Monday, February 16, 2026

Cabut Gigi di Tanjung Malim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seperti yang dijanjikan.. Hari ini Sha menyerah diri untuk cabut gigi.. Selesai makan antibiotik seminggu, kenalah buang gigi yang rosak teruk..
Awal Sha sampai dekat klinik gigi.. Buka ja pintu terus masuk tapi kena pergi klinik kesihatan dulu untuk periksa gula.. Kenalah menunggu.. huhuhu.. Tak lama pun.. Kejap ja dah selesai.. Memang dah hancur gigi tu.. Panjang..

Wah!! Gula Sha cantik.. Ini Sha dah minum kopi tau, tapi belum makan ubat.. Semoga terus cantik bacaannya..

Ingatkan bila masuk dapat nombor akhir sebab klinik gigi ramai orang masa Sha datang balik.. Sekali orang kedua.. Alhamdulillah.. Tak adalah lama menunggu..

Pukul 8.40 pagi doktor panggil nombor Sha.. Kad Sha tak jumpa pula.. Jadinya doktor tanya masalah.. Sha bagi tahulah keadaan gigi.. Doktor ketuk gigi yang nak dicabut tu, untuk kepastian.. Lepas tu terus suntik bius.. Sementara tunggu bius jalan, doktor isikan mc untuk Sha.. Tak lama tunggu, doktor pun goyang-goyangkan gigi dan cabut.. Semuanya selesai dalam 20 minit.. Alhamdulillah, lega dah selesai..

Kenduri Kahwin di Seri Iskandar, Perak.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ahad, Sha teman encik suami bawa MIL ke kenduri kahwin di Seri Iskandar.. Cantik betul tempat majlis dibuat.. Kalau ikut kata keluarga pengantin, orang yang menguruskan deko tu agak berusia tapi deko dia up to date okay.. Kenduri ini sebelah lelaki, menyambut menantu.. Sepupu encik suami.. Kami sampai dalam pukul 2 petang.. Makan banyak dah habis yang tinggal nasi putih, nasi beriani (kot), ayam goreng dan ayam masak bawang (ini lauk tambahan yang keluarga pengantin beli dari kedai mamak).. Sha makan nasi beriani dengan ayam goreng.. Nasi beriani dia, makan gitu ja pun dah sedap..

Baru sampai ke majlis.. Majlisnya dibuat di D'Kebun Homestay Wedding Village, Seri Iskandar, Perak.

Sebelum balik, keluarga pengantin suruh kutip dulu buah tangan.. Oleh kerana kami antara yang terakhir, dapatlah banyak jajannya..

Inilah antara yang berjaya dibawa balik.. Memang keluarga pengantin bagi selagi tak penuh plastik.. Ada rempah kari Kedah, maggi, kurma ajwa, kopi dan snek ikan..

Sunday, February 15, 2026

Jalan-jalan Makan Kenduri di Sekinchan, Selangor.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha sekeluarga ke Sekinyuntuk kenduri anak buah sepupu encik suami berkhatan.. Kami keluar jam 9 pagi, sarapan roti canai dulu di Behrang Resident dan isi minyak di Behrang 2020.. Kami lalu jalan dalam ikut Selisik, Felda Gedangsa terus ke Sekinchan.. 

Pertama kali tengok bangau warna kelabu, hitam dan saiz besar.. Selalu tu warna putih dan kecil ja saiz dia..

Ini pun pertama kali Sha tengok, tanah sawah yang baru digembur sebelum di airkan dan ditanam baru..

Alhamdulillah sampai juga rumah kenduri.. Banyak lauk dia tapi Sha ambil gulai nanas, ikan masin goreng dan sayur timun bersama sambal belacan.. 

Buah tangan dari kenduri.. Ada 4 air kotak, 1 Imani dah selamat minum.. Air teh lemon.. Kerepek tu pun ada 4, 1 dah selamat dimakan..

Lepas kenduri, kami singgah sini beli kopi sawah, air matcha dan ais krim goreng..

Sempat singgah di Muzium padi Sekinchan.. Dapatlah beras ini 1 pek sorang.. Sha masuk dengan Amani dan Imani ja.. Tu yang dapat 3 pek ja.. Tiket masuk RM5..

Singgah berbelanja di ECO Sungai Besar dulu.. Asalnya nak beli roti tapi dah tak ada kedai roti ECO dekat Sg. Besar ini..

Sempat jugalah membeli belah buah-buahan di sepanjang jalan.. Jambu batu, jambu air dan limau tu dijual 1 pek RM10.. Tembikai tu sekilo RM3.50, sebiji tu RM7.50..

Ini pula kami beli masa singgah makan di Pasar Malam Sabak Bernam.. Sedap betul makanan dekat pasar malam ini.. Kebetulan dia ada buka meja juga..

Lepas makan terus gerak balik.. Sampai rumah ngam-ngam pukul 7 malam.. Penat seharian berjalan, malam tu Sha tidur awal..

Sambal Kerang Kalut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambal dia tak warna merah tapi isi kerangnya besar-besar.. Memang cunlah dijadikan sebagai lauk tambahan atau masa nak cepat.. Saiz hidangan dia sesuai untuk seorang makan.. Rasa pun boleh tahanlah.. Tak terlalu pedas.. Ngamlah untuk Sha..

Sambal Kerang Kalut (100g) - RM11.85

Kimchi Kobis & Daun Bawang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang suka kimchi, selalu tu beli jenama iikim atau CJ Bibigo ja.. Masa jalan-jalan dekat Threads, Sha ditemukan dengan post mengenai kimchi.. Melayu kita yang buat.. Makanya jomlah kita DM dan tanya.. Setelah dapat jawapan yang memuaskan, terus Sha buat pesanan.. Sha beli dua-dua jenis iaitu kobis dan juga daun bawang.. Kita rasa dulu, kalau kena dengan selera boleh beli lagi.. Susah nak jumpa yang kena dengan tekak Sha.. 

Kali terakhir Sha beli kimchi homemade dengan arwah Kak Nur Athirah Noel Abdullah pada Mac 2021.. Lepas tu beliau buat tapi tak pos sebab masalah penghantaran.. Tak lama lepas tu beliau sakit, memang terus tak buat dah.. Rindu sangat dengan arwah.. Sha sempat beli 5 kali ja dengan arwah.. 


🥬 Kimchi Kobis (500g) - RM18
🧅 Kimchi Daun Bawang (500g) - RM18
+ postage RM10

Inilah posting yang Sha jumpa tu.. Gambar dia tu sangat menggoda tau, tu yang Sha semangat buat pesanan.. Selalu makan yang kobis ja, kali ini kita cuba juga yang daun bawang tu..

Cumanya ada perkara tak best yang jadi.. Tengoklah gambar kotak tu.. Seolah-olah cuba dibuka untuk tengok isi dalam kotak.. J&T telefon Sha tapi Sha tak angkat sebab no tak ada namakan.. Lepas tu dia whatsapp maklumkan kotak koyak dan suruh Sha datang ambil di pejabat J&T.. Stress jugalah sebab bayar untuk penghantaran tapi kena pergi ambil, dah lah pejabatnya jauh.. 

Saturday, February 14, 2026

Rendang Ayam Aki

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lauk sedia dimakan.. Tempoh penyimpanan pun agak lama.. Sha saja beli, nak cuba.. Okaylah rendangnya.. Cukup rasa, tak pedas sangat sebab anak-anak Sha pun boleh makan.. Saiz hidangan pun tak adalah sikit sangat.. Sesuai ja untuk 1,2 orang makan.. Kalau nak cepat memang sesuai sangatlah..

Rendang Ayam Aki (170g) - RM11.85

Dapatlah sebekas comel.. Sesuai untuk 1 atau 2 orang makan..

ebook | Jangan Kacau Mak! oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ebuku yang diberikan percuma oleh penulis melalui laman sesawang seramlahoi.. Pendek namun penuh dengan tandatanya.. Buku ini mengajar kita supaya menjadi jiran yang penyibuk supaya sebarang kejadian tidaklah terllalu mengejutkan bila terbongkar.. Memang perlu untuk ambil tahu sesama jirang, bukan menyibuk tetapi perihatin.. 

Sha baca dan selesai pada 13.02.2026..

Published January 1, 2026 by Seramlahoi

Khawz Kopi Tarik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli masa singgah dekat Masjid Nurussalam, Gerik.. Sha tak pasti berapa harganya sebab tak ada pelekat harga pada botol dan masa bayar pun tak ada terima resit.. Beli pun sebab tak pernah nampak kopi jenama ini..

Rasa kopi dia padu walaupun agak manis.. Sha rasa terlebih dahulu sebelum tambah air.. Rasa kopi tu kekal padu walaupun Sha tambah air untuk kurangkan manis.. Bolehlah kalau nak cuba.. Sha minum sejuk ja ini.. Kalau tambah ais pun okay juga..

Khawz Kopi Tarik (280ml)

Friday, February 13, 2026

Kelas Tambahan Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu lepas bermula hari Khamis dan minggu ini jadual Amani padat.. Selepas sesi persekolahan, Amani sambung kelas tambahan pula.. Cikgu sekolah Amani juga yang mengajar Amani dan kawan-kawan yang terpilih.. Kelas tuisyen tu dipecahkan kepada 2 kumpulan.. Jadinya satu kumpulan ada 20 orang murid sahaja.. Sebelum kelas bermula, mereka diberikan makan tengahari.. Kiranya bawa diri dan buku sahajalah.. Memang betul-betul rezekilah pada Sha.. Kalau diluar bukan sikit-sikit duit nak kena keluar untuk kelas tambahan ini..

Buat masa ini cikgu ajar subjek teras sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam.. Lepas raya mungkin akan ada tambahan subjek Sains Komputer dan Sains Sukan.. Amani kata satu hari satu subjek yang mereka belajar masa kelas tambahan.. Bulan puasa nanti kelas tambahan ini akan dihentikan buat sementara waktu dan disambung semula selepas rasa.. Sha memang pastikan Amani hadir dan berikan komitment.. Mereka ini kira perintis untuk program ini..


Kelas tambahan (tuisyen/bimbingan) ialah sesi pembelajaran luar waktu sekolah untuk mengukuhkan pemahaman, meningkatkan prestasi akademik, dan kemahiran menjawab soalan. Ia merangkumi subjek tertentu, ditawarkan secara berbayar atau percuma, serta memberi fokus kepada kelemahan pelajar. 

Tai Sun: Peanut Cracker, Oriental Mix & Samba Mix

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dekat 7E masa dia buat promosi Monday Madness.. Murah 50 sen untuk setiap pek tu.. Jadilah kan buat kunyah-kunyah dekat pejabat bila boring.. 

Tai Sun: Peanut Cracker (40g) - RM2
Tai Sun: Oriental Mix (40g) - RM2
Tai Sun: Samba Mix (40g) - RM2

Peanut Crackers ini memang syoklah kunyah.. Kacang tanah yang bersalut tepung berperisa.. Memang sedaplah dimakan.. Rasa dia menarik..

Oriental Mix ini ada kacang parang, keropok, kacang tanah salut tepung, kacang tanah biasa dan kacang peas.. Memang syoklah sebab pelbagai isi dia.. Puas hati makan.. 1 pek ini sekali makan ja..

Samba Mix ini ada campurang kacang shandong dan kacang tanah yang bersalut tepung.. Ada juga keropok panjang.. Memang syoklah kunyah.. 

Indonesia | Pencarian Terakhir (2025)

Assalamulaikum..
Hye semua..

Kisah bermula dengan kehilangan Sita di Gunung Sarangan meninggalkan Tito dan Drupandi.. Drupandi memendam perasaan merindui ibunya Sita dan merancang untuk memanjat Gunung Sarangan mencari Sita bersama kawan-kawan beliau dna teman lelakinya Raka.. Drupandi pergi tanpa pengetahuan bapanya Tito.. Kehilangan mereka akhirnya diketahui dan usaha pencarian bermula.. Saat pasukan penyelamat bertemu mayat dan rakan yang selamat, Tito bersama rakan-rakannya cuba mencari sendiri dan bertemu dengan Raka.. Raka memaklumkan yang Drupandi bersama dengan Sita.. Tito akhirnya meminta bantuan dari orang lama yang tahu kisah sebenar Gunug Sarangan dan berusaha menyelamatkan Sita dan Drupandi..

Seram sikitlah tapi lebih pada sedih..

Pencarian Terakhir
Release Date: 20 Nov 2025
Genre: Adventure,Horror,Mystery
Setelah hilangnya Sita di Gunung Sarangan pada ulang tahun Drupadi yang ke-10, sikap Tito menjadi dingin, membuat Drupadi sedih. Pacarnya, Raka, dan sahabat-sahabatnya, Maya, Ucok, Jamal, dan Nurul, bersama teman-teman orang tuanya, Bagus dan Oji, serta pamannya, Gancar, memberikan dukungan kepada Drupadi. ​​Namun, itu tidak cukup, dan pada ulang tahunnya yang ke-17, Drupadi berangkat ke Gunung Sarangan untuk mencari ibunya.

Thursday, February 12, 2026

Nestle Milo Bites: Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bau kopi yang mengancam.. Bila milo dan kopi bergabung, jadilah mocha.. 🤤🤤 Memang syoklah kunyah sebab ada rasa kopi.. Walaupun tak kuat tapi rasa dan bau tu ada.. Sekejap ja licin.. Gabungan milo dan kopi tu ngam..

Nestlé Milo Bites: Mocha (25g) - RM2.60

ebook | Skizo oleh Fimirae

Assalamualaikum..
Hye semua..

Skizo (ringkasan untuk skizofrenia) dalam bahasa Melayu merujuk kepada penyakit mental serius yang kronik, yang menjejaskan cara seseorang berfikir, merasakan, dan berkelakuan, selalunya menyebabkan mereka hilang sentuhan dengan realiti. 

Masa mula-mula baca, Sha dah boleh nampak ada yang tak kena dengan Bella ini.. Masuk bab 25, ornag di sekeliling Bella mula nampak ada yang tak kena dengan Bella.. Tapi bukan mudah nak bawa Bella untuk dirawat.. Bella menafikan kondisi diri dia yang kurang sihat.. Namun bila Doktor Ian muncul dan mula menerangkan tentang kondisi Bella, Bella mula menerima kebenaran yang dirinya sakit.. Tapikan buku ini buat Sha kembali keliru bila watak-watak yang awalnya dikatakan ilusi Bella muncul secara nyata.. Huhuhu.. 

Jalan cerita buku ini memang bestlah cuma editing dia tu agak kurang bagus, buat Sha rasa macam nak putus asa baca.. huhuhu.. Tu yang lama baru habis..

Sha baca pada 06.02.2026 dan selesai pada 11.06.2026..

Published 2024 by Fimirae Publishing

Furikake Mentaiko Salmon Onigiri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makin banyak pula onigiri pelbagai inti di jual di 7E.. Baru ini Sha beli yang ada salmon.. Makan selepas dipanaskan, memang umphlah.. O h ya, yang ini tak pedas dan tak muak.. Inti dia sedang elok ja untuk saiz tu.. Memang meriahlah.. Sedap dan sesuai untuk anak-anak atau mereka yang tak suka pedas..

Furikake Mentaiko Salmon Onigiri  (116g) - RM5.90

Inti ikan salmon dan mayonis..

Wednesday, February 11, 2026

ebook | 14 Oktober oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini pendek ja.. Sha dapat percuma dari penulis.. Boleh ke website Seramlahoi untuk dapatkan ebuku ini.. 

Kisahnya seorang penulis yang dihubungi pemilik blog seram bernama Mika melalui email untuk teruskan penulisan beliau.. Mulanya penulis tu macam tak layan tetapi kemunculan Mira mula mengubah kehidupan penulis tu.. Antara Mika dan Mira, siapa sebenarnya yang betul.. Penamat dia agak mengejutkanlah juga.. Memang pendek dan padat ceritanya..

Sha baca dan selesai pada 11.02.2026..

Published January 1, 2026 by Seramlahoi

F&N Fruit Tree: Apple & Lychee and bits of Aloe Vera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik air dari rangkaian fruit tree ini.. Air epal dia memang ngamlah.. Minum pula sejuk-sejuk, syok ja dia lalu tekak.. Cumanya kena terimalah yang air dia manis.. Nak kurangkan manis, bolehlah tambah ais..

Air laici dia memang terasa laicinya tapi tak adalah kuat.. Manja ja bau dan rasa dia.. Syok minum sejuk-sejuk.. Sha suka tambah ais untuk kurangkan manis dia.. Sambil minum sambil mengunyah ketulan aloe vera.. Asyik sekali.. 

F&N Fruit Tree: Apple & bits of Aloe Vera (300ml) - RM2.00
F&N Fruit Tree: Lychee & bits of Aloe Vera (300ml) - RM2.00

Rezeki Hari Selasa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang balik kerja, Sha tengok atas meja dah ada makanan.. Encik suami kata pensyarah yang dia bawa bagi.. Alhamdulillah.. Ada makanan tambahan lah kami semalam.. Selain sate, ada juga buah kurma.. Ya lah, tak lama ja lagi Ramadan kan.. Kurma dah jadi antara buah tangan yang wajib bila nak Ramadan.. Bertambahlah stok buah kurma kami.. Semoga yang memberi dimurahkan dan dilapangkan rezekinya serta dipermudahkan semua urusannya.. Aamiin..

Meriah makanan yang diberi.. Ada kurma dua bekas dan sate..

Tuesday, February 10, 2026

ECO Shop | Crispstar Green Tea Pumpkin Seeds

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa kuaci ini masa cuci mata di ECO Shop.. Macam menarik ja, Sha belilah sebungkus.. Kuat betul rasa teh hijau dia.. Kalau tak minat teh hijau memang tak kan sukalah kuaci ini.. Sha pula walaupun tak minat sangat teh hijau, masih okaylah nak makan kuaci ini.. Kuaci macam ini lebih senang nak di kopek.. Kikiki.. Rasa teh hijau tu bukan setakat pada kulit, terasa juga pada isi dia.. Menariklah..

Kemain hijau warna kuacinya..

Crispstar Green Tea Pumpkin Seeds (70g) - RM2.60

Persiapan Ramadan 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sampai juga kurma dan kismis untuk bulan puasa.. Kali ini Sha beli awal untuk elakkan kelambatan dan kesesakkan.. kikiki.. Sha beli atas talian ja.. Lebih mudah dan cepat.. Kalau korang berminat, boleh klik dekat item tu, nanti dia terus bawa ke kedai yang selalu Sha beli.. 

Kurma medjool tu memang Sha suka beli sebab saiz dia besar.. Makan sebiji pun dah puas.. Buahnya lembut dan tak terlalu lembik.. Ajwa tu pula Sha belikan untuk Amani sebab dia tak berapa suka kurma yang terlalu besar.. Ajwa tu memang ngamlah untuk Amani.. Lembut, saiz tak besar dankecik sangat.. Safawi tu pula dari tahun lepas Sha nak beli tak dapat.. Tahun ini dapat juga.. 

Kurma Ajwa VIP Jumbo (250g) - RM13.95
Kurma Safawi VIP Jumbo (500g) - RM19.40
Kurma Medjool (500g) - RM23.00

Safawi, Medjool dan Ajwa..

Sha beli juga
Kismis jumbo (500g) - RM17.78
Mixed Coklat (500g) - RM19.90
Roasted Mixed Nuts 4in1 (500g) - RM34.89

Nestum 5 Grains: Oats & Red Rice with Berry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nestum keluarkan minuman multi bijirin pula.. Sha beli 1 sachet untuk cuba.. Minuman ini mengandungi jagung, gandum, beras putih, oat dan beras merah.. Turut mengandungi rasa beri.. Kalau minum ini waktu sarapan memang mengenyangkanlah.. Walaupun rasa beri tapi rasa beri tu tidak terlalu kuat sampai mengganggu.. Kadangkan ada orang tak berapa suka rasa masam beri, jadinya bolehlah cuba minuman ini.. Rasa beri dia tu manja ja.. Minumannya sedikit pekat tapi sedap..

Monday, February 9, 2026

Klinik Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha cuba dapatkan temujanji melalui MySejahtera tapi kekosongan hanya ada pada Mac 2026 di Klinik Pergigian Slim River dan pada April 2026 di Klinik Pergigian Tanjung Malim.. Jadinya tahan ja lah.. Tengahari dapat mesej dari encik suami ajak ke klinik.. Mulanya nak ke swasta, tapi tak diterima sebab temujanji penuh.. Sha pun cubalah ke Klinik Pergigian Tanjung Malim dan tanya.. Alhamdulillah, jururawat daftarkan Sha.. Ramai pesakitnya.. Sha dipanggil lebih kurang jam 3 lebih.. Bila diperiksa, doktor maklumkan gusi dah jatuh akibat karang gigi.. Walaupun dah buang, bahagian bawah gigi tu dah mula terdedah disebabkan gusi jatuh.. Jadinya doktor buat tampalan sementara di bahagian tepi.. Pada masa yang sama doktor turut jumpa sedikit lubang di gigi atas sebelah kiri.. Tampallah juga.. Masa doktor cuci ini, terjumpalah gigi yang sebenarnya rosak.. Sebelah gigi yang nak ditampal.. 

Selesai rawatan, doktor bagi antibiotik dan ubat tahan sakit.. Minggu depan baru cabut gigi..

Alhamdulillah, dapat jumpa doktor..

Selesai rawatan, kita ambil ubat..

Farm Fresh | Cream Hauz Moola Kaw

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Jumpa juga aiskrim dari Farm Fresh ini.. Pergh!! Padu betul rasa coklat dia.. Memang berbaloilah rasa dan harga tu.. Sedap untuk lidah dan tekak Sha.. Boleh beli lagi.. kikiki.. Lapisan coklat dengan ketulan biskut mentega tu pun tebal.. Aiskrim coklat dekat bahagian dalam pun ngam..

Farm Fresh | Cream Hauz Moola Kaw (75ml) - RM3.20

Salutan coklat yang tebal dan ada ketulan biskut mentega..

Bahagian dalam aiskrim perisa coklat malt..

Bila Gigi Berdenyut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam memang tak boleh nak tidur dibuatnya.. Ini bukan kali pertama gigi Sha berdenyut-denyut.. Tapi selalunya bila kumur-kumur dengan air garam, sakit tu hilang.. Semalam memang tak mau hilang.. Kumur-kumur dengan air suam bergaram, sapu minyak cengkih kat pipi, kemam ais, kumur-kumur dengan air ais dan gosok gigi 2,3 kali jugalah.. Semuanya tak jalan.. Sudahnya Sha telan 2 biji panadol, barulah boleh tidur.. huhuhu.. 

Sunday, February 8, 2026

Delfi Take-It Yoghurt Berry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coklat ini menggunakan coklat putih yang digabungkan bersama yogurt Greek, beri biru dan strawberi.. Rasa masam dari beri tu membuatkan coklat putih tu jadi tak manis.. Bergandingan pula dengan wafer yang crispy, memang mantaplah..

Ada 4 keping coklat.. Warna merah jambu coklatnya.. Tapi pencahayaan tak berapa nak cukup, nampak gelap pula coklatnya..

Delfi Take-It Yoghurt Berry (35g) - RM2.00