Saturday, June 23, 2018

Masakan Ringkas Buat Tetamu

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Masih mood raya lagikan?? Kali ini Sha nak suggest menu yang paling cepat boleh disediakan bila terima tetamu mengejut.. Tambah kalau berkerja macam Sha ini.. Balik kerja tiba-tiba ada tetamu call nak datang.. Nak keluar beli barang memang tak sempat.. Jadinya selongkar peti ais dan cari apa yang boleh dimasak.. Mujurlah rumah Sha memang sentiasa ada sos spaghetti dan spaghetti..  Cuma bahan dalam sos je kita kena kreatif.. Kali ini Sha gunakan apa sahaja yang ada dalam peti sejuk..

Spaghetti versi Sha
Bahan-bahannya
Spaghetti (Didihkan air, bubuh garam, minyak dan rebus spaghetti)


Sos Spaghetti
Sos spaghetti kimball
Bebola Ayam Farmbest dipotong 4
Kepingan berger ayam dipotong kecik
2 sudu cili blande
2 Bawang merah/besar dipotong dadu
2 sudu planta untuk menumis
1 biji telur
1 biji Carrot dipotong dadu


Bahan-bahan yang Sha guna.. 

Cara Memasak
Cairkan planta dalam periuk/kuali. 
Goreng bebola ayam dan daging ayam. 
Kemudian masukkan bawang yang dipotong dadu.. 
Setelah naik bau, masukkan cili blend dan sedikit air.. Tumis.. 
Masukkan carrot dan biarkan sekejap.. 
Masukkan sos spaghetti kimball dan kacau.. Didihkan sekejap.. 
Last sekali baru masukkan telur dan kacau.. Tak nak masukkan telur pun boleh.. Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air..


Goreng bebola ayam dan kepingan berger ayam dulu.. 

Masukkan bawang dan cili blend.. 

Masukkan carrot (boleh je nak bubuh cendawan butang, cili capsicum dan lain-lain sayur.. Ikut bahan apa yang ada dekat rumah.. Tak bubuh sayur pun okay je..) 

Masukkan sos spaghetti.. Lepas tu, bubuh air dalam botol sos spaghetti.. Goncang dan tuangkan dalam periuk.. Untuk bagi berkuah.. 

Yeah!! Dah siap.. 

Bolehlah dihidangkan pada tetamu.. 

12 comments:

  1. alamak, bw lewat malam tengok spageti terasa lapar pulak. hehehe

    ReplyDelete
  2. Saya pun baru masak spageti untuk tetamu yang hadir hari nie..

    ReplyDelete
  3. spagheti bolognese + meatball..sedap..

    ReplyDelete
  4. pekat kuahnya...mmg mudah je kn..senang nk jamu tetamu

    ReplyDelete
  5. perghh menganceemmm! hehehe. selamat hari raya kak sha! :D

    ReplyDelete
  6. dah lama teringin nak buat spaghetti tapi takut tak jadi. maybe boleh try resepi kak sha ni, nampak senang je :)

    ReplyDelete
  7. spageti gini pun salah satu menu utk tetamu rumah aida, sha.
    mudah.
    segera.
    sedap :)
    thn ni aida prepare kan rendang.
    dari rumah mak, ada 4 pek di frozen kan.
    ketupat pun ready, rebus pakai pressure cooker, less than 1 jam.
    mee goreng.
    mihun goreng :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com