Shoplinks.Asia

Tuesday, August 22, 2017

Hadiah Beautilicious Giveaway

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Hadiah dah sampai..
Teruja buka bungkusan..
Terima kasih ecadwinkyasha..
Sha terima hadiah pada 21.08.2017..

 Sha terima mask Dear Green Tea dan Dr. Mascara Fixer..
Malam nya Sha terus pakai Mask tu..
Pergh... Sejuk je.. Wangi pula itu..
Rasa segar je muka.. Hehehe..

Giveaway Blog Bycikrenex

Assalamualaikum..
hye semua..

Jom joint
http://renex89.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html

Tarikh tutup penyertaan : 24 September 201

Jampi oleh Hael Husaini

Assalamualaikum..
Hye semua..

My feveret song..
Jangan tanya kenapa tapi Sha memang suka..
Sha tak pasti sebab lirik ataupun muzik..
Tapi memang Sha dijampi dengan lagu ini.. Hehehe..

Bermula Pandang pertama
Terlihat Kamu di depan mata
Terasa Debar di dada
Menahan Rasa bila kau ada

Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha Ha ha aku ketawa 
Terasa aku tak tentu arah
 Kau buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri Kamu

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai

Malam, Berganti malam
Masih Terbayang
Apa Yang berlaku
Pada Diriku
Ternyata Kamu
Ternyata Kau mahu diriku
Selama Kau milik ku

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai

Dan Bila
Ternyata Kau yang aku cintai

Monday, August 21, 2017

Lemang Periuk Kera

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Yeah!! Sekian lama mencari..
Akhirnya dapat juga Sha merasa..
Teruja sangat ini.. Kikiki..
Macam orang mengidam pula rasanya..
Dari tahun lepas sebenarnya cari..
Tak sangka dekat Tanjung Malim bertemu jua..
Lemang Periuk Kera yang viral..
Akhirnya berjaya juga dia jumpa jalan ke Politeknik..
Jenuh menunggu ini.. Memang terhangat di pasaran.. Kikiki.. 

Satu di jual dengan harga RM2..
Rendang ayam RM4 je..
Okaylahkan.. Campur kos penghantaran baru RM24 je..
Sha order sikit je.. Buat rasa je..
Makan dengan kawan-kawan pejabat.. 

Sha order 10 ketul sebenarnya.. 
Tapi dapat 8 ketul je.. Kikiki.. 

Rendang ayam pun menarik.. 

 Memang sedap..
Lemak dia lain daripada lemang buluh..
Alhamdulillah..

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Assalamualaikum
Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.


Erti Cinta oleh Camellia aka Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu sikap pembaca yang akan sentiasa ada..
Beli buku tapi tak baca..
Beli, simpan dan tengok..
Yang penting buku dah ada dekat rak..
Macam buku ini.. Beli dah lama..
Sha beli masa Pesta Buku hari itu..
Buku ini ada sambungannya..
Tajuk nya Sejak Kita Bertemu..
Penulis ini juga menggunakan nama pena Maria Kajiwa..

Jom cerita pasal novel ini..
Sha agak geram jugalah dengan watak bernama Anis ini..
Berani tak kena tempat.. Mulutpun agak celupar..
Adoi.. Geram je menahan hati sepanjang membaca novel ini..
Tu belum lagi perangai Joe yanv syokkan Anis dan berkeras inginkan Anis..
Tapi kerana sikap Anis dan Joe inilah banyak rahsia di flat itu terbongkar..
Banyak kejahatan yang lama terpendam akhirnya terbongkar..

Erti Cinta berjaya membongkar mengenai cinta..
Betapa Cinta itu sangat dekat dengan manusia dan mempunyai perbezaan erti kepada setiap manusia..
Pengajaran dalam cerita..
Cinta yang penuh misteri..

Sha baca dan selesai pada 20.08.2017

Gantian Cuti Rehat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Soal Jawab Persaraan - GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

APAKAH GANTIAN CUTI REHAT?
Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan

BILA BERKUATKUASA?
Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.

SIAPA YANG LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.

SIAPA YANG TIDAK LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai tetap (skim pencen atau skim KWSP) yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.

BAGAIMANA PENGUMPULAN CUTI DIBUAT?
Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian Cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan dan Perintah Am Bab C.

FORMULA PENGIRAAN
Pemberian Award Wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 150 hari.
Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.

JABATAN MANA YANG MELULUSKAN?
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan 'Award' Gantian Cuti Rehat ini.
   
Semasa meluluskan pembayaran award Gantian Cuti Rehat, JPA berhak untuk menyemak dan memperbetulkan apa-apa kesilapan terhadap butiran jika ada, di dalam kenyataan cuti dan rekod perkhidmatan anggota berkenaan.
   
Sebarang cuti rehat yang terlebih diambil semasa dalam perkhidmatan boleh ditolak daripada jumlah cuti yang terkumpul.

DARI MANAKAH PERUNTUKAN GCR DIBAYAR?
Bayaran 'award' kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah tanggungan Kerajaan Persekutuan dari Kumpulan Wang Disatukan.
   
Jika gajinya tidak dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, bayaran adalah tanggungjawab pihak berkuasa masing-masing (Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan).

BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?
Pembayaran 'award' wang tunai akan dibuat:
- pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara,
dan
- bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera.

APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
    1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
    1 salinan kenyataan cuti
    2 salinan penyata kiraan cuti
    1 salinan kad pengenalan
    1 salinan surat permohonan pesara/waris.
   
Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali  dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.

Sekian dimaklumkan.
Salam PRIHATIN.
Bahagian Pasca Perkhidmatan.

Sunday, August 20, 2017

Kami Penggemar Seafood

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siang tadi tiba-tiba, teringin sangat nak makan kerang..
Jadinya singgahlah pasar..
Pergh!! Harga sekilo RM9 tu..
Sha beli setengah kilo je..
Sebab yang makan kerang Sha dan Imani je..
Amani memang tak makan seafood kecuali ikan..
Encik suami kalau dalam mee kari or kuew tiaw dia makanlah..
Kalau rebus lepas itu ratah, memang Sha dan Imani je..
Kami berdua memang penggemar seafood..
Kadang-kadang siap berebut.. Hahaha..
Kalau tengok memang kelakar..

Muka bahagia dapat makan kerang..
Sanggup tinggalkan aiskrim demi kerang ini..

Ini je yang sempat bergambar..
Yang lain udah ada dalam perut.. Kikiki..

Jeon Woo Chi (2012)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat menarik..
Mengenai ahli sihir baik yang menentang kejahatan..
Membantu membina negara Joseon menjadi lebih baik..
Menghapuskan pembesar-pembesar yang jahat dan makan rasuah..
Keluarga raja yang menyalah gunakan kuasa turut dihukum..

Dalam masa yang sama belajar melepaskan dendam dan benci..
Sebenarnya hidup ini bila terlalu diselubungi kebencian dan dendam memang mampu memusnahkan hidup..

Drama ini ada 24 episod..
Kesemuanya menarik..
Drama lama ini.. Tahun 2012..
Ada satu lagi filem dengan tajuk yang sama..
Sha baru nak cari.. Hehehe..

Rooftop oleh Farrah Izzlorna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya berjaya juga Sha miliki novel Rooftop ini..
Sudah lama nak beli disebabkan review yang ohsem..
Bila ada peluang terus Sha sambar..
Dan Sha tak menyesal..
I really like the story from the start to the last word..

Memang terbaik!! I fall in love..
Misteri dari mula hingga akhir..
Watak Aya dan K yang sangat unik..
Penghubungnya adalah Rooftop..

Cerita ini berjaya memberi rasa sedih pada Sha..
Seolah-olah semua kemalangan yang jadi itu, Sha yang lalui..
Untuk buku nie rasanya menusuk terus ke hati..
Dan Sha tak boleh move on..
Garapan dan penceritaan penulis berjaya menangkap hati Sha.
Walaupun ending dia bahagia tapi Sha rasa sedih..
Jangan tanya kenapa, sebab Sha sendiri tak boleh jawab..
Jawapannya ada pada novel ini..
Kena baca dan rasai sendiri..
Penulis berjaya menyampaikan cerita ini dengan baik..

I love both Aya and K..
And this quote "kindness can also kill"..

Sha baca dan selesai pada 18.08.2017..

Saturday, August 19, 2017

Jai Ho (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Malam Jumaat (18.08.2017) TV3 tayang cerita Hindustan..
Tertengok pula..

Selalu dengar lagu dia je..
Malam itu dapat tengok filemnya..
Yang ini lakonan Salman Khan tau..
Ceritanya biasalah.. Typical filem Hindustan..
Yang berbeza, mesej yang disampaikan..
Tolong tiga orang dan pesan pada orang yang ditolong supaya tolong tiga orang lagi..
Begitulah seterusnya..
Buat baikkan patut disebarkan..
Supaya kebaikan itu berterusan.

Ada lagu yang Sha suka..
Ada juga yang annoying pada Sha.. Hehehe..

Anda yang baca entry ini, tengok tak filem ini?

Memborong di Petronas

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sebelum ini Sha ada share pasal barang murah di Petronas kan..
Siang tadi Sha memboronglah..
Sha beli 28 tin kopi Wonda dan 20 pack maggi cup..
Lepas itu borong air Tinge 15 botol pelbagai perisa..
Ini semua sebab nak buat stock Santai Cafe di Perpustakaan..
Sementara murah ini.. Kita borong lebih sikit..

28 Tin air Wonda Coffee pelbagai perisa..

Maggi Mamee Cup - 20 cup

 Air Tinge 15 botol

Perhimpunan Bulanan Sempena Kemerdekaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumaat hari itu, Sha ada Perhimpunan Bulanan..
Untuk bulan 8 ini kita meraikan Kemerdekaan..
Jadinya tema Perhimpunan Bulanan kali ini Malaysia Sehati Sejiwa..
Yang paling best bila ada nyanyian lagu Jalur Gemilang..
Kenangan zaman muda.. Hehehe..
Semangat Sha nyanyi lagu Jalur Gemilang ini..
Selain itu ada juga kuiz Kahoot.it..
Mengenang sejarah penjajahan dan Kemerdekaan..
Lepas tu ada sesi untuk staf yang bersara dan juga mereka yang menunaikan haji..
Jumpa lagi next month..

Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang!

Penjara oleh Phakinai

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Buku kedua dari penulis Thailand Phakinai..
Ceritanya seram dan penuh kekejaman..
Sha memerlukan masa dua hari untuk membaca..
Cuba elakkan dari baca di waktu malam..
Tapi malam je yang free.. Gagah jugalah membaca..
Novel ini seram dari segi kekejaman yang terpaksa diterima tahanan penjara..
Menyeramkan dan mengerikan Sha yang membaca..
Tapi dalam kekejaman,terselit kisah cinta..
Memberikan pengajaran dan kuga rasa insaf dihati..
Memang terbaik dan menarik.. 

Sha baca pada 16.08.2017 dan selesai membaca pada 17.08.2017..


Friday, August 18, 2017

Imani Sambut Merdeka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dekat sekolah Imani ada sambutan merdeka..
Temanya baju kurung ikut warna bendera..
Merah, Biru, Kuning dan Putih..
Imani pilih untuk pakai baju warna biru..
Memang semangat habis.. hehehe..

Gambar-gambar ini dikirim oleh Cikgu Imani..

Beli Buku Baru & Preloved

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada share pasal confuse nak beli bukukan..
Boleh baca di SINI.
Kalau ikutkan pilihan antara FIXI dan Dear Novels..
Tapi pilihan Sha akhirnya jatuh pada penerbitan Prolog Media dan buku preloved..
Dengan RM88, Sha dapat 3 buku baru dan 2 buku preloved..

 
Buku-buku dari Prolog Media sampai pada 17.08.2017
3 buah RM70 termasuk postage
Ketiga-tiga buku ini memang Sha dah lama aim nak beli..
Terutama sekali Rooftop dan Jika Aku itu..
Review yang diberikan pembaca untuk dua buah novel ini memang best..

Novel pre-loved ini Sha beli dari Instagram booksmadness.co
Kebetulan beliau tengah sale satu buku nie RM5 je..
Teruslah Sha beli dua buah..
Campur postage RM8 jadilah RM18 je..

Perpustakaan Serambi Ilmu Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Rabu (16.08.2017) Sha buat lawatan kerja..
Perpustakaan yang kami pergi ini, memang ohsem sangat..
80% bahannya dalam bentuk digital..
20% sahaja bahan dalam bentuk fizikal..
Memang terpikatlah kalau masuk sini..
Cantik, kondusif dan sangat friendly user..
Masuk kena buka kasut tau..
Tapi memang best.. 
















 

Bayaran untuk jadi ahli SIR
SERAMBI ILMU RAKYAT LIBRARY
Address:
Level 7, Menara 1,Menara Kembar Bank Rakyat
No.33, Jalan Rakyat, 50470, Kuala Lumpur
Malaysia
Email:
library@yayasanbankrakyat.com.my
Fax:
+603-2260 1050

https://www.facebook.com/SerambiIlmurakyatlibrary/
http://elibrary.yayasanbankrakyat.com.my/

Thursday, August 17, 2017

OOTD Bersama Shawl Dari Mek Zumbie's

Assalamualaikum..
Hye semua..
Entry ini khas untuk Mek Zumbie's..
Sini Sha share gambar-gambar Sha ber OOTD dengan shawl yang Sha menang dari
Seriouslly Sha sangat-sangat berterima kasih dengan hadiah yang diberi..
Memang puas Sha melaram.. Hehehe..

Ber OOTD sebelum ke Klinik..

Ber OOTD untuk Pertandingan review buku..

Ini OOTD sebelum pergi sarapan..
Nice shawl.. Sha suka.. Corak pepatung..

Calon Menantu Mama oleh Amiza Anaz

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novel ini memang memberi kelainan..
Kisah seorang ibu yang mencari calon menantu..
Memang unik dan lain dari kebiasaan..
Masalah jodoh yang dikenenkan..
Anak sendiri dah ada jodoh pula..
Bila jodoh dah ada dua dan dua-dua pula memang calon menantu pilihan, memang peninglah yang nak memilih..
Memang kelakar.. Serius..
Buat solat istikharah, dua calon muncul dalam mimpi..
Lagilah pening nak memilih.. 

Sesekali baca novel dengan tema yang unik begini, menarik juga..
Sha baca dan selesai pada 15.08.2017..


Fisioterapi #4

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Semalam Sha ke Klinik Fisioterapi..
Sambung buat fisio..
Alhamdulillah.. Seronok dan melegakan..
Walaupun bukan kesembuhan terus, namun ada sedikit perubahan..

20 minit Sha kayuh basikal ini..
Maaflah, gegar pula gambarnya.. hehehe..
Lepastu hari ini buat terapi elektrik cam terkuat lak..
Hotpad pun terpanas..
Berpeluh-peluhlah Sha dibuatnya..
Tapi lepas tu lega sikit pinggang..

Koleksi Projek Thriller

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Koleksi Projek Thriller Sha dah complete.. 
Ada satu lagi je yang Sha tak baca lagi.. 
Yang lain dah settle.. 
Semua best dan tidak menghampakan.. 
Sesuai untuk yang masih tercari-cari penulis kegemaran.. 
Sebab Projek Thriller ini ditulis oleh 3 ke 4 orang penulis..
Dengan tema yang berlainan setiap keluaran.. 
Gaya penulisan yang berbeza.. Dan menarik.. 
Cip ke tak baca lagi.. 

Cip

Wednesday, August 16, 2017

Promosi Murah Di Petronas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tadi singgah di Petronas..
Memang dah lama dah nampak promosi ini..
Tapi tak terbeli..
Hari ini baru rasa macam nak beli..
Maggu Mamee Express tu 1 cup RM1..
Wonda Coffee tu pula RM3 untuk dua tin..
Disebabkan yeringin nak rasa Extra Presso tu, Sha amik la satu..
Kopi tarik tu memang dah selalu minum.. Sedap..

Banyak lagi makanan yang promosi.. Aiskrim Cornetto RM2 je satu..
Ada macam-macam lagilah..
Silalah terjah Petronas terdekat..

Sedap juga Mamee ini.. Selalu makan jenama Maggi je..

Belum minum lagi Extra Presso ini..
Siapa yang dah minum? Sedapke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI