Thursday, April 30, 2026

Coretan 20 April 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini encik suami tawarkan diri untuk hantar Sha ke pejabat.. Jadinya lepas hantar anak-anak ke sekolah, Sha terus balik rumah.. Encik suami cakap nak hantar naik motor.. Laju ja Sha setuju.. Terus tukar kain yang lebih besar supaya senang duduk atas motor.. kikiki.. Hari ini kan kena pakai baju batik sebab Khamis, jadinya macam tak kena pula kalau pakai seluar tu yang Sha tukar kain ja.. Gigih tu demi Belalang Tempur.. Hahaha.. Petangnya encik suami ambil guna kereta..

Hari ini hari terakhir Imani periksa.. Subjek berat lah juga hari ini kata Imani.. Matematik dan Geografi.. Kakak Amani pula ada ujian bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.. Semoga yang baik-baik saja buat anak-anak..

Encik suami panaskan enjin Belalang Tempur ini dulu.. Box kiri kanan beliau dah buka.. Senanglah nak menyelit..

Kesian si Putih ini.. Lama dah tak bergerak sejak ada Belalang Tempur.. Kemungkinan besar, akan dilepaskan tak lama lagi.. Lama juga Putih ini dengan kami..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com