Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Wednesday, July 29, 2026

📷 Coretan Sehari | 29 Julai 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha singgah 7E Cafe.. Hari Rabu kan, saja nak tengok apa yang menarik.. Beli sarapan, lepas tu jumpa tawaran harga menarik.. Ambil lah 2 buat tambah-tambah di Perpustakaan.. Ikut perancangan asal, Sha macam nak singgah beli nasi lemak.. Teringin sangat tapi tu lah.. Elok ja memandu sampai ke parking hospital.. Lepas tu terus naik Perpustakaan.. Nasi lemak tu dah jadi sekadar angan-angan sahaja.. kikiki.. Sampai Perpustakaan terus bancuh kopi dan sarapan.. Korang makan apa pagi ini?

Sarapan pagi Sha.. Bebola ayam dengan keju dan hashbrown..

Ini pula beli 1, percuma 1.. 
Harga asal dia RM7.50 untuk 1 pek.. 

Update: Rezeki pagi ini.. Alhamdulillah, dapat juga Sha makan nasi lemak.. Memang tak disangka betul bila ada yang hulurkan sebungkus nasi lemak daun pisang bersama seketul kuih putu Perak.. Terima kasih yang memberi.. Semoga dimurahkan rezeki..

Sunday, July 26, 2026

👣 Jejak Sihat | 25 dan 26 Julai 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu Sha jalan sebelah petang sebab pagi Sha ke Saujana Utama untuk bekam.. Jadinya tak adalah lama.. Lepas tu pelajar pula tak ada, sunyi lain macam pula.. Macam masa PKP dulu dia punya sunyi.. huhuhu.. 🥲

Pagi ini pun Sha briskwalk juga.. Sunyi amat, jadinya kita amik laluan selamat.. Nak dekat pukul 8 tu adalah selisih dengan 3, 4 orang staf yang briskwalk juga.. Mereka baru nak mula, Sha dah hampir habis.. 🫣🫣 Petang Sha nak santai-santai layan drama.. 

Cerah betul langit petang.. Memang syoklah jalan.. Ditemani angin sepoi-sepoi lagi.. Layan betul..

Sha jalan petang ja.. Dapatlah 3732 langkah dalam masa 37 minit.. 

Sha keluar 7.15 pagi sebab lambat pula cerah pagi ini.. Seram jalan gelap-gelap.. 🤣

SubhanaAllah.. Cantik betul langit bila matahari mula menjengah..

Swafoto satu kali depan Pusat Islam..

Pagi ini Sha buat briskwalk sejauh 3.9km dengan masa 48 minit dan 4780 ribu langkah..

Friday, July 24, 2026

👣 Jejak Sihat | 22, 23, dan 24 Julai 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Catatan jejak sihat Sha.. Rabu Sha berjaya buat briskwalk.. Khamis tak buat sebab jadi pemandu peribadi untuk encik suami.. Hari ini alhamdulillah.. Sha berjaya briskwalk.. Hari ini Sha hanya bertembung dengan seorang pensyarah ja yang juga briskwalk.. Pelajar politeknik telah diarahkan balik bermula petang semalam.. Jadinya memang lengang lah politeknik petang ini..

Disebalik awan mendung dah ada awan cerah yang muncul..

Langit masih mendung waktu ini walaupun baru lepas hujan.. Sha jalan ja dengan tenang-tenang..

Bila jalan dalam keadaan bertenang ini, banyak pula langkahnya.. Dapatlah 33 minit.. 

Jalan masih basah.. Hujan dalam jam 4 lebih.. Langit pun masih mendung..

Ada harapan nak hujan lagi ini.. Alhamdulillah.. Sejkk cuaca malam ini..

Suka betul Sha dengan bunga putih kecik-kecik ini.. Banyak dekat tepi-tepi jalan..

Alhamdulillah.. Dapat 39 minit dengan 3530 langkah..

📷 Coretan Sehari | 24 Julai 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini encik suami yang hantar Sha ke pejabat.. Sempatlah bersarapan bersama.. Petang pula Sha ikut ceramah agama Sakinah Dalam Keluarga, Barakah Dalam Kerjaya oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri..

Sha sarapan awal sebab nak menderma darah namun tak berjaya juga.. HB Sha 12 ja kali ini.. Tak apa.. Minggu depan kita cuba lagi.. Encik suami risau lah juga sebab HB Sha kekal rendah dah tiga minggu berturut-turut..

Ambil ubat juga pagi ini dekat farmasi.. Dapatlah bekalan untuk 2 bulan.. 

Ringkasan: Sakinah Dalam Keluarga, Barakah Dalam Kerjaya oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

1. Keluarga yang sakinah bermula dengan hati yang dekat kepada Allah
Sakinah bukan sekadar rumah yang aman tanpa pergaduhan, tetapi ketenangan yang lahir apabila setiap ahli keluarga mengutamakan iman, solat, doa dan akhlak. Suami isteri perlu saling menghormati, bertolak ansur dan menjadikan kasih sayang sebagai asas rumah tangga.

2. Rezeki yang berkat lebih penting daripada rezeki yang banyak
Barakah bukan diukur melalui jumlah gaji semata-mata, tetapi bagaimana rezeki itu diperoleh dan dimanfaatkan. Pekerjaan yang dilakukan dengan amanah, jujur dan ikhlas akan membawa keberkatan kepada diri dan keluarga.

3. Kerjaya adalah satu ibadah
Setiap tugas, walaupun kelihatan kecil, boleh menjadi ibadah apabila dilakukan dengan niat kerana Allah. Menepati waktu, menjaga amanah, tidak culas dan memberi perkhidmatan terbaik merupakan sebahagian daripada akhlak seorang Muslim.

4. Kejayaan di tempat kerja bermula dari rumah
Rumah yang dipenuhi ketenangan akan melahirkan pekerja yang lebih fokus, sabar dan positif.
Begitu juga, pekerja yang membawa pulang akhlak yang baik akan mewujudkan suasana keluarga yang lebih harmoni.

5. Jangan abaikan keluarga demi kerjaya
Kerjaya penting, tetapi keluarga ialah amanah. Keseimbangan antara tuntutan kerja dan tanggungjawab terhadap pasangan, anak-anak serta ibu bapa perlu sentiasa dijaga.

Sempatlah berswafoto..

Thursday, July 23, 2026

BookDoc | Around The World Challenge: Sabah & Sarawak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu Sha buat dekat Semenanjung.. Kali ini kita gerak ke Sabah Sarawak pula.. Selesai dah semuanya pada 23 Julai 2026.. Ada 6 checkpoint yang Sha perlu selesaikan.. Sha mula pada 25 Jun dari Kuching dulu dan berakhir dengan Kota Kinabalu..

Lama jugalah sebab langkah dia tu bukan sikit-sikit tau.. huhuhu.. Sha sertai ini sebagai pembakar semangat ja supaya Sha tetap berjalan..

Selesai Sabah dan Sarawak..

Ada 6 checkpoint untuk Negeri Sabah dan Sarawak.. Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Tawau dan Kota Kinabalu..

Kuching selesai pada 29 Jun 2026..

Sibu ini selesai pada 03 Julai 2026..

Bintulu selesai pada 08 Julai 2026..

Miri selesai pada 14 Julai 2026..

Tawau selesai pada 18 Julai 2026..

Akhir sekali Kota Kinabalu dengan 100000 langkah selesai pada 23 Julai 2026..

Tamat juga akhirnya menjelajah Malaysia.. mengumpul 535000 langkah.. Dapat 120 point tambahan sebab berjaya selesaikan semua checkpoint..

Ini pula semua logo yang Sha berjaya kumpul termasuk bendera Malaysia ada 14 semuanya..

Negara seterusnya kita tak boleh nak pilih tapi dia yang tentukan.. Sha dapat Turkmenistan..

📷 Coretan Sehari | 23 Julai 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sarapan apa pagi ini? Sihat ke? Pagi ini sekali lagi Sha ke 7E Cafe membeli makan.. Sambil-sambil mengumpul eSetem untuk Plush.. Makan dapat, esetem pun dapat.. kikiki.. Hari ini berjaya dapat 2 esetem.. 

Sarapan awal pagi Sha adalah 2 ketul aiskrim Magnum almond ini.. 🤤🤤🤤

Beli kombo Chicken Drumettes Hot & Spicy Crispy + Slurpee Sour Barries Lite (RM7.99).. 🤤🤤 Sedap betul air slurpee tu.. Rupanya bila beli slurpee dapat extra esetem.. 

Nasi lemak kosong dengan timun ini RM3.. huhuhu.. 😭😭

Hari ini ja kawan-kawan.. Beli 2 dengan satu harga.. Classic dan Almond ja.. Bolehlah kan.. Katanya boleh ja beli banyak-banyak kali.. 🤣🤣🤣

Sunday, July 19, 2026

📷 Coretan Sehari | 👣 Jejak Sihat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini gagal lagi keluar awal.. kikiki.. Kita hanyalah merancang.. Gitu!! Tapi tetaplah berjaya briskwalk.. Alhamdulillah pagi ini pun cuaca sejuk ja walaupun awal matahari menunjukkan dirinya.. Cantik betul langit bila dah ada cahaya matahari.. Memang rasa teruja sangat.. Pagi ini tak ramai pula Sha selisih dengan pelajar atau staf yang keluar bersenam.. Memang syoklah berhenti ambil gambar.. 

SubhanaAllah..


Lapisan kabus di bawah kaki gunung.. 


Punyalah asyik mengambil swafoto sampai tak perasan ada seekor anjing di hadapan.. huhuhu.. Mujurlah anjing tu duduk ja melihat.. Sha dah nak lari pecut dah.. kikiki..

Rumput dengan bunga putih yang comel..

Bunga ungu ini pun banyak betul dekat tepi-tepi jalan..

Pokok semalu ini banyak betul tepi-tepi jalan.. Geram ja.. Rasa nak usik bagi dia kuncup.. kikiki..

Semalam masa tu 56 minit 56 saat.. Hari ini jejak langkah Sha pula 5656 ribu.. kikiki.. Betul-betul tak disangka..

Saturday, July 18, 2026

📷 Coretan Sehari | 👣 Jejak Sihat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha mulakan kembali briskwalk setelah hampir seminggu tak buat.. Alhamdulillah cuaca cantik, udara sejuk ja.. Kaki Sha pun dah agak okay.. Sha tak adalah jalan laju.. Perlahan-lahan ja Sha berjalan sambil menikmati udara dan pemandangan.. Sambil mendengar lagu rancak, kita hirup udara segar.. Cuaca mendung, jadinya memang sejuk ja lah.. 

Cantikkan langit

Mendung ja cuaca pagi ini..

Ternampak pokok ini.. 

Rumput ini selalu menarik perhatian Sha.. Jomlah abadikan di blog..

Swafoto satu kali..

Rumput ini selalu jadi mainan Sha waktu zaman kanak-kanak..

Jauh juga perjalanan Sha hari ini.. 4.39km dengan 5238 ribu langkah.. Masa tu paling cantik.. 56 minit 56 saat.. kikiki.. Alhamdulillah.. Permulaan yang baik.. Cadangnya macam nak sambung lagi tapi kita mula perlahan-lahan dulu..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com