Shoplinks.Asia

Sunday, January 31, 2016

Pesanan Khidmat Masyarakat #5 - Tips Untuk Orang Baru

Assalamualaikum..
Saja nak share dengan kengkawan..
Pesanan untuk diri sendiri juga sebenarnya...
Semoga berguna ye..

Tip untuk orang baru:-
  • Apabila kita baru hendak belajar memulakan bisnes, lakukan ini:  Pilih produk yang sangat mudah dijual. Orang tengok, orang terus mahu membelinya. Ini sangat penting. Jangan fikir untung dulu.
Di sebalik langkah menjual produk yang sangat mudah dijual adalah:
  • Kita pelajari LOGIK BISNES dahulu. Ini lebih utama daripada belajar hendak membuat banyak untung.
  • Kita belajar membuang rasa malu hendak menjual. Makin banyak jualan, makin hilang rasa malu.
  • Kita belajar mendorong diri sendiri supaya tidak patah semangat apabila produk tidak laku. Jualan bukan sentiasa laku.
Jangan pilih barang yang susah dijual. Kenapa? Supaya kita tidak menjadi seperti dibawah:-
  1. Kita berasa malu setiap kali orang tidak mahu membeli.
  2. Kita hilang percaya pada diri kita sendiri. Kita akan mula meragui bakat dan kemampuan diri dalam memulakan perniagaan.
  3. Kita akan patah semangat. 
  4. Kita hilang motivasi hendak terus mencuba.

Credit to puan ainon
@vlegacy

Imani Beraksi Ala Model

Assalamualaikum..
Tu dia.. Bila Imani bergaya ala model..
Entah kenapa tetibe je dia beraksi gini..
X pernah-pernah dibuatnya..

Jenuhlah Sha menahan gelak melihatkan aksi anak dara sorang nie..
Makin besar, makin banyak pula keletahnya..
Tu belum lagi dia menari bila dengar lagu..
Bila nampak kamera jer, mulalah dia beraksi..

Imani owh Imani..
Penghibur hati dan jiwa kami..
 
 Aksi ala model..
Siap bubuh penyepit baju kat rambut sebagai hiasan..
Aduhai anak dara sorang nie..

Saturday, January 30, 2016

The Last Witch Hunter

Assalamualaikum..
Jom layan movie..
Filem The Last Witch Hunter memang ohsem..
Lakonan Vin Diesel memang tidak mengecewakan..
Saya tonton filem ini kerana beliau..

Memang tidak mengecewakan..
Lakonan yang mantap dariVin Diesel..
Terbaik.. dark dan ohsem..
Cuma cam x caye je Elijah Wood jadi jahat..
Memula ingatkan sape lah yang bawakan watak 37th Dolan tu..
tengok muka cam kenal..
Ohsem.. dan nampak berbeza..

 Masa nie muka Vin Diesel nie berubah habis...


Segmen Awak Orang Mana??

Assalamualaikum..
Awak orang mana ye???
Pada 8 Januari 2016, sha ada joint Segmen Awak orang Mana?
Lepas tu terus terlupa...
teruk kan..
Kebetulan ada ternamapak blogger nie bubuh benner dia blogger mana..
Terus sha cari balik Sha punya post pasal Segmen Awak Orang Mana?

Post Sha pasal segmen nie boleh klik Sini.
Sha punya penyertaan no 48... Boleh tengok Sini.
Untuk dapatkan Banner pula klik Sini...

Terima kasih Sha ucapkan pada Blogger Nur Raihanah kerana menganjurkan segmen yang ohsem ini...
Banner yang dibuat memang sangat ohsem..

 Ini saya punya...
Ohsem..

Friday, January 29, 2016

Ketupat Pulut & Serunding Bonda

Assalamualaikum...
Kepada wanita yang berkerjaya dan juga surirumah yang sentiasa sibuk...
Ketupat Pulut & Serunding Bonda ini pasti akan menjadi kesukaan..
Mudah cepat dan pantas..

Setiap paket KETUPAT PULUT & SERUNDING Bonda's (+-300gm) mengandungi;
+ 10 paket kecil beras pulut
+ 1 paket santan serbuk
+ 1 paket serunding daging
+ 2 cara memasak - ekspress & resipi tradisi
Serunding tu cukup-cukup untuk 10biji ketupat

Berminat???
WhatsApp / SMS / WeChat - 0192673703 (Sha)

COD sekitar Slim River, Behrang dan Tanjung Mali..
Nak pos pun boleh..


 Isi dalam Setiap paket.

 Jom Makan.. Ohsem..

Thursday, January 28, 2016

Filem Bajrangi Bhaijaan

Assalamualaikum...
Pergh!!! X sangka watak budak dalam Filem Bajrangi Bhaijaan ini guna nama Shahida..
Suka and excited lak nak tengok..
Sebab nama dia sama ngn nama kita awak...

Pastu bila baca dekat Blog : Little Weirdo pasal review Filem Bajrangi Bhaijaan ini, lagilah teruja nak tengok... Best rupanya cite dia...
Pelakon utama dia Salman Khan, Kareena Kapoor dan Harshaali Malhotra (Bawa watak Shahida/Munni).. Pergh!!! Sama ngn nama kita awak.. Sajalah nak bagi tahukan.. hehehe..

Filem yang sangat menyentuh perasaan..
Walaupun budak tu x bersuara tapi ekspresi muka dan gerak tubuhnya sangat meyakinkan...
Watak yang dibawa oleh Salman Khan dalam cerita ini sangat sweet..
Tapi kalau realitinya, ada ke lagi lelaki yang begitu..
Terlalu lurus dan juga jujur... 
Cam dah pupus je.. hehehe..
Yang paling best citer nie xde seksi2 dan seksa2..
Tu yang paling best.. Kalau x tu asyik2 nak tayang badan je..

Oh ya.. kita x tengok lagi Dilwale..
Sebab katanya filem ini lagi best dari Dilwale..
Tapi memang bestlah.. Menyentuh perasaan..



Pesanan penaja.. yang mana baik amik jadikan teladan..
Yang x baik kita jadikan sempadan..
Ok..!!!
Baca juga kritikan mengenai Bajrangi Bhaijaan ini di Blog Rusuk Kiri.
Boleh juga baca review di FB Fuad Akmal.

Menghantar Encik Suami Ke KLIA #2 - Ragam Amani Imani

Assalamualaikum..
Jom sambung layan gambar..
Kali ini kita tengok ragam dan aksi Amani Imani...
Sha berdebar-debar nak berpisah dengan ayahnya..
Mereka dua beradik seronok dapat bermain..
Kawasan KLIA tu kan lapang..
Bebudak kan.. Bukan dia faham sangat sedih sedih nie..
Sabar jelah bila tengok gelagat mereka..
Dia boleh duduk atas beg ayah dia pastu si kakak tolong tarik..
Tapi cam best je Sha tengok.. kikikiki.. Sabar jellah maknya..
 
 Kebosanan mereka ini.. sebab kena menunggukan..

Wednesday, January 27, 2016

Menghantar Encik Suami Ke KLIA #1

Assalamualaikum...
Tengah buat apa tu??
Ish soalan.. hehehe.. Jangan marah ye..

Baru-baru nie.. (18.01.2016) Sha ada gi KLIA anta Encik Suami..
First time masuk jenjalan dalam KLIA..
Yellah kalau saja-saja nak pergi memang x la..
Bukannya dekat..
Bila ada peluang nie memang bawa sekalilah anak-anak..

Encik Suami bawa MIL dan Mak Yong buat Umrah..
Alhamdulillah rezeki Encik Suami.. MIL Belanja..

Anak-anak kemain lagi seronok..
Bebudak bukan tau apa..

Kami sampai KLIA lebih kurang jam 10.45pg..
Jumpa Person in Charge, pergi daftarkan beg..
Lepas tu tunggu kul 12 untuk taklimat..
Lepas taklimat memang suruh Encik Suami terus check in..
Bukan apa, senang.. Nanti xde kelam kabut..
Orang bukannya sedikit...

Lepas je Encik Suami check in, kami terus gerak balik..
First time berjauhan kan..
Otak kurang berfungsi..
Botol susu Imani tertinggal kat Petronas..
Terlepas susur masuk ke Rawang.. (Nak pergi makan)
Nasib baik susur masuk Tanjung Malim x terlepas..

Jom layan Gambar..
 Jom Wifie dulu...
Otw ke KLIA..

 Menanti..

 
 Mendengar taklimat.

Wordless Wednesday #35

Assalamualaikum

 

Ya yakinlah bahawa hati kita memang sangat kuat...
Bukan untuk hari ini sahaja tetapi untuk hari-hari mendatang yang penuh dengan cabaran..

Tuesday, January 26, 2016

Pesanan Khidmat Masyarakat #4

Assalamualaikum..
Jom kumpul Saham Akhirat..

DANA PEMBINAAN BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH.
BANDAR BEHRANG 2020
BEHRANG, PERAK DARUL RIDZUAN

Pihak Maahad sedang mencari dana untuk membina bangunan dua tingkat berhampiran Masjid Al-Hidayah. Behrang 2020. Bangunan ini akan menempatkan 35 pelajar Tahfiz sepenuh masa.yg sedang menuntut ilmu.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam:  
Pembangunan Maahad Tahfiz - 08068010039681

Hubungi:-
En Azhari (Pengerusi) 0196452671
En Shah (Bendahari) 0195636687
Ustaz Syed (Mudir) 0123130923

Syukran atas sumbangan. Tolong viralkan untuk perkembangan ilmu di Daerah Muallim

Kedai Zul & Rin Nasi Lemak Kukus, Kg Ketoyong.

Assalamualaikum..
Jom sarapan dulu...

Kedai makan nie terletak berhampiran dengan stesen KTM Tanjung Malim.
Betul-betul tepi jalan..

Sebelum nie, mereka berniaga di Pasar Malam Tanjung Malim..
Memang beratur r kalau nak membeli Nasi Lemak Kukus nie..
Masih lagi berniaga di Pasar Malam Tanjung Malim..
Setiap hari Sabtu..

Kalau yang kedai nie Sha x pasti la pula hari apa yang tutup..

Memang best..
Macam-macam jenis kuih muih ada..
Specialty dah tentulah Nasi Lemak Kukus dengan pelbagai jenis lauk..
Ada Ayam Goreng Berempah, Paru Sambal, Sambal kerang dan macam-macam lagi..

Ada juga lontong dan mee kari..
Mee kari dia memang terbaik..
Kuah pekat melekat..
Kena je dengan tekak Sha..

Layanan dari tuan kedai dan pekerja pun best..
Ramah dan mesra..
 Menu pagi.. Ada mee Kari, Lontong, Nasi lemak kukus pelbagai lauk dan Kuih muih.

 
 
 Ayam Goreng Berempah yang marvelous..

 Nasi Lemak Kukus..

 Mee Kari yang sangat Ohsem..
Seriously sedap..

 Pemanis mulut.. Kuih Seketul RM0.40 je..

Monday, January 25, 2016

Bila Berjauhan

Assalamualaikum..
Hey kengkawan..
Ada yang pernah melalui pengalaman seperti Sha..
Berjauhan dengan suami.. Berpisah negara..

Mestilah adakan..
Sha first time berjauhan dengan Encik Suami..
Berjauhan di negara yang berbeza..

Kalau sekitar Malaysia tu dah biasa sebab tugas Encik Suami..
Kalau dalam Malaysia, masih boleh call..
Bila-bila masa tidak kira waktu..
Tapi kali ini kami hanya boleh berhubung melalui WhatsApp sahaja..
Ada Wifi adalah mesej dari Encik Suami..
Sudahlah berbeza negara.. Berbeza waktu pula..

Selama 10 hari tidak mendengar suara dan melihat orangnya..
Memang terasa rindu yang teramat..
Tiada ungkapan yang mampu menggambarkan perasaan Sha..

Ini baru berpisah Negara.. kalau berpisah alam bagai manalah agaknya..
Semoga jodoh kami kekal hingga ke Jannah..
 

Ayam Goreng RM1 di Jalan Padang Tembak, Lumut Perak

Assalamualaikum...
Ayam Goreng Seringgit..
Ye Seketul seringgit je..
Percayalah...

X Percaya... Betul Seringgit je..
Dahlah murah.. Sedap pula tu...
Seriously sedap sangat...
Makan macam tu je pun sedap..
makan dengan nasi pun sedap..

Dekat mana??? Jeng jeng...
Dekat jalan nak ke Teluk Batik, Perak..
Sebelah dengan Wanted Coffee...

Lokasi yang tepat ialah di Jalan Padang Tembak, Lumut, Perak..

Memang sedap dan ohsem..
Adik yang berjual tu pun ramah dan baik..
Sha beli 8 ketul ayam seringgit tu..
Kemudian Sha minta nak beli leher ayam RM2 je..
Tapi dia bagi lebih leher ayam tu...
Adik tu kata 4 leher ayam bersamaan RM1, tapi gaya dia bagi cam dah 3 ke 4 hinggit..

Semoga murah rezeki mereka..
Jom pakat ramai-ramai kita serbu ye..

 RM1.00 seketul..
 Adik yang baik hati..

 Sentiasa ada orang datang singgah..

 tengah menggoreng ayam..

 Update Terkini.. (Disember 2016)
Ada tempe tau..
Secucuk ada 3 potong RM1 je..
memang sedap..

Sunday, January 24, 2016

Pesanan Khidmat Masyarakat #3 - 10 TIPS JIMAT KAHWIN 2016

Assalamualaikum...
Masih belum terlambat lagi rasanya untuk share tips nie..
Semoga bermanfaat ye..

10 TIPS JIMAT KAHWIN 2016
Selalu terbit rasa kasihan pada sahabat- sahabat yang sanggup berikat perut semata- mata mengumpul duit lebih untuk kahwin, malah terpaksa tangguhkan tarikh kerana kewangan belum mencukupi.

Kadang nilai yang dikumpul jauh berpuluh kali ganda dari gaji. Dirasakan hampir mustahil untuk mencapat amaunt tersebut. Saya nak kongsikan beberapa tips untuk kurangkan belanja kahwin @ mudahkan kerja kahwin.

1.  Kenduri / Majlis
Minta mak ayah, sedara mara, adik beradik faham yang anda nak langsungkan majlis serba sederhana dan menepati syariah. Bila orang- orang dekat kita faham, insyaAllah diorang akan support malah tolong hulur- hulur bantuan sedikit. Jimat banyak tu! bila ada yang sudi nak sponsor.. Kalau xde yang sponsor buat mengikut kemampuan kita.

2. Barang Hantaran
Beli barang hantaran pada waktu SALE sahaja. Disarankan anda beli barang sederhana sahaja, namun faham- faham sahajalah kadang ada rasa nak beri yang terbaik untuk pasangan @ buah hati kita. Jadi manfaatkan SALE yang ada macam di SOGO, JUSCO, PAVILLION dan pasaraya berdekatan dengan anda. Jangan terperanjat anda dapat jimat hingga 70%. Jika dapat beli awal lagi bagus.

3. Kad kahwin murah.
Zaman facebook ramai buat invitation melalui alam maya sahaja. Jimat banyak! xperlu keluar sesen pon. Ada yang sempoi fotostat kad kahwin untuk diedarkan pada orang ramai. Xpayah nak berhabis sangat buat kad jemputan. Bukannya orang yang terima nak simpan buat frame pun.. Biasanya nak jadikan panduan ke rumah kita dan kemudian di buang.

Kalau nak jaga air muka mak ayah, sebab zaman mereka tak ada facebook, boleh lah tempah kad kahwin cantik- cantik. Jangan terpedaya, kad kahwin cantik pon ada yang murah! boleh dapat sehingga harga RM0.10- RM0.15/kpg. Rajin- rajin survey Fb @ internet.

4. Doorgift
Zaman dulu orang bagi telur sebiji je. Kos paling RM0.20. Sekarang pelbagai variasi yang saya lihat. Sekurang- kurang RM1. Kali 1000 orang? Dah macam wajib pon ada. Elok- elok belanja kahwin cuma RM20k dah perlu tambah RM1000.

Well, kalau dah terpaksa sangat bagi doorgift carilah harga yang berpatutan dan dihargai tetamu. Sebab kasihan, kadang tetamu buang, atau simpan dalam store. Dah ramai yang sedar, dan mula beri sesuatu yang bermanfaat kepada ramai orang. Dapat panjang-panjangkan pahala. Kalo bagi coklat2 pun boleh, tapi kejap je la tetamu simpan. Silap-silap dalam kereta masa drive balik tu lagi goodies habis kene makan.

Buku alkahfi, doa harian, yasin dan mathurat boleh dijadikan sebagai pilihan sebagai doorgift buat tetamu. Ada yang jual semurah 50 sen senaskah!

Visit FB page Doorgift Bawah RM1 utk pilihan doorgift murah dan bermanfaat

5. Catering harga berpatutan
Banyak sekarang catering yang menyediakan pakej bajet. maklumlah zaman ekonomi yang serba mencabar. cuba dapatkan catering yang siapkan skali pakej khemah, meja makan dan paling penting bajet.

6. Sound system dan DJ
Tak payahlah. Dulu saya pinjam speaker jiran yang besar pasang pada laptop. Boleh pilih lagu yang suka dan islamik lagi. Alhamdulillah majlis tetap meriah dan ohsem.

7. Photographer
Alhamdulillah, suami memang geng camera. So mudah je minta kawan tolong ambil kan gambar ( bayar la sikit). Manfaatkan peluang yang ada. Tapi waktu tu suami nak juga hire orang buat video. Layan je lah, dah jimat banyak.
Kalau tak ada kawan, adik beradik ade camera DSLR, cari kawan yang ade iphone pon dah cukup. Gambar superb, siap boleh edit sendiri.

8. Pelamin
Tak payah. Tak patuh syariah... Kalau teringin sangat, hias meja makan beradap cantik- cantik. Boleh jadi dwi fungsi. Sebagai tempat makan atau tempat ambil gambar. :)

9. Akad Nikah dan Kenduri
Sekalikan majlis akad nikah dan kenduri kahwin. Tak perlu keluar belanja dua kali. Sedara mara yang jauh pon senang. Buat majlis akad pada pagi hari kemudian kenduri sebelah tengahari. Jimatkan..

10. Checklist
Last but not least, buat checklist. Banyak contoh- contoh check list yang orang lain dah pernah buat. Tinggal adjust mengikut kesesuaian dan budget anda. Tinggal google "checklist perkahwinan" akan keluar bermacam checlist. Boleh buat sebagai rujukan.

Akhir kata, perkahwinan adalah sunah Nabi. Jangan jadikan ia sebuah majlis yang mendatangkan dosa dan dimurkai Allah.

p/s - boleh share kepada kawan-kawan anda yg nak kahwin 2016 ni.
Semoga sama-sama mendapat manfaat :)


Artikel asal dari FB Doorgift Bawah RM1

Mandi Manda di Marina Water Park, Lumut

Assalamualaikum..
Sesekali bawa anak jalan-jalan dan mandi manda..
Kali ini Sha bawa mereka ke Marina Water Park..
Kami pergi pada 16.01.2016 (Sabtu).
Itupun sebab temankan adik gi Bridal..
Lepas dah penat berjalan dari satu Bridal ke satu bridal, adik ajak lepak water park..

Pergh!! Memang seronok la dua beradik tu..
Dah lama x main air..
Imani memang x takut..
Laju jer ke dalam air dan mencuba pelbagai permainan..
Si kecik nie memang adventerous orangnya..
Amani agak takut-takut sedikit..
Dan lebih berhati-hati...

Sha just duduk bawah pondok dan layan lagu-lagu dilwale..
X berape minat nak berendam.. hehehe..

Marina Water Park ini hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja buat masa ini (Masa Sha pergi nielah..) Kebanyakkan tempat mandi dia x beroperasipun..
Hanya bahagian kanak-kanak sahaja yang boleh bermandi manda..
Tapi masih oklah dengan harga tiket RM9 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak..
Memandangkan cuaca x berape nak cerah, Sha bagi diorang main air dua jam jer..
Bila tengok dah makin gelap terus panggil untuk tukar baju..
Disebabkan klorin dalam kolam tu x banyak so sha mandikan Imani kat rumah je..
Amani just siram dengan air pancut sekejap, kemudian mandi kat rumah..

Kalau sekadar nak berendam dan bersantai oklah datang kat sini..
Jangan mengharap terlalu tinggi ye..
Orang pun x ramai sangat..
Memang bestlah..

 Pondok menunggu dan letak barang..

 Kawasan kanak-kanak..
Kawasan nie je yang boleh mandi..

Kawasan mandi dewasa yang ditutup.. 

 Boleh nampak laut..

 Bahagian depan Marina Water Park..

 Rules and Regulation..
Tapi ok je mandi dengan tshirt dan seluar track..

 Buat masa ini Marina Water Park ini hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

 
 Loker simpan barang..

 
  Sudah kepenatan..

  Seronok bermandi manda

Saturday, January 23, 2016

Wanted Coffee di Jalan Padang Tembak, Lumut Perak.

Assalamualaikum...
Jom jalan-jalan cari coffee..
Kali ini Sha nak bawa kengkawan jauh sikit..
nun di Lumut..

Wanted Coffee yang sangat ohsem dan marvelous..
Adik sha yang bagi tahu dekat area sini memang ada Coffee gemuk yang sangat best..
Sha macam biasa akan order Mocha..
Pergh!!! Rasa dia memang ohsem dan lazat..

Sekali cuba pasti nak lagi..

Bisnes hour : 11:30 - 6:30ptg
Lokasi : Jalan Padang Tembak, Lumut Perak.


 Senarai coffee dan harga..

Gerai tepi jalan je.. Ohsem..
 
 Latte.. Memang best.. mengancam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI