Assalamualaikum..
Hye semua..
Ini ebook percuma yang Sha dapat dari penulis.. Terima kasih Sha ucapkan pada penulis.. Ini permulaan geng toyol dizaman sekolah..
Satu kisah yang sangat meruntun hati.. Dua sahabat yang digelar toyol kerana bila berdua mereka nakal dan bising.. Saling memerlukan dan sangat setia.. Sarah datang dari keluarga yang kurang berkemampuan manakala Yana datang dari keluarga senang dan sangat mementingkan status.. Di asrama mereka hanyalah pelajar.. Kepayahan hidup membuatkan Sarah tersalah langkah.. Tindakan Sarah memang salah namun untuk meletakkan kesalahan itu sepenuhnya pada Sarah pun tak boleh juga.. Disini penulis berjaya menyelitkan satu isu yang kadang kita terlepas pandang pada orang disekeliling kita.. Guru yang menjadi warden kurang peka dan lepas tanggungjawab hingga menyebabkan Anne hilang tanpa dikesan.. Pelajar melakukan pengedaran dadah juga tidak dipedulikan.. Mak ayah yang terlalu nakkan sesuatu dari anak..
Memang menyentap perasaan bila baca ebook ini.. Tahniah buat penulis untuk naskah uang sempoi tapi tepat ke hati..
Sha baca dan selesai pada 07.05.2020..
Sha terima ebook dari penulis..
Published 2018
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..