Assalamualaikum..
Hye semua..
Isnin Sha buat briskwalk sebelah petang lepas balik kerja.. Sha buat satu pusingan besar dengan 2 ketul batu sebagai persedian.. kikiki.. Risau terserempak dengan anjing dekat kawasan berdekatan dengan perumahan.. Jadinya kita bawalah batu sebagai langkah berjaga-jaga.. Alhamdulillah.. Briskwalk Sha berjalan dengan baik.. Ada terserempak staf juga tapi anjing tak ada.. Lega rasanya..
Selasa petang Sha tak briskwalk.. Penat ya amat.. Lepas ambil anak dekat rumah pengasuh, singgah pasar malam.. Lepas tu sampai rumah, masak nasi.. Memang melepeklah lepas mandi.. Tak lalu dah nak briskwalk..
Rabu tak sempat briskwalk jauh pun, hujan turun.. Khamis petang balik dari pasar malam Sha briskwalk juga dan pagi ini pun dapat briskwalk..
Cantik betul pusaran awan dekat langit semalam..
Isnin petang, Sha buat dalam 36 minit ja.. Dapatlah 2.88km dan 3717 langkah..
Rabu petang.. Tak sempat jauh, hujan dah turun.. Jomlah balik..
Matahari dah mula terbenam..
Cantik betul langit petang..
Petang Khamis.. Gagahkan juga berjalan.. Dapatlah 40 minit dengan 4030 langkah..
Hampir jam 8 pagi..
Matahari dah mula menunjukkan cahayanya..
Selesai 33 minit untuk pagi ini..


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..