Sunday, May 31, 2020

Novel | Dirgahayu oleh Helmi Effendy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah ini pernah dikongsikan di Facebook Mahakarya.. Tapi Sha baca separuh jalan je bila tahu yang buku ini akan diterbitkan.. Memang tunggu untuk baca versi penuh.. Walaupun mereka keluarkan dalam bentuk ebook, Sha tak ada masalah sebab sekarang pilihan bahan bacaan bukan sahaja bentuk fizikal..

Pembacaan Sha memang lancar lah sebab tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada mereka berlapan.. Kisah yang bermula dengan penyelamatan dan berakhir dengan pembunuhan.. Kemudian mayat yang dibunuh hidup semula dan mengejar mereka.. Dalangnya adalah si Luncai yang menyebarkan surat berantai.. Bukan sebarangan surat berantai, sebaliknya apa yang dinyatakan didalam surat berantai itu menjadi kenyataan bila dipercayai dan disebarkan sebanyak 77 kali.. Memang tak mudah untuk mereka menyiasat namun bila ianya membuahkan hasil, ianya sangat mengejutkan mereka.. Ada yang bersembunyi diantara mereka.. Siapa sebenarnya si Luncai?? Tragedia apakah yang mewujudkan Si Luncai??

Sha baca dan selesai pada 29.05.2020

Koleksi peribadi Sha.. ebook ini dibeli melalui laman sesawang Patriots.. Boleh beli di SINI..
Published 2020 by Patriots Publishing Sdn Bhd

2 comments:

  1. Wow sebati je abis baca.. patut la sebab cite dia menarik

    ReplyDelete
  2. Saya pun dah start beli ebook sekarang. Sebab nak kurangkan beli barang yang dipos buat sementara waktu dengan keadaan sekarang ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com