati selagi salah seorangnya tidak menempah maut. Matlamat hidupnya hanya satu, membersihkan dunia ini daripada tangantangan durjana. J-woks mesti ditangkap.
ULASAN SAYA : Novel yang menarik cuma terlalu banyak twist dan agak kucar kacir seket.. Mungkin sebab terlalu banyak yang ingin disampaikan pada satu masa menyebabkan jalan cerita menjadi agak kelam kabut.. namun begitu cerita nya penuh debaran dan aksi.. Bagaimana seorang penjahat yang kononya sangat terror akhirnya tersungkur juga ke tanah... menarik namun masih boleh diperbaiki..
Sinopsis
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?
ULASAN SAYA : Cerita die memang sangat menarik.. Kelakar, sedih dan juga geram.. Dalam dunia nie xkan ade yang sempurna.. semua orang ada kekurangan.. sebab tu kita dijadikan berpasangan untuk saling melengkapi kekurangan diantara satu sama lain.. Bayangkan seorang CEO yang handsome, bergaya, pandai, kuat bekerja, mementingkan kesempurnaan tetibe takut pada lipas.. Camne agaknye ye?? hehehe.. selamat membaca..
Tq untuk ulasan. Akak memang suka novel sangat. Satu bentuk escapism juga...
ReplyDeleteur welcome.. hehehe..
ReplyDelete