Wednesday, August 5, 2020

Drama Korea | Ga Doo Ri’s Sushi Restaurant (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat menarik.. Mengenai Doori yang membuka sebuah kedai sushi dan membuat bacaan kad tarot pada pelanggan terpilih.. Ada imbas semula mengenai kehidupan Doori sepanjang drama ini.. Drama yang pendek dan sagant menyeronokkan untuk ditonton.. Lebih mudah sebab boleh tengok di Youtube.. Pelakon dia pun not bad.. hehehe..

Boleh tengok di Youtube klik SINI dan juga di SINI..

Drama: Ga Doo Ri’s Sushi Restaurant
Also Known As: gaduli hoesjib, Gaduri Restaurant, Gadurihoetjip, Gadurihoesjip
Genres: Comedy, Romance
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Jun 9, 2020 - Jul 16, 2020
Aired On: Tuesday, Thursday
Original Network: Naver TV Cast, vLive
Duration: 17 min.
“Ga Doo Ri’s Sushi Restaurant” will be about the sweet yet fierce romance between dating expert Ga Doo Ri, who’s well known for her refreshing dating advice, and her mysterious next-door neighbor Cha Woo Bin.. (Source: Soompi)


Pelakon-pelakonnya..

Minuman | Haus Boom: Mangga & Asam Jawa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pantang nampak perasa baru, mulalah tangan gatal nak membeli.. Kali ini kita cuba dua rasa yang agak menarik iaitu mangga dan asam jawa.. Iya kawan-kawan, asam jawa.. Harganya masih RM3.80 dan Sha jumpa di Kedai Mesra Petronas dan 7Eleven.. 

Mangga tu macam tak berapa rasa sangat mangga dia bila dah campur dengan carbonat untuk dijadikan air sparkling ini.. Ada rasa mangga tu tapi macam sipi-sipi je.. Ke tekak Sha yang tak berapa okay.. Hahaha.. Asam jawa tu pula kuat rasa asam jawanya, carbonat tu pula kurang.. Kalau korang suka asam jawa, memang Sha syorkan lah untuk cuba yang ini.. Agak menarik untuk tekak Sha.. Hehehe.. Owh ya, yang asam jawa tu korang kena goncang sikit sebab dia macam mendap dibawah.. Barulah rasa dia sekata lepas digoncang.. Gitu..

Haus Boom Mangga
Haus Boom Asam Jawa

Wordless Wednesday 2020 PKPP


Tuesday, August 4, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 55 & 56

Assalamualaikum..
Hye semua..

Day 55
Semalam bermulalah kembali rutin berkerja seperti biasa dengan norma baru.. Bertugas di kaunter menggantikan rakan sekerja yang bercuti.. Walaupun telah diwartakan mengenai penggunaan MySejaytera, tetap ada yang tak mahu mematuhi dan sombong.. Bukan susah, duduk je diluar tak perlu masuk.. Ada sebab kenapa aplikasi MySejahtera tu diwujudkan.. Geram je tengok perangai manusia yang degil ini.. Telefon canggih boleh pakai, muat turun aplikasi MySejahtera yang mudah tu susah pula.. Rasa macam nak katok je kepala mereka ini.. Tu belum lagi isu pemakaian mask.. Haiah.. Sakit pula hati kita..

Menu sarapan dan bekal anak-anak ke sekolah semalam.. Spaghetti carbonara dengan sosej dan cendawan..

Petangnya dapat pengat pisang dari pengasuh anak.. Sedap tak boleh bawa bincang.. hehehe..

Day 56
Hari ini bermula dengan agak penat.. Semalam tak cukup tidur.. Pagi tetap kena bangun awal.. Sekarang kena rajin sediakan bekal untuk anak-anak.. Petang terima bungkusan yang dibeli dari Shoppee.. 100pcs mask budak dan 100pcs mask dewasa.. Balik kerja singgah rumah adik ipar ambil daging korban dan juga sos perapan.. Biras Sha berniaga ayam golek dan menu western.. Dia buat jual rempah perapan tu.. Malam ini nak kena tidur awal.. Tak lalu nak berjaga.. 

100pcs mask dewasa..

100pcs mask kanak-kanak..

Performance Blog KasihkuAmani Julai 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lambat pula update entry pasal perkembangan blog Sha.. Hehehe.. Hampir lupa sebenarnya.. Mujurlah masa scroll entry ternampak entry pasal ini.. Bulan ini ada nampaknya masih menurun lagi pageview.. Tetap akan update entry setiap hari.. Ini antara yang menarik dalam hidup Sha selain membaca dan menonton.. Nak ke panggung pun dah macam susah, layan dekat komputer jelah dengan Youtube.. hehehe..

Ada tambahan 3 orang followers baru.. Selamat datang ke blog Sha..

All time view itu meningkat walaupun bulanan menurun.. hehehe..

Vie kurang namun komen meningkat.. Yeah!! Membahagiakan.. Maknanya ramai yang rajin tinggalkan komen dekat blog sha.. Terima kasih..

Drama korea pula menjadi tarikan dan berada di carta atas.. Awesome.. Hehehe..

Apalah agaknya yang nak dicari dengan kata kunci Amazon tu ye.. hehehe..

Ada peningkatan entry.. Awesome..

Bila buat carian dekat Google, Yeah!! Keluar first page.. Teruja.. teruja.. Walaupun dua artikel ini je tetap rasa bahagia.. hehehe..


Giveaway by ejulz & shirven

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint GA ohsem anjuran ejulz dan shirven ini..

Tarikh Tamat : 15 OGOS 2020

Drama Jepun | Love Lasts Forever (2020)

Assalamualaikum.
Hye semua..

Entah kenapa tertarik dengan Youtube recommended ini.. Terus layan episod 1.. Eh, menariklah.. Terus Sha layan sampai episod 10.. Drama yang sangat comel dan sweet.. Lama juga tak layan drama Jepun.. Kalau layan pun layan drama thriller.. Kali ini kita layan yang sweet pula.. Nak tengok?? Boleh klik SINI..

Kisahnya pasal Sakura yang terjumpa dengan Tendo semasa membantu seorang makcik.. Tendo merupakan doktor dan ini membuatkan Sakura bercita-cita ingin menjadi seorang jururawat.. Setelah 5 tahun, akhirnya mereka berjumpa semula namun impian Sakura tidaklah begitu indah bila Tendo tak kenal pun Sakura dan bersikap sangat kasar.. Comel gila bila jumpa kali pertama lepas 5 tahun Sakura terus luahkan perasaan dekat Tendo.. 1 hari je dah selesai 10 episod.. hehehe

Drama: Koi wa Tsuzuku yo Doko Made mo
Also Known As: Love Lasts Forever , Koi wa Tsuzuku yo Dokomade mo, KoiTsudu, Koi Tsudu, Koi wa Tsuzuku yo Dokomademo, An Incurable Case of Love
Screenwriter: Kaneko Arisa
Director: Tanaka Kenta
Genres: Comedy, Romance, Drama, Medical
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Jan 14, 2020 - Mar 17, 2020
Aired On: Tuesday
Original Network: TBS
Duration: 51 min.
Nanase Sakura is a 23-year-old rookie nurse. She met Doctor Kairi Tendo several years ago and fell in love with him. To meet him again, she studied hard and became a nurse. After 5 years, she finally meets Kairi Tendo again, but he has a totally different personality than what she imagined. Kairi Tendo, who is 31-years-old, is commonly referred to as the "Devil" at work. He is a level-headed perfectionist and often makes biting remarks to doctors and nurses. Nanase Sakura works hard to receive recognition from Kairi Tendo and she also expresses her feelings honestly to him. Due to her persistence, Nanase Sakura becomes well known at the hospital and she picks up the nickname of the "Warrior. Chick" Meanwhile, Kairi Tendo becomes attracted to Nanase Sakura.
(Source: AsianWiki)

ebook | Jerangkap 333 oleh Ida Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook ini sangat menarik.. Bermula dengan kisah 4 sekawan yang mencari rumah sewa dan berjumpa dengan sebuar rumah yang besar serta murah sewanya.. Awalnya tiada apa yang mencurigakan.. Namun tak lama kemudia mereka mula diganggu, baik dalam mimpi mahupun secara nyata.. Kemuncaknya bila mereka menyiasat.. Penyiasatan mereka telah menyebabkan mereka hilang tanpa dikesan.. Kisah yang agak sedih sebab mereka tak dijumpai.. Tak ada siapa menjumpai walau telah mencari..

Sha baca dan selesai pada 03.08.2020..

ebook ini hak milik Sha.. Sha beli terus dengan penulis..
Published 2020

Monday, August 3, 2020

Makanan | Nutriplus Popcorn

Assalamualaikum..
Hye semua..

NutriPlus Popcorn.. Ayam goreng bentuk bebola ini menjadi kesukaan Amani untuk dibawa sebagai bekal sekolah.. Sebab ayam ini tak ada tulang dan kulitnya rangup.. Memang sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi goreng.. Penyediaanya pun mudah.. Keluarkan dari peti ais, panaskan minyak dan masukkan bebola ini.. Goreng sehingga kekuningan dan bolehlah dimakan.. Mudah cepat dan pantas.. Hehehe.. Harganya RM13.80..


Masih belum dimasak..

Selepas siap digoreng.. Menyelerakan.. 

Novel | Episodik Mimpi oleh Nurmala Samin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ke 22 dari siri Magic Bean.. Makin lama makin menarik buku-buku yang diterbitkan untuk siri ini.. Walaupun tidak salin berkaitan, siri ini berbaloi dibeli dan dijadikan koleksi.. 

Untuk buku ini kisah remaja sekolah yang sangat menarik.. Ash seronok berada dialam mimpi bersama Fairy.. Dirinya tak disakiti dan sentiasa disayangi.. Ash lebih suka tidur dan bermimpi dari melakukan aktiviti fizikal bersama kawan-kawannya.. Sehinggalah Ash mengenali Dollie.. Dollie yang sentiasa ceria dan bersemangat.. Mereka duduk sebelah menyebelah didalam kelas yang sama.. Sentiasa bersama.. Pembukaan tahun baru membawa kepada satu pementasan teater.. Ash terpilih sebagai pelakon dan Dollie penulis skrip.. Tanpa Ash sedari Dollie sebenarnya bermasalah namun Ash terlalu asyik dengan dunia mimpinya sehinggalah Dollie mula menarik Ash jauh dari dunia mimpi tersebut.. Persahabatan yang unik ini teruji bila Ash nampak Fairy di dunia nyata.. Benarkah Fairy boleh kedunia nyata atau itu hanya khayalan Ash..? Dapatkan Dollie membantu Ash dan juga dirinya?

Sha baca dan selesai pada 01.08.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published March 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Drama Korea | She Knows Everything (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang bermula dengan kes kematian seorang perempuan di sebuah apartment.. Rupanya ada cerita yang lebih besar disebalik kematian.. Polis yang menyiasat pun bukannya seratus peratus baik.. Ada niat tertentu.. Namun ada seseorang yang sangat cekap dan tahu semuanya tentang apartment dimana pembunuhan berlaku.. Miss Lee turut menyiasat sama mengenai kematian perempuan itu sebab motifnya adalah untuk melindungi anak jagaannya.. Kematian yang membawa kepada pembongkaran pelbagai peristiwa.. Memang menarik.. Dramanya pun pendek je.. Boleh tengok di SINI..

Drama: She Knows Everything
Also Known As: misseulineun algoissda, Miss Lee Knew It All, Missleeneun Algo Idda, misseulineun algo issda, Miss Lee Knows, Misseurineun Algo Itda
Director: Lee Dong Hyun
Genres: Mystery, Psychological, Crime, Drama, Investigation
Country: South Korea
Episodes: 4
Aired: Jul 8, 2020 - Jul 16, 2020
Aired On: Wednesday, Thursday
Original Network: MBC
Duration: 1 hr. 15 min.
Mysterious cases take place at an apartment complex which is about to go under reconstruction. Lee Goong Bok is a real estate agent that works with apartments there. She has a meddlesome type of personality. In Cheol Ho is a veteran detective. (Source: AsianWiki)

Pelakon-pelakonnya..

Sunday, August 2, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 54

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih kat kampung lagi ke?? Sha dah kat rumah.. Tahun ini memang tak amik cuti raya pun.. Esok dah kerja.. Anak-anak pun sekolah.. Hari ini selesaikan baju anak-anak dan berehat.. Kejap je dah hari Isnin.. Rasa macam baru je cuti.. Tadi kul 8 lebih sempatlah shopping barang sikit dekat TF.. Guna duit ePenjana yang dapat semalam.. Kawan-kawan dah tebus ke? 

Sha tebus dekat Touch n Go eWallet.. Memang selalu guna yang ini.. 

Beli last week.. Sedap dan berbaloi bayar RM3.50 untuk sebotol ini.. Mewah dengan rasa Roselle.. Minum pula sejuk-sejuk.. Ohsem.. Kalau teringin, dekat Shopee pun ada jual.. Harga sama je..

Novel | Nadim oleh Ida Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Buku pertama yang berjaya dibaca untuk bulan Ogos.. Buku yang menarik.. Kisah dunia manusia dan juga bunian..

Nadim merupakan anak manusia.. Dikandung selama 7 bulan namun disorokkan dari pandangan manusia kerana sebuah pertolongan.. Diambil dan dijaga oleh bunian namun dibenarkan membesar bersama kembarnya Syed Nadim.. Namun Syed dikatakan gila bila sellau bercakap seorang diri.. Nadim yang sellau menemaninya hanya boleh dilihat ibu dan Syed sahaja.. Sehinggalah datang seorang kanak-kanak perempuan bernama June.. Semuanya berubah.. Nadim semakin dekat dengan dunia manusia.. Semuanya kerana cinta.. Kerana cinta juga Nadim melakukan sesuatu yang tak disangka.. Namun semuanya terbongkar bila Syed kemalangan dan meninggal..

Sha baca dan selesai pada 1 Ogos 2020..

Hak milik peribadi Sha..
Published December 2017 by Bes Q Publication

La Cremeria: Indulgent Peanut Butter

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah rasa ke aiskrim baru dari La Cremeria ini?? Kalau anda peminat mentega kacang, anda pasti akan sukakan aiskrim ini macam Sha.. Sedap untuk tekak Sha yang sangat menyukai mentega kacang.. Tak sangka rasa aiskrim vanila dan mentega kacang sangat sedap diadun bersama.. Hehehe.. 

RM4
Berbaloilah dengan rasa dia.. Sesekali makan aiskrim mahalkan..

Maaflah pencahayaan agak kurang menarik.. Hehehe..

Nampak ke?? Buat-buat nampaklah ye.. Gambar ini diambil di waktu malam di dalam kereta..

Filem Netflix | The Old Guard (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik untuk ditonton oleh Netflix.. Kisah pahlawan yang tak mati.. Sebenarnya matilah cuma lambat dari manusia biasa.. Gitu.. hehehe.. Kalau tengok ending macam akan ada sabungan.. Tapi tak tahulah bila.. Menarik sebab aksi lawan-lawan je.. Ada pahlawan baru, ada pengkhianat dan ada penjahat.. Gitulah mereka bermula..

Director: Gina Prince-Bythewood
Actors: Charlize Theron, KiKi Layne, Matthias Schoenaerts, Marwan Kenzari
Genres: Action, Fantasy
The Old Guard is a movie starring Charlize Theron, KiKi Layne, and Matthias Schoenaerts. A covert team of immortal mercenaries are suddenly exposed and must now fight to keep their identity a secret just as an unexpected new member...

Saturday, August 1, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 52 & 53

Assalamualaikum..
hye semua..

Macam mana Raya Aidiladha anda? Mesti meriahkan.. Berkumpul beramai-ramai.. Bertemu sanak saudara.. Sha malam Raya baru balik kampung.. Merasalah tempuh jem sekejap.. hehehe.. 

Semalam sempatlah beraya ke rumah kawan MIL.. Disebabkan kelam kabut balik lupa terus pes nasi arab.. Sudahnya menu raya kami lemang kukus dalam cawan dan rendang kerang.. Sibuk beraya sampai lupa nak snap gambar.. Hehehe.. 

Hari ini dah gerak balik.. Anak-anak punya baju sekolah tak bergosok lagi.. Sha pas baton dekat adik ipar.. Mereka sampai pagi tadi.. Meriahlah rumah MIL bila semua berkumpul.. Siap merancang aktiviti bercuti.. Harapnya menjadilah.. InsyaAllah..

Balik kampung mesti beli air nie.. hehehe.. Nenas tu kurang menarik.. Strawberry tu sedap..

Buah dalam buah kelapa tua.. hehehe.. Sedap tau.. Sha suka makan buah nie.. manis..

Singgah Marrybrown Teluk Intan untuk makan malam.. Sha beli salted egg ini.. Sedap.. Kemain meriah dia siram kuah salted egg tu dekat ayam..

Bubur pedas (RM7).. pun sedap.. Sambal dia Sha asingkan.. Anak-anak tak nak makan kalau ada sambal.. hehehe..

Minuman | Haus Boom Nenas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak beli air Haus Boom ini, makin banyak flavour pula di pasaran.. Kali ini Sha cuba rasa nenas.. Okay.. Not bad.. Menarik.. hehehe.. Rasa parkling dengan nenas tu menarik.. Walaupun Sha ada masalah untuk makan buah nenas, Alhamdulillah bila minum air ini okay je.. Tak ada rasa gatal lidah ke apa.. Gabungan yang unik pada lidah dan tekak Sha.. Tak pelik sangatlah.. Warna dia je Sha rasa macam tak berapa menarik.. hehehe..

Buat yang suka mencuba, bolehlah cari nanti.. Sama ada di 7Eleven ataupun Petronas.. Ada beberapa lagi rasa yang menarik untuk dicuba..

Sebotol RM3.80..

Goodreads | Reading Challenge Julai 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih jauh lagi sasaran bacaan Sha.. Ogos dah pun menjelma.. Tak tahulah berjaya kejar ke tak.. hehehe.. Mood membaca turun naik sekarang ini.. Bulan ini dapat baca 18 buah je.. Buku dan ebook.. Hehehe.. lambat pula rasanya nak sampai ke sasaran tu.. hehehe.. Takpe.. Kita usaha je baca.. Selagi boleh baca..  Jomlah tengok buku-buku yang Sha dapat baca bulan ini.. Kalau nak baca review, klik je tajuk tu..



Filem Korea | #Alive (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa filem ini online.. Tapi tak ada sarikata.. Sha tengok dekat SINI.. Cerita ini lagi ngeri dari Peninsula.. Serius ngeri.. Zombienya ganas gila.. Pantang dengar bunyi je zombie serang.. Paling seram bila zombie bomba panjat tali.. Bijak gila zombienya.. Jatuh jantung nengokkan filem ini.. Gigih tengok walaupun faham sikit-sikit je.. Tak ada sari kata kan.. Cuma tu lah tak faham perbualan merekakan tak pasti punca zombie outbreak ini apa.. Yang tahu cerita ini mula je, dah ada zombie.. seorang lelaki terperangkap dalam apartment seorang diri.. Bila ada bunyi je zombie datang.. Zombienya ganas pula tu.. Laju tu satu hal lah..

Sha tengok filem ini sekadar tontonan.. Walaupun sampai terganggulah tidur.. Hahaha.. Lama dah tak rasa seram macam ini..

Movie: #Alive
Also Known As: #salaissda
Screenwriter & Director: Cho Il Hyung
Genres: Action, Thriller, Mystery, Drama, Medical
Country: South Korea
Release Date: Jun 24, 2020
Duration: 1 hr. 38 min.
One day, Joon Woo wakes up to find that a mysterious virus outbreak has occurred. The outbreak suddenly spread throughout Seoul and rapidly grows out of control, trapping survivors alone inside their apartments without access to cellular data, Wi-Fi, texting, or phone calls. Joon Woo and Yoo Bin struggle to survive in an isolated apartment complex from those infected with the virus.
(Source: Soompi)
~~ Based on the original scenario of "Alone" by Matt Naylor

Friday, July 31, 2020

Makanan | NutriPlus: Ayam Goreng Bertulang Karaage dengan Sos

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli produk ini sebab terpengaruh dengan Youtuber Syedot.. Hahaha.. Tengok Syedot makan macam best je.. Terus gi cari dan beli.. Puas hatilah.. Memang sedap.. Nak goreng pun senang sebab ayam ini dah masak cuma tepung dia je tak berapa masak.. 

RM13.80 (850g)
Ada lebih kurang 9 ke 10 ketul ayam dengan 4 sachet sos..

Ini rupa ayam sebelum digoreng.. Banyak juga sos tu dalam 1 sachet..

Setelah digoreng.. Serius sedap ayam dia.. Makan macam tu je pun okay, makan dengan sos tu lagi sedap.. Sos dia rasa pedas manis.. Memang ngamlah..

ebook | Anekdot: Kisah Dalam Komuter oleh Aida Anggerik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah anekdot yang menarik dari penulis.. Bila menaiki pengangkutan awam, memang macam-macam kisah yang boleh kita kongsikan.. Ada rasa kelakar, sedih, gembira dna juga serma yang berjaya penulis sampaikan dengan bersahaja.. Bila baca anekdot ini terasa rindu nak naik pengangkutan awam.. Antara yang dekat di hati Sha ialah bas dan LRT.. dua nie memang pengangkutan awam yang selalu Sha gunakan masa duduk di Damansara..

Tahniah buat penulis untuk ebook yang comel..

Sha baca dan selesai pada 29.07.2020..

Koleksi peribadi Sha.. Sha beli dengan penulis.. Berminat? Klik SINI..
Published 2020

Salam Aidiladha 2020


Thursday, July 30, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 51

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Hari ini last kerja.. Hehehe.. Esok cuti.. Kesiankan.. Baru nak cuti.. hahaha.. Nak buat macam mana.. Bila tampuk atasan berubah, lainlah cara pengurusannya.. Sunyi dan sayu je.. Radio pun kemain sakan lagi mainkan lagu raya.. Syahdu je duk dalam opis sorang..

Muka mengantuk dan boring.. Hahaha.. Jenuh ngadap buku..

Alhamdulillah.. Buku yang beli dengan blogger Cuya dah sampai.. Buku Pingu Toha tu buku baru tau.. Bertambah lagi buku TBR Sha.. hehehe.. 

Buku | Hanya Senyummu Yang Terlihat oleh Ajeerah Azali, Faiz Qayyuum, Farah Adibah, Siraj Aziz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkongsian 4 individu mengenai misi kemanusian dan sukarelawan.. Zaman belajar Sha tak pernah la terlibat dengan aktiviti sukarelawan ini.. Zaman kerja pun sama.. Bila baca buku ini membuka minda Sha kehidupan kita di Malaysia ini sebenarnya sangat bertuah dan beruntung.. Rasa syukur sangat.. Banyak yang kita patut syukuri sebenarnya tambah dalam keadaan pendemik sekarang ini..

Buku ini membuka minda Sha untuk terus bersyukur dan menyumbang walaupun sedikit.. Sebab memberi dan berbuat baik itu bukan di saat kita senang sebaliknya bila-bila masa sahaja.. Dalam rezeki kita ada milik orang lain.. Terima kasih untuk penerbit dan penulis yang menjadikan buku ini satu realiti.. Bacalah semoga memberi manfaat pada anda semua juga..

Sha baca pada 28.07.2020 dan selesai pada 29.07.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published April 2017 by Iman Publication

Filem Animasi | Justice League: Throne of Atlantis (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kita tukar selera layan animasi pula.. hehehe.. Cerita super hero yang banyak sirinya.. Tak ikut pun boleh je layan.. Macam yang ini, kisah Aquaman dapat takhta.. Memang menarik.. Ada pertolongan dari geng Justice League dan juga versi kartun ini nampak lebih menarik sebab imaginasi tak terbatas gitu.. Lama tak layan cerita super hero ini.. hehehe..

Justice League: Throne of Atlantis
Superhero movie/Animation
1h 12m
Initial release: 2015
Directors: Ethan Spaulding, Jay Oliva
Music composed by: Frederik Wiedman

HelloDoktor | Kotak Disinfeksi Boleh Cegah COVID-19?

Assalamualaikum..
Hye semua..



Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pernahkah anda disambut dengan sebuah kotak disinfeksi atau disinfection box ketika mahu masuk ke sebuah premis perniagaan?

Kotak disinfeksi tersebut memerlukan anda untuk lalu di dalamnya sebelum bertindak menyembur anda dengan cecair nyahkuman.

Kotak tersebut nampak seperti alat yang berteknologi tinggi. Penggunaannya juga adalah untuk cegah penularan COVID-19. Namun, adakah semua dakwaan ini benar?

Jom ikuti artikel kami dengan lebih lanjut untuk mengupas isu penggunaan kotak disinfeksi pada pintu masuk premis perniagaan.

Sebelum teruskan bacaan, mari lihat statistik terbaharu COVID-19 di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

8,800
Disahkan

8,555
Sembuh

121
Kes Kematian
Peta sebaran

Penggunaan kotak disinfeksi (disinfection box) lagi berkesan dari mask & hand sanitizer?


Kotak disinfeksi ini berfungsi dengan cara menyembur cecair nyahkuman ke atas individu yang bergerak melepasi kotak tersebut.

Bayangkan pintu masuk ke dalam sebuah premis cuci kereta. Begitulah lebih kurang bentuk serta cara kotak disinfeksi ini berfungsi.

Ia akan menyembur individu selama sekurang-kurangnya 20 hingga 30 saat dengan cecair disinfeksi untuk pastikan individu tersebut bebas daripada kuman.

Industri yang menjual kotak disinfeksi ini mendakwa produk ini merupakan satu produk mudah alih yang boleh dipasang di mana-mana pintu masuk premis dengan mudah.

Ada juga kotak disinfeksi yang datang dengan bahan nyahkuman sendiri yang turut mendakwa bahan yang mereka guna tidak akan mendatangkan mudarat pada permukaan kulit.

Mereka juga berkata cara semburan ini lebih murah kerana kosnya hanyalah 10 sen sekali semburan.

Walau bagaimanapun, harga kotak tersebut pula boleh mencecah ribuan ringgit. Menurut KKM, kotak disinfeksi tersebut boleh bernilai antara RM1,000 hinggalah RM7,000 sebuah.

Anda mungkin berminat:


Berkesankah guna kotak disinfeksi?

Namun, adakah cara menyembur dengan cecair disinfeksi ini berkesan? KKM telahpun membuat kenyataan akhbar pada 15 April yang lalu berkenaan dengan isu ini.

Menurut KKM, cara nyahkuman sebegini tidak berkesan dan boleh membawa mudarat pada mata dan mulut individu yang melalui kotak tersebut.

WHO juga tidak menggalakkan cara disinfeksi luaran untuk membunuh virus.

Selain itu, jangka masa 20 hingga 30 saat tidak cukup untuk membunuh virus. Proses ini juga tidak efisien untuk melawan COVID-19 kerana ia tidak mampu membunuh virus yang berada dalam badan manusia.

Malahan, virus korona merebak melalui satu individu ke individu yang lain melalui titisan air yang terhasil ketika seseorang itu batuk, bersin ataupun bercakap.



KKM telahpun membuat tinjauan ke atas beberapa jenis model yang digunakan di pintu masuk premis di seluruh Malaysia setelah mendapat laporan daripada orang awam.

Di samping tiada bukti saintifik tentang pengunaan alat ini untuk membanteras penyebaran COVID-19, risiko jangka panjang penggunaan alat ini juga tidak dapat dipastikan.

Oleh itu, alat ini mungkin tidak perlu untuk digunakan pada pintu premis perniagaan. Bukan sahaja ia tidak berkesan, malah harganya juga mahal.
Jangan terpedaya dengan alatan yang nampak canggih

Walaupun kotak disinfeksi ini nampak canggih, pihak KKM tidak menyarankan pengunaannya sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan COVID-19.

Mungkin sebahagian jenama kotak disinfeksi ini menggunakan bahan nyahkuman yang berkesan untuk melawan COVID-19, tapi ada juga jenama yang menggunakan bahan seperti chlorhexidine digluconate, menyebabkan iritasi kepada kulit.


Selain itu, bahan disinfeksi lain yang juga digunakan seperti Ammonium Quartenary compound (QAC), klorin dan komponen yang mengandungi klorin memang terbukti boleh membunuh virus COVID-19.

Tetapi, ia selalunya digunakan di atas permukaan seperti kaca dan besi dan bukannya untuk disembur kepada manusia.

Oleh sebab pakaian manusia dikira sebagai permukaan yang berlubang-lubang dan tidak rata (porous material), CDC mencadangkan untuk membasuh pakaian menggunakan suhu yang paling panas dan kemudian sidai sehingga kering.

Cara ini sudah memadai untuk membunuh virus yang mungkin terlekat pada pakaian. Selain cara ini, cara menyembur cecair disinfeksi sudah pasti tidak akan berkesan.

Alat disinfection box ini sama seperti pemakaian health-tag dan juga mandi herba biji sawi yang kononnya berupaya untuk membasmi virus COVID-19.

Kedua-duanya merupakan amalan yang tidak ada bukti dapat mencegah virus COVID-19.

Cukup sekadar amalkan amalan seperti jaga jarak sosial, kerap basuh tangan dan juga pakai pelitup muka. Kesemua amalan ini terbukti dapat mengelakkan virus COVID-19 daripada merebak.

Oleh itu, sebelum anda mencuba apa-apa alat yang kononnya boleh membunuh virus COVID-19, fikir-fikirlah dulu sebelum mencuba.

Penggunaan kotak disinfeksi bukan sahaja tidak berkesan, malah membazir kerana harganya yang agak mahal di pasaran Malaysia.

Ingat ya, alat yang nampak canggih tidak semestinya benar-benar berfungsi!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »