Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha baru selesai temujanji di Klinik Pakar O&G untuk susulan dari SOPD.. Alhamdulillah.. Ini menjadi temujanji pertama dan terakhir Sha untuk klinik O&G ini.. Lega rasanya..
Sha menjadi pesakit pertama yang jumpa doktor.. Selepas beberapa soalan, doktor buat ultrasound untuk Sha.. Pertama di perut dan kedua di bahagian kemaluan.. Di bahagian kedua ini memang terus ke rahim.. Kita pesakit pun boleh tengok juga.. Ada monitor dekat bahagian kaki.. Memang doktor tunjukkan keadaan dalam rahim, dinding rahim, kilang telur.. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.. Sha dirujuk sebab simptom sakit di bahagian buah dada setiap kali nak haid dan juga haid yang tak menentu.. Doktor bagi tahu, walaupun haid Sha tak menentu Sha masih lagi haid 5 ke 6 kali setahun jadinya tak ada masalah.. Lagipun rahim dan dinding rahim Sha berada dalam keadaan baik.. Simptom yang Sha alami sebelum haid tu adalah normal dan haid yang tak teratur juga tak memerlukan Sha untuk makan ubat.. Tambahan pula Sha pakai implant, memang akan menyebabkan haid untuk tak teratur tu tinggi..
Periksa berat dan tekanan darah dulu.. Sha dapat nombor 1.. Cepatlah urusannya.. Sha suka sebab doktor punya penjelasan tu terang dan jelas.. Terang dengan bahasa yang mudah untuk kita faham.. Berat Sha 71.3kg.. Macam turun sikit..
Alhamdulillah...takde perkara yang serius...
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya baik2 aje
ReplyDeleteAlhamdulillah kalo hasil bagus ya kak 🤗. Apapun memang harus diperiksa utk yakin tak ada yg berbahaya
ReplyDeleteAlhamdulillah sihat-sihat selalu hendakNYA
ReplyDeletemasalah kita sama tapi bezanya implant tu je lah hehe alhamdulillah kaksha takde pape
ReplyDeleteada kadang2 doktor bercakap dgn patient guna medical terms...ehhhh kita rakyat marhaen mana nak faham bahasa medical ni. Sama juga macam boss ammi. Pernah tegur dia sbb dia explain kat client guna legal terms mana client nak faham sangat. Jadi sekarang ni lepas meeting dia tanya ammi "boleh faham tak my explanation"... sbb kalau ammi faham insyaallah client akan faham
ReplyDelete