Tuesday, April 30, 2024

ebook | TOMOGRAM (Trilogram #3) oleh Syafiq Aizat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penutup bulan April ini Sha baca buku Tomogram, buku terakhir dari trilogi Trilogram.. Buku sebelum ini Sonogram dan Hologram..

Buku akhir ini banyak fokus pada dua watak utama iaitu Adam Idris dan Domenik Lokan.. Bersambung terus dari buku Hologram dan kejadian di mana Idris tikam Domenik dan rohnya hilang dari badan.. Jadinya Idris berusaha sedaya-upayanya untuk dapatkan balik roh Domenik dan kembalikan situasi ke normal.. Tetapi perkara tu bukanlah perkara yang senang untuk Idris laksanakan.. Dengan bantuan Iskandar, Samad dan Ben, Idris telah menetapkan pelbagai hipotesis tetapi semuanya tak jalan.. 

Penceritaan dari sudut Domenik, kita tahu yang roh Domenik telah terkurung di sebuah institusi.. Kalau korang baca Syawal Tak Boleh Lewat, dia macam crossover tau.. Tak baca pun okay je.. Buku Tomogram ini boleh faham punya.. Sepanjang Domenik dekat intitusi ini, perasaanya sering mengatakan ada orang sedang menunggunya.. Pencarian Domenik ini membawa beliau kepada tiga rakan baru dan bersama mereka, Domenik cuba merungkai misteri Institusi tersebut..

Penulis membawakan penceritaan yang berselang seli antara Idris dan Domenik hinggalah akhirnya mereka bertembung dan disini mereka terpaksa menerima hakikat, mereka perlu kehilangan untuk kembali ke dunia nyata..

Sha baca dan selesai pada 30.04.2024..

Published May 26, 2023 by Buku Fixi

Nut Walker Coffee Caramel Almonds

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kacang badam yang disalut dengan karamel kopi.. Pergh!! Padu betul rasa dia.. Memang kesukaan Sha lah.. Mewah betul rasa kopi dia tapi tak adalah pahit sebab ada karamel kan.. Memang berbaloilah dengan harga dia.. Cuma harga dia keras sikitlah dari badam biasa sebab salutan dia tu kan.. Memang akan jadi kesukaan Sha ini.. Walaupun pek dia jenis resealable zipper tapi Sha lagi suka simpan dalam bekas..

Nut Walker Coffee Caramel Almonds (130g) - RM16.90
Ingredients: Almonds, Sugar, Butter, Coffee Powder, Salt, Natural Flavor (Packaging Gas Nitrogen)

Sebekas kacang.. Banyak juga..

ebook | MIMPI oleh Rahim Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Mimpi.. Topiknya memang menarik.. Kisah Raziq yang menyendiri selepas Adlina koma.. Kemunculan Mila menjadikan Raziq ceria namun tetap tak sama dengan Adlina.. Semua remaja mengalami tekanan akibat tak boleh tidur kerana diganggu mimpi ngeri.. Satu hari Raziq mengalami mimpi yang lain dari biasa dan barulah dia tahu kebenaran di sebalik mimpi dan kaitannya dengan Adlina yang koma.. Raziq cuba membantu Adlina untuk sedar namun ada pengorbanan yang perlu dilakukan..

Cerita dia okay tapi penyampaian penulis tak berapa kena untuk Sha..

Sha baca dan selesai pada 29.04.2024..

Published September 15, 2023 by Buku Fixi

Alkeyf Camel Milk Coffee: 3in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi dengan susu kambing.. Rasa kopi yang mantap dan tak manis.. Macam minum latte je.. Cumanya rasa dia lebih berlemak sebab guna susu unta.. Paling syok tak ada bau pelik-pelik.. Memang layanlah minum diwaktu pagi.. Mantap.. Berbaloi dicuba gitu.. kikiki.. Sha beli 1 sachet je..

Alkeyf Camel Milk Coffee: 3in 1 - RM4

Monday, April 29, 2024

ebook | ASMARADANA oleh Hilmi Loma

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Kesimpulan untuk buku ini ialah semuanya berlaku kerana nafsu cinta.. Habis hancur semuanya.. Masing-masing jadi gila hanya kerana cinta tak berbalas ataupun kerana cinta yang keterlaluan.. 

Okay je nak baca walaupun jalan cerita dia berselirat dan agak berterabur.. Sha faham je, cuma bukan kesukaan Sha lah..

Sha baca dan selesai pada 28.04.2024..

Published September 15, 2023 by Buku Fixi

Buat Paip Baru Di Rumah Ipoh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ke Ipoh lagi.. Penyewa baru Sha bagi tahu bila basuh pinggan air melimpah dekat bawah table top tu.. Bilik air pun sama.. Penyewa maklumkan pada Sha 29 Mac.. Seminggu sebelum raya ada plumber area Ipoh datang tengok tapi tak boleh nak buat.. Sha minta penyewa sabar sampai lepas raya.. Bincang dengan encik suami, dia kata dia buat.. Jadinya semalam kami ke Ipoh.. 
Modal beli barang, makan, tol dan minyak kereta lebih kurang RM150.. 

Sepatutnya air dari bilik air dan sinki akan lalu sini dan terus ke longkang tapi bila tukang paip tu datang, dia cakap air tak lalu kat sini.. Tak tahu ke mana perginya.. Mungkin terus ke tanah..

Encik sumai tuang asid 2 botol dalam lubang bilik air ini..Semoga akan kembali okay..

Air melimpah kat sini bila guna sinki dapur..

Encik suami tengah drill dinding untuk buat lubang..

Bahagian dalam dah siap..

Akhirnya.. Jenuh juga encik suami buat..

Tampal simen bagi cantik balik lubang..

Alhamdulillah.. Siap juga akhirnya..

Terus ke longkang..

ebook | Captain Shooter oleh Izatul Husna

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Kisah 10 orang pelajar yang diba ke sebuah bangunan di tengah hutan untuk dijadikan tikus mkamal.. Mereka diberikan cermin mata untuk masuk ke dunia game dan mencapai sasaran.. Ada seorang pelajar yang degil dan sukar memberi kerjasama namun semasa misi ketiga mereka bergabung dan berkerjasama untuk mencapai kejayaan dan melawan musuh di dunia nyata dan virtual..

Sha baca dan selesai pada 26.04.2024..

Published February 27, 2023 by Bookiut

Big Bear Burgers & Tacos, Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali makan tacos ini di Bidor.. Sedap rupanya.. Tu yang encik suami cari kedai yang jual Taco.. Jumpa di area Selangor.. Lepas makan kenduri, kami ke sini.. Encik suami cerita, pemilik kedai ini bermula dengan kedai kecil sebelum pindah ke kedai besar ini.. Memang speciality dia makanan Mexican.. Berbaloilah kalau datang sini untuk makan Tacos atau Quesadillas dia.. Memang best..

Big Bear Burgers & Tacos
No 22-G, Jalan Aman Tiara 8 Triana, Bandar Tropicana Aman, 42500, Selangor.

Minuman kami ambil 4 sahaja iaitu
Teh O Ais (RM3), Lemonade (RM5), Rootbear Float (RM7), Soda Herbs (RM8.50)..

Quasadillas (Large) RM20 - Pergh!! Memang mantaplah yang ini.. Puas hati sangat.. Terasa rempah pada daging dia tu..
The Bigbear (Combo) RM30 - Angah Sha makan yang ini.. Memang puas hatilah tengok daging dia tu.. Besar, juicy dan buatan sendiri.. Kentang goreng pun banyak..

Chicken Chop (RM17) - Amani makan yang ini.. Bolehlah.. Amani tak berapa minat salutan tepung dia.. Keras katanya.. Salad dia pun tak berapa best.. Sos black paper dia terlalu banyak lada hitam..

2pc Chicken Tacos (combo) RM19 - Ini pun best.. Mengancam.. Ketulan ayam dia banyak, rasa rempah dia.. Memang padu..

Sunday, April 28, 2024

Cerita 18 Syawal 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha dapat jemputan rumah terbuka bersekali kenduri aqiqah di Taman Cheras Jaya, Cheras.. Sebelum ke Cheras, Sha ambil angah Sha di Subang.. Kemudian ke Taman Kosas, ziarah dan bersihkan kubur arwah mak.. Lepas tu baru gerak ke Cheras.. Dari Cheras, kami ke Klang mencari taco dan kemudian ke Subang semula hantar Angah Sha.. Lepas tu baru gerak balik..

Ziarah dan bersihkan kubur arwah mak..

Jamuan rumah terbuka bersekali kenduri aqiqah.. Menunya banyak.. Ada mee hoon sup, laksa, aiskrim, brownies, jambu asma boi dna kambing golek.. Sh amakan kambing golek, sup cendawan, dan buah jambu asam boi..

Buah tangan sempena aqiqah anak buah..

Nut Walker Butter Toffee Macadamias

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Tak sangka bila kacang ini disalut dengan butter dan gula, rasa dia akan jadi mengancam.. Asyik.. kikiki.. Cumanya jangan makan sekaliguslah.. Manis dan berlemak.. Memang kenyanglah kalau kunyah dia..

Nut Walker Butter Toffee Macadamias (120g) - RM20.90
Ingredients: Macadamias, Sugar, Butter

Dapat sebekas..

ebook | Chaira (Kronikel Dewata, #2) oleh Lokman Hakim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua ini dari sudut pandangan Chaira dalam melalui peristiwa yang tak terduga.. Pengembaraan yang membawa kepada penemuan mengenai entiti yang saling berkait.. Entiti yang ada dalam diri Chaira dan juga Ezani.. Malah dalam buku ini juga ada diceritakan permulaan hubungan antara Chaira dan Ezani.. Memang lebih detail lah apa yang jadi.. Menarik walaupun agak rumit juga.. Setiap yang berlaku, ada kesan dan akibatnya..

Sha baca dan selesai pada 26.04.2024

Published May 1, 2023 by Penerbit-X

Saturday, April 27, 2024

France | Lost Bullet (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan kepada filem Lost Bullet (2020).. Tapi tu lah.. Dah tengok baru tahu akan ada bahagian 3 pula.. Takpelah.. Layan je.. Kikiki..

Sha layan sebab cerita ini ada kaitan dengan kereta dan aksi kejar mengejar menggunakan kereta.. Pergh!! Memang padulah.. Kikiki.. Lino ini tak puas hati bila Marco, penjenayah yang dia tangkap dikatakan terlepas.. Setahun kemudian, Lino dapat panggilan telefon palsu dan pergi ke tempat tu.. Di situ Lino jumpa Marco.. Bila dia bawa Marco balik, polis jahat dah sedia nak ambil Marco dan bunuh.. Mujurlah Lino cepat dan berjaya bawa lari Marco untuk diserahkan kepada polis Sepanyol.. Tapi tu lah, Julia khianat Lino.. Marco mati dan dihujung filem muncul Areski, polis jahat masih terlepas.. Adoilah..

Lost Bullet 2
2022 ‧ Action/Thriller/Crime ‧ 1h 32m
After the death of Charras, Lino and Julia form the new narcotics unit. Determined to find the murderers of his brother and his mentor, Lino continues his hunt and won't let anyone get in his way.

ebook | Suamiku Mr Mamak oleh Ezdiani Abd Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya Ailyn tersalah panggil Haqeel sebagai aney sebab dia ingatkan Haqeel pekerja dekat kedai mamak.. Mereka berkenalan tapi Ailyn jual mahal.. Sekali Haqeel tu bos tempat kerja dia.. kikiki.. Haqeel mula menjalankan misi mengorat namun ditolak dengan ganas oleh Ailyn.. Nak dijadikan cerita, Ailyn terpaksa minta tolong Haqeel untuk mengelakkan dari dijual pakcik dia yang gila.. Bila nak mula bahagia tiba-tiba pakcik Ailyn muncul semula dengan niat jahat.. Haqeel suruh Ailyn berjaga-jaga tapi perempuankan.. Mujurlah Haqeel sempat selamatkan Ailyn.. Kalau tak memang naya je..


Info buku
Tajuk - Suamiku Mr Mamak
Penulis - Ezdiani Abd Rahman
Penerbit - 
ISBN - 9789671831304
Tahun Terbit - 2022
M/S - 80
Sinopsis - Ailyn dan Haqeel bertemu di sebuah restoran nasi kandar. Pertemuan mereka tidak seperti pasangan lain. Ailyn yang ketika itu ingin memesan makanan memanggil Haqeel kerana dia menyangka Haqeel merupakan pekerja restoran tersebut. Siap memesan pesanan, Ailyn rasa sakit hati bila pemuda itu seperti mahu mengayatnya. Malu Ailyn bila dapat tahu daripada pemilik restoran Haqeel bukan pekerja di situ. Haqeel juga pelanggan sepertinya. Kerana perkenalan itu, Haqeel memperkenalkan dirinya kepada Ailyn dan kawannya Nadia. Tapi, Ailyn langsung tidak berminat untuk meneruskan perkenalannya. Haqeel bukan lelaki idamannya. Muka ala mamak dan berjambang. Bukan citarasanya. Nadia selalu usik Ailyn untuk terima perkenalan Haqeel. Nampak kesungguhan Haqeel ingin menjalinkan persahabatan. Namun, Ailyn tinggi dengan egonya. Tidak suka. Dalam masa yang sama Ailyn malu sendiri dengan sikap kalutnya. Tak pasal dia malu. Ailyn tergesa-gesa pergi temuduga. Terkejut Ailyn bila yang temuduganya adalah Mr Mamak yang dia jumpa di kedai mamak pagi tadi. Makin malu Aliyn bila perlu berhadapan dengan Haqeel. sudahlah dia kutuk Haqeel macam-macam. Ailyn sangat perlukan pekerjaan sekarang. Dia tiada tempat bergantung lagi. DIa hanya ada Azam adik kepada emaknya. Azam selalu berjudi dan banyak berhutang dengan ah long sehingga pemiutang mengejar Azam hingga ke rumah. Ailyn dijadikan cagaran untuk membayar segala hutang. Ailyn yang ketika itu sudah mula bekerja dengan Haqeel tiada pilihan. Dia menghubungi Haqeel dan meminta Haqeel mengahwininya demi melarikan diri daripada Azam dan ah long. Haqeel setuju dan mereka berkahwin. Segala hutang Azam dibayar dan Ailyn selamat dengannya. Hubungan mereka terjalin tanpa cinta, tapi Haqeel ikhlas mengahwini AIlyn. Dia bukan sahaja ingin penyelamata Ailyn malah dia juga ingin jadi hero di hati AIlyn. Rasa benci Ailyn kepada Haqeel lama-lama menjadi bibit sayang. Hubungan mereka menjadi rapat dan Ailyn sedia berikan hatinya kepada Mr Mamak. Mereka bahagia. Selepas berapa lama tidak bertemu dengan Azam, Ailyn dihubungi Azam Mengaku menyesal dengan perbuatannya sebelum ini. Ailyn percaya dengan kesungguhan Azam merayu menangis memohon ampun. Azam rancang sesuatu. Dia mahu jerat Ailyn, tapi hero Ailyn selalu ada selamatkannya.

India | Siren (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila awal tengok memang tak sangkalah.. Sempoi gila cara dia balas dendam.. Kejahatan yang disalah gunakan akhirnya menerima pembalasan.. Itu makan dia.. Orang yang tak bersalah dipenjarakan, isterinya dibunuh dan anak sendiri membenci dia.. Bila diberi peluang untuk melawat keluarga, Thilagan gunakan untuk misi balas dendam dia.. Memang habis semua yang merosakkan hidup dia, dia kenakan.. Walaupun seorang polis bernama Nandhini berjaya mengetahui apa yang dilakukan oleh Thilagan namun tiada bukti sahih untuk dia menangkap Thilangan.. Bila hujung-hujung cerita tu baru kita tahu kenapa Thilagan membunuh..

Siren
2024 ‧ Thriller/Action/Crime ‧ 2h 34m
An ambulance driver turned criminal eagerly awaits his release from prison, but it takes 14 years.

Friday, April 26, 2024

Sesi Libat Urus Vaksin HPV Bersama Pejabat Kesihatan Daerah Muallim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Patutlah tahun lepas tak ada dengar pasal vaksin HPV ini rupanya baru dibuat semula tahun ini.. Pemberian vaksin akan bermula dari Mei hingga September 2024 secara berperingkat.. Sekarang vaksin ini hanya 1 dos sahaja, lega Amani dengar.. kikiki.. Risau dia bila Sha kata kena cucuk 3 kali.. Kalau sebelum ini memang 3 dos kemudian jadi 2 dos dan sekarang dah dikurangkan kepada 1 dos sahaja.. 

Sha memang okay je untuk suntikan ini.. Kita berusaha mencegah, selebihnya kita berserah pada Allah.. Sha sertai taklimat ini sebagai wakil PIBG dan encik suami sebagai penjaga.. 




Walaupun dah ambil suntikan vaksin HPV ini semasa remaja, mereka tetap perlu melakukan pap smear selepas berkahwin..

Tarikh: 26 April 2024 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Sasaran Penyertaan: 
1)Pen.Kanan HEM
2)Penyelaras Kesihatan Sekolah
3)Wakil PIBG
4) Semua ibu bapa/ penjaga murid perempuan Ting.1 - Ting.4 (penerima vaksin)

Temujanji Ortodontik Kedua Tahun 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha cuti sebab bawa Imani ke Teluk Intan untuk Temujanji Klinik Ortodontik.. Doktor hanya buat pemeriksaan untuk gigi taring yang dah tumbuh di bahagian bawah dan juga yang belum tumbuh di bahagian atas.. Temujanjinya pada jam 8 pagi, makanya bergegaslah Sha terus ke Teluk Intan selepas menghantar Amani ke sekolah.. Alhamdulillah jalan lengang dan kami sampai jam 8.15 pagi.. Imani berjumpa sekitar 20 minit dan selepas itu kami terus gerak balik.. Temujanji seterusnya pada bulan 8 nanti..

Dari temujanji ini, Sha belajar cetak sendiri GL melalui aplikasi HRMiS di telefon.. Mudah sebenarnya.. Tak payah tandatangan ketua jabatan.. Tak payah nak jumpa kerani pentadbiran.. Cetak sendiri sahaja.. Lepas ini memang mudahlah, cuma surat sekolah sahaja perlu ke sekolah..

Menanti giliran dipanggil.. Kami pesakit kedua.. 

ebook | Aku, Kau & Sains #2: Terokai Bersama oleh Artis-artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini ada 8 komik pendek.. Antara yang terkesan pada Sha ialah Matahari.. Bagaimana seorang budak yang ingin membela seekor arnab diminta menjaga satu biji benih bunga matahari sampai ianya berbunga.. Bukan mudah sebenarnya untuk menjaga biji benih begitu juga dengan arnab.. Ianya hidupan bukannya benda yang boleh dibelai bila suka dan dibuang bila jemu.. Pengajaran sungguh..

Komik yang lain juga menarik.. Semuanya menyampaikan tentang sains.. Memang boleh menarik minat pembaca kepada sains..


Info buku
Tajuk - Aku, Kau & Sains #2: Terokai Bersama
Penulis - Artis-artis Komik-M
Penerbit - Komik-M, PTS Publications
ISBN - 9789674817497
Tahun Terbit - 2022
M/S - 116
Sinopsis - Aku, Kau & Sains #2: Terokai Bersama menampilkan komik-komik pendek berkaitan keseronokan mempelajari sains dan pengaplikasiannya dalam kehidupan. Judul komik dan artis komik yang menyumbang karya dalam antologi ini adalah seperti berikut:
MATAHARI oleh Harihtaroon & Mar
LAWAK BUDAK SEKOLAH: UJIAN SAINS oleh Froggypapa
TARUNG MEKANIKAL oleh Afiqsanukis
KAWANKU DUDU oleh Oz Ishak & Mar
SAINTIS KOMIK oleh Azhar Abdullah
IEMA & CIKO oleh Huzza & Khairil
MIRAGE oleh Abraqib94 & Mar
ROKID: RIWAYAT DRON oleh Kaher

Alkeyf Camel Milk Coffee: Cappuccino

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Sedap guys.. Kopi ini guna susu unta, rasa dia agak berlemaklah pada Sha.. Paling Sha suka tak ada bau mahuppun rasa yang pelik.. Memang ohsemlah, kena dengan tekak Sha.. kikiki.. Minum pula panas-panas.. Pergh!! Layan guys..

Alkeyf Camel Milk Coffee: Cappuccino - RM4

Thursday, April 25, 2024

ebook | School of Thieves by Sabrina Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Amra yang telah ditangkap semasa cubaan memecah masuk rumah bapa dia.. Amra kemudian dihantar ke sekolah istimewa dimana dia perlu mengasah kemahiran yang dia.. Setelah melepasi tahap tertentu, Amra akhirnya berjaya meneruskan misi merompak rumah bapa dia untuk balas dendam.. Misi berjlaan lancar namun ketika Amra cuba kembali ke rumah, Amra ternampak dirinya sendiri.. Bukan mudah nak lepaskan diri dari sekolah tu..

Sha baca dan selesai pada 25.04.2024

Published April 18, 2023 by Bookiut

Kursus Dalam Talian: Kesedaran Keselamatan Siber

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam berjaya hadiri kursus secara atas talian lagi.. Alhamdulillah.. Kalau ikutkan dah cukup dah jumlah hari berkursus.. Mudah sangat bila ada kursus atas talian ini..

Objektif kursus ini adalah untuk menyebarkan Dasar Keselamatan ICT kepada peserta.. Mendedahkan kepada peserta berkenaan ancaman keselamatan di dalam penggunaan sumber ICT
jabatan dan memberikan pendidikan kepada peserta bagi mengukuhkan keselamatan ICT jabatan.

Kandungan kursus secara terperincinya ialah:
1. Pengenalan Keselamatan ICT
a. Pengenalan, konsep, definisi keselamatan ICT
b. Ancaman-ancaman keselamatan ICT

2. Pekeliling Mengenai Keselamatan ICT
a. Pekeliling berkaitan keselamatan ICT daripada MAMPU
b. Surat Pekeliling lain yang berkuatkuasa
c. Surat Arahan lain yang berkuatkuasa

3. Dasar Keselamatan ICT Jabatan
4. Aktiviti Pengukuhan Keselamatan ICT
5. Ancaman-ancaman Siber & Kaedah Menangani Perlindungan
Peralatan ICT
6. Kesedaran dan Pelaksanaan ISMS ISO/IEC 27001:2013
Jabatan
7. Cabaran BYOD (Bring Your Own Device) Dalam Persekitaran
Kerja

Kursus: Kursus Dalam Talian: Kesedaran Keselamatan Siber
Tarikh kursus: 24/04/2024
Lokasi Kursus: Secara Dalam Talian (Pelantar Zoom)

ebook | SuatuKala 01: Malin Kundang oleh Khairul Exodus (Penulis), Huang Long Creations (Pelukis)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini dibuat dari drama bertajuk Suatukala.. Sha tak tengok lagi dramanya.. Okaylah komiknya.. Kisah Malin yang begitu dikawal emaknya.. Remaja kan, mulalah memberontak.. Walhal setiap tindakan mak ayah itu ada sebabnya, bukan saja-saja.. Bila degil sangat, akhirnya terbongkarlah kenyataan yang menyakitkan.. Malang akhirnya menimpa.. Kesian..

Sha baca dan selesai pada 24.04.2024..
Published January 1, 2019 by Sasmurni Bakti Sdn. Bhd

Wednesday, April 24, 2024

Coretan 15 Syawal 1445

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita gembira hari ini.. Membaca buku bukan sahaja mendapat ilmu atau mengembara ke dunia yang tak terduga.. Malah kerana membaca, hadiah yang tak terduga pun berjaya diterima..

Pukul 11.34 pagi Sha dapat panggilan tak bernama dari Labuan.. Muskil tapi Sha angkat.. Kalau dengar suara robot, Sha cadang nak letak je.. Sekali dengar suara perempuan beri salam.. Panggilan tu rupanya dari Perpustakaan Awam Labuan.. Memaklumkan yang Sha pemenang tempat kedua untuk kategori ebook bagi bulan Jan-Mac 2024.. Hadiahnya lumayan.. Wang tunai dna juga sijil.. Pemanggil tanya Sha di mana, Sha bagi tahulah di Semenanjung.. Beliau kirimkan email rasmi untuk maklumat seterusnya..

Rezeki makanan.. Encik suami datang ambil Sha di pejabat dan bawa ke Jamuan Raya di Cawangan UMNO Slim River.. Tak ambil banyak pun, sekadar yang boleh dimakan sahaja.. Nasi tu encik suami punya.. Sha makan soto, sate, lemang dan buah tembikai.. 

Nut Walker Coconut Walnuts

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Rasa kelapa lebih menguasai dari rasa kacang walnut tu.. Mungkin sebab guna kelapa thai sebenar kot.. kikiki.. Tapi sedap je kunyah.. Tambahan pula kacang dia tak keras, memang layanlah.. 

Nut Walker Coconut Walnuts (130g) - RM16.90
Ingredients: Walnuts, Sugar, Coconut Milk, Desiccated Coconut, Glucose Syrup, Water, Salt

Dapatlah sebekas comel ini..

Rupa kacang yang bersalut kelapa..

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, April 23, 2024

Kintry Chocolate Hazelnut Granola

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Best.. Mewah betul rasa coklat dia.. Memang betul dan boleh dibeli lagi.. Coklat dia seketul seketul.. Buat peminat coklat macam Sha memang sukalah tambah pula ada kacang hazel lagilah syok mengunyah.. Paling penting bila buat menu lunch, berbuka atau sahur mengenyangkan.. Sebagai snack pun ohsem..

Kintry Chocolate Hazelnut Granola (60g) - RM4.95
Ingredients: Rolled oats, hazelnuts, cocoa powder, sugar, maple syrup, coconut oil, sea salt, chocolate chips.

Mula-mula tu Sha ingatkan rasa dia pahit sebab warna dia gelap betul.. Tapi bila makan, sedang elok je.. Paling penting tak manis..

Paling syok bila makan dengan susu macam ini.. Memang kenyanglah..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com