Assalamualaikum..
Hye semua..
Kelakarlah cerita ini.. Ceritanya bermula dengan penceraian antara Rashidah dan Mazlan.. Puncanya pun memang kelakar.. Cuma perlu komunikasi ja.. Mak dengan ayah si Rashidah ini tak setuju sebab baru berangan nak timang cucu.. Sudahnya mak Rashidah ini pun mulalah merancang bagaimana untuk baik kan balik si Rashidah dan Mazlan ini semasa mereka dalam tempoh iddah..
Kalau ikutkan masalah yang dihadapi oleh Rashidah dan Mazlan ini memang perkara normal antara suami isteri kira macam proses suai kenallah.. Sama ada mampu bertahan dan bertolak ansur atau akhirnya mengalah dan berpisah.. Usaha mak ayah Rashidah menunjukkan kemesraan yang sepatutnya antara suami isteri kepada anak dan menantu patut dipuji.. Kadang-kadang kita lupa, perkahwinan bukanlah pengakhiran tapi satu permulaan kepada kehidupan berdua.. Tak salah pun saling memanjakan dan bertolak ansur..

90 Hari Untuk Selamanya
Waktu Siaran: Sabtu, 11 April 2026, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Pelakon: Kamal Adli, Aprena Manrose, Wan Nor Azlin, Ruzaidi Abd Rahman, Farah Dhiya
Sinopsis: Rashidah dan Mazlan bercerai selepas video perpisahan mereka tular. Ketika pulang ke kampung menjalani tempoh idah, keluarga merancang usaha menyatukan mereka semula hingga akhirnya mereka rujuk kembali.


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..