June 2018 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Saturday, June 30, 2018

Kak Lang Gojes oleh Illya Abdullah

June 30, 2018
Kak Lang Gojes oleh Illya Abdullah
Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Buku ini Sha pre-order dengan penulis.. Cetakan terhad.. Harga buku RM20.. Berminat, voleh hubungi penulis di SINI.. Sebab selalu ikut petikan-petikan mengenai Kak Lang ini di Facebook penulis dan Page Kak Lang.. Tu yang Sha beli buku ini.. Kikiki..

Cerita mengenai Kak Lang Gojes yang agak nakal bersama kawan-kawannya iaitu Pocong, Toyol dan Penanggal.. Serta Pak Semeon, Tok Imam dan juga anak lelaki Tok Imam..

Memang berjaya melegakan tekanan dan menggembirakan hati yang membaca.. Serius kelakar.. Tak seram okay..
Sha baca dan selesai pada 30.06.2018.. Sekejap je baca buku ini..

Buku sampai pada 29.06.2018..

Penanda buku dan kad penulis.. 

Tandatangan dan kata ucapan dari penulis.. Berbaloi-baloi.. Okay.. 
Read More

Friday, June 29, 2018

Siren (TV series) 2018

June 29, 2018
Siren (TV series) 2018
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertengok drama ini dekat timeline Facebook.. Menariklah juga.. Cumanya tak sesuai ditonton dengan anak-anak.. Drama ini agak ganas dan ada adegan seks.. Sha tengok pun bila anak-anak tak ada.. 

Siren ini macam duyung, tapi bila dalam bentuk duyung makhluk ini ganas.. Boleh bertukar jadi manusia bila di darat tapi bila dalam laut dan dah jadi siren, makhluk ini jadi ganas dan menganggap apa je yang didalam laut adalah mangsa.. Permulaan cerita ada satu siren ini ditangkap manusia dan di rampas oleh tentera.. Jadi adik Siren ini naik ke darat untuk cari kakak dia.. Masa ini Siren ini jumpa manusia yang sudi menolong dia.. Maka bermulalah persahabatan mereka.. Kakak dia yang kena tangkap diseksa dan mula memusuhi manusia.. Bila kakak dia berjaya lepaskan diri dan jumpa adik dia, mereka balik semula ke laut.. Owh.. cerita tak habis kat sini.. Panjang lagi.. Ada 10 episod dan baru season 1.. Biasalah drama English kan, mesti berseason-season dan banyak plot twist..

Sha biasanya akan tengok season 1 je.. Malas nak follow banyak-banyak.. Sebab bila dah banyak sangat season, mulalah merapu je.. Owh ya.. Drama ini Sha tengok online je.. kikiki..


Read More

Usu Lijah oleh Zaifuzaman Ahmad

June 29, 2018
Usu Lijah oleh Zaifuzaman Ahmad
Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Menarik dan terjawab juga ke siapa perginya Saka Usu Lijah ini.. Ini buku sambungan kepada Angkara Saka oleh Zaifuzaman Ahmad.. Memang sambung terus dari penghujung Angkara Saka.. Jadinya senang lah nak ikut baca.. Lepas Usu Lijah meninggal, sakanya mula mengganas dan mengacau untuk mencari tuan baru.. Yang diganggu penduduk kampung, yang diperlukan sebagai tuan Jasmin.. Namun Jasmin menolak dan tak mahu menjadi tuan.. Akhirnya ada yang sudi menjadikannya tuan tapi terus mengganggu.. Siapa tuan baru saka tersebut?? Kenalah baca ye..

Sha baca pada 25.06.2018 dan selesai pada 28.06.2018.. Lambat sikit habis baca.. Sebab minggu ini sibuk dengan Kemasukan pelajar baru dekat tempat Sha bertugas..

Read More

Wednesday, June 27, 2018

Sambal Goreng Baik Punya

June 27, 2018
Sambal Goreng Baik Punya
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Lama tak buat sambal.. Semalam buatlah sambal baik punya.. Hahaha.. Bahan-bahannya, apa yang ada je.. 

Sambal Baik Punya
 
Bahan-bahannya
Tempe sepeket dipotong nipis
1 ketul Tauhu dipotong nipis
Segenggam ikan bilis dibasuh
1 ulas bawang merah dihiris
1 biji cili dihiris
2 sudu cili giling
1 sudu kecik gula
1 sudu kecik pes asam jawa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Memasak
Goreng tempe, tauhu dan ikan bilis secara berasingan dan ketepikan..
Tumis bawang dan cili merah yang dihiris sampai naik bau..
Masukkan cili giling, goreng sampai cili garing dan bubuh sedikit air..
Masukkan pes asam jawa, gula dan sedikit kiub ikan bilis..
Setelah sambal sedikit kering, baru masukkan tauhu, tempe dan ikan bilis yang dah digoreng tadi.. Kacau rata dan siap.. Bolehlah makan bersama nasi.. 

 
Tempe dan tauhu yang dah digoreng
 
 
Ikan bilis yang dah digoreng..
 
 
Tumis bawang dan cili menggunakan minyak gorengan tempe, tauhu dan ikan bilis tadi..
 
 
Lepas cili giling garing, masukkan sedikit air, pes asam jawa, gula dan sedikit kiub ikan bilis/perencah cukup rasa.. Kacau.. Kemudian setelah sambal sedikit kering, baru masukkan tempe, tauhu dan ikan bilis..
 
 
Dah siap..
Read More

Wordless Wednesday #Book

June 27, 2018
Wordless Wednesday #Book

Tuesday, June 26, 2018

Koleksi Buku Raya 2018

June 26, 2018
Koleksi Buku Raya 2018
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Ini buku raya saya.. kikikiki..
 
Beli dengan penulis pada 21.06.2018 dan sampai ke tangan pada 22.06.2018.. Cepat dan pantaskan.. Sha beli harga kombo memang berbaloilah.. Kalau berminat boleh Klik SINI..

 
Dua-dua buku ada tandatangan..

 Yang ini pun Sha beli dengan penulis.. Tapi yang ini belum sampai lagi.. Sha beli pada 12 June 2018 dengan harga kombo juga.. Beli sebab terpengaruh dengan review.. Masih menanti ketibaan buku.. Nak order? Klik SINI..
Update 12.07.2018 - Yeah!! Buku dah selamat sampai..

 
Yang last ini Sha order dengan Karangkraf Mall.. Tengah flat rate RM4 untuk postage.. Memang rugilah kalau menolak.. Dahlah diskaun 15% harga buku..  Sha baru je bayar pada 26.06.2018 dan masih menunggu ketibaan buku.. Klik SINI untuk membeli.. Buku berjaya sampai dengan pantasnya pada 27.06.2018..
Read More

Missing Page oleh Ayumi, Ema Deesyiaqis, Farrah Izzlorna, Pasha, Jun, Anna Lee

June 26, 2018
Missing Page oleh Ayumi, Ema Deesyiaqis, Farrah Izzlorna, Pasha, Jun, Anna Lee
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novel ketujuh untuk bulan Jun.. Novel istimewa keluaran Prolog Media.. Missing Pages ini merupakan novel misteri merentasi masa yang menggabungkan 6 orang penulis.. Memang sangat-sangat istimewa.. Sebuah buku dengan saiz dan isi yang luarbiasa.. 

Astra oleh Ayumi
Kisah yang memang ajaib dan keajaiban itu tak mustahil untuk berlaku.. Bila manusia melakukan kesilapan dan cuba mengelak dari bertanggungjawab.. Kadang-kadang yang terpandang di mata bukanlah realiti.. 

DuniaBaru oleh Ema Deesyiaqis
Sambungan dari Novel Dua dan kesudahan kepada cincin Two Soul.. 

Noah (Permulaan) oleh Farrah Izzlorna
Kalau ikutkan penulis, akan ada novel penuh mengenai Noah adik kepada Andrian dari novel Infiniti.. Tak sabar nak tunggu novel penuh beliau..

Anya Dahlia oleh Pasha
Peluang kedua.. Tak mustahil untuk berlaku.. Olahan yang sangat menarik dari penulis.. Walaupun ceritanya pendek namun terasa keseronokkan membacanya.. Tambahan pula bila hero berjaya menyelamatkan heroin..

Surat Cinta Untuk Lela oleh Jun
Memang mind blowing.. Lela pun tak sangka siapa sebenarnya yang tulis surat tu.. Terhentak dalam bilik air dan kembali ke zaman lampau telah mengubah perjalanan hidup Lela.. Persahabatan antara Lela dan Baiti berubah.. Tiba-tiba Lela bertunang, semuanya mengusutkan Lela.. Namun ada kebaikan pada semua yang terjadi.. 

Nota Yang Hilang oleh Anna Lee
Penulis yang menulis kisah merentasi masa yang unik.. Nota yang membantu dan menghubungkan dua manusia.. Memang sungguh tak disangka, lukisab tu membantu perhubungan Fen dan Bhind.. 

Sha baca pada 19.06.2018.. Lepas tu stop sekejap.. Baca balik pada 25.06.2018.. Kikiki.. Main sambung-sambung pula.. Bukan apa, novel ini ada 6 cerita berlainan dari penulis berlainan.. Tu yang boleh berhenti henti membaca..

Read More

Monday, June 25, 2018

Beraya Bersama 2018

June 25, 2018
Beraya Bersama 2018
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Raya masih adakan.. Ziarah menziarahi terus berlaku.. Bukan setakat beraya.. Siap pergi makan kenduri juga.. Bila cuti, ramailah yang ambil kesempatan untuk buat kenduri kahwinkan.. Bila ada jemputan kita pergi saja.. 

Kali ini ke rumah adik di Rasa.. Dah makin dekat dah kami.. Dalam 30 minit je.. Adik Sha masak Nasi Ayam dan puding buah.. Lama juga bersembang walaupun baru je jumpa raya hari itu.. kikiki.. (7 Syawal)
Beraya ke rumah pengasuh anak-anak Sha.. Dihidangkan menu ketupat palas bersama serunding dan lempen bersama sambal.. Mengancam menunya.. (9 Syawal) 

Pergi makan kenduri.. Waalupun cuaca agak mendung dan hujan renyai-renyai, namun bergaya tetap perlu.. Inilah masanya nak melaram.. Kikiki.. (9 Syawal) 
Read More

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

June 25, 2018
Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha paling suka tips, cerita seram dan juga nasihat yang dikongsi didalam blog beliau.. Seronok baca dan ada yang dijadikan panduan.. Semoga beliau terus berkongsi tips, nasihat dan cerita seram di blog beliau.. Blog beliau juga sangat ringan dan kemas layoutnya.. Senang nak loading tambah bila guna telefon.. Tu yang syok..

Jom joint segmen ohsem by SayidahNapisah ini..
 
http://www.sayidahnapisah.com/2018/06/segmen-special-bloglist-7-juta-by-sayidahnapisahdotcom.html
 Tarikh berlangsungnya segmen special ini: 5 Jun - 5 Julai 2018.
Read More

Pencarian Bloglist July 2018 oleh Airah Syahirah

June 25, 2018
Pencarian Bloglist July 2018 oleh Airah Syahirah

Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

June 25, 2018
Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

Koleksi Kad Raya 2018

June 25, 2018
Koleksi Kad Raya 2018
Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, Sha masih menerima kad raya.. Cumanya Sha tak ada mengirim kad raya pun.. Huhuhu.. Ada sedikit kekangan yang tak boleh nak dielakkan.. Terima kasih pada yang memberi.. Sangat-sangat dihargai..

Tak sangka masih ada yang sudi mengirimkan kad raya buat Sha.. Terharu sangat.. 

Kad raya yang pertama Sha terima pada 04.06.2018 dari penulis Maria Kajiwa.. 


Kad raya kedua yang Sha terima pada 05.06.2018 dari Blogger Eintan Nurfuzie.. Sweet sangat.. 

Kad raya dari Blogger  Nina.. Ohsem okay.. Sha dapat kad ini pada 12.06.2018..
Read More

Lookout / The Guardians (2017)

June 25, 2018
Lookout / The Guardians (2017)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Episod pertama je dah mengancam dan menarik ditonton.. 32 episod dan setiap episod 32 minit saja.. Memang best dan mengujakan.. 

Menonton drama ini buat hati jadi geram dan marah.. Seorang pendakwaraya yang punya agenda tersendiri dalam membalas dendam menggunakan seorang detektif yang dalam pelarian, seorang saksi yang bersembunyi sekian lama dan seorang hacker.. Mereka bertiga ini digunakan dalam misi menjatuhkan ketua pendawakraya yang jahat.. Memang mendebarkan.. Bila berlaku kesilapan dalam perancangan mereka dan nyawa mereka jadi taruhan.. Dalam pada masa yang sama, mereka bertiga menyelesaikan kes-kes yang tak dapat diselesaikan.. Dibantu seorang paderi.. 

Seronok tengok drama thriller dan penyiasatan macam ini.. Penuh suspen dan keterujaan.. Pelakon dia pun ohsem.. 

Lookout @ Pasooggoon @ 파수꾼 | Kdrama | 32 Episodes | Thriller, Suspense, Action | May 22 - July 11, 2017 |
Sinopsis: The Guardians tells the story of a group of people who team up to serve justice themselves after losing their loved ones to criminals. The group consists of a detective, prosecutor, hacker, and an extremely shy person. They want to give these criminals the punishment that they deserve, and take matters into their own hands as the justice system in South Korea fails to capture the culprits.
Read More

Sunday, June 24, 2018

Sambutan Hari Lahir Amani

June 24, 2018
Sambutan Hari Lahir Amani
Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Sebenarnya ulang tahun Amani pada 20.06.. Memandangkan tarikh tu jatuh pada Syawal, makanya tak dapatlah nak menempah kek.. Amani dah request nak kek cheese.. Kakak tu ada hanya pada hari Ahad.. Tu yang celebrate pada hari Ahad (24.06.2018).. Dah besar ni, ada kehendak sendiri.. Cumanya tak adalah dia request yang bukan-bukan.. Setakat cheese kek dan KFC.. Bolehlah mak layankan.. Setahun sekali je.. Kikiki.. Lagipun memang dah spare siap-siap untuk dia.. Dari awal tahun dia dah ingatkan pasal birthday dia.. 

Cheese Cake yang menjadi idaman.. RM36 je.. Berbaloi sangat dengan harga.. 

Kami-kami aja.. 
Read More

Angkara Saka oleh Zaifuzaman Ahmad

June 24, 2018
Angkara Saka oleh Zaifuzaman Ahmad
Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Jumpa juga novel ini.. Beli preloved dekat kedai buku second hand (NovelHut, Ipoh).. Kalau ikutkan dekat library Sha kerja ini ada tapi dah dihilangkan pengguna.. Maka bila dah jumpa, beli jelah untuk simpanan sendiri kan..

Cerita mengenai Saka yang diwarisi digubakan untuk membuat kacau pada manusia yang tidak disukai.. Salah faham dan perbuatan kita sentiasa menjadi perhatian.. Hisham seorang guru yang baik.. Sopan santun dan sentiasa mesra dengan penduduk kampung.. Disebabkan kebaikannya, ada yang jatuh hati namun tidak berbalas.. Bila Hisham berkahwin, isterinya diganggu.. Hisham tidak percaya namun bila keadaan semakin teruk, Hisham mula dapatkan pertolongan.. Kebenaran mula terbongkar.. Yang bersalah akhirnya mati.. Kemana agaknya Saka akan pergi?? 

Sha mula baca pada 21.06.2018 dan selesai pada 23.06.2018.. Lambat sebab mood down nak membaca.. Hahaha.. Jatuh motor kan..

Read More

Koleksi Sampul Duit Raya 2018

June 24, 2018
Koleksi Sampul Duit Raya 2018
Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Tahun ini tak banyak dapat sampul duit raya.. Pasaraya pun tak ada nak bagi sampul duit raya.. Selalu tu kalau beli baju, dapatlah sepeket dua.. Tahun ini tak ada langsung.. Ingatkan memang tak adalah.. Tapi, Alhamdulillah.. Ada juga walau tak banyak.. Antaranya seperti dibawah..

Sampul ini Sha dapat sebab Pre-order novel Projek Seram: Opis dengan penulis Naim Tamdjis.. Dapat dua peket tau.. 

Yang ini encik suami dapat sebab bayar zakat simpanan.. 

Yang ini pun encik suami yang dapat.. Sebab bayar bil indah water.. 

Ini pula dapat masa buat urusan dekat Agro Bank.. 

Yang ini Sha dapat sebab beli dua botol Air Katira di Cool Blog.. 

Beli Bucket KFC dapat sepeket sampul.. Ada 5pcs pelbagai warna dalam peket ini.. 
Read More

Saturday, June 23, 2018

Masakan Ringkas Buat Tetamu

June 23, 2018
Masakan Ringkas Buat Tetamu
Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Masih mood raya lagikan?? Kali ini Sha nak suggest menu yang paling cepat boleh disediakan bila terima tetamu mengejut.. Tambah kalau berkerja macam Sha ini.. Balik kerja tiba-tiba ada tetamu call nak datang.. Nak keluar beli barang memang tak sempat.. Jadinya selongkar peti ais dan cari apa yang boleh dimasak.. Mujurlah rumah Sha memang sentiasa ada sos spaghetti dan spaghetti..  Cuma bahan dalam sos je kita kena kreatif.. Kali ini Sha gunakan apa sahaja yang ada dalam peti sejuk..

Spaghetti versi Sha
Bahan-bahannya
Spaghetti (Didihkan air, bubuh garam, minyak dan rebus spaghetti)


Sos Spaghetti
Sos spaghetti kimball
Bebola Ayam Farmbest dipotong 4
Kepingan berger ayam dipotong kecik
2 sudu cili blande
2 Bawang merah/besar dipotong dadu
2 sudu planta untuk menumis
1 biji telur
1 biji Carrot dipotong dadu


Bahan-bahan yang Sha guna.. 

Cara Memasak
Cairkan planta dalam periuk/kuali. 
Goreng bebola ayam dan daging ayam. 
Kemudian masukkan bawang yang dipotong dadu.. 
Setelah naik bau, masukkan cili blend dan sedikit air.. Tumis.. 
Masukkan carrot dan biarkan sekejap.. 
Masukkan sos spaghetti kimball dan kacau.. Didihkan sekejap.. 
Last sekali baru masukkan telur dan kacau.. Tak nak masukkan telur pun boleh.. Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air..


Goreng bebola ayam dan kepingan berger ayam dulu.. 

Masukkan bawang dan cili blend.. 

Masukkan carrot (boleh je nak bubuh cendawan butang, cili capsicum dan lain-lain sayur.. Ikut bahan apa yang ada dekat rumah.. Tak bubuh sayur pun okay je..) 

Masukkan sos spaghetti.. Lepas tu, bubuh air dalam botol sos spaghetti.. Goncang dan tuangkan dalam periuk.. Untuk bagi berkuah.. 

Yeah!! Dah siap.. 

Bolehlah dihidangkan pada tetamu.. 

Read More

Pre-Order Novel FIXI - Kiub + One Two Jaga + Entiti

June 23, 2018
Pre-Order Novel FIXI - Kiub + One Two Jaga + Entiti
 Assalamualaikum..
Hye semua..
Pre-order 3 buku terbaru daripada Fixi kini sudah dibuka!

1. KIUB - Syafiq Ghazali (Genre Komedi Saifai)
2. ONE TWO JAGA - Sahidzan Salleh (Genre Jenayah)
3. ENTITI - Syafiq Aizat. (Genre Paranormal Remaja)

Harga biasa adalah RM69.10 untuk ketiga-tiga buku, namun harga pre-order hanyalah RM50 sehingga 1 July (sudah termasuk postage). Pesanan akan dipos kira-kira pada 2 July.

WhatsApp 01123651972 untuk tempahan.. 
Read More

Novel Hut, Ipoh

June 23, 2018
Novel Hut, Ipoh
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Yeah!! Singgah Novel Hut.. Saja je sebenarnya, dah lama tak pergi.. Dulu dekat dalam Ipoh Perade, sekarang dah pindah.. Tak jauh dari Ipoh Parade dan letaknya di tepi jalan.. Masuk cuma nak survey dan tengok-tengok je tapi terjumpa pula buku yang memang lama dah dok cari.. Maka berlakulah proses jual dan beli.. Rugi pula kalau tak beli..Harga sangat-sangat berbaloi dan buku tu edisi awal..  Tapi memang bestlah.. Banyak giler buku, cuma tak sempat nak snap banyak gambar.. Sebab nak cepat.. Lain kalilah singgah.. Conform akan singgah lagi.. 

Tepi jalan.. 

Alamat : 87, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Waktu operasi : Isnin - Ahad (10.00am - 8.00pm)

Koleksi buku preloved dan baru Novel Malay.. (sorry gambar gegar pula..)

Tangkapan di Novel Hut.. Buku ini ada sambungannya.. Tajuk Usu Lijah.. Terbitan Karangkraf.. 

Angkara Saka (preloved) 
Usu Lijah (buku baru)
Barulah boleh membaca..
Read More

Friday, June 22, 2018

Power Bank dari Lazada

June 22, 2018
Power Bank dari Lazada
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Pantas dan laju.. Beli 19.06.2018 di Lazada.. 20.06.2018 barang dah sampai.. Memang terbaiklah perkhidmatan dari Lazada ini.. Power bank dah rosak.. Tu yang beli baru.. Survey dekat kedai (walk-in), mahal ya amat.. Dekat RM100 lebih.. Bila survey online RM50 dah dapat.. Free Delivery lagi.. Memang rembat terus dua biji lah.. Tak yah nak share-share dengan encik suami.. Kikiki.. Lagipun sajalah belanja encik suami sebab banyak dah menolong Sha dalam urusan rumah sebelum ini.. Rezeki dikongsi bersama gitu..

Mine is Red
Jenama Musun (RM47.10)

Encik suami punya warna hitam, jenama CAZA.. RM58.80
Read More