Sunday, June 30, 2019

Pra Tempah Misi Linda oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kongsikan dekat sini untuk membantu menaikkan jualan buku penulis ini.. Beliau tengah mencari dana untuk membiayai kos perubatan beliau.. Tapi perlu diingat, buku ini buku Pra tempah.. Maknanya, masa untuk anda menerima buku ini sedikit lambat.. Kalau tak boleh bersabar tolong jangan beli.. Kesian penulis nanti di maki hamun.. Sedangkan terang-terang dah tertulis Pra Tempah.. Sha dah buat pra tempah.. Jomlah membeli sambil membantu..

Harga RM26 termasuk postage.

Dapat 3 cerita dalam satu buku tu!

Buku dijangka siap pada pertengahan bulan 7. Pra Tempah dibuka  sebab nak tahu berapa banyak kuantiti buku nak dicetak..

Edisi terhad dan tidak dijual di kedai. Salah satu cara untuk penulis membiayai kos perubatan beliau..

Jadi mesej atau komen di Facebook Naim Tamdjis kalau berminat!

Fratello oleh Khairul Aswad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ceritanya lurus je.. Tak ada lah berbelit-belit ataupun perlu meneka.. Kisah Dika yang disuruh kahwin sebab adik dia Marni nak kahwin.. Dengan pertolongan Mael, Dika pun mendaftar di agensi cari jodoh.. Berjaya dijodohkan dengan 3 orang perempuan yang berbeza watak.. Menjadi seorang anak yang baik, Dika meletakkan syarat bahawa perempuan-perempuan itu kenalah bertemu dengan mak dia.. Lepas pertemuan calon-calon itu dengan mak dia, dua orang mati dan seorang lagi cedera.. Masa inilah misteri sikit.. Tapi senang je penulis bagi jawapan.. Tak adalah nak berbelit-belit menyiasat.. Cerita yang sempoi dan senang nak dibaca.. Menarik tau sesekali baca cerita lurus macam ini.. Konflik antara adik dan abang.. Anak dan emak.. Serta kawan..

Sha baca pada 27.06.2019 dan selesai pada 30.06.2019.. Lambat sebab baca dua, tiga buah buku serentak.. hehehe..

Pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia
Published January 2017 by Buku Pojok

Bomboloni RM1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak tahu nak sembang apa.. Jomlah Sha kongsikan pengalaman mencuba Bomboloni yang semakin viral di jual di merata-rata tempat.. Sha beli ini dekat pasar malam Slim River.. Berdepan dengan Mr. DIY tapak pasar malamnya.. Baru lagi Pasar Malam ini beroperasi, setiap hari Sabtu.. Harga seketul Bomboloni ini murah sahaja.. RM1 je.. Rasanya pula pada Sha agak gebu dan tidak manis.. Inti pun memuaskan.. Sha beli Strawberry Oreo, Double Cheese dan Peanut Chocolate.. Memang sedaplah.. Boleh beli lagi nanti..


Saturday, June 29, 2019

Fire & Water - Faizal Tahir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sabar nak tengok BoBoiBoy Movie 2.. Semalam terjumpa lagu nyanyian Faizal Tahir ini.. Tak pernah tak sedaplah.. Memang sentiasa berjaya menghasilkan lagu yang awesome.. Lagu ini pun best.. 



Oh oh oh oh oh 2x
Oooh oh oh oh oh
Oh oh oh oh (hey!)

Ada masa ku mahu jadi biasa
Ada masa ku mahu luar biasa
Mahu ku jadi juara
Mahu ku berjaya... hey

Kata orang hidup biar berjasa... hey
Dunia ini hanya sementara
Berani hadapi semua
Harus kau percaya...

Ku cuba dan cuba 
Ku tak putus asa...
Terus ikut cahaya

Ku cuba dan cuba 
Ku tak putus asa...
Harus kau percaya

Ku cuba dan cuba 
Ku tak putus asa...
Terus ikut cahaya

Ku cuba dan cuba 
Ku tak putus asa...
Pasti sampai ke sana...

I'm fire and i'm water
Kau memberi ku kuasa
I'm earth and I'm nature
Kau membuat ku rasa

Oooh oh oh
Oh oh oh oh oh
Boy oh boy oh boy oh boy
Jangan mudah mengalah

Gagal bukan alasan putus asa
Menang bukan untuk mendabik dada
Saatku hilang arah
Kaulah adiwira

I'm rising up
I feel it now
I'll never let you down

I'm rising up
I feel it now
I'll keep you safe and sound

Ku berikan segalanya
Mengharungi semuanya
Woah oh!! 2x

Oooh oh oh
Oh oh oh oh oh
Boy oh boy oh boy oh boy
Jatuh bukannya kalah... oh!

I'm fire

Friday, June 28, 2019

Puaka Basikal oleh Aizin Zamila, Ruby Annas, Balqis Jaz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik bila baca cerita bertema macam ini.. Tak terbayang olahan penulis.. Rupanya macam-macam subjek boleh dijadikan cerita kalau kena cara olahan dan penyampaian.. Kali ini subjeknya basikal..

Cerita dari 3 penulis.. 3 penyampaian dan olahan yang berbeza dan sangat menarik.. Garapan cerita yang mengujakan dan kurang menarik sebab pendek sangat.. Kalau dijadikan novel penuh mesti ohsem.. Rupanya basikal boleh menjadi subjek yang menarik bila dijadikan cerita seram.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 27.06.2019..

Pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Published March 12th 2018 by Penerbit X

Hari Interaksi dan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (Tahap 1)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi ada Hari Interaksi dan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (Tahap 1) untuk Amani.. Sesi nya bermula jam 9.30 pagi.. Disebabkan ada jamuan di pejabat, seawal jam 9.15 pagi lagi Sha dah sampai di sekolah.. Mujurlah cikgu Amani dah bersedia di kelas.. Terus jelah jumpa.. Kali ini bersua muka dengan cikgu Matematik Amani.. Cikgu kelas Amani bercuti.. Bila dapat laporan Pentaksiran tu agak pening juga nak faham.. Mujurlah cikgu Amani memberi penerangan yang jelas.. Ada beberapa subjek Amani yang perlu diberi tumpuan.. Selain itu Amani agak kurang berinteraksi di dalam kelas.. Yang ini pun kena tengok juga.. 



Segmen 9 Juta Special Bloglist

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint segmen KC ini..


Tarikh penyertaan:
14 Jun 2019 - 4 Julai 2019

First impression orang pada Sha:-
Garang
Sombong
Pelik
Unik
Lone ranger

Aplikasi McDonald's

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru ini Sha muat turun aplikasi Mcdonald's, teruja dengan burger RM1 tu.. hehehe.. Lagipun kelmarin ada temujanji Amani di Teluk Intan, bolehlah menyinggah ke McDonalds.. Bila muat turun dan scroll ternampaklah deal yang mengancam.. Apa lagi.. Tersinggah dan terbeli McDonald's lah cerita dia.. Sha belanja RM22.20 untuk seketul berger, 2 ketul ayam, 1 fries, 1 air coke, 1 Sundae straberry dan satu Iced Latte.. Berbaloilahkan..

Inilah deal RM1 tu.. Tapi sila redeem bila anda dah di kaunter ye.. Sebab tempoh tebusan hanya 5 minit sahaja..

Sha pergi dekat Exclusive Offer tu..

Dan beli set ini.. Harganya RM14.95 sahaja.. Dapat 2 ketul ayam, air, kentang dan aiskrim sundae.. Berbaloi ke berbaloi?? Hehehe..

Tambah pula Iced Latte ini sebab separuh harga.. Memang ohsemlah kan..

Thursday, June 27, 2019

McDonald's Chocolate Pie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ternampak Chocolate Pie ini, terus teruja nak cuba.. Harga termasuk tax RM3.95 seketul.. Rasa dia okaylah.. Nak kata tak sedap, sedaplah juga.. Mula-mula gigit tu rasa crust dia macam pahit sedikit.. Tapi bila kunyah dengan coklat sos tu, sedaplah juga.. Ini dari deria rasa Sha.. Korang kena cuba sendirilah..

Pembungkusan standard pie McDonald's.. 

Crust dia pun diperbuat dari chocolate..

Dalam ada coklat sos..

Bayu (Wind) by Rozlan Mohd Noor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku seterusnya dari penulis yang Sha tak sengaja terjumpa.. Ini Sha baca guna aplikasi Libby juga.. Memang dera rasanya bila baca guna apps dekat telefon ini.. Tak boleh nak mengadap lama sangat.. Nanti mata berair dan pedih.. Kerja pun mengadap komputer kan.. Kat rumah mengadap telefon pula untuk membaca.. Hehehe.. Tapi penulis ini memang best.. Tu yang gigih jugalah baca.. Buku Bahasa Inggeris yang memang menarik..

Bayu ini memang Sha cadangkan untuk baca.. Seriously fall in love dengan author nie.. Bayu ini bagi kepuasan maksimum pada Sha.. Cerita dia dari awal sampai ke tamat lurus je.. Tak ada bengkok-bengkok atau kena teka-teka.. Dari awal dah tahu siapa Bayu itu dan siapa yang kena culik.. Bagaimana Bayu melaksanakan rancangan culik dan dapatkan duit tebusan tu yang buat novel ini sangat menarik dan mengujakan..

Baca pada 25.06.2019 dan selesai pada 26.06.2019..

(ebook)

Pinjam dari Overdrive PNM..
Published 2013 by Silverfish Books

Temujanji Pemasangan Besi di Gigi Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pada 3 June 2019 aritu, Sha dah bawa Amani untuk ambil besi dan buat rangka sebelum pemasangan besi di gigi Amani.. Patutnya temujanji pemasangan rangka besi ini dilakukan pada minggu lepas.. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, temujanji ditunda kepada semalam.. Alhamdulillah.. Kejap je prosuder pemasangan besi itu.. Tapi Amani agak takut dan panik sampai tergigit tangan doktor.. Adoilah Amani.. Sabar jelah.. Mujurlah doktor tu sangat baik.. Tak ada nak marah-marah pun.. Harapnya okaylah lepas nie..

Sebelum pasang..

Ini lepas dah pasang.. Nama prosuder ini ialah Lingual Arch Holding.. Besi tu dipasang untuk memastikan gigi graham yang dah tumbuh tu tak gerak ke depan dan menghalang pertumbuhan gigi yang sepatutnya di ruang kosong tu.. Besi hanya akan ditanggalkan bila semua gigi telah mengisi ruang kosong..

Siri Amani sakit gigi

Wednesday, June 26, 2019

Puaka Pejabat oleh Sabrina Ismail, Mus Nasmian, Mira Ishak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Puaka Pejabat ini ada 3 cerita dari 3 penulis berlainan dengan tema pejabat.. Garapan yang berbeza dan menarik dibaca.. Ada sesuatu yang unik dalam buku ini.. Cubalah baca kalau terjumpa ye.. Memang sha cadangkan..

Mia oleh Sabrina Ismail
Jangan disangka diam itu baik.. Rupanya yang disangka lawan itulah kawan sebenar.. Kesian Mia dan Cikgu Liza, hanya kerana salah cara menjadi mangsa..

Tangisan Jelmaan oleh Mura Ishak
Okay.. yang ini unik.. Gangguan yang datang bersebab namun tak berjaya diatasi bila ego mengatasi segalanya..

Selendang Merah oleh Mus Nasmian
Gangguan dari Cik Ponti yang ingin menguasai hingga menyebabkan satu nyawa menjadi mangsa..

Sha baca dan selesai pada 25.06.2019..

Sha pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia
Published March 19th 2018 by Penerbit X

Puaka Terowong oleh Zehann Ur Rakhie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kita baca Siri Cerita Hantu pula.. hehehe.. Kali ini kisah puaka terowong yang mengganggu semula.. Terowong yang menyimpan rahsia lama.. Disebabkan kehilangan Nasha menjadi misteri, maka Azli dan kawan-kawannya mula menyiasat.. Kematian demi kematian rupanya bersangkut paut dengan misteri terowong dan juga kematian setahun yang lalu..

Sha baca dan selesai pada 25.06.2019..

Pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia
Published January 2018 by Penerbit X

Tuesday, June 25, 2019

Nomik | Cinta Semanis Ibu oleh Artis Nomik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kita relax-relax baca Nomik (Novel + Komik) pula.. Dalam ini ada 3 komik dan satu cerita pendek.. semuanya berkisahkan kasih sayang ibu.. Memang sesuai dibaca sekeluarga..

Sha baca dan selesai pada 25.06.2019

Pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia
Published 2018 by Blink Book

Antara komik yang ada dalam buku ini..

Novel pendek yang sangat menyentuh perasaan.. Kisah seorang anak yang merasakan bekal makanan yang dibuatkan oleh ibunya sudah tidak sesuai lagi disebabkan dia selalu diejek kawan-kawan..

21 Immortals: Inspector Mislan and the Yee Sang Murders by Rozlan Mohd Noor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca buku ini guna aplikasi Libby.. Boleh muat turun di Google Play Store.. No kad perpustakaan boleh tengok di U-Pustaka.. Ini je satu buku yang Sha baca guna aplikasi ini.. Dah baca siri daripada Inspektor Mislan ini dan tersuka tu yang cari.. Dekat PNM Sha berjaya baca dua buah buku fizikal.. Disebbakan buku iniBahasa Inggeris dan baca guna aplikasi, maka lambatlah sikit.. Mata dah tak berapa tahan baca dekat telefon.. Tu yang baca a few page, kemudian berhenti..

Cerita kali ini, mengenai pembunuhan yang dipamerkan di meja makan dan ada Yee Sang.. Makanan yang selalu dimakan masa sambutan tahun baru cina.. Masa memula pembunuhan terjadi, rasa macam pergh!! Psiko gila pembunuh dia.. Hahaha.. Boleh bayangkan perasaan Inspektor Mislan dan pembantu beliau Johan dalam menyelesaikan kes pembunuhan yang nampak macam tak ada klu ataupun motif.. Tapi disebabkan sikap tak putus asa Inspektor Mislan dan bantuan rakan-rakan beliau, terbongkarlah motif yang tak diduga.. Memang plot twist betul.. hehehe..

Sha baca pada 19.06.2019 dan selesai pada 24.06.2919..

(ebook)

Pinjam dari Overdrive PNM..
Published August 2010 by Silverfish Books

Pra Tempah Novel Terbaru Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat yang meminati novelis Maria Kajiwa, beliau ada keluarkan novel terbaru dibawah penerbitan Love novel bertajuk Lara Wirang.. Pre-Order sangat terhad, jadi kalau berminat boleh klik link WhatsApp kat bawah.. Sha dah buat bayaran pagi tadi.. hehehe.. Teruja nak baca buku baru beliau.. Lagipun dah lama tak membeli.. Kikiki..

TAJUK: LARA WIRANG
PENULIS: MARIA KAJIWA
HARGA: RM 22 (sem)
KAPSYEN: Kerana janji hati nuraninya mati...
BLURB: Ustaz Muiz, seorang guru agama berhasrat untuk mendirikan sebuah madrasah di kampungnya sebagai pusat mengajar ilmu agama yang lebih tersusun. Dia mendapat sokongan daripada isteri, kawan dan penduduk kampung tetapi ditentang oleh Sahir Zub-yan dan konco-konconya.

“Kita akan buat apa sahaja asalkan rancangannya gagal.” – Sahir Zub-yan

Sahir Zub-yan, seorang ahli sihir Kaum Kan. Dia tinggal di Gunung Dayan dalam daerah Hasam Hurang, salah sebuah daerah dunia gelap. Sejak dahulu dia menentang segala usaha Ustaz Muiz untuk menghidupkan syiar Islam dan menyebarkan dakwah.

Bersama pembantunya yang setia bernama Derani, mereka menghasut seorang guru silat untuk menentang dan mengkhianati Ustaz Muiz sekeluarga dengan menggunakan ilmu hitam. Tapak madrasah, isteri dan anak Ustaz Muiz menjadi sasaran.

“Engkau sanggup menukar imanmu dengan nyawanya?” Sahir Zub-yan.

Adakah Ustaz Muiz akan tunduk kepada segala seksaan dan ugutan mereka bertiga? Mampukah dia mempertahankan pendiriannya? Ikutilah sebuah pertarungan antara dua pegangan dan dua dunia yang berbeza.

TAJUK: KAMPUNG HILANG
PENULIS: ROSLI MOHD. SAH
HARGA: RM 24 (sem)
KAPSYEN: Datangmu dialu-alukan, tetapi pemergianmu tak dibenarkan…
BLURB: Demi dendam dan kasih sayang, pertaruhan yang dibuat terlalu besar. Kampung Hilang menjadi saksi kekejaman silam akan berulang dengan watak berbeza.

“Kalau kamu masih berhajat juga nak ke kampung puaka tu, baik hentikan. Jangan cari masalah. Kami di kampung ni dah cukup letih dengan masalah dari kampung tinggal tu. Dah tak larat nak hadap masalah yang berulang-ulang.”

Sesiapa pun boleh datang, tetapi tiada sesiapa pun yang boleh meninggalkannya. Mereka akan diraikan tetapi mereka juga akan diperangkap.

“Kau berdua tidak dapat keluar dari kampung ini. Kau berdua sudah terperangkap di sini!”

Kampung Hilang sentiasa menantikan kehadiran waris-warisnya.

“Kau datang, anak puanku...”

Penghuninya tidak pernah mati walaupun terpaksa mengharungi kehidupan yang berulang-ulang.


Order di Sini..

Syarat Pembelian:-
- PRE-ORDER bagi novel Lara Wirang dan Kg Hilang sehingga 07.07.2019 sahaja.
- Harga ada di dalam gambar. Ada DISKAUN untuk semua pembeli pre-order ini. Pesanan hanya SAH apabila pembayaran dibuat.
 - Cara pembayaran akan diberikan kepada yang berhajat.
- Pembayaran mesti dibuat mulai 24.06.2019 sehingga 07.07.2019 sahaja supaya dapat keluarkan stok dan mulakan proses penghantaran secepat mungkin.

Monday, June 24, 2019

Ratu - Faizal Tahir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tertarik dengan tajuk dan memang minat Faizal Tahir ini.. Sekali dengar terus jatuh cinta.. Layan pula bila dengar slow dari FT ini.. Suara dan muzik lagu ini ngam.. Lirik dia pun ohsem.. Dengar pagi-pagi rasa membuai-buai perasaan, bila dengar memalam ini memang feeling habislah..


mungkin tiba sudah masa
untuk ku bicara
mungkin tiba sudah waktu
untuk kamu tahu

lama sudah ku sembunyi
ku simpan sendiri
ku harap kau memahami
bila kau ketahui

maafkan aku tak termampu
membohongi lagi diriku
tiada yang lebih aku mahu
selainmu
jadi ratu hidupku

maaf aku tak mampu
menyakiti diriku
tiada lagi aku mahu
hanya kamu
jadi ratu hidupku

what if
had never met you
what if

what if
had never met you
what if

sungguh tak ku sedari
waktu yang berlalu
berlalu pergi denganmu
tinggalkan diriku

ku akui sesungguhnya
aku telah jatuh
dan tak pernah ku rasai
sakit yang begini

maafkan aku tak termampu
membohongi lagi diriku
tiada yang lebih aku mahu
selainmu
jadi ratu hidupku

maaf aku tak mampu
menyakiti diriku
tiada lagi aku mahu
hanya kamu
jadi ratu hidupku

i am too hurt
to fall in love againn
i am too hurt
to fall in love againn

maafkan aku tak termampu
membohongi lagi diriku
tiada yang lebih aku mahu
selainmu
jadi ratu hidupku

maaf aku tak mampu
menyakiti diriku
tiada lagi aku mahu
hanya kamu
jadi ratu hidupku

i am too hurt
to fall in love againn
i am too hurt
to fall in love againn

Mentos Limited Edition: Pink Lemonade

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tertarik nak beli sebab bungkusan warna pink dan rasa lemonade.. Tapi gula-gula dia tak warna pink pun.. Warna putih.. Rasa je lain sikit.. Rasa lemonade dia tak adalah kuat sangat.. Sedaplah buat makan masa boring.. 

Cantikkan bungkusan dia.. RM1.60 satu nie..

CONTEST SAYA NAK DUIT RAYA

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jalan-jalan, ternampak contest ini.. Jomlah reramai joint.. Mana tahu rezeki, dapat duit raya..

Segmen akan Tamat pada 1 July 2019.

Tamil | Ghoul (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..


Drama ini 3 episod je.. Tayang dekat Netflix.. Sha tertarik nak tengok lepas baca sinopsis dia.. Walaupun 3 episod, jenuh juga nak habiskan.. Hahaha.. Ghoul ini cerita kat India pada tahun kehadapan.. Parti yang memerintah itu bawa idiologi yang ganas.. Punyalah nak rakyat patuh kat mereka, buku semua dia bakar.. Mana-mana rakyat yang nampak macam melawan, dia tangkap dan seksa.. Konon nak brainwash bagi ikut fahaman diorang.. Ada satu perempuan ini, dia joint askar kerajaan la.. Pastu terpengaruh dengan idiologi tu dan laporkan pasal bapa dia yang tak sama fahaman macam dia.. Kononnya untuk negara tapi bila dia dihantar ke satu kem ini baru dia tahu apa sebenarnya yang terjadi.. Itupun lepas bapa dia buat 1 ritual ini.. Ngeri wei bila Ghoul tu boleh berpindah badan dan seksa orang jahat dengan cara memanipulasikan minda mereka dengan kejahatan yang mereka buat sebelum ini..

Ghoul (2018)
Tamil Drama • 3 Episode •   45min • Genres: Drama,  Fantasy,  Horror,  Sci-Fi • 

Ghoul is a TV mini-series starring Manav Kaul, Radhika Apte, and Rohit Pathak. In a totalitarian near-future India, a mysterious prisoner is sent to a remote military interrogation center where he turns the tables on his captors..

Episod 1. Out of the Smokeless Fire
After exposing her father’s anti-government activities, Nida Rahim is inducted as the newest interrogator at the remote Meghdoot 31 detention center.

Episod 2. The Nightmares Will Begin
Flashes of the past begin to haunt Nida. When sect leader Ali Saeed is brought for questioning, his unnerving answers lead her to suspect his motives.

Episod 3. Reveal Their Guilt, Eat Their Flesh
Nida learns of the ghoul inhabiting Saeed. Upon telling her fellow interrogators, she learns the alarming truth about what its presence reveals.

Sunday, June 23, 2019

Siri Pengembaraan Im dan Net: Ekspedisi Ombak Bermula oleh Farish

Assalamualaikum..
Hye semua...

Mood tak berapa okay.. Jadi kita layan komik jelah.. Seronok juga sesekali santai membaca komik kan.. Tambah komik keluaran Ana Muslim.. Bukan sekadar komik.. Ada isinya.. Macam komik ini.. Bercerita tentang penerokaan dasar laut.. Apa yang jadi bila gunung berapi di dasar laut meletus.. Kepentingan menjaga tumbuh-tumbuhan dan haiwan.. Memang bagus dijadikan bacaan seisi keluarga..

Sha baca dan selesai pada 22.06.2019..

Hak MIlik Perpustakaan Negara Malaysia..
Published November 1st 2014 by Ana Muslim

Durian D24

Assalamualaikum..
Hye semua..

Teringin punya pasal.. Sha belilah Durian D24 ini dekat kawan encik suami.. 2 biji RM24.. Harga pasaran sekilo RM18 katanya.. Tapi dia jual dengan kami sekilo RM14.. 2 biji yang Sha beli ini RM22.. Tak adalah besar mana.. Comel-comel je.. Tapi pada Sha, tetap durian kampung yang sedap.. hehehe.. Rasa D24 ini terlalu lemak..  Alhamdulillah.. Dapat juga merasa..

yang kurang cantik kulitnya tu, hanya ada 4 ulas sahaja.. tapi besar-besar dan tebal..

Ini yang kulitnya cantik tu ada 5 ke 6 ulas isinya.. Kuning, berlemak dan tebal..

Saturday, June 22, 2019

M&M's Crispy Chocolate Bar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu Sha jumpa yang Milk Chocolate Bar, tadi jumpa yang crispy pula.. Packaging warna biru yang sangat menawan, okay.. Hahaha.. Ohsem sangat.. Biru itu menawan.. Sebenarnya bukan sebab warna je, sebab Sha memang peminat coklatkan.. 

Flavour lain..

Kali ini selain ketulan M&M's, ada bubble rice juga.. sedap lah mengunyah.. Tau-tau je dah habis.. hehehehe..

Friday, June 21, 2019

Jamuan Raya di MDTM, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau pagi di Politeknik, petangnya di MDTM (Majlis Daerah Tanjung Malim) pula.. Makan free jelah.. Tapi tak mampu pun nak makan banyak.. Jamah sana sikit, sini sikit.. Dah kenyang.. Jenuh jugalah nak tolong member habiskan makanan dia.. Yang bestnya dapat makan durian.. Baru je sembang dengan encik suami semalam.. Kalau ada rezeki, dapatlah merasa durian.. Tup tup.. Hari ini dah dapat.. Memang betul-betul rezeki..

Kuew teow goreng, sate.. nasi impit kuah kacang, durian dan buah dari Sarawak.. lupa pula nama dia..

Laksa.. Sedap.. kuah pekat..

Cendol pun ohsem.. Ini menu yang Sha makan..

Jamuan Raya Jabatan

Assalamualaikum..
Hye semua..


Masih dalam mood beraya lagikan?? Hehehe.. Jabatan @ pejabat korang dah buat jamuan raya ke?? Jabatan Sha baru je buat pagi tadi.. Berwarna warni dan meriah je Majlis Raya pagi tadi.. Sha tak adalah ambil gambar orang.. Gambar makanan je yabg senpat dirakam.. Jom tengok gambar..

Sate dan kuah kacang bersama nasi impit..

lemang dan rendang ayam..

Seri muka (bawah tu bukan pulut tapi sagu) dan Brownies..

Cendol..

Roti jala kuah kari..

Starbucks: Dark Caramel Coffee Sphere Frappuccino

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan ada kursus di KL, bolehlah Sha menyinggah Starbucks pandu lalu di RNR Rawang arah utara.. Teringin nak cuba menu baru Starbucks.. Nampak macam emriah je.. Hehehe.. Okaylah pada Sha tapi kalau nak beli lagi, memang taklah.. hahaha.. Tak memikat tekak..

Sha tambah coklat cip.. Selain coklat cip ada coffee spheres.. Bila minum tukan sambil gigit coffee spheres tu rasa macam meletup-letup dalam mulut.. hahaha.. Memang bestlah..

Nampak tak kemeriahan air tu..

Atas dia ada cream and caramel..

Thursday, June 20, 2019

I'm Not A Monster oleh Sara Aisha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tunggu giliran nak baca novel ini.. Sha berjaya pinjam di PNM e-Reader pada 16 Jun 2019 selepas berbulan menunggu giliran.. Kikiki..

Memang menarik dan tak pernah tak menarik.. Maya dan Ryu.. Kemunculan mereka asalnya dalam mini novel kemudian terselit dalam Salju Kyoto dan akhirnya kisah penuh... Bila terjebak dalam dunia kongsi gelap, bukan mudah nak lepaskan diri.. Itulah yang dilalui Ryu dan juga Maya.. Darah dan kematian menjadi sahabat karib.. Tak mudah namun kerana mereka saling memerlukan, mereka berjaya melaluinya.. Cerita yang ada ketika babak keganasannya sangat mengujakan dan ada ketikanya sangat mengganggu.. Namun sikap Maya yang selalu ada dan mendokong Ryu sangat sweet..

Sha baca pada 19.06.2019 dan selesai pada 20.06.2019..

(ebook : PNM e-Reader)

Pinjam dari elib PNM..
Published July 2018 by Penulisan2u

M&M's Milk Chocolate Bar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa coklat ini dekat Kedai Mesra Petronas, sebelah Hospital Pusrawi.. RM4.30 (46g).. Tapikan dekat kedai Mesra Petronas, Behrang harga dia RM4 je.. Walaupun beza harga tak jauh tapi tetap mahal lah kan.. Walaupun mahal tetap akan beli lagi sebab sedap.. Setiap gigitan tu ada letusan rada M&M.. Ohsem okay.. Kalau dekat Speedmart RM3.4 je sekeping.. Murah dan berbaloi dibeli..

Cantik packaging dia..

Ini rupa coklat dia.. Ada ketulan kecil M&M.. Yang bintik berwarna tu..

Korea | Doctor Prisoner (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Best.. Sangat best.. hahaha.. Sukalah tengok aksi Dr. Na Yi Je dari baik bertukar jadi kejam sebab nak balas dendam.. Pergh!! Emosi dia memang power la.. 

Dari episod 1 sampai episod akhir, ada je yang berpaling tadah.. Jenuh tengok drama ini dengan perasaan marah dan geram.. Bila rasa macam hero nak menang, ada je yang buat pasal.. Berpaling tadah ikut suka je.. Kejap baik.. Kejap jahat.. Pergh!! Cara cerita ini tamat pun memang di luar jangkaan.. Puaslah tengok aksi doktor, penjahat dan juga beberapa watak yang menguatkan jalan cerita ini.. Memang pulun tengok sampai habis semalam.. Punya nak tau ending dia macam mana..

Doctor Prisoner
Also Known As: Dakteo Peurijeuneo; Dr. Prisoner.
KDrama | Suspense, Thriller, Mystery, Law, Crime, Drama, Medical | 32 Episodes | 20 Mar 2019 - 15 May 2019 | 
Sinopsis | Doctor Prisoner centers around an ace doctor in a university hospital’s emergency care center, a skilled professional who treats his patients with full devotion and without discrimination. However, his medical license gets suspended as a result of a medical malpractice incident that arises when the hospital board director causes a ruckus. He then gets his certificate as a medical internist and applies to work at a prison, where his plan is to cozy up to all the bigshots there—business tycoons, celebrities caught for doing drugs, sports stars guilty of gambling—and to win allies, with the ultimate goal of getting revenge against the hospital that ousted him. To do so, he’ll get rid of the existing prison chief doctor and claim the spot for himself.
(Source: DramaBeans)

Bengkel Training of Trainers (TOT)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga ke Bengkel di Perpustakaan Negara Malaysia.. Sha dapat panggilan untuk Bengkel Training of Trainers (TOT) Program Literasi dan Galakan Membaca pada 18 & 19 Jun 2019.. Bengkel 2 hari.. 2 harilah berulang alik dari Behrang ke Kuala Lumpur.. 

Seawal jam 6 pagi Sha dah keluar rumah.. Sampai PNM jam 7.10 pagi.. Lepak minum Nescafe dan makan nasi goreng dulu kat kantin.. Lepas tu jalan kaki ke Petronas untuk beli kudap kudapan..

Hari pertama 18.06.2019


Dapat beg.. Dalamnya ada borang soal selidik dan tentatif program..

Tentatif program..


Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai “keupayaan untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.”

Ini menu hari pertama..
Breakfast tu Sha beli..

Hari Kedua 19.06.2019

Sesi pagi di bilik Hipermedia..
Belajar mengenai Aplikasi U-Pustaka secara lebih terperinci dan penggunaannya secara maksimum..

Ini menu hari kedua..
Sarapan tu sebenarnya ada lagi makanan lain, nasi lemak dan nescafe tarik.. Tapi lupa nak snap.. hehehe.. Sha breakfast dekat Hospital Pusrawi.. Menarik tau juadah-juadahnya.. Kuih kole kacang tu RM1.50..  Kudapan tu memang wajib ada.. hehehe.. Minum pagi tu pukul 10.. Meehoon goreng dengan sambal tumis.. Menu akhir tu lunch.. Nasi minyak rasanya dengan lauk ayam masak merah dan dalca..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com