Saturday, August 31, 2019

2019 Reading Challenge #8

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Bulan Ogos ni rasa lebih bersemangat membaca.. Berjaya habiskan 17 buah buku pelbagai genre.. Namun masih jauh untuk mencapai target yang ditetapkan.. Tak apa.. Kita usaha juga.. Jauh pun kalau dikejar pasti akan berjaya didekati.. Ye tak.. Hehehe.. Suka sangat terpesong ke tempat lain itu yang perjalanan membaca agak perlahan.. hehehe.. Berikut merupakan buku-buku yang berjaya Sha baca.. Nak baca review?? Klik je tajuk dibawah..

Novel | Chaos Dia Memburu! oleh Lokman Hakim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sangat menarik.. Kisah kegelapan yang terlepas dan menjadi ganas dengan memakan ketakutan manusia.. Hanya kerana takut, manusia mati dalam keadaan yang dasyat didorong oleh makhluk kegelapan itu.. Hanya Abid yang dapat menghalangnya.. Namun makhluk itu gagal menakluk jiwa budak yang melepaskan jasadnya dari terperangkap.. Perlumbaan dengan masa bukanlah mudah.. Menghalang ketakutan dari merajai diri juga tak mudah.. Fathul yang membantu Abid juga terkurung dalam rasa takut dan kegelapan dunia polis.. Bagaimanakah mereka ingin menghalang Chaos bila rasa takut dan sunyi itu sentiasa ada dalam diri manusia..

Sha baca dan selesai pada 30.08.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published March 2019 by Kadokawa Gempak Starz

Wall's Asian Delight: Coconut Mango

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang tak dinafikan lagi.. Aiskrim dari rangkaian Asian Delight ini akan jadi kegemaran Sha.. Rasa mangga dan kelapa tu sangat well blend dan compliment each other.. Sedap wei.. Serious tak tipu.. Sha tak rasa ralat langsung bayar RM3 untuk seketul Aiskrim Kelapa Mangga ini.. Puas makanlah.. Memang akan beli lagi.. kikiki..

Cantik pembungkusan dia..

Putih tu rasa kelapa dan kuning tu rasa mangga.. Ada ketulan mangga kenyal di lapisan kuning tu..

Nampak tak.. Aiskrim mangga yang disaluti lapisan kelapa.. Pergh!! Nikmat wei..

Salam Merdeka & Selamat Bercuti

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia.. Selamat bercuti.. Raikanlah kemerdekaan Malaysia dan cuti anda sebaik-baiknya.. Semoga Malaysia sentiasa Aman dan berada dalam rahmat Allah.. Kita rakyat Malaysia walaupun berbilang kaum.. Tanah ini milik bersama..


Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

Friday, August 30, 2019

Variety Korea | I Live Alone

Assalamualaikum..
Hye semua..


Sekarang ini nak relax dan santai-santai, Sha layan rancangan variety dari Korea bertajuk I Live Alone.. Tapi Sha tak tengok semua episod.. Sha tengok episod yang ada Sung Hoon je.. Kikiki.. Sha suka tengok dia makan.. Boleh tak camtu.. kikiki.. Setakat hari ini, rancangan ini dah ada 300 lebih episod.. Banyakkan.. Bukan mudah sebenarnya menjadi seorang artis.. macam-macam yang dilalui mereka..


Rancangan I Live Alone ini akan memaparkan rakaman dari kehidupan harian ahli Rainbow Club yang terpilih, aktiviti didalam dan luar rumah mereka. Program ini menunjukkan kepada penonton bagaimana selebriti yang hidup berseorangan dan telah mencapai populariti yang tinggi melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan seharian mereka. Komitmen mereka dalam kerja mereka mmang sangat ohsem..

Filem Korea | Extreme Job (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang kelakar.. Dari awal sampai ke hujung cerita penuh dengan komedi.. Memang berdekah tengok filem ini.. Suka betul gabungan mereka berlima ini.. Asalnya nak buat penyamaran je, nasib mereka baik.. Kedai makan tu jadi famous dan hit.. Jadi tumpuan pelancong pula tu.. Kerana hit nya kedai makan itu, mereka berjaya menangkap penjahat yang memang mereka kejar.. Semuanya kerana ayam goreng.. kikiki.. Sempoilah..

Extreme Job (2019)
KMovie | 23 January 2019 | Mystery, Comedy, Detective, Investigation |
Sinopsis | A drug squad consists of 5 detectives: Detective Squad Chief Go, Detective Jang, Detective Ma, Detective Young Ho, and Detective Jae Hoon. The team attempts to take down a criminal organization and they must go undercover to do so. The detectives begin work as employees at a chicken restaurant, but the chicken restaurant becomes famous for its delicious chicken. Due to the restaurant's unexpected popularity, the detectives find themselves in a situation they never expected.

Minuman | Goodday Almond & Walnut Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kebetulan dekat 7Eleven tengah promosi.. Sha pun belilah minuman susu dengan kacang almond dan walnut ini untuk dicuba.. Satu dengan susu coklat.. Yang satu lagi original.. Harga sekotak RM5.40 tapi ada diskaun jadi RM3.90 sekotak.. Masih lagi mahal sebenarnya.. Sesekali, okaylah.. Untuk mencuba.. Buat sarapan pagi emmang best.. Yang Walnut Original tu Sha campur dengan Nestle Milo : Protein Granola, baru boleh layan..

Good Vibes by Goodday
Almond Chocolate - Sedap.. Memang Sha repeat lagi.. Kena dengan selera Sha.. Gabungan coklat dengan badam tu sangat mantap.. kikiki..
Walnut Original - Bukan kesukaan Sha.. hehehe.. Mungkin sebab Sha tak berapa suka Walnut jadi yang ini rasa dia tak berapa kena.. kikiki.. Plain sangat rasa dia..

Ini pendapat peribadi ye.. Lain orang lain penerimaannya..

Koleksi Buku Ogos 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Inilah masalahnya kalau masuk 7Eleven.. Kikiki.. Mesti terbeli buku keluaran GempakStarz.. Ternampak pula novel Magic Bean yang baru, maka terbelilah satu.. Tambahan pula tajuknya agak menarik.. Kemudian Sha beli juga satu komik untuk bacaan Amani.. Dua buku ini RM30..

Sarau bermaksud sial, celaka, malang: sekali malang datang, dua tiga ~ menyusul; menyaraukan menjadikan sial (celaka), mencelakakan.menyaraukan menjadikan sial (celaka), mencelakakan.. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Siri Mercu Impian C.E.O Remaja 04 - Bersinar Bagai Bintang : Keberanian oleh Kin & Estheryu
Aku Sarau oleh LeAlterEgo

Thursday, August 29, 2019

Drama Korea | 6 Persons Room (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama pendek lakonan Sung Hoon ini sangat menarik.. Memang Sha tak sangka dengan penamat dia.. Sangat mengejutkan.. Sha tengok dekat Youtube.. Boleh klik SINI.. Kalau ikutkan drama ini 5 episod dan setiap episod lebih kurang 16 minit je.. Tapi dekat Youtube ini dia dah rangkumkan jadi 1 episod.. 

Drama ini sangat menarik.. Kalau tengokkan memang tak sangka.. Pendek je tapi tepat ke hati.. Bayangkan hanya kerana nak nampak kemas dan handsome, kecederaan berlaku dengan parah.. Bukan main-main bile melibatkan keselamatan di tempat kerja.. Ini mesej yang cuba disampaikan oleh drama ini.. Keselamatan.. 

Country: South Korea
Episodes: 5
Aired: Dec 31, 2014
Network: Naver TV Cast
Duration: 16 min.
Sinopsis: After the dramatic-looking accident, Min Soo goes to the 6-person hospital room. He wakes up surrounded by women themselves. We will learn about their stories, to the accompaniment of humor and mystery.

Minuman | Nescafe Limited Edition: Mocha Orange

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelmarin Sha nampak rakan FB kongsikan pasal nescafe ini.. Memikat sungguh reka tin dia.. Semalam pergi cari.. Beli dengan harga RM1.90 di 7Eleven.. Walaupun tinnya cantik, Sha risaukan rasa dia.. Mocha dan oren.. Serasi ke?? Atau akan jadi pelik..


Alhamdulillah.. Rasanya taklah pelik.. Gabungan mocha dan oren itu secukup rasa dan sedap je di tekak Sha.. Tak pelik dan keterlaluan.. Rasa oren tu tak menenggelamkan rasa mocha tu.. Gitu.. hehehe.. Ini rasa kat tekak Sha tau..

Novel | Aku Ada Untukmu oleh Dilla Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha layan je mana-mana novel yang menangkap mata.. Kali ini temanya cinta.. Walaupun menggunakan tema yang mungkin cliche pada sesetengah pembaca namun idea penulis fresh dan menarik.. Konflik yang dihidangkan penulis kali ini agak menyentuh hati Sha.. Kisah heroin yang ditinggalkan emaknya kerana ingin mengejar kekayaan.. Selama dia membesar, emaknya dikatakan sudah mati namun saat hampir berkahwin emaknya muncul.. Namun tidak mengenali dia.. Malah menghalang dia berkahwin kerana inginkan lelaki itu untuk berkahwin dengan anaknya, adik tiri kepada heroin.. Memang sedih bila membesar tanpa emak, tambah sedih bila mak itu menunjukkan contoh tak baik.. Novel cinta tapi ada pengajarannya.. Hero dalam novel ini pun tak keterlaluan dan buat perjanjian pelik-pelik.. Yang baik boleh dijadikan tauladan.. Tak semua novel cinta tu merepek..

Sha baca dan selesai pada 28.08.2019...

Pinjam dengan Perpustakaan Negara Malaysia..
Published August 2018 by Suara Hati

Wednesday, August 28, 2019

Drama Korea | Everything and Nothing (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini rumit betul.. Perasaan seorang anak terhadap expectation seorang mak.. Bukan mudah nak melalui zaman remaja dengan nak hadap perangai mak yang kadang-kadang mencurigakan.. Dua-dua remaja ini bermasalah dengan keluarga.. Jalan penyelesaian yang diambil kedua remaja ini bukannya mudah dan bagus dicontohi.. Sha yang tengok pun agak tersentap jugalah.. bila mak ayah bercerai, anak akan selalu terasa, keliru dan tertekan.. Ini antara perasaan yang memang akan dilalui.. Cerita simple isi dalamnya rumit.. 

Everything And Nothing.
Also Known As: The Condition of 17 Years Old; 17seui Jogeon; Seventeen-Year-Old's Condition.
KDrama | Romance, Youth, Melodrama | 5 Aug 2019 - 6 Aug 2019 |
Sinopsis | The story follows the pain and growth of 17-year-old Min Jae and Seo Yeon. Min Jae is an ordinary, male high school student. He doesn't talk much and he has a bit of a sensitive personality. Min Jae gets good grades and doesn't cause trouble.
Seo Yeon attends the same high school as Min Jae. They also graduated from the same middle school. She is an ordinary, female high school student. Two years ago, her parents divorced. Since then, she has lived with her mother.

Komik | Nostalgia Workshop oleh Sukun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini himpunan komik Workshop dan memang sekejap jelah bacaannya.. Penuh gambar dan cerita yang disampaikan jadi lebih menarik.. Watak utama dia Dicky dan Cupin.. Memang serasi mereka berdua ini.. Kikiki.. Kalau pernah baca majalah Ujang mesti pernah baca komik workshop ini.. Bila stress dan nak rehatkan otak memang baguslah baca komik seperti ini.. Nampak macam tak ada apa tapi penuh isi tersirat dan tauladan yang baik.. Cuma kena pandai terangkanlah kalau anak-anak yang baca..

Sha baca dan selesai pada 27.08.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published 2011 by Moy Publications Sdn. Bhd.

Nestle Milo : Protein Granola

Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam sedap je kalau sarapan dengan Protein Granola ini kan.. Bubuh semangkuk, tambah susu.. Pergh!! Kenyang sampai tengahari.. hehehe.. Sedap.. Cruncy and Crispy.. Bila tambah susu tu dia jadi lagi yummy.. Sebab milo dan susu kan kawan baik.. Makan macam tu je pun best.. Snek yang mengenyangkan.. Sha suka makan sambil membaca.. Hidangkan dekat amani sebelum dia pergi sekolah pun best.. kenyang dan membuatkan Amani bertenaga.. hehehe

Sekotak ini RM14.90


Inilah bentuk dia.. Dapatlah sebalang..

Tuesday, August 27, 2019

Novel | Kota Barra oleh Mahizan Husain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini menarik sebab bermain dengan imaginasi kita.. Watak dalam novel ini seorang pelajar bernama Abid yang ingin menjadi penulis.. Mengarang cerita mengenai angkasa dan tersekat.. Sehinggalah watak yang ada dalam novel beliau muncul di alam nyata.. Pelik tapi itu yang terjadi.. Kemudian Abid berkhemah.. Bertemu dengan Yaddi dan mengembara ke Kota Barra menewaskan ahli sihir jahat dan menjadi hero.. Bertemu dengan makhluk ajaib.. Semua yang berlaku di Kota Barra mengganggu jiwa Abid.. Adakah ianya mimpi atau kenyataan..?

Sha baca pada 26.08.2019 dan selesai pada 27.08.2019..

Pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Published by Fajar Pakeer Sdn. Bhd

Korea | The Queen Of Crime (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang kelakar betul filem ini walaupun misteri.. Puncanya bil air melambung jadi mahal.. Maknya tak puas hati.. Yellah duduk bilik kecik je, pastu anak dia duduk sorang je.. Tak mungkinlah bil air tu boleh jadi mahal.. Bersungguhlah mak dia menyiasat dan akhirnya berjaya membongkar misteri kenaikan bil air.. Memang respeklah kat mak dia.. Tak putus asa.. Realiti dalam drama ini, bila tengok masing-masing bertungkus lumus belajar demi mencapai kelulusan.. Sampai jadi gilalah sebab tekanan melampau.. 

THE QUEEN OF CRIME | 25 August 2016 | Thriller, apartment | KMovie |
Sinopsis | Mi-Kyung (Park Ji-Young) runs a small hair salon. Her son Ik-Soo (Kim Dae-Hyun) is preparing for the bar exam and is staying at an apartment for bar exam students. Mi-Kyung learns from her son that he has received a 1.2 million won ($1,100 USD) water bill. She is stunned and decides to go to the apartment complex to find out more details. There, Mi-Kyung senses that something isn't quite right and begins to investigate.

Tanjung Malim | Kedai Makan Ayah Din

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Bila dapat gaji, selalunya Sha dan encik suami akan belanja anak-anak makan yang best sikit.. Kali ini kami ke kedai mee kicap yang popular di Tanjung Malim.. Kedai Makan Ayah Din.. Menu Mee Kicap ini hanya di jual pada hari Sabtu, Ahad & Isnin.. Sha memang suka makan mee kicap kat sini.. Sedap dan berbaloi.. Kuantiti dia pun banyak.. Selain mee kicap, ada je menu lain macam kuih muih, nasi lemak.. Boleh tengok gambar dekat bawah ye..

Alamat - Kedai Makan ayah din 23, Jalan Besar, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Negeri Perak
Telefon : 011-1213 1481

Ini adalah set mee kicap.. RM6 sahaja..
Mee sepinggan penuh bersama ayam.. Semangkuk sup dan sambal kicap..

Imani makan separuh mee kicap ini.. Amani makan nasi lemak.. Amani kurang suka mee or mee hoon.. Sebelum makan sempat anak dara berdua ini berposing.. Sepanjang dinding ini ada mural yang cantik tau..

Antara menu menarik di Kedai Makan Ayah Din.. Menu ini dihidangkan mengikut hari ye..






Monday, August 26, 2019

Korea | The Prison (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang ini agak ekstrem sikit babak berdarah.. Kalau tak suka cerita yang ganas-ganas, Sha tak galakkan korang tengok.. Tapi memang boleh rasalah betapa sakitnya perasaan hero bila terpaksa melakukan kekejaman demi meraih kepercayaan penjahat dan membuktikan kesalahan penjahat.. Ekstrem okay.. Polis yang terpaksa menyamar sebagai banduan dan menempuh hidup dalam penjara demi membongkar satu organisasi jenayah yang beroperasi dari dalam penjara.. Tak mudah tapi polis tu berjaya melaksanakan tugasnya..

Movie: The Prison
Country: South Korea
Release Date: Mar 23, 2017
Duration: 2 hr. 5 min.
Genres: Action, Crime
Sinopsis | At nights, prisoners leave the prison to commit perfect crimes. Ik-Ho (Han Suk-Kyu) is an inmate who wields king like power in the prison. Yoo-Gun (Kim Rae-Won) is a new inmate charged with hit-and-run, destruction of evidence and bribery. He is an ex-detective with a 100% arrest record. Ik-Ho pays attention to Yoo-Gun who has a strong will and hot temper.

Novel | Lara Wirang oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca cerita Lara Wirang ini membuatkan Sha sedar, setiap manusia itu ada ujiannya.. besar atau kecik tetap ujian.. Bagaimana manusia menghadapi ujian itu penentu pengakhiran hidupnya.. Salim yang memilih untuk mengikut kejahatan sehingga mengorbankan anak sendiri akhirnya tak kemana.. Manakala Ustaz Muiz yang memilih taat dan tunduk pada Allah menemui sinar.. Walaupun ujian yang dilaluinya bukan biasa-biasa namun kerendahan hati dan kesediaan memaafkan memberikan balasan yang baik buat kehidupannya.. Sikap yang tenang memang teladan yang baik.. Terasa nipis buku ini.. semoga penulis sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk menghasilkan lebih banyak karya yang mengancam..

Sha baca pada 24.08.2019 dan selesai pada 25.08.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published June 2019 by Love Novel Publishing Sdn. Bhd.

Sunday, August 25, 2019

Korea | Detective K: Secret of Virtuous Widow (2011)

Assalamualaikum..
Hye semua..


Filem yang awesome walaupun dah lama.. Detective K ini memang memberi impak betul.. Karekter yang menarik.. Menyiasat dengan cara yang kelakar tapi cekap.. Menonton filem ini memang boleh bergelak ketawa melihat aksi Kim Myung Min sebagai Detective K.. Selain cerita, Sha suka juga tengok pakaian mereka.. Cuma untuk watak perempuan tu sedikit seksa.. Hahaha.. Tapi memang ohsemlah.. Tambah bila Detective K terpaksa berdepan dengan anjing untuk mendapatkan sebuah buku.. Part ini memang kelakar.. Hahaha.. Pembunuhan yang dilakukan pun agak extreme.. Menusuk sebatang paku dibahagian kepala untuk menyekat salur darah.. Memang orang tak sangkalah sebab paku tu terlindung di sebalik rambutkan..

Detective K: Secret Of Virtuous Widow (2011) | KMovie | Release Date: Jan 27, 2011 | Duration: 1 hr. 55 min. | Genres: Historical, Mystery, Comedy |

Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis oleh Teme Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulisan yang menarik dari Teme.. Tak sangka idea yang digubah menjadi sebuah cerita yang dibukukan ini mampu memberi impak pada Sha.. Walaupun bersambung Sha tak rasa nak marah atau geram.. Ceritanya tidak tergantung walaupun Sha tahu akan bersambung.. Disampaikan walaupun sedikit meleret namun masih lagi mengekalkan momentum cerita dengan sangat menarik.. Apa yang disampaikan Teme dalam buku ini, memang itulah yang terjadi sekarang ini.. Lebih mudah menghasut pemeikiran manusia daripada mengangkat senjata.. Cerita yang belum tentu benar lebih mudah diterima dari cerita yang benar.. Kesinambungan kali ini lebih menyentap dan kekal difikiran.. Cuma kesudahannya agak sedikit mengejutkan.. Tekaan Sha sedikit tersasar mengenai penjahatnya.. Tapi manusi memang selalu diuji dan yang terpedaya memang tak disangka..

Sha baca dan selesai pada 23.08.2019..

Sha pinjam buku ini dari kawan pejabat Sha..
Published March 2019 by Iman Publication

Malaysia - Faizal Tahir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan ini kan bulan kemerdekaan.. Teruja rasa nak kongsikan pasal lagu ini walaupun lagu ini dah lama.. Suka lirik, muzik dan penyampaian FT.. Melekat di hati gitu.. Dengar berulang pun masih best.. FT ini memang talented lah.. Semua genre dia tapau..


Malaysia - Faizal Tahir
Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Selamat datang semua
Ini masa kita
Tunduk berhemah
Bukannya lemah

Selamat datang semua
Ini masa kita
Di mata dunia
luar biasa

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Malaysia Malaysia
Pada mu ku setia
Tetap di hati selamanya

Malaysia Malaysia
Pada mu ku setia
Tetap di hati selamanya

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku

Malaysia

Saturday, August 24, 2019

Bila 1 Nikmat Ditarik Sementara

Assalamualaikum..
Hye semua..

Related image

Dah seminggu sebenarnya pergelangan tangan kanan Sha sakit.. Tak boleh nak bengkok ke bawah.. Setiap kali bangun tidur mesti jari tangan kebas.. Rasa ngilu je.. Semalam sakit sangat dan pagi tadi sebab dah tak tahan, ke klinik lah kita.. Mujurlah Klinik Kesihatan Tanjung Malim dah beroperasi setiap Sabtu (8.00 pagi - 12.00 tengahari).. Doktor kata kemungkinan saraf Sha tertindan menyebabkan perjalanan darah tak okay.. Tu yang sakit dan ngilu.. Doktor tak bagi bubuh bandage.. Cuma sapu krim panas dan ubat tahan sakit.. Pergerakan pun doktor suruh kurangkan.. Kalau tak okay juga, lepas 5 hari doktor suruh datang balik dan mungki doktor akan buat surat rujukan ke pakar terapi.. Harapnya okaylah.. Tangan kanan kan.. Memang menginsafkan bila nikmat tu ditarik sementara oleh Allah.. 

Image result for ujian sakit dari allah

My Remedy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lepas dapat gaji kelmarin, Sha singgah pasaraya cari kawan karib sha ini.. Hehehe.. Tapi budget agak ketat maka tak banyaklah pilihan yang berjaya dibuat.. Dapat beli 3 jenis ini je.. Kena tunggu next week pula.. Ada rezeki lebih, nak beli lagi jenis lain pula.. Hehehe.. Sedap dinikmati ketika menonton drama/filem atau pun sewaktu membaca.. Hehehe..

Sha beli coklat kesukaan Sha.. Jenama Beryl's dan Cadbury..
Beryl's tu Sha beli dark chocolate yang dalam kotak.. RM5.90..
Lepastu Cadbury beli yang bubbly.. RM3.30 yang kecik.. 

First time beli.. Nampak macam menarik.. Okaylah.. Coklatkan.. Macam mana pun, tetap sedap dimakan.. Yang ini ada rice cereal.. sedap mengunyah sambil membaca..

Paparan Baru PNM e-Reader

Assalamualikum..
Hye semua..

Lama juga tak buka website PNM elib dan PNM e-Reader.. Bila buka baru ini, paparan muka dia lebih menarik dan cantik.. Sha kongsikan dibawah.. Sha pun dah jarang baca guna aplikasi ini.. Mata agak pedih kalau mengadap lama.. Sesekali layan juga..

Ini paparan kalau buka di Komputer..


Ada pecahan koleksi yang lebih menarik untuk pembaca..

Bawah ini pula paparan kalau buka guna apps di telefon pintar.. Lebih catchy..


Friday, August 23, 2019

Drama American | Wu Assassins (Netflix)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Episod 9 memang bestlah.. Suka tengok aksi lawan Iko Uwais (Kai Jin) dengan Lewis Tan (Lu Xin).. Cerita ini realistiklah juga pada Sha walaupun slow ya amat.. Hahaha.. Hero lawan tapi ambil masalah juga baru menang.. Tak adalah lawan kejap je, penjahat dah mati..

Cerita ini pasal 5 elemen iaitu tanah, api, air, logam dan kayu yang dikuasai oleh manusia dan manusia tu dipanggil Wu Warlods.. Kuasa yang mereka ada ini digunakan ke arah kejahatan.. Maka akan ada satu pembunuh Wu yang membunuh Wu Warlods ini untuk keseimbangan dunia.. Kai Jin (Iko Uwais) telah dipilih sebagai Wu Assassins.. Tak mudah tapi tugas harus dilaksanakan.. Cerita ini tamat dengan bergaya tapi macam akan ada sambungan.. 

Wu Assassins 
Netflix Series | Release Date: 8 Aug 2019 | 10 Episode | Genre: Action, Crime |
Sinopsis | A warrior chosen as the latest and last Wu Assassin must search for the powers of an ancient triad and restore balance in San Francisco's Chinatown

Rezeki Jumaat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini dijamu dengan bubur kacang.. Alhamdulillah.. murah rezeki buat yang memberi.. Kenyang Sha dengan semangkuk bubur kacang hijau.. Cukup rasanya.. Bila rezeki datang dalam pelbagai bentuk, memang rasa syukur sangat.. Rezeki makanan yang tak disangka.. Semalam pun dapat rezeki juga.. sebungkus meehoon goreng dan satu plastik kek butter dari pengasuh Amani dan Imani.. Alhamdulillah.. Rezeki tu tak pernah salah alamat andai sudah tertulis buat kita..


Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka
Image from SAYS

Kegemaran Amani & Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam gaji dah masuk.. Makanya shopping jem kesukaan anak-anak lah kan.. Sapuan untuk roti ini memang kena sentiasa ada.. Mudah untuk amani bersarapan sebelum ke sekolah.. Selain biskut sapuan ini memang penting untuk sentiasa ada.. Cuma Sha tukar-tukar perisa dan jenis je.. Supaya tak bosan untuk Amani makan..

Mentega kacang tu RM13.99

Beli Nutella dapat lunchbox.. RM14.99 (350g)..

Tak adalah besar bekasnya tapi sebab warna merahkan..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com