Sunday, November 15, 2026

Atas Awan Coffee, Genting Highlands

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam masa singgah solat dekat Masjid Yayasan Muhammad Nuh, Genting Highlands, Sha jumpa kopi sedap.. Memang cunlah minum kopi panas-panas dalam cuaca yang sejuk.. Lega tekak dan perut.. Sha pilih Hot Coconut Latte, rasa dia padu betul.. Cuma lepas minum tu dia ada tinggal rasa masam pada lidah dan perut.. Rasa macam berasid.. Mungkin biji kopi yang dia guna tu kot..

Masa Sha singgah solat semalam, penuh parking dekat masjid ini.. Cuaca pun sejuk dan berkabus.. Ada rezeki, bolehlah naik lagi cuba kopi yang lain pula.. 🤣

Hot Coconut Latte - RM11

Pemilik Atas Awan Coffee..
Ada juga kerepek-kerepek buat kudapan sambil minum kopi..

Menu yang ada..

Ruang kopi..

Roti bakar pun ada juga..

Kopi Gula Kabung, Temerloh, Pahang.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa kedai kopi ini masa pergi Temerloh.. Bila cari dalam Google Map, tak ada pula.. Kedai ini berdepan dengan Restoran Shah Patin Trmpoyak.. Mungkin baru lagi kot, tu yang tak ada dalam Google Map.. Sedap tau kopi dia.. Gabungan gula kabung dengan kopi tu memang ngam.. Paling best tak manis.. Aiskrim pun sedap.. Berbaloilah singgah..

Kopi Gula Kabung, Temerloh, Pahang.

Kopi Gula Kabung (RM9.50) & Aiskrim Gula Apong (RM5)..

Lepas dikacau.. Rasa kopi dia padu betul dan tak manis.. Macam minum latte..
Ini aiskrim durian Musang King + Vanila (RM7).. Vanila nya dekat bahagian bawah.. Padu betul.. Memang berbaloilah dengan harga tu..

Saturday, November 14, 2026

Kunjungan Kecil, Makna yang Besar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha, encik suami dan rakan sekerja encik suami ke Temerloh untuk ziarah sahabat lama yang pernah berkerja di PSAS suatu waktu dahulu.. Beliau disahkan mempunyai masalah buah pinggang dan perlu membuat dialisis.. Kami gerak dari Behrang jam 7.25 pagi dan berkumpul di Petronas Kuala Kubu Bharu.. Lalu Batang Kali, Genting dan keluar di R&R Genting Sempah sebelum terus ke Temerloh.. Sampai rumah kawan tu dalam jam 10.40 pagi.. Bertanya khabar dan bertukar cerita.. Lama juga lah disini sebelum kami gerak balik..

Sampai rumah jam 7 malam.. Sempatlah Sha dan encik suami mandi hujan di Batang Kali.. kikiki..

Bersedia untuk bergerak..

Singgah sarapan di Kalumpang, Selangor..

Berkumpul di Petronas Kuala Kubu Bharu..

Singgah makan tengahari di sini..

Sebelum balik, kena kopi dulu..

Singgah solat di Masjid Yayasan Muhammad Nuh, Genting Highlands.. Masa ini dah tinggal 2 motor ja.. 2 lagi motor dah gerak balik..

Lepas solat, minum kopi dulu..

Ini masa nak balik.. Berkabus okay masa lalu jalan ke Batang Kali dari roundabout Genting Highlands.. Sejuk gila masa ini, dengan cuaca separuh mendung.. 

XP Energy Sparkling Drink: Yolo Yuzu & Loco Lychee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua perisa, dengan dua vibe yang berbeza! 😂

🍋 Yolo Yuzu
Untuk geng yang suka rasa citrus, masam-masam segar dengan sensasi sparkling, air ini memang ngam.. Jenis rasa yang bila kita minum tu mampu buat tekak rasa segar!

🍈 Loco Lychee
Team laici pula boleh cuba air yang ini.. Rasa buah yang manis dan harum, ditambah dengan buih-buih sparkling yang buat minuman terasa lebih menyeronokkan..

Kesimpulannya Yuzu untuk vibe masam segar, laici untuk vibe manis buah.. Memang syok bila minum sejuk-sejuk.. 

Peringatan mesra, XP ialah minuman tenaga yang mengandungi kafein, jadi jangan anggap ia sekadar air berkarbonat biasa ya..⚡

XP Energy Sparkling Drink: Yolo Yuzu (355ml) - RM2.00
XP Energy Sparkling Drink: Loco Lychee (355ml) - RM2.00

Cerita Helmet Givi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelakarlah.. Sha rupanya tak buang lagi plastik dekat visor hitam helmet Sha.. Tahu pun sebab sembang dengan encik suami.. Sha bagi tahulah tak selesa pakai visor hitam tu sebab kabur pemandangan.. Tu yang encik suami tanya, dah buang ke plastik dekat visor tu.. Pagi ini bila Sha periksa, lah.. Plastiknya tak buang lagi rupanya.. Hahaha.. Kelakar betul Sha rasa.. 

Sha jarang pakai sebab bila pakai ja pemandangan Sha jadi kabur..

Rupanya plastik dekat visor tu tak buang lagi.. hahaha..

Friday, November 13, 2026

Pemulangan Buku Teks Imani

Assalamualaikumusalam..
Hye semua..

Semalam Imani balik mengadu dia kena marah sebab 1 kelas dia tak bawa buku teks untuk dipulangkan.. Kalau ikut jadual patutnya pemulangan tu hari ini (Jumaat) tapi jadual tu salah rupanya.. Patutnya pelajar tingkatan 1 pulangkan buku teks tingkatan 1 dan terima buku teks tingkatan 2 semalam (Khamis).. Pemakluman mengenai perubahan waktu tu tak sampai pada anak-anak ini.. Adalah tu cikgu terlepas pandang dekat mana-mana.. 

Malam tadi barulah beria Imani mengemas buku teks dia.. Balut balik mana yang balutannya dah rosak.. Sha dah ingatkan masa cuti lagi.. Tapi biasalah anak-anak ini, saat akhir barulah beria.. Siap balut terus ikat supaya tak ada yang hilang.. 

Jadual yang di letak dalam WhatsApp group kelas Imani.. Jadual ini dah diedarkan sebelum cuti lagi..

Barulah sebok nak balut balik buku-bukunya..

Selesai balut, ayahnya tolong ikatkan siap untuk dipulangkan.. Bila ikat macam ini, kemungkinan untuk hilang tu dapat dicegah..

Alhamdulillah.. Dapat dah buku teks untuk tingkatan 2..

Vida Zero Madu & Kurma

Assalamualaikum..
Hye semua..

Madu dengan kurma dalam air sparkling? Kombinasi yang agak unik juga ni! 🤭 Jadinya jomlah beli 1 tin buat rasa-rasa.. 

Ingatkan rasanya macam air madu kurma biasa, rupanya jadi lain bila ditambah karbonat.. Ada rasa buah kurma dan sentuhan madu, dengan sensasi sparkling yang buat minuman ni terasa lebih segar..

Menariknya, ini versi Zero Sugar dan Zero Calories.. Tapi tu lah, masih ada rasa manis tu..

Kesimpulannya ini minuman madu dan kurma dalam versi moden! 😂 Rasa yang agak lain daripada air sparkling biasa.. Bolehlah cuba kalau suka bereksperimen dengan perisa minuman yang pelik-pelik tapi menarik.. 🍯🥤

Vida Zero Madu & Kurma (325ml) - RM2.50

Infinix Note Edge

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ahad (08.11.2026) malam, telefon encik suami jatuh dan terus blank skrin dia.. Memang tak ada apa dah.. Tapi masih ada bunyi call, alarm dan notification cumanya tak nampaklah.. Sampai dah masanya.. Sha suruh encik suami beli baru ja, sebab telefon tu pun dah agak teruk kondisi dia.. Lamalah juga beliau berfikir-fikir sampailah Selasa (10.11.2026) malam beliau minta tolong belikan telefon baru melalui akaun Shopee Sha.. Setelah menimbang baik buruk, kemudahan dan kelebihan, akhirnya encik suami pilih Infinix Note Edge untuk dibeli.. Harga dia memang murah banyaklah.. Telefon sampai semalam (Khamis-12.11.2026).. Malamnya terus set up untuk pakai.. 

Infinix Note Edge 5G/X6887 (8GB+256GB) - RM767.72
Harga asal RM1159.00 - Banyak diskaun dia bagi.. 

Lawa betul warna biru dia..

Infinix Note 12 - Gelap terus skrin dia lepas jatuh.. Bunyi tu masih ada cuma dah tak ada paparan.. Skrin dia tu dah tercabut separuh, tu agaknya terus hilang paparan dia..

Bateri pun dah mula kembung dan bahagian belakang telefon ini dah retak.. kikiki.. Uzur sangat dah dianya..

Thursday, November 12, 2026

Crumby! Coffee Oat Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa biskut ini dekat ECO Shop.. Seriously sedap wei.. Berbaloi sangat beli.. Sesuai sangat untuk mereka yang minat kopi dan juga oat.. Rasa kopi dia memang ngamlah untuk lidah Sha.. Sesuai sangat sebagai snek atau bekalan dalam beg.. Memang bestlah biskut ini.. 

Ia bermula dengan kerangupan yang sukar ditolak dan berakhir dengan cebisan lazat yang pasti memikat hati.. Satu kenikmatan kecil yang melenyapkan segala kerisauan, mengubah detik-detik harian menjadi pengalaman yang penuh dengan kelazatan 'Crumby'.. Memang ngam..

Crumby! Coffee Oat Cookies (84g) - RM2.60

7 pek comel dalam dia..

Ada 2 keping biskut dalam setiap pek tu.. Buka ja pek ini dah terbau haruman kopi tu.. Memang bestlah..

SGT Food White Coffee 3in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi ini ada pengunjung Perpustakaan yang beri untuk diletakkan di Coffee Corner @ Perpustakaan.. Kami berbesar hatilah menerimanya.. Sempatlah Sha bancuh secawan.. Pekat dan padu rasa kopinya.. Memang segarlah mata lepas minum.. kikiki.. Sha pertama kali sebenarnya tengok kopi ini.. Bila cari di Shopee, adalah jual.. Boleh tahan juga harganya..

SGT Food White Coffee 3in1 (480g - 12x40g)

Wednesday, November 11, 2026

Perbaharui Lesen Memandu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ke JPJ Kuala Kubu Bharu semalam dengan niat nak perbaharui lesen dan dan dapatkan yang fizikal.. Bila tahu kena bayar RM20, terus Sha buat untuk 5 tahun.. Kalau setakat setahun macam tak berbaloi pula bayar RM20 tu kan.. Sebelum bayar, Sha tanya dulu petugas tu ada ke kad nya.. Bila petugas tu kata ada baru Sha setuju perbaharui untuk 5 tahun dan nak kad.. Petugas tu tanya, okay ke kalau pakai gambar IC, Sha cakap okay ja.. Yup!! Inilah tujuannya.. Nak ada lesen memandu yang ada gambar muka.. kikiki.. 

Kalau tak nak kad, boleh ja perbaharui secara atas talian dekat aplikasi JPJ.. Sha memang jenis nak ada fizikal kad tu.. Tu yang rajin ke JPJ.. Walaupun sekadar slip, Sha memang akan ada..

Sampai lambat, kaunter JPJ penuh dengan manusia.. Sudahnya Sha muat turun aplikasi JPJeQ dan dapatkan nombor untuk sesi petang.. Alhamdulillah tak sampai 10 minit dah selesai.. Mujurlah ada encik suami dekat KKB sebab bertugas.. Bolehlah beliau teman sementara Sha nak pergi balik ke JPJ jam 2 petang..

Masa tahun 2024 dulu Sha buat bentuk slip ja.. Kali ini dapat kad cantik siap ada gambar.. Tahun 2031 nanti baru kita perbaharui balik..

Tealive Sparkling Crafted Tea: Passion Fruit Pineapple Oolong Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha cuba kombinasi markisa dengan nanas pula.. Masam manis buah-buahan dengan aroma oolong tea, memang minuman yang sangat menyegarkan! 🤭 Gandingan yang mantaplah untuk lidah Sha..

Gabungan dua rasa buah tu berjaya bagi sedikit rasa masam-masam manis, sementara oolong pula mengimbangkan rasa supaya tak terasa macam minum jus buah semata-mata.. Bila tambah rasa sparkling tu dia jadi air yang sangat wow..

Kesimpulannya air ini sangat menyegarkan dan sesuai untuk peminat teh berperisa buah.. Minum sejuk-sejuk memang lagi layanlah.. Cumanya kalau tanya nak beli lagi ke, kena tengok mood dan baki duit dalam dompet dulu.. HAHAHA! 😂🍍🥤 Mahal wei.. Tambah jual dekat 7E..

Tealive Sparkling Crafted Tea: Passion Fruit Pineapple Oolong Tea (250ml)

Saringan HPV DNA

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha cuti sebenarnya tapi ada jururawat mesej Sha maklumkan pasal ujian saringan ini.. Kebetulan memang ada dekat rumah, teruslah Sha ke hospital.. Rugilah kalau tak buat.. Ujian ini kalau buat dekat luar RM300 lebih tau.. Jadinya dalam 9 lebih tu Sha ke hospital untuk buat ujian ini.. Ujian ini mudah ja, nanti jururawat bagi alat tu dekat kita dan kita yang akan dapatkan sendiri sample tu.. Selesai, pulangkan ja balik alat tu dekat jururawat.. 

Isi form tanda hadir..

Dapatlah gift comel ini dari Jururawat sebab buat ujian HPV DNA ini..

Tuesday, November 10, 2026

7-Eleven Kacang Shantung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang kerangupan kacang dia tu memuaskan hati.. Harga pun okaylah untuk sekali makan.. Kacang dia tu memang sedap, rangup, tak keras dan tak masin.. Sedaplah buat mengunyah sebagai snek.. Sha beli dekat 7E.. Kalau masa promosi harga akan lebih murah.. Bolehlah cuba usha nanti..

7-Eleven Kacang Shantung (40g) - RM2.50

FamilyMart: Iced Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru-baru ini Sha beli Iced Mocha dari FamilyMart.. FamilyMart pun ada tawarkan pilihan kopi iaitu Sumiyaki Blend (ini bold & strong) dan Kinu Blend (ini smooth & balanced).. Sha pilih kopi dia Kinu Blend.. Jadinya air mocha Sha tak adalah terlalu kuat.. Sha minum dah petang, tak naklah pilih yang bold, karang tak tido pula Sha.. Kalau beli waktu pagi, mungkin Sha akan pilih Sumiyaki Blend..

Mocha dia tak manis.. Ini memang kesukaan Sha lah.. Rada dia lembut ja.. Gabungan kopi dan coklat tu seimbang.. Nanti ada rezeki, Sha nak beli yang panas pula..

Iced Mocha - RM10.20

Limited Time katanya.. Jadinya kita belilah buat rasa-rasa..

Monday, November 9, 2026

Tudor Gold Chocolate Crunchy Rice

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sikit pula isi dia mungkin sebab saiz dia besar sikit.. Tapi puas hatilah untuk lidah Sha.. Terasa mewah coklatnya.. Syok bila makan coklat lepas tu ada isi dalam dia.. krup krap bila dikunyah.. Kotak pun cantik untuk dijadikan buah tangan.. Ini antara pilihan yang adalah kalau dari jenama Tudor Gold ini.. Menarik untuk dicuba.. Berbaloilah rasa dan harga tu.. Sha beli di TF Value Mart..

Tudor Gold Chocolate Crunchy Rice (60g) - RM6.90

Ada 8 ketul ja dalam kotak ini..

Ini rupa bahagian atas coklat.. saiz dia besar sikitlah dari Tudor Gold Chocolate Creamy Butterscotch..

Meriah dengan bebola yang rangup di bahagian bawah coklat..

Sunday, November 8, 2026

Majlis Kesyukuran, Tahlil & Sambutan Hari Lahir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha sekeluarga ke Teluk Intan, rumah sepupu encik suami.. Kami gerak awal jam 8 pagi.. Singgah makan roti canai dulu baru ke Teluk Intan.. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik lancar ja.. Kereta tak banyak cuma ada jumpa banjir dekat Kampung Changkat Jong.. Teruk jugalah rumah yang kena..

Kami sampai dalam jam 10, tahlil baru nak mula.. Sempatlah sertai sekali.. Tak ramai lagi tetamu masa ni.. Jam 11.30 pagi baru tetamu mula ramai.. Encik suami dan anak-anak makan nasi, Sha pula makan kuih dan buah tembikai ja.. Kenyang lagi dengan sarapan pagi tadi..

Kuih kole kacang..

Kek hari lahir.. Paitee dan kuih nona manis..

Buah tangan

Isi dalam dia ada tuala tangan comel, potato crisp dan air kotak..

Norita Asam Pedas, Jeti Pantai Siring, Merlimau, Melaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik suami pernah datang sini dengan kawan-kawan beliau.. Kali ini bawa Sha pula.. Makanan laut dia segar-segar.. Sha suka telur ikan dia.. Tak hanyir.. Ikan sembilang pun okay.. Cumanya encik suami kurang suka ikan kurau asam pedas tu.. S lalu tu beliau makan ikan siakap, tak ada pula kali ini.. Asam pedas dia pun boleh tahan cumanya tak pedas sangatlah.. Sesuai untuk Sha.. Kedai dia tepi laut memang bestlah..

Norita Asam Pedas, Jeti Pantai Siring, Merlimau, Melaka.

Ikan Sembilang, telur ikan parang dan ikan kurau, nasi putih 2, ulam timun dan kerabu mangga.. Air limau ais dan teh o ais.. Semua sekali RM64.. Lepas tu kami tambah 2 potong tembikai (RM6)..

Air laut surut masa kami datang ini.. Sayup ja..

Sempatlah bergambar buat kenangan..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com