Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha kongsikan projek dari page Facebook Buku Roman buat semua.. Manalah tahu, anda bermurah hati nak menderma.. Projek ini mereka buat sepanjang Ramadhan.. Link asal boleh klik SINI..
Agak menyedihkan bila mendapati kebanyakan perpustakaan di sekolah di seluruh Malaysia adalah memiliki bahan bacaan tak yang best dan ketinggalan. Jadi bila aku fikir-fikirkan balik, siapa nak kita salahkan bila budak tak minat membaca?
Lagi satu segera aku terfikir, kenapa korupsi bermaharajalela di Malaysia? Inilah puncanya juga. Sebab tak membaca. Masyarakat yang tak membaca adalah masyarakat yang senang ditindas. Jadi selagi mana masyarakat kita BUKAN MASYARAKAT MEMBACA, selagi itulah negara kita macam ini. Jangan mimpi la berubah konon.
Aku menyokong projek The Wakaf Buku untuk menyalurkan buku-buku baru yang sesuai ke sekolah di seluruh negara. Targetnya adalah 1000 buah sekolah. Namun untuk fasa 1 ni kita jalan 100 sekolah dulu. Dan tak sangka sekolah aku sendiri tersenarai di kedudukan ke-3 dari 100 sekolah itu.
Dalam projek ni Roman bertindak sebagai pemegang amanah ini kerana terbukti kami adalah sangat beramanah dan kami memiliki pengurusan akaun yang cekap. Jadi aku menyeru kepada semua untuk membuat sumbangan bagi projek ini. Anda boleh menderma RM 50 atau RM 100 bergantung kepada kemampuan.
Sesiapa yang berhajat nak menderma boleh ikuti arahan mudah di poster-poster ini. Ada pelbagai cara. Paling mudah bank in dan whatsapp. Jangan tak whatsapp. Supaya urusan menjadi mudah dan kita tahu nilai derma tu.
Jadi kepada semua. Jemput menderma dan share projek ini supaya lebih ramai yang tahu.
Sasaran Bulan Ramadhan..
Senarai buku..
Derma melalui WhatsApp - Taip BUS dan hantarkan ke +60126642858
Boleh derma terus ke akaun Roman Buku Sdn Bhd - 512754533254 (Maybank)
Boleh juga derma di DuBook Store di Bandar Baru Bangi..
Ini adalah pakej buku yang akan didermakan..
semoga dipermudahkanNya jua setiap usaha murni sebegini, Aamiin
ReplyDeleteTq share, good info kot2 ada yg nak derma buku kan...
ReplyDeletesemoga dipermudahkan usaha2 sebegini.
ReplyDeletebagusnya program ni! Betul juga tu, kebanyakan buku di library memang dah lama dan tak sesuai untuk tarik minat pembaca millenial
ReplyDeletegut sharing sha.. :)
ReplyDelete