Thursday, August 8, 2019

Resepi Kacang Bersalut Tepung Pedas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disini Sha kongsikan tutorial membuat kacang bersalut tepung pedas.. selain menggunakan cili boh, kawan-kawan juga boleh menggunakan serbuk kari.. Semoga tutorial ini dapat membantu kawan-kawan yang ingin mencuba..

Resepinya:-
250g kacang tanah (boleh juga pakai kacang lain)
150g tepung beras
20g gula halus
secubit garam
5g serbuk bawang putih
5g serbuk bawang merah
5g serbuk perasa
1 butir telur
40g cili boh

Tutorial Kacang Bersalut Tepung Pedas


Sangai/goreng kacang tanpa minyak terlebih dahulu..

Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk/besen

Masukkan gula halus

Masukkan serbuk perasa, serbuk bawang merah, serbuk bawang putih dan garam..

Gaul bagi sebati

Masukkan cili giling/kisar

Kacau lagi bagi sekata.

Masukkan kacang yang dah disangai/goreng tanpa minyak tdai dan gaul rata..

Kemudian masukkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sekata..

Pastikan adunan tadi jadi seperti ini..

Kemudian bolehlah goreng sehingga warna coklat atau garing..

Yeah!! Dah siap.. Bolehlah makan..

13 comments:

  1. Sedapnya. Dah lama tak makan kacang tu sebab nak elakkan serangan jerawat hehe 🤭

    ReplyDelete
  2. Huwaaaaa...x leh dah makan kacang...kolestrol akak naik tinggi.....kena puasa dari makan kacang

    ReplyDelete
  3. Pernah cuba buat 2 tahun lepas kot...resepi tu kata basuh kacang. Beriya akak basuh pastu jemur. Rasa ada pedas-pedas tapi lemau :(. Nanti cuba sangai camni lah pulak

    ReplyDelete
  4. Tak pernah buat lagi nanti nak cuba nampak senang jer...sebelum ini tak tau camner nak buat haaa

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Sha.

    Suka juga makan. Tapi tak pandai buat

    Owh kena letak serbuk bawang merah dgn putih sekali.

    Tq share cara buatnya

    ReplyDelete
  6. eh senangnyaa, boleh try nii.

    // afifahaddnan.com

    ReplyDelete
  7. Saya pernah buat kacang mcm ni, makan macam makan nasik.. Tak ingat dunia skjap je licin..

    ReplyDelete
  8. Nampak mudah je resepi kacang salut ni... bolehlah dicuba nanti.

    ReplyDelete
  9. sangai kacang smpi hilang bunyi letup2 tu ke?

    ReplyDelete
  10. buat sendiri best kan dapat makan puas2.. ni makan layan depan tv tau2 habis je..

    ReplyDelete
  11. sedapnya akak.. makan depan tv ni. mau habis sebalang. hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »