Wednesday, October 31, 2018

Bercanda Di Malam Indah oleh Masdo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa mula-mula dengar lagu ini rasa terkhayal tau.. Rasa kembali ke zaman 60an gitu.. Kikiki.. Lirik dan muzik dia memikat hati betul.. Kalau tak percaya cubalah dengar.. Mesti terpikat punyalah.. Macam Sha memang layan lagu ini tiap kali terdengar di radio.. Catchy dan memikat.. Nak dengar? Klik je gambar atau tajuk lagu itu..


Masih ingatkah dikau kita bercanda
Di malam itu hanya kita berdua
Masih ingatkah dikau bintang tersenyum mesra
Melihat tingkah laku kita
Masih ingatkah dikau kita berdansa
Mengikut rentak dan irama
Masih ingatkah dikau kita bercengkerama
Ditemani pelangi indah

Oh
Tapi itu semua
Tak pernah kekal lama
Pergi jua kau akhirnya
Kepulangan kekasih lamamu
Merubah cerita cinta kita

Oh
Tapi itu semua
Tak pernah kekal lama
Pergi jua kau akhirnya
Ku terpaksa mengundurkan diriku
Demi cinta dikau dan dia

Masih ingatkah dikau kita bercanda
Di malam itu hanya kita berdua
Masih ingatkah dikau bintang tersenyum mesra
Melihat tingkah laku kita

Bercanda di malam indah
Bercanda di malam indah...

Wordless Wednesday #74


Tuesday, October 30, 2018

2018 Reading Challenge #10

Assalamualaikum..
Hye semua..

Marilah mari.. Kita membaca.. Bulan Oktober ini memang mencabar minda dan fizikal Sha.. Banyak yang nak diselesaikan dan dikejar.. Namun dalam pada mengejar dan menyelesaikan, Sha berjaya juga lengkapkan cabaran Sha membaca di Goodreads dengan kepelbagaian buku untuk bulan ini.. Malah bulan ini saja, Sha berjaya membaca 40 buah buku.. Pergh!! Pening kepala dengan huruf dan gambar yang bertebaran di kepala.. Kikikiki.. Tapi terpaksa berhenti sekejap sebab Sha kena ke Johor untuk Kursus.. Itu yang Sha buat entry ini awal.. Semoga perkongsian Sha ini membantu rakan-rakan memilih bahan bacaan.. Bulan ini memang bulan kepelbagaian.. 

Buku-buku yang berjaya Sha baca pada bulan Oktober 2018 ialah:-

Mimpi Bintangku oleh Abeben (Pelukis: Syafy Zahin)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ke 40 untuk bulan Oktober... Kali ini Sha baca komik terbitan Buku Puris.. Komik dakwah islamic yang sangat menarik..

Menceritakan realiti penulis/pelukis komik dakwah.. Bukan mudah nak buat sesuatu yang mengajak orang lain ke arah kebaikan.. Tambahan pula sesuatu yang berkaitan dengan dakwah.. Realitinya manusia lebih suka pada perkara yang percuma berbanding dengan sesuatu yang perlu dibayar.. Cuma Sha rasa ceritanya sedikit tergantung..

Sha baca dan selesai pada 28.10.2018..

Published April 1st 2018 by Buku Puris

Monday, October 29, 2018

Episod Cinta Luka oleh Fateen Najwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini Sha terima dari kak Suria Amanda.. Boleh tengok entry mengenai buku ini di SINI..
Konflik percintaan dan juga hubungan keluarga antara mak dan anak..

Konflik yang dilalui oleh Zuraidah bermula dari rumah lagi.. Dirinya tak dipeduli mak dan ayah.. Apa sahaja yang dibuat oleh Zuraidah dibenci dan dihina.. Kemuncaknya bila Zuraidah diminta untuk mengorbankan kekasihnya supaya berkahwin dengan adiknya demi menutup malu.. Zuraidah dihalau dari rumah oleh maknya dengan cara halus.. Merempat hingga ke KL.. Mujurlah bertemu dengan kawan yang mahu menolong dirinya.. Zuraidah bangkit membina hidup namun datang pula dugaan yang membuatkan Zuraidah lari ke Johor.. Kisah hidup Zuraidah berubah menjadi liar.. Zuraidah hilang dalam derita dan dugaan yang dilaluinya.. Mujur masih ada yang sudi membantu.. Walaupun musibah datang melanda keluarga kandung Zuraidah, namun mak Zuraidah masih tetap meletakkan semua malang itu dibahu Zuraidah.. 

Kisah yang disampaikan penulis memang menarik.. Realiti masyarakat yang berlaku.. Kehidupan bebas tak terkawal.. Menyayangi anak hingga kesalahan yang dibuat tetap dibela.. Memilih kasih antara anak hingga menyebabkan anak terpingir.. Hilang arah bila terlalu tertekan tanpa bantuan.. Semuanya digarap dengan baik.. Penulis menceritakan kehidupan Zuraidah dalam 3 bahagian.. Semoga pembaca mengambil iktibar dari apa yang penulis sampaikan..

Sha baca dan selesai pada 28.10.2018..

Sambil baca novel kita makan coklat.. Barulah layan..
Koleksi Sha

Diterbitkan oleh Fajar Pakeer

Koleksi Buku Ahmad Ammar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sangka dalam pada Sha tak baca buku selain novel, Sha dah ada 3 buah buku pasal Ahmad Ammar ini.. Mula-mula beli dulu sebab terkesan di hati pasal perkongsian mengenai beliau.. Kemudia tangan tu pasti nak ambil dan beli setiap kali ternampak tajuk Ahmad Ammar.. Sekarang Sha dah 3 buah buku beliau.. 2 Terbitan Karangkraf dan 1 terbitan Galeri Ilmu..

Cerita Cinta Ahmad Ammar
Ahmad Ammar Engkau Milik-Nya
Setelah Ammar Tinggalkan Kita

Antara yang belum Sha miliki ialah:-
Ahmad Ammar oleh Abdul Latip Talib
Ahmad Ammar Tarbiyah Sesudah Kematian oleh Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Ahmad Ammar: Satu Kematian Yang Hidup; Legasi 1993-2013 oleh Mohammad Qayyum A. Badaruddin

Sunday, October 28, 2018

Imani ke MAPS, Perak

Assalamualaikum...
Hye semua..

Semalam Imani ikut rombongan sekolah ke MAPS di Meru, Perak.. Ibu bapa turut dipelawa untuk mengikuti rombongan ini sebab ada kerusi kosong.. Jadinya Sha pun pergi bersama Amani.. Kena bayarlah untuk ikut sama kan.. Sha bayar RM85 dan Amani RM65.. Imani tak payah bayar sebab cikgu dah kutip masa awal tahun hari tu..

Pengalaman yang kurang menyeronokkan pada Sha.. Rombongan sekolah seronok dan menggembirakan.. Namun MAPS tak menyeronokkan.. Bayar mahal kalau tak ikut rombongan.. Tapi banyak mainan yang dalam progress, lepas tu ada dua permainan tak boleh dimain sebab rosak.. Walhal orang dah beratur menunggu ramai nak main.. Ada permainan kanak-kanak tak boleh main sebab dia ikut ketinggian.. Ada lah beberapa mainan yang Amani dan Imani boleh main.. Antaranya di Smurf Delivery (4-6 tahun sahaja), Merry go round (semua usia), kapal terbang pusing (semua usia kecuali anak kecil) dan indoor games di Choral Adventure.. Makanan pula dah termasuk dalam package yang cikgu beli jadinya tak adalah risau nak makan.. Cuma bila dah main, masing-masing lapar.. Sha beli snack je di Choral Adventure tu.. Set Chicken Cheese + Fries + Air = RM15.. Bolehlah buat alas perut.. Air mineral dibenarkan bawa sebotol sahaja.. Air berperisa tak boleh..

Kami masuk pukul 10 lebih macam tu dan keluar pukul 5 petang.. Sampai rumah jam 8 malam.. Memang penatlah.. Malam lepas makan semua terbaring kepenatan.. Kikiki..

Set Chicken Cheesy bersama Fries dan Air RM15

Air Milo RM5



UTube: Inspector Mislan and the UTube Serial Rapes by Rozlan Mohd Noor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa novel Bahasa Inggeris ini semasa tengah kemas-kemas buku pinjaman dari Perpustakaan Negara Malaysia.. Bila selak-selak dan baca, macam menarik.. Terus melekat di mata Sha.. Walaupun novel ini Berbahasa Inggeris, ada sesetengah bahagian ditulis dalam Bahasa Melayu.. Novel ini merupakan novel ketiga dari siri Inspector Mislan Latif..

Cerita yang disampaikan memang menarik.. Kisah polis Malaysia yang menyiasat kes rogol dan rakam yang dilakukan penjenayah.. Cara olahan yang disampaikan memikat Sha untuk terus membaca.. Disebabkan novel ini berbahasa Inggeris dan kisah yang dibawakan sedikit berat, maka lambatlah sikit pembacaan Sha.. Memang seronok Sha membaca walaupun dalam Bahasa Inggeris.. 

Sha baca pada 24.10.2018 dan selesai pada 26.10.2018..

Saturday, October 27, 2018

Mega Sale Karangkraf Mall 10.10

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila kaki buku nampak jualan murah buku, hati mesti cair punya.. Karangkraf Mall (online) buat jualan murah pada 10.10.2018 dengan tagline 10 buku hanya RM10.. Sha yang mulanya macam tak terpengaruh telah terpengaruh juga akhirnya.. Kikiki..

Berjaya membeli 20 buah buku dengan harga RM49.87 sahaja + postage RM20.00 jadilah RM69.87 yang Sha perlu bayar.. Harga asal yang Sha perlu bayar ialah RM129.87 (tak termasuk postage), jadinya Sha jimat RM80.00 untuk 20 buah buku ini.. Berbaloilahkan.. Postage tu jadi RM20 sebab Sha buat dua order.. Satu order tu RM20 (termasuk postage) 10 buah buku.. Yang satu lagi tu RM49.87 (termasuk postage) 10 buah buku lagi..

Shopping sakan.. Lepas tu kita ikat perutlah.. Namun tak berjaya juga kurus.. kikiki..

https://www.karangkrafmall.com/rewardpointsreferfriends/refer/index/?k=yODYyMjA

Buku-buku yang Sha beli ini ada yang memang dalam bakul pembelian, ada yang memang dah lama Sha aim dan ada yang Sha tambah bagi mencukupkan 10 buah buku.. Lama juga menunggu ketibaan buku-buku ini.. Entah kenapa Sha punya walaupun sudah dipos oleh pihak Karangkraf pada 16.10.2018 & 18.10.2018, namun sehingga 25.10.2018 buku tak juga sampai.. Sudahnya Sha call KTMD untuk tanya mengenai parcel Sha.. No yang anda perlu hubungi sekiranya parcel tak sampai ialah 03-22749244 ext 33/28 (KTMD Sahaja).. Akhirnya pada 26.10.2018, buku-buku Sha ini pun selamat sampai ke tangan..

Buku-buku dibawah ini memang RM1 sebuah.. sha beli 10 buah pelbagai genre..

3 buah novel dan 1 antologi cerpen..
Cinta Semanis Carrot Cake
Dia Milik Aku
Awekku Kembar
Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi

3 buku kanak-kanak untuk Amani Mila's Big Secret, Mila Big Discovery dan Dr Bubbles Goes To Hospital
Setelah Ammar Tinggalkan Kita
Anak-anak Abah oleh Nazali Noor
100 Jejak Peribadi Rasulullah

20 Novel dibawah ini pula Sha campur-campur dengan yang sale (10 buah RM10) sebab tu harga dia tak jadi RM1 sebuah.. Tapi masih lagi jimat pada Sha.. 

4 buah novel pelbagai genre..
Dia Si Katak Puru
Fantasi Cintaku

202 Khasiat Herba
Travelog Di Hujung Muncung Mesingan

Kompilasi Sajian Bubur
Dr Bubbles Celebrates Birthdays (buku untuk Amani)

Dua buah ini pula buku mewarna.. Sha pun tak pasti kenapa Sha beli.. Sebab Sha tak minat sangat mewarna nie.. Hahaha..

Nak shopping?? Gunakan coupon ini REWARD-7256-XJLXH-LDPU masa checkout.. Klik SINI..

I Love You I Miss You oleh Ukays

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terdengar lagu ini diradio.. Eh.. Eh.. Macam best pula muzik dan lirik dia.. Terus cari.. Bila tengok nama kumpulan macam kenal.. Bila tengok penyanyi, eh.. siapa ini.. Penyanyi tak pernah tengok pun.. Adakah penyanyi baru tapi kumpulan lama.. Siapa tahu?? Kikiki.. Tak kisahlah, yang penting lagu dia best.. Tapi muzik video dia Sha tak berkenan.. Kenapa?? Kena tengok sendirilah kat Youtube.. Yang Sha bubuh ini pautan ke video lirik sahaja..




Artist : Ukays
Tajuk Lagu : I Love You I Miss You

Kali pertama…ku bertentang mata
Kali kedua…ku memendam rasa kepadanya
Kali ketiga…ku rindu padanya
Kali ke-empat…aku jatuh cinta

Siang dan malam ku terbayang-bayang
Hati tak tenang asyik memikirkan kau seorang
Mandi tak basah tidurku tak lena
Kerna kau saja gadis yang ku puja

Oh baby oh sayang oh kasih
Sungguh aku cinta kamu
Oh kasih oh baby oh sayang
Sungguh aku sayang kamu

Oh baby oh sayang oh kasih
Cintaku hanya untuku mu
Ku akan menjaga mu sehingga akhir hayatku
Oh kasihku

I love you…aku sayang kamu
I miss you…aku rindu kamu
I hate you…jangan benci aku
Cinta kasihmu hanya untukmu

I love you…aku sayang kamu
I miss you…aku rindu kamu
I hate you…jangan tinggal daku
Sampai mati ku setia padamu

Friday, October 26, 2018

Drama Melayu | Jibril (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha lama dah nampak iklan pasal drama ini.. Tak adalah teruja sangat nak tengok.. Tapi tengoklah juga.. Bila tengok episod 1, rasa macam menarik lah pula.. sebabkan perangai si Jibril yang berlagak tu.. Hahaha.. Memang menarik bila tengok Jibril (peguam) membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes.. Bila tengok drama ini nampaklah kelainan dalam drama Melayu.. Tak adalah asyik ornag kaya, kahwin, cinta tu aja.. Lepas tu ada pula Tony Eusoff, nampak bergaya pula beliau dalam drama ini.. Kikiki.. 

Drama Jibril akan ditayangkan bermula 22 Oktober 2018 di NTV7 setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 10 malam dan juga di platform VIU yang membolehkan anda menonton pada bila-bila masa jika terlepas episod di TV.

Sinopsis: Jibril sendiri mengisahkan perjalanan hidup seorang peguam yang memiliki kepintaran luar biasa dan kelebihan dalam melakukan tugasan. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan. Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri.

Pra Pesanan TPlanner oleh Teme Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah Sha berjaya buat tempahan untuk TPlanner dari Teme Abdullah dekat Iman Shoppe.. Harga untuk TPlanner ini ialah RM50 sebuah.. Mahal?? Pada Sha berbaloi sebab Sha ikut rapat perkembangan TPlanner ini di Instagram Teme.. Kenapa Sha cakap berbaloi?? Korang kena pergi usha Instagram Teme dan tengok sendiri.. Walaupun Sha tak pernah lagi baca buku-buku Teme namun Sha sangat menghargai hasil lukisan beliau.. Itu yang berusaha dapatkan TPlanner ini.. Beli untuk koleksi..

T Planner 2019

TPlanner oleh Teme Abdullah.
TPlanner 2019 ini adalah edisi terhad; hanya boleh didapati melalui pre-order sahaja. Tidak akan dijual di mana-mana kedai selepas pre-order ditutup.

Pengumuman!! Pengumuman!!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pengumuman mesra buat anda semua.. Kepada yang menyertai Giveaway Berkongsi Rezeki (Boleh Klik SINI) Sha akan pilih menggunakan random.org penerima buku daripada mereka yang telah tersenarai ini ye.. Sha akan pilih bila ada rezeki lebih.. Jadinya nantikan sahaja rezeki siapa yang bertuah itu.. Pada yang terpilih dan dah menerima hadiah buku dari Sha, Sha minta jasa baik anda untuk buat review di blog dan juga Goodreads.. Boleh jadi rakan Sha di Goodreads ye.. klik je nama Sha ini Sha Mohamed.. 

Sha akan potong nama-nama yang dah terima hadiah.. Jadinya peluang terbuka kepada nama yang belum berpotong.. Bila anda terpilih, sha akan email untuk maklumkan.. Harap sabar menunggu giliran untuk dipilih ye.. Terima kasih kepada anda kerana sabar menunggu giliran.. Untuk bulan ini hadiah dalam proses.. Selamat membaca.. #MalaysiaMemabaca



Thursday, October 25, 2018

Goodreads Challenge 2018 Complete

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Challenge complete.. Membaca bukanlah hanya kerana cabaran tapi menambah kosa kata dan juga mengambil iktibar dan tauladan atas pembacaan.. Bulan ini memang pulun habis membaca.. Rasa seronok dan gembira bila cabaran berjaya dilaksanakan.. Ini adalah cabaran untuk diri sendiri.. Walaupun cabaran dan berjaya, Sha tetap membaca.. Membaca itu satu kepuasan pada Sha.. Buku apa pun akan Sha baca.. Kalau tak kena dengan selera Sha, Sha akan maklumkan.. Setiap pembaca mempunyai definisi yang berbeza untuk buku yang sama.. Jadi Sha raikan perbezaan pendapat itu dengan gembira.. Sekiranya anda juga suka membaca, Sha cadangkan untuk buat akaun Goodreads supaya anda boleh rekod pembacaan anda, bagi ulasan buku yang sudah anda baca dan bagilah bintang kepada buku tersebut.. Dengan cara ini anda meraikan penulis dan membantu pembaca lain memilih bahan bacaan..

Owh ya.. Nantikan pengumuman menarik esok pagi di blog Sha ini..

 Misi berjaya pada 24 Oktober 2018..
Sha bermula dengan buku bertajuk Retina oleh Lokman Hakim..
Sha berjaya menyempurnakan misi dengan buku ke 200 yang bertajuk Aku Dengar Kat Stesen Tren Ada... oleh Estheryu..

200 buah buku sehingga 24 Oktober 2018..

Majlis Penghargaan Pencapaian 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selasa (23.10.2018), tempat kerja Sha buat jamuan makan malam untuk menghargai pencapaian yang telah dibuat sepanjang 2018.. Rasanya dah lama tak ada acara macam ini.. Kalau ada pun jamuan makan akhir tahun yang dibuat semasa perhimpunan bulanan.. Kali ini buat sebelah malam pula.. Ada cabutan bertuah yang menarik..

Rakan-rakan pejabat Sha ada 3 orang yang dapat cabutan bertuah.. Sha pula tak berapa nak bertuah sangat malam itu.. :)

Dapat mug sebagai cenderahati..

Menu malam itu..
Ayam goreng berempah, daging masak hitam, dalca kari, acar buah dan buah tembikai..

Topeng Berdarah oleh Saidee Nor Azam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang ke 199 buah Sha baca untuk tahun 2018.. Buku ini kalau ikutkan berada dalam kategori seram.. Namun bila Sha baca, Sha rasa buku ini lebih menjurus kepada thriller.. Buku yang sarat dengan aksi berdarah, potong-potong dan mencantas..

Topeng berdarah ini merupakan kisah seorang budak yang menjadi mangsa akibat perbuatan seorang ibu yang mementingkan diri sendiri.. Watak dalam ini menjadi ganas setelah melihat kecurangan si ibu.. Kemudiannya dirasuk semangat hitam untuk melakukan pembunuhan.. Adegan-adegan semasa watak membunuh memang mampu buat bulu roma merinding.. Penyiasatan yang dilakukan polis turut dibantu seorang lelaki yang mempunyai kuasa melihat fragmen masa hadapan dan masa lalu.. Namun tiba-tiba pembunuh sedar akan kehadiran lelaki itu dan menyatakan bahawa lelaki itulah pembunuh.. Masa ini kan mulalah perasaan Sha berfikir-fikir.. Siapa agaknya pembunuh.. Bila baca sampai ke hujung, tekaan Sha salah rupanya.. Tapi memang menariklah sebab ada penerangan mengenai kuasa jahat yang menakluk si pembunuh tu datangnya dari mana..

Sha baca pada 22.10.2018 dan selesai pada 23.10.2018..

Wednesday, October 24, 2018

English Bokss I Reads

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila kebuntuan datang melanda.. Jomlah tengok perkataan dalam buku.. Melegakan dan juga menenangkan.. Berikut adalah buku dalam bahasa english yang berjaya Sha baca.. Bukunya nipis dan berwarna warni.. Bukan shaja sesuai dibaca oleh kanak-kanak tetapi kita orang dewasa pun bagus.. Menarik dan bahasa Inggeris nya mudah difahami..

Up In The Tree by Margaret Atwood
Buku ini menarik.. Macam sajak pun ada karangan ayatnya berirama.. Senang nak hadam..

Thor & Loki: In the Land of Giants [A Norse Myth] (Graphic Myths And Legends) by Jeff Limke (Illustrations)
Cerita pasal Thor dan juga Loki.. Yang ini komik.. Memang syoklah baca sebab Sha minat si Thor ini.. Kalau versi buku ini nampak lebih detaillah penerangan mengenai hubungan dua beradik ini..

Goodbye, Brecken by David Lupton
Buku bergambar yang ohsem.. Memabntu ibu bapa dalam menerangkan mengenai kematian haiwan kesayangan.. Ada nota untuk ibu bapa di muka surat akhir buku ini..

Penulis - Zura Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pernah kongsikan pasal buku terbaru penulis ini di SINI.. Sebuah kisah aksi romantik.. Siapa yang minat aksi dan thriller memang sesuailah baca buku terbaru penulis ini.. Nanti Sha kongsikan review buku itu ye.. Masih belum khatam membaca lagi.. Kikiki.. Kalau berminat nak berkenalan dengan penulis atau mengikuti perkembangan beliau ataupun nak beli buku belia bolehlah klik Goodreads, BlogspotFacebook dan Instagram beliau ini..

Buku nukilan beliau ialah
Jatuh Hati di Paris
Jangan Goda Aku
#Ghost
Half Girlfriend
Undercover Wife

Hubungi beliau di
Facebook - https://www.facebook.com/zura.novelis
Goodreads - https://www.goodreads.com/author/show/7815698.Zura_Rahman
Instagram - https://www.instagram.com/zuranovelis/
Blogspot - https://zuranovelis.blogspot.com/

Wordless Wednesday #buku

Tuesday, October 23, 2018

Perkongsian Ilmu: Perpustakaan ke Arah IR 4.0

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang Bos sha dijemput ke UPSI untuk Program "Perkongsian Ilmu: Perpustakaan ke Arah IR 4.0".. Tapi bos tak dapat nak pergi sebab ada mesyuarat, bos suruh Sha dan rakan sekerja je yang pergi.. Maka pergilah kami berdua..

Persepsi Sha sebelum mendengar adalah program ini mesti boring.. Jadinya Sha bawa sebuah buku sebagai teman.. Tapi jangkaan Sha meleset.. Bila penceramah tu buka je mulut, memang terpaku dengar.. Bukan sebab dia selebriti tapi suara dan cara penyampaian dia memang boleh buat Sha fokus pada dia.. Teruja dan bersemangat dengar.. 

Antara yang menarik boleh Sha kongsikan ialah:-
IR tu bermaksud Revolusi Industri..
Pentadbiran dan pengurusan perpustakaan di laksanakan dengan cara yang professional berdasarkan kepada piawaian. 
Menjadikan perpustakaan sebagai pusat ilmu dengan koleksi yang mantap dan diurus dengan baik.
Menyediakan maklumat berdasarkan maklumat pengguna..

Bila dengar penceramah tu cerita mengenai teknologi yang ke depan dan apa yang akan dihadapi oleh manusia memang ngeri.. Bayangkanlah sedikit demi sedikit teknologi mengambil alih tenaga manusia.. Makin ramai yang menganggur dan tak punya kerja.. Macam pustakawan lah.. Bila semuanya boleh diperolehi dengan gadget, kenapa pengguna nak datan ke Perpustakaan kan.. Banyak lagilah.. semuanya menyentap ke jiwa.. hahaha..

Penceramah itu nama dia Tuan Sayed Munawar b. Sayed Mohd. Mustar.. Boleh tengok rancangan beliau bersiaran malam ini di TV1 jam 9.30 malam..

Hantu Mahu Saiz S oleh Ain Maisarah, Azanil Fitri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lepas baca buku tebal sikit.. Kita baca buku nipis pula.. Penulis Ain Maisarah ini memang menjadi pujaan ramai pelajar sekolah dengan siri Aku Mahu.. Tapi yang Sha baca ini Hantu Mahu.. Kikiki.. Kemain lagi tajuk dia kan..

Seram kelakar.. Itu persepsi pertama Sha bila baca tajuk buku ini.. Memang sangat-sangat kelakar bila hantu mula risau akan berat badan mhantu.. Kikiki.. Maka bermulalah misi untuk kurus.. Bukan mudah si jurulatih nak membantu, sebaliknya jurulatih pula yang dibuli.. Hahaha.. Memang kelakarlah baca buku ini..

Sha baca pada 22.10.2018..


Diterbitkan oleh Blink Book Sdn Bhd

Komik Sains Survival 01 & 05 oleh Jaecheol Hong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selepas baca novel yang berat, Sha baca pula komik sains.. Komik ini menarik cuma dia bersambung-sambung.. Sedih rasanya.. hahaha.. baca part 1 pastu part 2 tak berjaya dipinjam.. Kemudian baca part 2 tapi part 1 nya tak ada.. hahaha.. Sabar jelah.. Tapi masih menarik sebab ada disertakan fakta-fakta menarik.. Bila baca komik macam ini, terasa pengetahun bertambah.. Yellah penceritaan bergambar disertai penerangan.. memang bagus untuk bacaan bukan sahaja dewasa tapi kanak-kanak..

Komik Sains Survival 01: Bertempur Dengan Serangga 1 oleh Hong Jaecheol, Lee Taeho (Pelukis)

Mengenai kewujudan serangga dan pengenalan kepada beberapa spesis serangga.. Perbezaan serangga dan bukan serangga.. Bila baca buku ini barulah kita mengenali dan mengetahui kepentingan serangga dalam kehidupan seharian kita.. Kalau dapat baca bahagian 2, mesti seronok.. Sebab watak dalam komik ini mengecil.. Jadinya nak lah tahu berjaya ke tak watak-watak tu membesar kepada saiz normal semula..

Komik Sains Survival 05: Terkandas di Himalaya 2 oleh Hong Jaecheol, Jung Joongyu (Pelukis)

Dalam Komik Terkandas di Himalaya ini Sha belajar mengenai suhu, silau salji dan juga banjaran tertinggi di dunia.. Cumanya komik yang Sha baca ini bahagian 2, jadinya cerita bermula di tengah-tengah.. Memang kena pandai-pandai faham sendirilah kan.. Watak-watak dalam komik ini menempuh runtuhan salji, runtuhan jurai salji, runtuhan batuan yang dasyat, jatuhan ais yang besar dan macam-macam lagi.. Terasa bersama watak pula mengalami pengalaman tu semua.. Ada juga penerangan mengenai haba pembekuan, teknik memanjat tebing, angin lembah, angin gunug, bayu darat, bayu laut dan macam-macam lagi..

Antara Fakta menarik yang ada dalam kedua-dua komik ini ialah:-

Serangga yang boleh melompat jauh..

Penerangan teori jatuh bebas..

Mengenai suhu..

Silau Salji..

Monday, October 22, 2018

Ngauman Cindaku oleh A. Darwisy

Assalamualaikum..
Hye semua..


Tak pernah tak mengecewakan.. Penulis sentiasa berjaya memberikan yang terbaik.. Walaupun menggunakan dua latar zaman namun tidak berlaku keserabutan, malah tersusun cantik.. Penulis juga berjaya mengelirukan Sha sebagai pembaca dengan watak yang nampak jahat tapi sebenarnya baik.. Sha suka cara penulis menyampaikan cerita.. Antara Cindaku, harimau jadian dan mereka yang boleh mengawal harimau.. Ketiga-tiganya saling berkait rapat.. Sengketa dari zaman dahulu dibawa hingga ke zaman moden.. Bila dengki dan perasaan tidak puas hati merajai diri, maka yang baik hilang dari pandangan mata.. Yang tak bersalah menjadi mangsa.. Mujurlah ada yang melindungi.. 

Ngauman Cindaku memberikan perasaan berbeza pada Sha ketika membacanya.. Rasa sangat kagum pada watak Majid yang sangat kecil tapi mempamerkan sifat matang melebihi umurnya.. Rasa kasih dan sayang pada watak Taruna yang lembut.. Watak Maimun yang kelihatan tegas tapi penuh perhatian berjaya memberi impak..

Adoilah.. Memang jatuh cinta berkali-kali dibuatnya.. Hahaha.. Meneroka cerita ini membuatkan Sha bersa seolah-olah berada bersama-sama watak.. Memang sangat menarik dan menyentuh perasaan..


Sha baca dan selesai pada 21.10.2018..

Book is Awesome

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry ini sekadar ingin berkongsi dengan anda semua apa sahaja mengenai buku yang Sha jumpa dan baca.. Ada jualan murah.. Ada pasar buku.. Karnival buku.. Sha belum berkesempatan / berpeluang untuk joint atau singgah.. Tapi pada kawan-kawan yang berdekatan dengan aktiviti yang Sha kongsikan ini, bolehlah pergi terjah.


Promosi Jualan Blind Date masih berlangsung sehingga 23 OKTOBER SAHAJA!!!
CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!
Hanya RM25.00 untuk 30 buah buku (akan dipilih secara rawak).
Pertanyaan / Pembelian: wasap.my/+601112210865

Setiap Hari Rabu, Lejen Press menawarkan 1 kotak buku RM50 kepada pembeli wanita sempena Ladies Night dari 6.00 petang hingga 10.30 malam di Pejabat Utama Lejen Press, SS15 Subang Jaya, Selangor..

Big Bad Wolf Book Sale pada 07 - 17 Disember 2018 di MIECC The Mines, Seri Kembangan Selangor..

Pesta Lelong Buku & Komik Putrajaya pada 26 Oktober sehingga 04 November 2018 di Dewan Seri Cempaka, Precint 3, Putrajaya..

JUALAN GUDANG AKHIR TAHUN KARANGKRAF!!!
TARIKH: 2 – 11 NOVEMBER 2018
HARI: JUMAAT – AHAD
LOKASI: KOMPLEKS KARANGKRAF, SEKSYEN 15, SHAH ALAM
MASA: 9.00 PAGI - 7.00 MALAM

Pasar Buku Bangi pada setiap Sabtu minggu kedua & keempat jam 10 pagi hingga 4.30 petang di Perpustakaan Awam Hulu Langat, Bangi Selangor..

Pasar Buku Rumah Pena pada setiap Sabtu minggu pertama jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang di Rumah Pena, Kuala Lumpur..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com