Showing posts with label Rawatan Gigi. Show all posts
Showing posts with label Rawatan Gigi. Show all posts

Thursday, March 12, 2026

Temujanji Pertama Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang Sha bawa Imani ke Klinik Pakar Pergigian Pediatrik untuk temujanji pertama bagi tahun 2026.. Asalnya tarikh temujanji Imani pada 25 Februari 2026 pagi tapi klinik telefon bagi tahu tarikh ditukar kepada 11 Mac 2026 petang.. Sha lagi suka sebab tak payah Imani ponteng sekolah.. Alhamdulillah gigi Imani berada dalam keadaan baik susulan rawatan pada Disember 2025 hari tu.. Sha juga memang dah tukarkan ubat gigi Imani kepada Colgate Sensitive Pro-Relief.. Senang.. Adik dan kakak pakai ubat gigi yang sama..

Cumanya kali ini Sha tanya jugalah doktor pasal kondisi lidah Imani yang tiba-tiba ada tompok-tompok.. Awal-awal dulu masa Imani bagi tahu, Sha risau juga tapi bila Sha google dan tengok simptom yang ada tak adalah membimbangkan.. Bila doktor tengok, doktor bagi ubat sapu.. Cuma doktor pesan kalau tiba-tiba dekat tompok tu jadi ulser atau bila Imani makan panas/pedas rasa sakit kena datanglah jumpa doktor.. 

Ubat sapu..

Tompok merah dengan sempadan putih yang kelihatan seperti peta. Ia tidak berbahaya dan biasanya hilang sendiri. Boleh jadi sebab kekurangan nutrisi atau masalah anemia.. Bahaya kalau terjadinya ulser pada tompokkan tu atau terasa sakit ketika makan panas/pedas..

Wednesday, March 4, 2026

Tampal Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Pagi tadi selesai tampal gigi.. Senang hati Sha sebab doktornya sangat baik dan lembut.. Bila dia tengok gigi Sha dan jumpa tampalan sementara, doktor tanya sejarah.. Bila Sha terangkan, doktor maklumkan dia akan buat tampalan kekal.. Jadinya ada 2 gigi yang akan ditampal.. Gigi graham belah kiri dan gigi tepi sebelah kanan.. Gigi graham tu sebelum tampal, doktor bersihkan.. Bila doktor perasan Sha rasa ngilu beliau guna cara manual ja untuk bersihkan.. Tak adalah sakit bila guna pencukil ja.. Lega rasanya.. Hilang debaran Sha.. kikiki..


Friday, February 27, 2026

Proses Tampal Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha beranikan diri jumpa doktor untuk dapatkan rawatan bagi gigi bongsu Sha yang dah tercabut tampalannya.. Tampalan pada gigi ini dah dua minggu lebih sebenarnya tercabut, masa Sha cabut gigi tu ingatkan bolehlah ditampal sekali tapi tak boleh ya.. Kita kena ambil temujanji baru.. huhuhu.. Semalam macam dah mula ada rasa ngilu-ngilu, tu yang gagahkan juga jumpa doktor pagi tadi.. Sha pergi ke klinik untuk pekerja dan dirujuk ke Klinik Pergigian di Aras 2.. Slot paling awal yang ada, minggu hadapan.. Bersabarlah kita menunggu giliran.. Tapi tu lah, kena buat Xray mulut dulu.. Selesai Xray, Sha bagi salinan surat xray tu ke klinik gigi dan minggu depan baru kita buat rawatan..

Xray dulu.. huhuhu.. Seram pula bila kena buat xray..

Orang kedua..

Monday, February 16, 2026

Cabut Gigi di Tanjung Malim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seperti yang dijanjikan.. Hari ini Sha menyerah diri untuk cabut gigi.. Selesai makan antibiotik seminggu, kenalah buang gigi yang rosak teruk..
Awal Sha sampai dekat klinik gigi.. Buka ja pintu terus masuk tapi kena pergi klinik kesihatan dulu untuk periksa gula.. Kenalah menunggu.. huhuhu.. Tak lama pun.. Kejap ja dah selesai.. Memang dah hancur gigi tu.. Panjang..

Wah!! Gula Sha cantik.. Ini Sha dah minum kopi tau, tapi belum makan ubat.. Semoga terus cantik bacaannya..

Ingatkan bila masuk dapat nombor akhir sebab klinik gigi ramai orang masa Sha datang balik.. Sekali orang kedua.. Alhamdulillah.. Tak adalah lama menunggu..

Pukul 8.40 pagi doktor panggil nombor Sha.. Kad Sha tak jumpa pula.. Jadinya doktor tanya masalah.. Sha bagi tahulah keadaan gigi.. Doktor ketuk gigi yang nak dicabut tu, untuk kepastian.. Lepas tu terus suntik bius.. Sementara tunggu bius jalan, doktor isikan mc untuk Sha.. Tak lama tunggu, doktor pun goyang-goyangkan gigi dan cabut.. Semuanya selesai dalam 20 minit.. Alhamdulillah, lega dah selesai..

Monday, February 9, 2026

Klinik Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha cuba dapatkan temujanji melalui MySejahtera tapi kekosongan hanya ada pada Mac 2026 di Klinik Pergigian Slim River dan pada April 2026 di Klinik Pergigian Tanjung Malim.. Jadinya tahan ja lah.. Tengahari dapat mesej dari encik suami ajak ke klinik.. Mulanya nak ke swasta, tapi tak diterima sebab temujanji penuh.. Sha pun cubalah ke Klinik Pergigian Tanjung Malim dan tanya.. Alhamdulillah, jururawat daftarkan Sha.. Ramai pesakitnya.. Sha dipanggil lebih kurang jam 3 lebih.. Bila diperiksa, doktor maklumkan gusi dah jatuh akibat karang gigi.. Walaupun dah buang, bahagian bawah gigi tu dah mula terdedah disebabkan gusi jatuh.. Jadinya doktor buat tampalan sementara di bahagian tepi.. Pada masa yang sama doktor turut jumpa sedikit lubang di gigi atas sebelah kiri.. Tampallah juga.. Masa doktor cuci ini, terjumpalah gigi yang sebenarnya rosak.. Sebelah gigi yang nak ditampal.. 

Selesai rawatan, doktor bagi antibiotik dan ubat tahan sakit.. Minggu depan baru cabut gigi..

Alhamdulillah, dapat jumpa doktor..

Selesai rawatan, kita ambil ubat..

Tuesday, December 30, 2025

Temujanji Mengejut Klinik Pakar Pergigian Pediatrik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imani mengadu sakit gigi dari dua minggu lepas tapi disebabkan dia tak tunjuk yang kesakitan tu keterlaluan, Sha cuma anggap ianya sakit biasa.. Sampailah pagi tadi Imani tunggu Sha depan pintu masa nak pergi kerja dan maklumkan suruh cakap dengan doktor.. Jadinya jam 10 pagi Sha turun ke Klinik Pakar Pergigian Pediatrik untuk maklumkan dengan doktor.. Alhamdulillah, doktor minta Imani datang jam 11 pagi untuk doktor tengok..

Bila doktor tanya Imani maklumkan sakit tu datang bila dia makan makanan sejuk atau panas.. Skala sakit tu dekat skala 7.. Bila doktor periksa, doktor pun tak pasti punca sebenar.. Cumanya dekat tempat yang sakit tu doktor bubuh ubat (Sha tak ingat namanya).. Kalau kata masih sakit lagi, doktor minta datang semula.. Kemungkinan besar gigi dia jadi sensitif.. Jadinya Sha akan cuba tukar ubat gigi dia, beli yang sesuai untuk gigi sensitif..

Baru selesai jumpa doktor.. Imani dapat sticker huntrix, tu tengah ralit menengok sticker lah tu..

Sunday, December 7, 2025

Bersihkan Karang dan Tampal Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu Sha ke klinik gigi buat rawatan Bersihkan karang pada gigi dan tampal gigi.. Pergh!! Menusuk ke jiwa bayaran dia.. Tapi berbaloilah sebab sebelum doktor buat kerja, doktor bius dulu keseluruhan mulut Sha.. Jadinya tak adalah sakut sangat.. Ngilu sebab karang pada gigi tu agak susah nak buang dan dekat dengan gusi.. Doktor suruh datang 6 bulan sekali.. Ini kali kedua Sha buat.. Takut sebenarnya.. Tambahan pula klinik gigi tengah ngilu.. Lepas tampal hilang ngilu.. Tapikan rasa bengkak ja mulut sebabkan bius tu.. kikiki.. Bayarannya pula RM300.. Tampal gigi kena RM130 dan bersihkan gigi kena RM170..

Lama jugalah baru hilang ubat kebas tu.. kikiki.. Masa dia bubuh ubat kebas tu tak adalah sakit sangat bila buat pembersihan tu..

Ubat kumur ini doktor minta pakai malam sebelum tidur.. Lepas gosok gigi, kumur-kumur dengan ubat ini dan jangan bilas air.. Biar ja.. Ubat gigi comel tu hadiah percuma..

Takut-takut pun, awal sampainya.. Jam 9.39 pagi dah sampai.. Temujanjinya jam 10 pagi.. Doktor panggil masuk jam 9.45 pagi dan jam 10.40 pagi baru selesai semuanya..

Wednesday, November 26, 2025

Rawatan Susulan Selepas Pembedahan Gigi Taring Imani #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini adalah temujanji kedua selepas pembedahan buang gigi taring Imani.. Alhamdulillah, gigi Imani berada dalam keadaan baik.. Doktor periksa dan lakukan ujian sejuk, ketukan dan juga elektrik pada gigi-gigi Imani.. Selain tu, doktor sempat polish sikit gigi Imani bila dia pegang dan ada sedikit tajam.. Kemudian doktor puji gigi Imani bersih.. Sukalah Imani.. kikiki.. Itupun jenuh nak suruh..

Lepas jumpa doktor, minta upah waffle.. huhuhu.. Sabar jelah..

Friday, October 31, 2025

Imani Mengadu Sakit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oleh kerana semalam Imani mengadu sakit bahagian lelangit dia bila pakai Splint tu.. Sha pun ke Klinik Pakar Pergigian Pediatrik pagi tadi dan bertanya doktor.. Doktor minta bawa Imani petangnya.. Bila bawa Imani ke klinik, doktor jalankan ujian arus elektrik, sejuk dan sentuhan pada gigi Imani.. Alhamdulillah, gigi Imani berada dalam keadaan baik.. Bahagian yang sakit tu rupanya ada garisan pembedahan tu yang jadi tak selesa bila Imani pakai splint.. Splint tu doktor buka terus sebab dah pecah bahagian belakangnya.. Lepas tu doktor bagi gel untuk sapu dekat bahagian yang sakit tu.. Jumpa balik ikut tarikh yang dah ada dekat kad temujanji..

Jumpa doktor jam 3.15 petang..

Tuesday, October 21, 2025

Rawatan Susulan Selepas Pembedahan Gigi Taring Imani #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini ada rawatan susulan selepas pembedahan buang gigi taring Imani.. Doktor tanya Imani soalan biasa iaitu gigi masih sakit lagi ke? Ubat makan tak? Splint tu bersihkan tak? Gigi gosok tak? Makan makanan lembut lagi ke? Imani jawab semuanya ya.. Tak sakut, ubat makan tinggal satu ja lagi, gigi gosok, splint basuh dan masuh makan makanan yang lembut..  Lepas tu doktor buat ujian rasa untuk gigi bahagian atas.. Ujian dimulakan dengan ketulan, lepas tu sejuk dan akhir sekali guna elektrik.. Ujian ini nak tengok gigi yang berdekatan dengan tempat pembedahan tu masih okay atau tidak..

Gigi depan dia masih tak boleh digunakan untuk menggigit makanan keras ataupun liat.. Jadinya buat masa ini memang kena makan makanan yang lembut lagilah.. Gigi tu ambil masa untuk kembali stabil..

Selesai jumpa doktor.. Tengah tunggu kad temujanji ja ini..

Wednesday, October 15, 2025

Splint Gigi Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Inilah splint yang Imani pakai untuk melindungi lelangit yang cedera dan juga gigi Imani yang goyang akibat pembedahan buang gigi taring Imani.. Ada 2, 3 batang juga gogi Imani yang goyang sedikit akibat pembedahan buang gigi taring tu.. Cuma taklah bigutu ketara tapi tetap dipantau rapi doktor..

Semalam Imani dah mula buka sendiri splint ini, bersihkan dengan air kosong, sapu gel pada lelangit dan pakai semula splint.. Imani buat sendiri semuanya dan Sha hanya memantau.. Bila Imani buat sendiri tak adalah dia takut sangat.. Mudah ja nak buka dan pakai semula splint tu..

Fungsi dan kegunaan splinting gigi:-
Menstabilkan gigi goyang: Membantu gigi yang goyang akibat trauma atau cedera untuk stabil kembali dan mengurangi pergerakannya. 

Gel tu Imani sapu dekat lelangit dan sekitar gusi sebelum pakai semula splint tu..

Tuesday, October 14, 2025

Temujanji Selepas Pembedahan Gigi Taring

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam, Sha bawa Imani ke Klinik Pakar Pergigian Pediatrik untuk temujanji selepas pembedahan.. Doktor ajar cara untuk dia buka splint.. Cuci splint, sapu gel dekat kawasan lelangit dan gusi baru pasang balik splint.. Cuti sakitlah Imani sampai Jumaat.. Sha pula ambil cuti tanpa rekod untuk menjaga anak.. Cuti ini kena ada surat dari doktor.. Masuk kerja nanti baru isi borangnya.. Doktor bagi Imani gel, dan juga ubat tahan sakit..

Pagi-pagi Imani mengadu sakit dekat bahagian kanan gusi dia.. Lepas makan ubat tahan sakit, Sha suruh dia tuam pipi dengan ais untuk kurangkan sakit.. Memang seharianlah semalam sakit berdenyut-denyut kata Imani.. Lepas makan ubat tahan sakit tu adalah kurang sikit.. Susah hati Sha nengoknya.. Doktor pun dah bagi ubat tahan sakit yang paling kuat.. Memang kena tuam ja lah pipi dia tu dengan ais bagi kebas..

Monday, October 13, 2025

Hari Kedua Selepas Pembedahan Gigi Taring Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal jam 5.30 pagi jururawat dah datang bagi ubat antibiotik dan ubat untuk kurangkan bengkak pada Imani.. Ubat diberikan melalui jarum pada tangan Imani.. Kali ini Imani cakap sakit dan pedih bila ubat tu masuk.. Ubat diberikan dalam bentuk cecair dan dimasukkan melalui jarum yang ada pada tangan Imani.. Jam 7 lebih bawa dia gi mandi.. Mak lah kena mandikan.. Manja anak dara sorang ini..

Menu sarapan pagi.. Bersama makanan ini ada ubat tahan sakit juga.. Tapi Imani tak makan roti ini.. Mak beria lah sapukan butter dekat roti sebab dia nak, sudahnya mak yang makan.. Mujur Sha ada beli kek chiffon Massimo, bolehlah Imani makan tu dulu sebelum makan ubat.. Tapi bercinta jugalah nak tunggu dia habis.. Kemain perlahan lagi dia makan..

Jam 9 pagi doktor datang melawat dan memeriksa Imani.. Alhamdulillah, darah dah tak ada.. Bila doktor tekan bahagian yang dipotong tu pun tak ada darah dan Imani cakap tak sakit.. Cuma muka Imani bengkak sikit belah kanan dan sakit sikit bahagian ini.. Doktor minta tuam dengan ais ja untuk kurangkan bengkak.. Balik doktor suruh gosok gigi bahagian bawah macam biasa.. Lepas 30 minit, baru kumur dengan ubat yang doktor bagi.. 

Jam 10 pagi dah dapat borang untuk bawa ke Unit Hasil bagi urusan keluar wad dan slip ubat untuk bekal sebelum jumpa doktor balik hari Isnin nanti.. Ubat yang Imani kena makan, antibiotik 2 kali sehari.. Ubat tahan sakit bila perlu dan ubat kumur-kumur..

Jam 10.50 pagi encik suami datang jemput kami bawa balik.. 

Seharian ini emosi Imani agak kurang cantik.. Sha tak pasti sama ada sebab sakit atau sebab dia tak selesa.. Memang risaulah tengokkan dia.. Makan pun sikit ja.. Ini yang paling Sha risau sebenarnya.. Imani tak berapa nak makan..Sha risau perut dia masuk angin.. Malamnya Sha berjaga, risau dia bangun tengah malam.. Jam 1 pagi macam tu, encik suami ambil alih.. Encik suami tidur sebelah dia.. Encik suami kata dia tidur sampai ke pagi..

Doakan semoga Imani sembuh dan sihat semula ya.. 

Pembedahan Gigi Taring Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumaat (10.10.2025), seawal jam 7.30 pagi kami dah sampai Klinik Pakar Pergigian Pediatrik untuk proses kemasukkan ke wad sebelum ke bilik bedah.. Jururawat bagi borang untuk masuk wad dekat Sha untuk Sha bawa ke bahagian Hasil Hospital untuk proses pendaftaran.. Selesai urusan pendaftaran, Jururawat bawa Sha dan Imani ke wad 8.. Mula tu macam lambat lagi baru giliran Imani sebab Imani pesakit yang ke dua.. Dijangka kemungkinan jam 11 atau jam 12 baru Imani akan ditolak ke dewan bedah.. Sha pun tak adalah beria nak makan ke apa, risau Imani nak makan juga.. Imani kena puasakan sebelum pembedahan..

Jam 9 pagi, Jururawat datang nak pasang jarum, dah cucuk.. Sekali tak jumpa pula uratnya.. Jenuhlah betulkan, tak jumpa juga.. Sudahnya tak jadi pasang.. Imani dah menangis.. Sha pun lupa, Sha dah maklumkan dekat doktor nak pakaikan jarum dia dalam bilik bedah lepas dia kena bius.. 

Jam 9.20 pagi Jururawat datang nak tolak Imani ke dewan bedah.. Jam 10 pagi, Imani selamat dibawa basuk ke bilik bedah.. Sha teman sampai dia tidur baru keluar dan tunggu di ruang menunggu.. 

Jam 1 petang baru Imani ditolak keluar dari Bilik bedah.. Doktor maklumkan pembedahan berjalan dengan baik.. Potongan dibuat pada bahagian lelangit untuk ke dua-dua gigi.. 1 keluar dengan cantik, yang satu lagi kena pecahkan baru boleh dikeluarkan.. Kiranya lelangit Imani ada dua lubanglah.. Buat masa ini kena tunggu dulu setengah jam dekat ruang menunggu di dewan bedah.. Lepas pembedahan Imani dipakaikan splint untuk memberi tekanan pada bahagian lelangit Imani supaya tidak terus berdarah..

Berjaya pasang jarum kat tangan masa dalam bilik bedah.. Imani sedar jam 3 lebih.. Dia nak ke tandas lepas tu masa keluar dari tandas tu dia macam pening sikit.. Boleh dia terus duduk depan tandas.. Jenuh pujuk dia supaya bangun dan pergi ke katil.. Bila dia dah okay sikit dia cakap, dia ingat gigi atas dia dah tak ada semua.. Rupanya ada lagi bila dia tengok cermin.. Tak rasa gigi tu sebab dia pakai splint tu kan.. 

Pukul 4.45 petang, doktor datang tengok Imani.. Doktor bagi tahu, kalau tak ada apa, Sabtu boleh keluar.. Tapi Isnin kena datang untuk temujanji.. Doktor tanya Imani ada pening ke, sakit ke.. Imani geleng-geleng kepala ja.. Dia masih kurang selesa nak bercakap.. Doktor minta Sha bagi Imani makan makanan yang lembut-lembut dan sejuk ja..

Petang dalam pukul 6, encik suami datang hantar bubur dan air batu.. Sha suruh bawa pengecaj telefon juga..

Malam dalam pukul 8, jururawat datang bagi ubat antibiotik.. Tengah masukkan ubat, Imani muntah.. Jururawat tu cakap, muntah tu reaksi biasa kesan dari ubat bius.. Sha risau juga tiba-tiba muntahkan.. Jam 9 lebih Imani diberikan ubat tahan sakit pula.. Alhamdulillah.. Setakat seharian ini Imani tak ada mengadu sakit atau merengek.. Imani banyak tido ja.. Tak pastilah sama ada kesan bius ke atau memang dia mengantuk.. Malam pun dia tidur tak ada meragam, Sha jelah kejap-kejap jaga.. Risau dia tak selesa..

Monday, October 6, 2025

Temujanji Pergigian Pediatrik & Pakar Bius

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha bawa Imani untuk temujanji gigi.. Masuk ja, doktor tanya ada demam batuk selsema tak.. Minggu lepas sihat tak.. Alhamdulillah.. Dua minggu ini Imani sihat.. Lepas tu terus buat acuan gigi dan ambil corak gigitan.. Acuan tu untuk buat alat pelindung lepas pembedahan nanti.. Doktor confirm kan juga tarikh untuk pembedahan.. Lepas buat acuan, bawa Imani untuk ambil darah dulu.. Lepas tu pergi buat bayaran untuk alat yang akan digunakan tu.. Alat ini RM15, tak boleh guna GL.. Lepas bayar baru nurse bawa pergi jumpa pakar bius.. Masa ini, tiba-tiba doktor bagi tahu yang pembedahan Imani mungkin akan diawalkan.. Alhamdulillah.. Sha lagi suka.. Lagi awal lagi bagus.. Kawan-kawan tolong doakan upaya pembedahan Imani diawalkan dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi ya.. Terima kasih Sha ucapkan..

Masa dekat pakar bius ini, memang doktor tanyalah pernah buat pembedahan tak.. Lepas pembedahan ada komplikasi tak.. Lepas tu doktor bius terangkan apa yang akan berlaku semasa pembedahan tu nanti.. Sha memang dengar sepenuh jiwa.. Selesai urusan hari ini.. Kita tunggu keputusan tarikh pembedahan ja.. Sama ada awal atau tetap hujung bulan..

update 07.10.2025: Alhamdulillah pembedahan Imani diawalkan..

Menanti nama dipanggil..

Wednesday, September 10, 2025

Temujanji Pakar Pergigian Pediatrik September 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha bawa Imani ke Pakar Pergigian Pediatrik untuk temujanji susulan.. Doktor periksa keadaan gigi dan tampalan Imani.. Kemudian mereka tengok juga keadaan gigi taring yang belum keluar tu.. Selepas doktor berbincang sesama mereka, doktor maklumkan kemungkinan pembedahan yang akan dilakukan.. Doktor bagi tahu keadaan gigi Imani tu yang kiri dia berada di bahagian lelangit sebelah dalam dan yang kanan dekat dengan bahagian gusi di bibir.. Sekiranya boleh, doktor akan cuba untuk buat potongan pada satu tempat sahaja tapi kalau tak memang kena buat di dua tempatlah.. Kalau dua tempat ini proses baik tu lambatlah sikit dan perlukan penjagaan rapi.. Sha okay ja untuk semua cadangan sebab kalau boleh memang nak buang gigi tu secepat yang mungkin.. Selesai perbincangan doktor bagi tarikh seterusnya untuk jumpa pakar bius dan juga untuk buat acuan..

Awal datang, awal selesainya.. Alhamdulillah..

Monday, July 14, 2025

Temujanji Tampalan Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki Imani pagi ini dapat doktor yang sangat baik.. Awal tu dia tak bagi doktor tu sentuh gigi dia.. Sakit sebab ada lubang dekat gigi tu.. Tapi pujukan demi pujukan, akhirnya selesai tanpa banyak drama.. Memang terbaiklah doktor tu.. Sha pun tak payah nak keluar suara.. Memang sepenuhnya dia ikut arahan doktor tu.. Dapat doktor yang baik pun rezeki..

Nama Imani dah masuk dalam senarai untuk bilik bedah.. Kemungkinan dalam hujung Oktober atau awal November.. Kali ini kena tahan wad sebab prosedur nya agak lama dan sedikit besar.. Nak buang 2 gigi taring dan akar gigi taring ini agak panjang.. Harapnya semua baik-baik sahajalah.. Aamiin..

Awal pagi dah kena ikut mak ke Hospital.. Ada temujanji..

Bulan 9 nanti jumpa doktor gigi dengan doktor bius..

Friday, June 20, 2025

Temujanji Ortodontik Terakhir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, Imani dah discharge dari Klinik Pakar Ortodontik, Teluk Intan..

Pagi tadi Sha bawa Imani untuk temujanji di Klinik Pakar Ortodontik, Teluk Intan.. Memang lancarlah temujanji hari ini.. Temujanji sepatutnya jam 10 pagi tapi disebabkan sampai awal jam 9 pagi, makanya dapatlah jumpa doktor awal.. Sha bawa sekali surat dari Klinik Gigi Pediatrik, Hospital Slim River untuk doktor maklum mengenai keadaan gigi Imani.. Doktor panggil Sha masuk untuk kes gigi Imani yang sepatutnya ditampal tapi tak ada.. Sha cakaplah dah tampal tapi tampalannya dah terbuka semula.. Bulan 7 nanti ada temujanji sekali lagi.. Lepas tu Doktor bincang pasal gigi taring yang semakin kritikal dan pemasangan pendakap gigi.. 

Doktor terangkan realiti mengenai pemakaian pendakap gigi ini.. Kalau anak memang tak nak pakai dan dipaksa pakai, risiko dia ialah tak akan ada penjagaan yang serius.. Rawatan akan jadi lama dan panjang sebab tetpaksa pakai.. Bila tanya Imani memang dia tak nak pakai dan dia okay ja gigi taring tak ada.. Makan apa semua okay ja.. Oleh kerana Imani memang tak nak pakai pendakap gigi, doktor pun discharge dia dari Klinik Ortodontik..

Doktor bagi surat untuk Klinik Gigi Pediatrik, Hospital Slim River teruskan dengan pembedahan buang gigi.. Lepas ja selesai perjumpaan dengan Klinik Ortodontik, Sha terus balik dan singgah Hospital Slim River untuk serahkan surat.. 

Selesai daftar dan menunggu nama dipanggil untuk jumpa doktor..

Ini gambar x-ray Imani.. Yang dalam bulatan tu gigi taring yang akan dibuang nanti..

Friday, June 6, 2025

Temujanji Gigi Imani #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha telefon Klinik Gigi Pediatrik maklumkan yang Sha dah buat X-Ray 3D tu.. Sha tanya sama ada mereka nak jumpa dan tengok keputusan X-Ray tu.. Alhamdulillah doktor minta datang jam 9 pagi.. Kebetulan memang Sha bawa Imani dan Amani ke pejabat sebab rumah tak ada elektrik.. Jam 9 pagi Sha bawa Imani jumpa doktor gigi.. Selepas mereka tengok keputusan X-Ray, keadaan gigi taring Imani berada dalam kedudukan yang agak bahaya.. Jadinya plan rawatan mereka haruslah sama dengan pelan rawatan dari Ortodontik.. Kebetulan pertengahan Jun memang nak kena bawa Imani ke Ortodontik Teluk Intan.. Jadinya doktor buat surat dan sertakan sekali salinan X-Ray 3D untuk dibawa ke Ortodontik.. Makanya selepas ini memang akan ada pembedahan dan juga pemasangan pendakap gigi untuk Imani.. Tak boleh elak dah pendakap gigi tu.. Nanti Sha update lagi disini ya..

Surat dan salinan gambar X-Ray..

Perjalanan X-Ray 3D Gigi Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pada 30 April 2025, Imani ada temujanji berjumpa doktor gigi untuk tampalan.. Encik suami yang bawa.. Sha tak pasti apa yang terjadi tapi lepas temujanji, encik suami bawa balik 1 sampul surat berisi borang X-Ray yang perlu dibuat di Hospital Teluk Intan.. Oleh kerana doktor tak bubuh tarikh, Sha cadangkan dekat encik suami untuk pergi awal cuti sekolah iaitu hujung bulan Mei..

Pada 29 Mei 2025, Sha sekeluarga gerak seawal jam 7 pagi ke Hospital Teluk Intan untuk buat X-Ray Imani.. Awal sampai, kami ke Klinik Pakar Pergigian Pediatrik, Hospital Teluk Intan terlebih dahulu untuk dapatkan cop pengesahan kemudian bergegas ke bahagian Radiologi.. Lama juga kami menunggu sebelum staf keluar dan maklumkan mesin bermasalah.. Makanya encik suami kata jomlah ke Manjung dulu.. Layan Ejen Ali.. Lepas tu Sha cuba lagi telefon untuk tanya keadaan mesin, makluman yang Sha dapat mesin masih lagi bermasalah.. Jadinya jomlah sambung tengok wayang sampai pengsan.. hahaha..

Sekali lagi Sha mohon cuti untuk bawa Imani ke Hospital Teluk Intan.. Semalam seawal jam 6.33 pagi Sha dah gerak dari rumah berdua ja dengan Imani.. Encik suami kena jaga MIL sebab adik beliau dah balik kampung dan Amani pula ada tuisyen.. Sha sampai 7.45 pagi di Hospital Teluk Intan.. Menunggu sebab jam 8 pagi baru Radiologi bermula.. Jam 8.40 pagi Imani masuk ke bilik X-Ray tapi jam 8.46 pagi Sha dimaklumkan mesin breakdown balik.. Tiga kali cubaan nak buat tapi tak berjaya.. Makanya menunggu lah kami sementara juruteknik memeriksa mesin.. Jam 9.30 pagi Sha dimaklumkan mesin memang tak boleh digunakan.. Staf maklumkan supaya telefon dahulu sebelum datang, terpaksalah Sha terangkan kronologi kejadian dari 29.05 lagi.. Akhirnya staf maklumkan kalau dia dapatkan temujanji di Hospital Ipoh hari ini, boleh ke Sha ke Ipoh.. Sha cakap boleh.. Sha memang ambil cuti hari ini kan.. Alhamdulillah dapat.. Makanya bergegaslah Sha ke Ipoh.. 

Encik suami risaukan keadaan parkir di Hospital Ipoh yang susah, jadinya beliau maklumkan MIL yang dia nak Ipoh.. Minta MIL jaga diri.. Kami janji jumpa di RTC.. Encik suami tinggalkan motor di McD RTC dan gerak sekali dengan Sha terus ke hospital Ipoh.. Turunkan Sha dan Imani depan laluan kecemasan, lepas tu kami terus ke bahagian radiologi.. Selesai X-Ray jam 2.24 petang.. Terus gerak balik..

Ini kali pertama kami pergi untuk X-Ray di Hospital Teluk Intan..

Awal kami sampai di Hospital Teluk Intan.. Parkir kereta pun mudah.. Terus daftar di bahagian Radiologi dan tunggu nama dipanggil..

Awal sebenarnya sampai dekat RTC Ipoh tapi encik suami risaukan kami tak makan.. Beli dulu makanan untuk Imani makan dalam kereta.. Sampai jam 12.55 tengahari dan kami diterima untuk terus buat X-Ray.. Alhamdulillah memang staf bahagian Radiologi ini menunggu kami.. Sha betul-betul berterima kasih dengan staf yang baik dan sanggup menunggu serta menerima kami walaupun masa tu jam dah hampir pukul 1 tengahari.. Tapi tak tahu mana silapnya Imani nak muntah dan muka dia pucat sangat.. Jadinya tangguh dulu sampai jam 2 petang.. Bagi laluan staf Radiologi untuk rehat dulu.. Sha tak ada pergi mana pun, memang tunggu depan Radiologi tu..

Alhamdulillah.. Akhirnya selesai juga.. Lega rasanya.. Teruslah bergegas balik..

Encik suami cakap, dia bersyukur sangat ada motor putih tu.. Mudah urusan bila jadi hal macam ini.. Sha memang nak gamble ja pergi Ipoh.. Tapi bila ada bantuan dari encik suami memang lega sangat.. Mudah urusan rasanya..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com