Sunday, August 7, 2016

Pengalaman Memandikan Jenazah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat pengetahuan semua, Ibu Sha baru sahaja meninggal..
Hari Ahad (31.07.2016) jam 12.04 tengahari di Hospital Seri Manjung..
Alhamdulillah, perjalanan ibu sangat lancar.. 
Semua urusan berjalan tanpa masalah..
Dari Hospital ke rumah..
Kawan-kawan, saudara mara semua berkumpul menunggu jenazah ibu..

Masa arwah Mak Sha meninggal Sha baru berusia 4 tahun.. 
Masa ini memang tak berpeluanglah nak mandikan dan kapankan jenazah..
Kemudian abah Sha berkahwin dengan Ibu..

Bila ibu meninggal Sha berpeluang memandikan arwah ibu..
Bukan takat mandi.. 
Mengkafankan jenazah pun dilakukan oleh kami adik beradik.. 
Dengan bantuan pihak pengurusan jenazah..
Perasaan yang sangat susah nak digambarkan..

Cuma Sha tak ikut sampai ke kubur sahaja.. 
Tapi adik-adik yang lain pergi..
Kini kami hanya ada abah..
Pemergian yang tak akan kembali lagi..
Yang paling terkesan adalah adik yang bongsu dan juga abah..
Adik tu yang menjaga dan menguruskan ibu semasa hayatnya..
Selama 10 bulan ibu terlantar lumpuh tidak boleh bercakap..
Hanya adik yang menemani, memandikan dan menguruskan semuanya tentang ibu..
Sambil dibantu oleh abah dan adik perempuan Sha..

Betapa rindunya kami kepada arwah ibu..
Tiada lagi tempat bermanja dan bergurau senda..

Bissmillahirrahmanirrahim..
kepada yg mengenali allahyarhammah Hanum Shakrawi Zakaria iaitu ibu saya..mintak jasa baik kalian utk mendoakan kesejahteraan arwah di alam baru..
semoga beliau ditempatkan disyurga Allah..

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
 ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞
 غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
 
Raya terakhir kami bersama Arwah Ibu..
 
 
 Arwah ibu bersama adik Sha yang bongsu dan abah..

 
Masa Arwah Ibu masih sihat..

6 comments:

  1. Takziah kak sha. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org org yg beriman..

    ReplyDelete
  2. Salam Takziah sha...Al fatihah

    ReplyDelete
  3. takziah sha :( aida br baca...
    moga mak sha berada di kalangan org beriman.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com