Monday, November 30, 2020

Berzumba Sakan Hari Ini

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini sha mulakan kerja dengan aktiviti zumba.. hehehe.. Cadangnya nak main Woodball tapi padang tutup minggu ini.. Makanya berzumba sakanlah kita di pejabat.. Cadangnya nak buat zumba dengan lagu Iman Troye atas permintaan rakan sepejabat tapi gerakan dia agak lajulah juga.. Buat dalam 3 pusingan kemudian Sha cadangkan klip di bawah ini.. Lebih mudah untuk kita ikut dan lebih berpeluh.. Tak caya?? Cuba buat.. Memang bagi effect dekat badan.. Sha pernah buat dah sebelum ini tapi berhenti sebab buat briskwalk dekat kawasan poli.. Sekarang hujan kita sambung balik buat ikut video ini.. Link Channel 👉 https://www.youtube.com/channel/UCVl6ZdslZz2Zj-34bMJFPbg Bolehlah pilih ikut kesesuaian.. 10 minit, 15 minit, 30 minit.. Mana sukalah.. Buat dekat rumah saja..

Terima Kasih Blogger Shida

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini terima hadiah dari Shida.. Terima kasih Shida untuk hadiah yang ohsem ini.. Sha dapat pendrive on the go.. Adui.. terharu tau.. Tak sangka akan terima hadiah ohsem ini..

Comelnya bungkusan..

Isi dalam dia..

Webtoon | Rot & Ruin by Taylor Grant, Alempe (Art), Alina Popovici (Artwork)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini Sha baca di Webtoon.. Di buat berdasarkan novel dengan tajuk yang sama.. Komik yang menarik.. Walaupun menceritakan kehidupan selepas serangan zombie namun manusia sendiri lebih kejam dan tak berperikemanusiaan.. Bagaimana kehidupan selepas dunia musnah dan dikelilingi mayat hidup.. Manusia yang meneruskan kelansungan hidup di tempat yang berpagar dan tidak lagi bebas.. Manusia yang berpegang pada hukum sendiri menjadikan zombie sebagai bahan hiburan.. Lebih kejam dari zombie yang tak boleh nak berfikir.. Dua beradik iaitu Tom Imura dan Benny Imura melaksanakan kerja menamatkan riwayat ahli keluarga yang menjadi zombie.. Mereka menemui zombileand dimana kanak-kanak/orang dewasa diculik dan dipaksa berlawan dengan zombie.. Memang kejam dan sadis..

Sha baca pada 27.11.2020 dan selesai pada 

Sha baca di Webtoon secara online..
Published January 2020 by Webtoon (first published September 14th 2010)

Webtoon | Noblesse: Rai's Adventure by Jeho Son, Kwangsu Lee

 Assalamualaikum..
hye semua..

Satu lagi webtoon yang berjaya Sha baca.. Ada 10 bab je.. Lagipun komik ini spin off dari komik bertajuk Noblesse (544 chapter), panjang wei.. Kita baca yang pendek dulu.. Kalau best baru sambung yang panjang.. hehehe..

Untuk komik ini, walaupun pendek tapi padat dan menarik.. Kisah pasal Raizel yang diberikan tugasan untuk mencari "Tears of God".. Pencarian Raizel menemukan beliau dengan sebuah perkampungan yang diserang raksasa.. dengan bantuan Raizel, raksasa tu berjaya dikalahkan namun ada kejahatan yang bersembunyi disebuah gua.. Berjayakah Raizel menghalangnya..?

Sha baca dan selesai pada 28.11.2020..

Sha baca di Webtoon secara online..
Published February 2016 by Webtoons

Saturday, November 28, 2020

Webtoon | Save Me - BTS Webtoon (The Most Beautiful Moment in Life #0) by Big Hit Entertainment, Lico (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi tempat menarik untuk baca komik.. Sha jumpa website ini sebab Drama Korea bertajuk Sweet Home yang akan keluar di Netflix..

Komik ini ada kena mengena dengan kumpulan BTS dari Korea tapi Sha baca sebab jalan cerita dia menarik.. Boleh baca di Webtoon.. Kisah Seokjin yang cuba menyelamatkan rakan-rakannya dari kemalangan dan melalui tarikh 11th April secara berulang-ulang.. Bukan mudah sebenarnya bila kita melihat rakan baik kita ditimpa kemalangan yang sama dan kita tak berjaya menyelamatkan mereka.. Ada juga rakan yang tak nak kita selamatkan beliau.. Memang agak sedihlah juga komiknya..

Sha baca dan selesai pada 26.11.2020..

Published January 17th 2019 by LINE Webtoon

Cheesy Poppers Meal by Pizzahut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah lama nak cuba Cheesy Poppers ini.. Kebetulan semalam celebrate birthday Sha, belilah set untuk dua orang.. Berbaloilah sebab tengah diskaun 20%, kalau tak harganya RM38.30 untuk Pizza sahaja.. Walaupun sedikut kuciwa sebab tak sama macam poster, tapi okaylah.. Masih berbaloi untuk dibeli.. 

Rasanya okay dan menarik.. Sha paling suka Sweet Potato Fries tu.. Cuma makan lambat dia dah lembiklah sikit.. Kalau makan dekat Pizzahut mesti rangup je.. 

RM40.90 - Realiti.. hehehe..
Pizza Cheesy Poppers (regular)
Crispy Chicken Fingers (Patutnya Crispy Chicken Pop)
Sweet Potato Fries
2 tin Pepsi Black

Poster Pizza Hut.. 

Drama Melayu | Sang Pewaris (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Dah mula dah drama sang Pewaris yang diadaptasi dari novel Sang Pewaris oleh Fizziany.. Novelnya sha tak baca lagi tapi dramanya memang Sha teringin nak tengok.. Sha tak tengok dekat tv tapi tengok dekat aplikasi WeTV.. hehehe.. Drama ini dah mula tayang pada 26.11.2020..

Episod pertama je dah menarik.. Pelakon yang dipilih untuk drama ini memang menarik dan lakonan pun sempoi je.. Kena tengoklah episod seterusnya ni.. Suka pula tengok lakonan Ben Amir yang membawakan 2 watak bergandingan pula dengan Amyra Rosli..

JUDUL : Sang Pewaris
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary (TV3)
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik
PENULIS NOVEL : Laydee Amarfi
PENGARAH : Eyra Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Amyra Rosli, Ben Amir, Zaryn Min, Fizz Fairuz, Ieda Moin, Wan Sharmila, Acong Sweetchild, Zamarul Hisham, Fad Anuar
SINOPSIS : Ali, seorang pemuda kampung biasa tinggal bersama ibu bapa angkatnya, Pak Samad dan Mak Bedah. Dia sering mendapat mimpi pelik sejak remaja hingga kini dan masih tak faham kenapa ia selalu datang padanya. Ali sering didatangi oleh gadis yang sama dalam mimpinya.
Ali diberitahu oleh Haji Mahfuz bahawa dia adalah pewaris kekayaan Tunku Ahmad dan Tunku Kamariah dan diminta untuk pulang. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui dia mempunyai kembar.
Ali merancang menyamar sebagai tukang kebun untuk mengenali keluarganya dengan lebih baik. Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara, anak angkat keluarganya. Namun Ali terpaksa akur gadis itu merupakan tunang kembarnya. (Sumber-wikipedia)

Friday, November 27, 2020

27 November Datang Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Bertambah setahun lagi usia Sha.. Makin dekat ke angka 40.. Tahun ini walaupun sambutan dalam PKPB tetap meriah.. Ucapan dari anak-anak dan suami serta rakan-rakan.. Memang bahagia walau sederhana dan biasa-biasa sahaja.. Encik suami belanja kek tapi suruh Sha tempah sendiri.. Hehehe.. Sha tempah kek keju kesukaan Sha dan anak-anak.. Memang tak ada kek lainlah, kek keju je yang jadi kegemaran kami anak beranak.. Petangnya gi ambil kek dan tapau makanan.. hehehe.. Merialah walaupun sambut berempat je.. Alhamdulillah November 2020 tetap memberi kenangan yang bermakna buat Sha..

Pizza dan sushi.. Western & Japan..

Dari seorang penulis buat Sha.. Sebuah novel yang sangat cantik.. Isinya harus dirahsiakan atas permintaan penulis tersebut..

Kawan pejabat buat jamuan semalam.. Dapat kek keju.. Alhamdulillah..

Ini hadiah untuk diri sendiri.. 2 pasang baju Sabella.. Sha beli yang ready stok dengan seller, tu yang cepat dapat.. Beli 25.11, 26.11 terima dan hari ni dah pakai sepasang.. hehehe..

Hadiah dari encik suami.. Beli petang tadi, jadinya kita tayang gambar model pakai jelah ye.. Next week kot baru sampai.. Yang ini pun Sha beli yang ready stok dengan seller.. kalau pre order, next month baru dapat..

Hadiah dari rakan pejabat.. Coklat Cadbury yang memang kesukaan Sha..

Petangnya adik-adik kantin belanja Nescafe ais cup besar.. Entah mana diorang tahu, hari ini birthday Sha.. Terharu pula rasanya bila orang ingat.. 

Novel | Cinta Copy Paste oleh Nureen Mirza

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca tanpa sengaja.. hehehe.. Menarik juga tema yang dibawakan.. Lelaki berumur 33 tahun berkahwin dengan gadis berumur 19 tahun.. Jauhkan beza umur tu.. Walaupun perjalanan ceritanya cliche.. Gaduh, baik, suka gaduh dan bahagia, namun olahan penulis menarik untuk dibaca..

Habib jatuh suka dekat Sufi sebab wajah Sufi seiras cinta pertamanya Yana/Baby.. Berusaha ingin berkahwin dengan Sufi walaupun tahu jarak beza usia mereka terlalu jauh dan sufi masih belum berapa matang.. Kerana terlalu mengikut kata hati akhirnya mereka berkahwin juga dengan restu keluarga.. Masalah mula timbul bila Yana/Baby muncul semula saat mereka sedang berbulan madu.. Habib yang seolah-olah masih tak dapat melupakan Yana mula berperangai pelik setiap kali Yana telefon.. Sekali dua bolehlah Sufi buat tak nampak.. Namun bila dah sampai anak Yana pun panggil Habib papa, mampukah lagi hatinya bertahan.. Habib pun dah mula mengungkit ketidak matangan Sufi.. Saat Sufi memerlukan Habib, Habib buat tak endah malah mencari salah Sufi.. Bagaimanakah akhirnya hubungan mereka..

Geram je Sha nengokkan perangai si Habib yang tua tapi tak matang.. Mujurlah watak novel je.. Kalau real memang ku katokkan kepala si Habib nie.. Sufi dah mula berubah menjadi matang dan sayangkan Habib, patutnya tumpuan Habib pada Sufi bukan Yana..

Sha baca dan selesai pada 25.11.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Okbee Buffet..
Published April 2015 by Alaf 21

Lirik | Kelabu oleh Yonnyboii, Azlan & The Typewriter

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sejak dengar lagu bertajuk Sakit (Zynakal & Yonnyboii) terus suka suara Yonnyboii.. Serak basah dia tu memang layanlah.. Ini antara lagu dia yang sedap pada Sha.. Kalau perhatikan lirik dia memang ada maksud tersirat.. Sha nak terang pun tak pandai sangat.. Cuma ada maksud tersirat buat mereka yang memerlukan.. Tajuk pun dah boleh bagi gambaran.. Bergandingan pula dengan Azlan.. Memang bestlah pada Sha.. 


Kelabu oleh Yonnyboii, Azlan & The Typewriter

Ooh-ooh-ooh
Ku tidak mahu hanya
Kata-kata di buku
Ku takut akan janji
Jadi lidahku kelu
Ku hanya mahu rasai
Diriku diperlu
Ku sediakan payung
Untuk engkau berteduh

Maafkan salah silap
Ku tahu yang aku ini bersalah
Ku hanya mahu jadi
Tempat untuk mengadu kau susah

Walau hanya mampu berdiam
Walau hanya mampu mendengar
Isi hati kau aku selam
Janji sifat kau tak terpagar

Ooh-ooh-ooh
Hatiku sedih
Jiwaku risau
Mataku rindu
Memandang engkau
Aku cuba untuk (Ooh)
Bertahan (Ooh yeah)

Ya aku tahu
Kau mahu ku senyum
Tapi hati ini
Semakin mendung
Tanpamu
Tanpamu

Ku tidak mahu hanya kata-kata dibuku
Ku takut akan janji jadi lidahku kelu
Ku hanya mahu rasai diriku diperlu
Ku sediakan panyung untuk engkau berteduh

Thursday, November 26, 2020

Jamuan Potluck di Pejabat

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini pejabat Sha buat jamuan potluck.. Masing-masing bawa seorang satu juadah.. Bila dah kumpul, jadi banyak.. Hehehe.. Yang makan kami-kami je dan beberapa rakan pejabat yang dijemput.. Saja buat jamuan makan-makan sambil meraikan pelajar paraktikal yang baru je mula praktikal dengan kami minggu lepas dan santai-santai.. Mereka juga turut meraikan kemenangan game Woodball minggu sebelum tu dan sambutan awal ulang tahun Sha.. Alhamdulillah.. Hari ini dapat kek keju.. Terharu pun ada bila ada yang ingat..  Meriah jamuannya.. Sha bawa roti jala, kuah kari ayam dan air.. Kawan-kawan bawa ketupat nasi, rendang ayam, laksa, risole sardin, nugget goreng dan kuih muih.. Memang kenyang sampai ke petang lah jawabnya..

Antara menu yang dibawa oleh kami-kami..

Kek coklat keju untuk meraikan kemenangan game Woodball.. Kek keju tu untuk sambutan awal ulang tahun kelahiran Sha.. Ohsem mereka ini..


Novel | Terkaitnya Kita oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini menghimpunkan 13 cerita pendek yang ada antaranya saling berkait.. Cerita yang disampaikan penulis memang memberi impak yang ohsem pada Sha sebagai pembaca.. Ini kerana setiap cerita itu penamatnya berada di luar kotak dan jangkaan Sha.. Seronok bila dapat membaca kisah-kisah yang segar cara penyampaiannya.. Semoga penulis akan terus diberikan ilham untuk menulis..

Berminat untuk dapatkan buku ini?? Boleh klik 👉 wasap.my/60192984616/Nak_beli_terkaitnyaKita

Ini antara tajuk yang ada dalam buku ini:-
Hatiku ada kamu
Seperti yang awak mahu
Galas
Jun
Selesai
Pesona Fitra
Antara dua
Demi restu
Perlu kembali
Taufan dalam hati
Hikmah isu ini
Merungkai
Sejujurnya aku

Sha baca dan selesai pada 24.11.2020..

Buku ini hadiah dari Blogger Syazni Rahim..
Published November 2020 by Syihabudin Press.

Random Photo #27 2020

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Kenangan itu andai disimpan dalam gambar pasti boleh direnung semula.. Sekeping gambar juga mampu menceritakan pelbagai rasa buat yang melihat.. 

11 Nov 2020.. Mujurlah encik suami tergerak nak tukar minyak hitam lebih awal.. Rupanya tangki minyak hitam tu dah bocor.. Minyak hitam dah kering dah, patutlah tiap kalj bawa kereta ada bunyi pelik.. Alhamdulillah ada kawan encik suami tolong, tak adalah kos pembayaran..

Jeruk kedondong.. Pengasuh anak Sha bagi..

Laksa ini pun pengasuh anak Sha bagi.. Siap telefon suruh datang ambil sebab nak bagi dekat Amani dan Imani.. PKPB ini Sha tak hantar anak-anak ke rumah pengasuh, tu yang pengasuh rindu.. 

Mee kicap kesukaan Sha dan encik suami.. Rasanya tetap kekal sama.. Tak berubah dan makin sedap.. Puas makannya.. Set ini RM7 sahaja..

Dating berdua di pagi Ahad.. Lama tak berdua.. hehehe..

Ini stok untuk tenangkan emosi.. hahaha.. Taklah.. Memang sha selalu buat stok coklat.. Tambah bila membaca.. Memang rajin ngunyah coklat sambil santai membaca.. hehehe.. selalu beli Cadbury dan Beryls..

Wednesday, November 25, 2020

Komik | X-Venture Dunia Haiwan 05: Penyerang Hendap Ular Sawa Vs Buaya oleh Slaium, Sandra, Black Ink Team

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan santai Sha bersama anak-anak.. Kali ini buku menceritakan perbezaan, kelebihan dan fakta mengenai Buaya vs Ular.. Dua haiwan yang dibandingkan ini mempunyai kelebihan masing-masing.. Anatar yang lembut dan keras, yang mana agaknya akan mengungguli.. Bagus juga bila dalam sebuah komik ringan diselitkan fakta sebenar seperti buku keluaran Kadokawa ini.. Dalam menceriakan hati pembaca turut diselitkan info berguna.. Jenis ular dan buaya.. Habitat setiap haiwan.. Ciri-ciri mereka.. Ada yang hampir pupus.. 

Sha baca dan selesai pada 24.11.2020..

Info mengenai ular..

Jenis-jenis buaya..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published May 1st 2014 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Buah Betik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari Sabtu kelmarin, encik suami bawa balik sebiji buah betik tua yang agak besar.. Lama dah teringin nak makan betik, memang Allah tu maha mendengarkan.. Nak beli tak nampak orang berjual, sudahnya adik ipar yang bagi.. Peram bagi masak.. Kelmarin petang tengok dah kuning kulitnya.. Teruslah potong.. Sambil potong, sambol suap ke mulut.. hehehe.. Memang cantiklah buahnya.. Manisnya sedang-sedang je.. 

Sebiji buah betik yang besar..

Dapat semangkuk besar.. simpan dalam peti sejuk dan boleh dimakan berulang-ulang sampai habis..

Sha suka makan macam ni.. Guna sudu dan scoop.. hehehe.. Sejuk-sejuk lagi best..

Wordless Wednesday 2020 PKPB

Tuesday, November 24, 2020

Drama China | My Roommate is a Detective (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang kelakar dan penuh konspirasi.. Cuma watak Bai You Ning tu agak annoying dan menyibuk je pada Sha.. Sha suka gandingan dua watak hero lelaki tu.. Mereka lebih menjadi fokus Sha untuk ditonton.. Gandingan yang menarik dalam menyelesaikan setiap kes.. Satu pandai dari sege mencari penyelesaian dan yang seorang lagi dari segi fizikal.. Memang ohsemlah.. Pelbagai kes misteri, lagenda dan juga konspirasi yang berjaya mereka selesaikan.. Malah Lu Yoa juga berjaya membongkar bahawa setiap kes yang berlaku tu ada dalang sebenar di belakangnya.. Memang seronoklah layan drama ini.. Penyiasatan dan juga persahabatan yang kelakar..

Drama: My Roommate is a Detective
Also Known As: Min Guo Qi Tan, The Republic of China
Director: Zhang Wei Ke
Genres: Action, Adventure, Thriller, Mystery, Comedy, Romance
Country: China
Episodes: 36
Aired: Mar 24, 2020 - Apr 23, 2020
Aired On: Tuesday, Wednesday, Thursday
Original Network: iQiyi
Duration: 45 min.
Set in the mid-1920s. A resourceful young police officer named Qiao Chu Sheng is on the trail of a brutal but devious killer. Realizing that the police force will need some extra help with this difficult case, he decides to form an elite crime-busting detective team. He reaches out to a young man who has recently returned from studying in Great Britain, Lu Yao. Qiao Chu Sheng has learned that Lu Yao has remarkable powers of deduction and a brilliant mind – and believes he can help crack this difficult case. To round off the team, he enlists the help of Bai You Ning, a focused young female reporter for a daily newspaper. A free-thinking, independent young woman, she has a strong sense of justice – and pledges to help catch the killer. The trio form a small detective squad that specializes in solving strange and unsettling murder mysteries. (Source: viki.com)

Drama Korea | The Boy Next Door (2017)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat kelakar.. Sha tonton di Youtube saja.. Kisah pasal 2 lelaki yang berjiran dan disalah anggap sebagai gay hanya kerana beberapa perbuatan mereka.. Memang kelakar.. Sebab kita selalu memandang pada luaran tanpa mahu menyelidiki sama ada perkara itu betul atau tidak.. Sama lah macam drama ini.. Hanya kerana beberapa perbuatan tanpa sengaja mereka membuatkan orang disekeliling mereka salah faham.. Memang lawaklah tengok drama ini.. Tapi mereka pun memang mampu buatkan orang salah faham dengan mereka..

Drama: The Boy Next Door
Also Known As: Sseomnam, Flirty Boy and Girl, Some Guy
Screenwriter: Choi Woo Joo
Genres: Friendship, Comedy, Romance, Youth
Country: South Korea
Episodes: 15
Aired: Apr 3, 2017 - Apr 28, 2017
Original Network: Naver TV Cast
Duration: 6 min.
College students, Park Kyu Tae and Sung Gi Jae are two awkward neighbours that have a small disliking towards each other. After an accident the two boys move in together. They soon figure out that they are both friends with Kim Min Ah. The two end up in hilarious, awkward situations that leads Min Ah and her closeted boyfriend to believe they are gay. (Adapted from the webtoon by Bae Chul Wan)

Review Blog KasihkuAmani oleh Misya


Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Blog sha telah di ulas Misya.. Sebelum ini Sha ada masuk Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya dan berjaya menjadi peserta pertama yang sertai.. Hehehe.. Terima kasih Misya untuk ulasan yang ohsem ini.. selain Sha ada juga blogger lain yang di ulas oleh Misya.. Nak baca kenalah terjah blog Misya.. Klik je 👉 http://www.aimisyahirah.com/..


Ulasan yang sangat ohsem.. Ini hanya sebahagian.. Nak baca lagi klik je gambar diatas..

Limited Edition Nestle KitKat Dark

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berjaya juga beli KitKat Dark ini.. Rasanya memang ohsem buat peminat coklat gelap macam Sha.. Memang memuaskan.. Pasti akan dibeli lagi.. Cuma buat masa sekarang Sha lebih suka coklat gelap tanpa bahan sampingan lain.. Coklat semata-mata.. Pasti memuaskan hati ini.. hehehe.. Owh ya.. Harga dan beli dimana Sha memang dah lupa.. Sha beli bila pun tak ingat sebab beli lepas tu simpan dan terlupa.. Anak dara Sha yang jumpa dan kami makan bersama.. hehehe.. Kalau tak jumpa memang sampai ke sudah coklat ini tak dimakan..


Monday, November 23, 2020

Komik | Aku, Kau & Bola: Piala Dunia by Artis-Artis Komik-M

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama betul Sha ambil masa untuk baca komik ini.. Hehehe.. Tak berapa minat bola kan.. Tapi komik ni menarik sebab ada perkara lain yang menbhubungkan pembaca kepada bacaan selain bola.. Tak semestinya tak minat bola tak boleh baca komik ini.. Santai dan sangat menarik.. Ada beberapa komik yang Sha suka dan ada yang biasa-biasa saja.. Bola boleh jadi punca persahabatan dan juga percintaan.. Bola juga boleh jadi punca pergaduhan andai tak dikawal.. Semuanya kerana bola.. hehehe..

Sha baca pada 13.11.2020 dan selesai pada 23.11.2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published June 23rd 2014 by PTS Pop Sdn Bhd

Drama Korea | Kiss Goblin (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tonton drama ini di Youtube.. Drama ini ada 12 episod dan setiap episod 12 minit je.. Kisah mengenai seorang Goblin bernama BanSook yang berusaha menjadi manusia.. Untuk menjadi manusia, BanSook kena cium 10 orang perempuan, ambil emosi mereka dan rasai emosi tersebut.. 10 emosi yang perlu dipelajarinya ialah takut, marah, sedih, sepi, benci, bahagia, malu, dengki, cemburu dan cinta.. Masa BanSook melakukan aktiviti mencium manusia, dia tercium sahabat Yeon Ah.. Yeon Ah telah menyerang BanSook dan menyelamatkan kawan beliau namun kawan Yeon Ah menafikan yang dia ada mencium BanSook.. Kemudiannya BanSook juga menjadi salah seorang perkerja sementara di tempat Yeon Ah dan mereka mula menjadi rapat dengan Yeon Ah membantu BanSook dari dibunuh Exorcist.. Namun cabaran besar Bansook adalah pada emosi terakhir.. Berjayakah Bansook melaluinya..

Drama: Kiss Goblin
Also Known As: kiseuyogoe, Kiss Ghost
Genres: Friendship, Comedy, Romance, Drama, Fantasy, Supernatural
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Jul 28, 2020 - Sep 3, 2020
Aired On: Tuesday, Thursday
Original Network: Naver TV Cast, vLive
Duration: 12 min.
Ban Sook is a 160-year-old goblin who wants nothing more than to be human. But in order to do so, his mentor the Goblin Queen tells him that he must take human form and kiss humans 10 times. As he is strikingly handsome and possesses otherworldly charm, this initially seems like an easy assignment. However, he soon discovers that the task will be more complicated than first thought. Every time he kisses someone, he develops a new human emotion. And he finds that the more emotions he has, the more complicated the romance game becomes!
An exorcist also steps onto the scene, threatening to derail his quest for good! He also meets a strong-willed young woman named Oh Yeon Ah, who attacks and chides him after she sees him kissing a stranger and then her best friend. Ban Sook cannot help falling for Oh Yeon Ah, but can he convince her to feel the same way about him? (Source: Viki)

Novel Kanak-Kanak | Yeay, Masalah Selesai! oleh Suhaimi Mamat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang selesai semua masalah.. hehehe.. Buku ini menceritakan bagaimana Arif membantu ayah, ibu, kakak dan adiknya yang menghadapi masalah dengan Sains.. Arif perlu membantu menyelesaikan masalah supaya mereka dapat keluar berkelah.. Buku yang menarik untuk bacaan dan mampu menanam minat terhadap sains kepada pembaca.. Memang menyeronokkan dan cara mencari penyelesaian dengan beberapa pilihan juga membantu..

Sha baca dan selesai pada 20.11.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published August 20th 2014 by Buku Prima

Sunday, November 22, 2020

Komik | UMMI...Ceritalah Pada Kami: Si Tanggang Moden oleh Siti Aisyah Hussain (Editor)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca komik ini dekat aplikasi Oakbee Buffet.. Best sebab komik berwarna.. Memang lajulah pembacaan.. Kisah anak-anak yang diceritakan mengenai Tanggang.. Bukan zaman sekarang je, malah dari zaman dahulu lagi sudah wujud si Tanggang ini.. Rasulullah sendiri sudah berpesan bahawa sebagai anak, mak dan ayah adalah orang yang wajib kita sayangi.. Buku yang memberikan tauladan yang baik..

Sha baca dan selesai pada 19.11.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published December 2016 by Buku Prima

Saturday, November 21, 2020

Drama Jepun | Coffee & Vanilla (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat sweet.. Bersemut sangat pelakon lelaki dan perempuannya.. Konflik pun tak adalah berat melampau.. Konflik kecik-kecik je tapi tak menggugat sangat percintaan pelakon utama.. Kalau nak santai-santai dan layan jiwang bolehlah menonton drama ini.. Cuma harus diingat ini hanyalah drama tak mungkin bertukar realiti, tak mungkin akan ada watak atau situasi seperti dalam drama ini terjadi di realiti.. Layan sekadar untuk mengalih perhatian gitu.. Watak jahatnya pun tak adalah beria sangat.. Owh ya.. Ada banyak babak smooching smooching ye.. hehehe..

heroin terjumpa dengan hero di sebuah cafe bila heroin diselamatkan hero dari diganggu.. Kemudiannya hero terus cakap suka dekat heroin.. Heroin ini seorang perempuan cantik yang popular dikampus namun tak pernah bercinta.. Heronya pula seorang CEO berjaya yang handsome dan jenis bersendirian.. Jatuh cinta antara mereka berlaku dengan cepat.. Kemudian diganggu watak musuh hero, mak hero, kawan baik heroin dan juga kawan kampus heroin.. Gangguan manja-manja je..

Drama: Coffee & Vanilla
Also Known As: Coffee and Vanilla, Kohi ando Banira, Kohi & Banira, Kohiban
Director: Smith
Screenwriter: Yuko Shimoda
Genres: Romance, Drama, Mature
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Jul 4, 2019 - Sep 4, 2019
Aired On: Thursday
Original Network: MBS
Duration: 25 min.
A love story between Risa Shiroki and Hiroto Fukami. Twenty year old Risa Shiroki comes to Tokyo from her hometown in the countryside to attend university. Pretty and popular with male students, she has never had a boyfriend and dreams of having a sweet love. One day, thirty year old Hiroto Fukami appears in front of her. He is business man who appears to be gentle and looks perfect. As romance blossoms between them, Risa discovers Hiroto's dark past.


 

Komik. | Diari Conteng Jimi: Misi Basikal Mimi oleh Fadhli Hamdan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Diari yang comel dari penulis.. Memang seronok membacanya sebab bukan semata-mata tulisan tapi terdapat juga contengan comel dari penulis.. Misi Jimi dalam mencari duit bagi menggantikan semula basikal Mimi yang dihilangkan Jimi.. Rupanya bukan mudah nak mencari duit.. Mujurlah Jimi mempunyai bakat kreatif, dari situ Jimi mula menghasilkan produk dan dijual oleh kawan-kawan Jimi.. 

Sha baca dan selesai pada 18.11.2020..

Sha pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Published July 3rd 2015 by PTS Publishing House Sdn. Bhd.

OldTown White Coffee Dark Roast: Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dark Roast ini ada dua flavour je.. Original dan Hazelnut.. Kalau anda biasa minum kopi dengan hazelnut, yang ini anda patut cuba.. Sebab rasanya awesome.. Sedap wei.. Untuk tekak Sha lah.. hehehe.. Yang ini memang Sha yakin Sha akan beli lagi.. Rasa kopi dan hazelnut tu digabungkan dengan sangat baik sehingga memberikan rasa yang mengagumkan pada lidah Sha..

Secawan coffee di pagi hari.. 

Friday, November 20, 2020

Drama Jepun | Love Distance (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi drama pendek yang berjaya Sha tonton.. Kali ini dari Jepun dan bertemakan penjarakan fizikal.. Drama PKP gitu.. Sha tengok secara online dekat DramaCool.. Youtube pun ada tapi sarikata Indonesia.. 

Drama ini mengisahkan sepasang suami isteri yang kena berkerja dari rumah, 3 orang youtuber dan juga seorang fotografer yang kehilangan kerja.. Bila duduk di rumah dan sesekali keluar kita lebih menghargai persekitaran dan orang yang berada dekat kita sebenarnya.. Jarak bukanlah pemisah bila kita boleh saling berbicara dan bersahabat.. Drama ini buat kita rasa bahawa betapa perasaan antara suami dan isteri tu tak akan tergugat sekiranya rasa itu memang jujur dan saling percaya.. Menyukai dan meluahkan tidak bermakna kita mengharap.. Drama ini memang sweet dengan episod yang pendek..

Drama: Love Distance
Also Known As: Love - Distance
Director: Smith
Genres: Life, Drama
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Jun 27, 2020 - Jul 5, 2020
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday
Original Network: Paravi
Duration: 9 min.
It is early summer in 2020 at a time when social interaction is restricted and many people are spending time at home. Six people living in an apartment building meet and find themselves relating to each other. Two of them are a couple who have been married for three years – Takiguchi Miwa, a magazine editor who works from home, and her husband Akira, a video producer. They look forward to each day despite the changes in their lives. Akira’s daily routine is to watch the videos of a popular trio on NewTube. The three members actually live on the same floor of the apartment building. Asano Chiaki, a young photographer who lives next door, lost his job due to the coronavirus. He has been spending his days taking photos from the rooftop or verandah, capturing beauty amid the mundane daily life. One day, when he steps out onto the verandah, he sees Miwa watering her flowers on the verandah next door and is attracted to her. (Source: Jdrama Weblog)

Nomik | Young Aisyah 13: Seronoknya Membaca oleh Saridah Hamid, Reja

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau korang nak galakkan anak-anak membaca, buku dari siri ini memang terbaik.. Sha baca sebelum bagi Amani dan Imani baca untuk tahu jalan cerita.. Sha tak ikut turutan pun.. Buku siri Young Aisyah ini diterbitkan oleh PTS Junior..

Siri ke 13 ini mengajak pembaca untuk meminati aktiviti membaca.. Bagaimana penulis mengolah jalan cerita memang patut dipuji.. Sha sendiri merasakan bahawa mengapa Sha membaca menjadi lebih menyeronokkan lepas baca buku ini.. Banyak kelebihannya bila kita suka membaca.. Selain mendapat ilmu kita juga dapat mengmembara ke merata tempat melalui buku.. Membaca membuka minda kita kepada banyak perkara..

Sha baca dan selesai pada 17.11.2020..

Novel dan komik digabungkan bersama jadilah nomik.. hehehe..

Ada diselitkan mengenai kelebihan menuntut ilmu dan kepentingan membaca..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published December 2018 by PTS Media Group Sdn Bhd

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »