Monday, December 15, 2025

7-ELEVEN Eksklusif | Kantin Lab: Cheese Burger

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli sebab 7E buat potongan harga dari RM4.90 kepada RM2.90.. Sha suka juga makan kerepek kentang ini.. Tambah bila dia potong beralun macam ini.. Keropoknya lebih tebal.. Bila buka bungkusan tu, adalah bau burger keju tu tapi taklah menyengat.. Rasa pun ada tapi tak kuat sampai buat kita muak.. Sedang elok ja.. Bolehlah kalau nak makan sekali sekala..

7-ELEVEN Eksklusif | Kantin Lab: Cheese Burger (35g) - RM2.90

Isi dalam tu sesuai hargalah..

Cerita Hujung Minggu

Assalamualaikum.
Hye semua..

Sabtu dan ahad yang sibuk.. Melawat saudara tak sihat di Klang pada hari Sabtu dan Ahadnya memenuhkan peti ais dan dapur.. kikiki..

Selingan awal pagi Sabtu.. Bawa anak-anak menonton filem Papa Zola The Movie terlebih dahulu..

Minum petang di Jeram sebelum bergerak pulang ke rumah.. Semua ini campur dengan sepinggan nasi putih dan seekor ikan goreng tamabahan RM67.00 sahaja..

Pagi Ahad ke Pasar Behrang mencari ayam dan ke pasar Slim River mencari telur dan sayur-sayuran..

Lepas tu sempatlah beli sarapan pagi pecal yang padu ini.. Kita sarapan dulu sebelum mengerjakan ayam dan sayur-sayuran..

Sunday, December 14, 2025

Hershey's Choco Balls Cookies N Dark Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini rasa baru dari rangkaian Choco Balls ini.. Sebelum ini Sha pernah kongsikan rasa Cookies N Chocolate & Cookies N Creme.. Kali ini lebih menarik sebab ada coklat putih di bahagian tengah dengan ketulan biskut dan coklat gelap bahagian luar dia.. Rasa dia tak manis tau.. Mungkin sebab salutan coklat gelap di bahagian luar tu buat rasa dia jadi seimbang.. Memang syoklah makan bila tak terlalu manis..

Ada 18 ketul coklat dalam 1 pek.. Comel-comel ja coklatnya..

Ini keratan rentas coklat.. 

Hershey's Choco Balls Cookies N Dark Chocolate (36g) - RM3.79

Indonesia | Penjagal Iblis: Dosa Turunan (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lepas baca review Farhana, terus rasa macam nak tengok sebab Farhana kata tak seram tapi lebih pada elemen slasher dan gore.. Jadinya jomlah kita layan.. kikiki..

Okaylah filem dia sebab ada penyiasatan dan perempuan yang pandai berlawan.. kikiki.. Kisahnya seorang wartawan bernama Daru diberikan hak eksklusif untuk menyiasat kes mayat yang hilang jantung.. Pada masa yang sama bos Daru suruh dia temuramah pesakit mental bernama Ningrum yang dituduh membunuh sebuah keluarga ketika sesi rawatan akibat dirasuk di sebuah kampung.. Temuramah Daru dengan Ustaz Hari menemukan persamaan dalam kedua-dua kes.. Daru ini turut memikul beban rasa bersalah, bila melakukan siasatan ini dia diganggu perasaan itu.. Kesianlah dekat watak bernama Yo tu.. Tak pasal-pasal ja..

Penjagal Iblis: Dosa Turunan
2025 ‧ Action/Crime/Fantasy/Horror/Mystery/Thriller ‧ 1h 39m
An investigative reporter meets a young woman accused of murder and soon discovers she is a demon hunter trying to stop a great evil.

Chek Hup: Classic & Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi Chek Hup dari rangkaian Classic ini menggunakan biji kopi Columbia dan mengandungi 33% kurang gula.. Memang menariklah rasa dia.. Kalau berminat nak cuba dan nak beli 1 sachet sahaja boleh klik SINI dan SINI..

Chek Hup Classic memang pilihan selamat untuk peminat kopi 3in1 yang sukakan rasa seimbang.. Aroma kopinya lembut, tak terlalu kuat dan yang paling best, manisnya guna gula batu jadi dia punya kemanisan tu rasa lebih natural, bukan jenis “menusuk jiwa”..
Teksturnya pun licin ja, sesuai untuk diminum waktu pagi atau waktu rehat.. Kalau korang sukakan kopi yang tak terlalu keras, bolehlah cuba versi yang ini..

Versi Hazelnut pula lebih indulgent.. Aroma hazelnut dia memang wangi gilalah.. Buka paket pun dah rasa macam dekat kedai kopi.. Rasa kopinya masih licin macam Classic, tapi ditambah pula dengan rasa kacang yang berkrim dan sedap..
Manis pun masih kategori sederhana.. Paling sesuai untuk sesi santai petang atau bila rasa nak belanja diri dengan kopi yang lain dari biasa..

Saturday, December 13, 2025

Hadiah Akhir Buat Guru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun ini tahun akhir Imani di sekolah rendah.. Sha dah belikan siap-siap hadiah perpisahan untuk guru-guru dia.. Antara yang Sha beli ialah TYESO Vacuum Insulated Tumbler ini.. Ada pelbagai warna dan 2 saiz.. Sha beli yang 500ml dan 710ml.. Sha beli berdikit-dikit, bermula dari awal tahun hari tu.. Ini untuk cikgu sekolah pagi.. Kemudiannya untuk Ustaz dan Ustazah sekolah petang Sha belikan set cutlery.. Sama juga beli berdikit-dikit.. Kalau sekaligus memang terduduklah kan.. 

Hadiah untuk cikgu, Ustaz dan Ustazah Imani..

Ini untuk Ustaz dan Ustazah sekolah petang.. Sedikit hadiah tanda terima kasih atas tunjuk ajar selama 6 tahun Imani di sekolah agama.. Sha bagi pada 10 Disember 2025 masa jamuan akhir pelajar darjah 6..

Ini pula untuk cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan.. Sha dan Imani bagi masa Hari Anugerah (Khamis-11/12/2025).. Memang masa ini ja Sha rasa mudah untuk sampaikan.. Sha cari semuanya dan ambil gambar juga tanda kenangan.. Alhamdulillah.. Selesai sudah..

Milka Riso Soffiato (Puffed Rice) Milk Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tinggal coklat ini ja dalam simpanan Sha.. Jomlah makan sebelum tarikh luput dia.. kikiki.. Sha beli dengan harga jualan murah dekat kawan pejabat.. Ini pun makan masa untuk dihabiskan.. kikiki.. Jadinya bila dah buka, kenalah simpan dalam bekas.. Bila nak makan bolehlah ambil sepotong dua.. Biasanya Sha makan bila emosi kurang stabil atau sekadar nak menenangkan jiwa.. Tapi tu lah, coklat kali ini kurang menarik pula sebab puffed rice tu macam lemau dan tak rangup.. Coklat dia sedap ja..

Milka Riso Soffiato (Puffed Rice) Milk Chocolate (100g) - RM7.00

Bila terbalikkan coklat tu, boleh nampaklah bertih beras tu.. Meriah..

Dapatlah sebekas comel setelah dipatah-patahkan..

Jamuan Akhir Tahun Sekolah Agama 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang semalam, sekolah agama Imani buat Jamuan Akhir Tahun.. Imani bawa kuih muih ja.. Sha tempah dengan pengasuh dekat rumah transit.. Mudah.. Ambil Imani, terus ambil kuih sekali.. Semakin dekat dengan penghujung tahun dah.. Ada seminggu ja lagi sebelum Imani meninggalkan dunia sekolah rendah dan bersekolah di dua sekolah.. 

Bawa kuih ja mudah.. Ada karipap sardin, pau kacang merah goreng dan roti sosej goreng mini..

Masa ambil dia balik sekolah, ditunjuknya hadiah ini.. Menang tempat ketiga katanya..

Friday, December 12, 2025

Rasto: Cheesy Garlic Spread

Assalamualaikum..
Hye semua..

Diperbuat menggunakan keju sebenar ya.. Bau dia bila buka pun dah boleh tau, yang ianya keju.. Memang mantaplah pada Sha.. Pertama kali cuba sapuan bawang putih berkeju.. Memang menarik sangat.. Sapuan yang berbaloilah pada Sha untuk dibeli.. Sapuan ini baru ja lagi ada dekat Pasaraya TF yang berdekatan dengan Sha.. Harga dia kalau tengok atas talian lebih murah di Pasaraya Mydin.. Tapi sini tak ada Mydin.. Sini tu tempat tinggal Sha lah.. kikiki..

Sha suka sangat sapuan bawang putih ini.. Sapu kat roti, dah jadi sarapan yang mengenyangkan.. Malah kalau anak-anak nak bawa bekal pun mudah ja.. Janji ada sapuan ini dan roti Gardenia.. 

Rasto: Cheesy Garlic Spread (200g) - RM12.90

Lebih kuning warnanya berbanding sapuan bawang putih yang biasa tu..

Meriahlah dengan ketulan bawang putih dan herba..

Inilah rupa dia selepas dibakar atas kuali leper.. Memang mengancam.. Bau pun wangi..

Perhimpunan Bulan Disember 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini ada Perhimpunan Bulanan.. Seronok masa sesi Renungan Pagi.. Renungan pagi ini dibawakan oleh Pegawai Psikologi yang baru sahaja bertukar masuk.. Awalnya kami diminta berdiri secara berpasangan dan buat senaman ringkas.. kikiki.. Okaylah sebab beliau kata zaman teknologi ini manusia dah kurang berinteraksi dengan sesama manusia.. Manusia lebih tertumpu pada gadget jadi melalui senaman ringkas ini, harapnya akan adalah perubahahan dalam kehidupan harian kita semua..

Lepas tu untuk pertama kalinya, lama pula Perhimpunan Bulanan kali ini.. Kikiki.. Sha tak sarapan dulu jadinya memang berdangdutlah perut.. kikiki.. Sha pun kebetulan ja tahu pasal Perhimpunan Bulanan ini dari staf yang menganjurkannya.. Itupun sebab terserempak dalam lif.. Kalau tak memang tak tahu..9.45 pagi masjlis habis terus ke kantin beli makan..

Sebelum gambar yang Sha kongsi ini, Pegawai Psikologi ini ada kongsikan 2 gambar.. Melalui dua gambar awal tu, kita diajar untuk tidak merumitkan keadaan.. Kadang manusia suka fikir secara melampau, walhal perkara tu ringkas ja..

Pagi ini Perhimpunan dianjurkan oleh 1 Jabatan dan 3 Unit.. Mantap..

Furry Pop Socket by Zus

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha singgah beli air dekat Zus.. Memang lupa langsung pasal pop socket tu.. Bila dah beli-beli tu, tengok dapat 1 pop socket.. Seronoklah.. kikiki.. Tapikan comel betul cup sleeves tu.. 

Iced Shaken Tahitian Lime Refresher - RM11.20
Iced Mango Lime Cooler - RM6.21
Iced Buttercreme Spanish Latte - RM13.20
Furry Pop Socket - 1pcs (free)

Iced Mango Lime Cooler - Memang terasalah pekatnya mangga tu.. Ini pun Sha minta kutang manis tau.. Rasa limau tu manja-manja ja..

Iced Shaken Tahitian Lime Refresher - Ini memang mantaplah.. Memang menyegarkan.. Sha suka air ini.. Sha ambil yang kurang manis.. 

Iced Buttercreme Spanish Latte - All time favorite.. Kali ini Sha beli kurang manis, tetaplah sedap.. Mewah rasa kopi dia.. Sebelum kacau ini nampak dia 3 lapisan..

Lepas kacau.. 

Dapat 3 cup sleeves yang comel dengan satu Furry Pop Socket.. Sha dapat design no 1 yang Furry Pop Socket tu.. Comel..

Thursday, December 11, 2025

Hari Graduasi Tahun 6 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha cuti untuk hadir ke Majlis Graduasi Imani.. Tamat dah sekolah rendah.. Sha suka lagi sekolah buat majlis ini di sekolah sahaja.. Tak payah nak berhanis duit buat di tempat yang gah-gah.. Pada Sha buat macam ini pun dah cukup bermakna sebenarnya.. Sederhana tapi sangat meriah dengan kehadiran ibu bapa tanda sokongan..

Sha tunggu sampai habis Majlis sebab nak sampaikan hadiah penghargaan pada semua guru-guru yang mengajar Imani untuk tahun akhir ini.. Paling istimewa dah tentulah Guru Kelas Imani merangkap cikgu Matematik dia, cikgu ini bersama Imani selama 6 tahun.. Ada sekali tu nyaris ditukarkan tapi berjaya dikekalkan dengan rayuan dari anak murid serta ibu bapa dan cikgu tu sendiri.. Turut istimewa di hati kami dah tentulah Cikgu Bahasa Melayu Imani yang mengajar selama 5 tahun berturut-turut.. Cikgu Bahasa Melayu inilah bertungkus lumus memberi tugasan pada Sha dan Imani sepanjang PKP dulu demi memastikan Imani pandai dan lancar membaca, mengeja serta membina perkataan.. Memang kenangan sungguh..

Sha doakan semoga semua jasa bakti guru-guru yang mengajar Imani selama 6 tahun ini diberikan kesejahteraan, kesihatan yang baik dan kelapangan rezeki serta dirahmati Allah selalu.. Aamiin.. Aamiin..

Belikan dia jambangan comel ini.. 

Sempat mak mengabadikan gambar kenangan dengan Imani.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com