Thursday, August 25, 2016

Membeli Barang Dapur di Pasar Malam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja Sha nak kongsi dengan kawan-kawan..
Sebelum ini, Sha memang jarang memasak hari kerja..
Sha lebih senang membeli lauk siap sahaja dan masak nasi dirumah..
Selalunya Sha akan masak pada hari Sabtu dan Ahad sahaja..
Tapi semenjak kantin tempat kerja Sha dah tak berape best masakannya dan semakin mahal..
Sha mula memasak kembali..
Itupun untuk makan malam sahaja..
Penat memang penat.. 
Balik dari kerja, dah kena bersilat dekat dapur..

So, Sha pun dah mula membeli barang basah semula..
Sha tak beli di Pasar, sebab harga yang mahal..
Lagipun kalau beli ayam, Sha kena beli seekor atau sebelah di pasar..
Sedangkan kami sekeluarga kurang makan bahagian yang berisi seperti dada ayam..
Sha lebih senang membeli di Pasar Malam..
Lebih murah dan banyak pilihan..

Selalunya Sha akan beli sepiring udang, sepiring sotong..
Harga untuk sepiring ini RM5..
Ikan pula, sha tengok keadaan..
Kalau nampak segar dan elok, Sha amik la juga..
Kalau tak Sha beli yang timbang je..
Ayam pula kita boleh pilih bahagian apa yang kita nak..
Selalunya Sha akan beli bahagian peha dan tight sahaja..
Harga lebih kurang RM11 untuk dua pasang peha dan tight.
Cukuplah untuk makan seminggu.

Biasanya Sha akan masak 2 jenis lauk sahaja.. Sayur dan ikan..
Atau sayur dan ayam..
Mujurlah encik suami jenis tak cerewet..

Kalau sayur pula, Sha lebih senang membeli di Pasaray TF @ Speedmart 99.
Dia dah siap packing.. Just amik je nak sayur apa..
Seikat atau sepekat biasanya untuk sekali masak sahaja..
Harga pula antara seringgit lebih ke dua ringgit lebih..

Kalau memasak masa hari yang Sha bekerja, 
Sha akan keluarkan lauk dari peti beku untuk defrost pada waktu rehat tengahari..
Sha juga akan sediakan bahan memasak seperti bawang, sayur dan cili pada waktu ini..
Balik dari opis dah boleh terus memasak..
Sha boleh buat begini sebab Sha duduk quaters staf..
Rehat tengahari memang Sha akan balik rumah..
Keadaan ekonomi sekarang yang agak membebankan memaksa orang yang bergaji sederhana seperti Sha berbelanja dengan berjimat cermat..
Kena sentiasa membandingkan harga dan mencari tempat yang harga barangnya berpatutan..
Kalau tak buat macam ini memang terseksa la jawabnya..

Perkongsian ini hanyalah perkongsian..
Mungkin boleh membantu mungkin juga tidak..
Mungkin rakan-rakan boleh kongsikan juga bagaimana rakan-rakan berbelanja..

7 comments:

  1. Assalamualaikum. Singgah baca... menarik :)

    ReplyDelete
  2. hai, singgah sini..

    saya suka beli barang kat tempat yang boleh bayar pakai kad, sebab saya malas nak bawak duit.. hehe

    ReplyDelete
  3. brg basah mmg lagi senang beli kat pasar malam je.. bnyak pilihan kan kak sha..:)

    ReplyDelete
  4. kan..sllunya puas hti lg msk sndiri..jimat pun jimat

    ReplyDelete
  5. Semoga Ain Athirah jadi isteri yang rajin mcm kaksha nnti. Aminnnn. Eh ? hahahahahahaha

    ReplyDelete
  6. MV sha tiap2 hari masak untuk malam sha..kat sabah ni kos makan kat luar sangat mahal...huhu...penat juga smpi rumah dalam jam 6...masak2..kemas rumah basuh kain

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com