Assalamualaikum..
Hye semua..
Sabtu Sha jalan sebelah petang sebab pagi Sha ke Saujana Utama untuk bekam.. Jadinya tak adalah lama.. Lepas tu pelajar pula tak ada, sunyi lain macam pula.. Macam masa PKP dulu dia punya sunyi.. huhuhu.. π₯²
Pagi ini pun Sha briskwalk juga.. Sunyi amat, jadinya kita amik laluan selamat.. Nak dekat pukul 8 tu adalah selisih dengan 3, 4 orang staf yang briskwalk juga.. Mereka baru nak mula, Sha dah hampir habis.. π«£π«£ Petang Sha nak santai-santai layan drama..
Cerah betul langit petang.. Memang syoklah jalan.. Ditemani angin sepoi-sepoi lagi.. Layan betul..
Sha jalan petang ja.. Dapatlah 3732 langkah dalam masa 37 minit..
Sha keluar 7.15 pagi sebab lambat pula cerah pagi ini.. Seram jalan gelap-gelap.. π€£
SubhanaAllah.. Cantik betul langit bila matahari mula menjengah..
Swafoto satu kali depan Pusat Islam..
Pagi ini Sha buat briskwalk sejauh 3.9km dengan masa 48 minit dan 4780 ribu langkah..


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..