Sunday, April 5, 2026

16 Syawal 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini pun penuh jadual aktiviti kami.. Pagi-pagi encik suami ajak teman dia belikan barang-barang rumah MIL.. Sha ajak keluar awal sebab nak cuci kereta sekali.. Alang-alang nak keluarkan.. Lagipun kedai cuci kereta tu dekat dengan TF Value Marts.. Selesai cuci kereta terus ke TF Value Marts.. Lama juga dalam TF ini.. Lepas tu ke Segi pula mencari ikan dan ayam.. Sha beli sekali lauk untuk rumah.. 

Selesai beli barang, terus hantar ke rumah MIL.. 

Bawa Kuda Merah mandi dulu.. Sha suruh budak tu buat Water Wax sekali.. Cuci campur water wax baru RM25.. Mudah kerja.. Berkilat selepas dicuci..

Sha beli sekali ayam 4 ekor (10.5kg) dengan sos Jalen untuk rumah.. Selebihnya memang meriah bonet dengan barang untuk rumah MIL..

Ikan, udang dan ayam untuk rumah MIL.. Ini encik suami cuci dan pek di rumah MIL..

Selesai pek-pek ayam untuk sekali masak.. Dapatlah dalam 13 pek.. Cukulah untuk 2 minggu..

Petangnya keluar belikan kasut sekolah Amani.. Kasut sebelum ini dah tercabut tapaknya.. Sempatlah juga bawa Amani & Imani gunting rambut.. Panjang sangat dah.. Sempat jugalah merayap dalam kedai ECO Shop.. kikiki.. Bahagia sangat dah anak-anak bila bawa ke ECO Shop ini..

Padat betul aktiviti seharian ini..

9 comments:

  1. Sha, pek2 ayam macam tu tuk sekali masak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah.. bila nak masak, keluarkan je 1 pek.. defrost, masak..

      Delete
  2. Water wax lagi ringkas... kalau wax betul2 lama nak siap!

    ReplyDelete
  3. Senang pack gitu, nak defrost pun cepat.
    Sama macam Adik, kasut sukan dia pun tercabut tapak 😅

    ReplyDelete
  4. Nice..happy grocery shopping =D

    ReplyDelete
  5. senang la pack macma tu..nanti nak cari juga la

    ReplyDelete
  6. Saya biasa juga begini. Pack sekaleh masak. Biar mudah utk defrost kan. Cabe rawit, cabe merah, juga saya masukkan dalam zip sekali masak. Lalu letak freezer. Jauh lebih tahan lama. Krn cabe biasanya cepat busuk kalau di taro dalam chiller only. Makanya saya lebih suka masuk freezer

    ReplyDelete
  7. Seronok kalau peti besar boleh beli banyak2.. boleh pack pac byk2 utk sekali masak.. 👍🏻

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com