Wednesday, January 31, 2024

Goodreads | Januari 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal-awal bacaan Sha pinjam ebook dari PNM eLib.. Kemudian Sha baca koleksi ebook yang Sha ada.. Memang Januari ini tema dia buku digital cumanya sumber pelbagailah.. kikiki.. Jom tengok buku apa yang Sha baca..







US/France/Germany | Role Play (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Comel gila filem ini.. Awalnya sepasang suami isteri nak menghangatkan hubungan mereka dengan melakonkan babak seolah-olah baru berkenalan tapi malangnya ada pula yang mengganggu.. Tanpa sengaja isteri dia iaitu Emma terpaksa membunuh seorang lelaki dan berita pembunuhan tu mendapatan liputan akhbar.. Dari sini hidup Emma dan suaminya iaitu Dave mula terganggu.. Kebenaran mengenai pekerjaan Emma sebagai pembunuh upahan terbongkar.. Mereka yang ingin mendapatkan Emma semula mula mengganggu.. Mujurlah Dave dapat menerima Emma seadanya dan berkerjasama menghapuskan musuh mereka..

Role Play
2024 ‧ Thriller/Action/Romance ‧ 1h 40m
Emma has a wonderful husband and two kids in the suburbs of New Jersey. She also has a secret life as an assassin for hire, a secret that her husband Dave discovers when the couple decide to spice up their marriage with a little role play.

ebook | Big Mushy Happy Lump by Sarah Andersen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Kelakar gila bila penulis buat perbandingan baju antara perempuan dan lelaki lepas tu dekat penamat, penulis tunjukkan sebab perempuan suka pakai pakaian kekasih atau suami dia.. Memang kelakar.. kikiki.. Layan betul komik beliau ini.. Lepas tu kan perbandingan antara perempuan.. Hat ini lagilah.. Kita selalu saja melihat perempuan lain lebih neutral, cantik dan kemas berbanding menerima diri kita seadanya.. 

Ada beberapa muka surat di bahagian belakang penulis bercerita tentang extrovert.. Memang menariklah baca..

Sha baca dan selesai pada 29.01.2024..

Published March 7, 2017 by Andrews McMeel Publishing

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, January 30, 2024

Julie's Wafer Cube Cheesy Duo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wafer kiub yang ohsem dengan rasa keju yang mewah.. Cumanya tak boleh nak makan banyak sebab mewah dengan kejukan, dia jadi muak bila makan terlalu banyak.. Tapi memang sedap.. Berbaloi dibeli dan dimakan.. Sha beli atas talian di Shopee.. 

Julie's Wafer Cube Cheesy Duo (150g) - RM5.80

Dapat sebekas kecil..

Temujanji Pertama Pergigian Kanak-kanak di 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bawa anak dara ini untuk temujanji gigi dia.. Minggu lepas dah jumpa Ortodontik, minggu ini jumpa doktor gigi pula.. Pemantauan untuk gigi taring dia yang melintang tu.. Dua gigi taring bawah tak ada masalah.. Cuma gigi taring atas saja.. Lepas tu tadi doktor buat ujian untuk pastikan 4 batang gigi atas masih elok.. Tak pasti doktor bubuh apa dekat kapas, lepas tu dia sentuhkan kapas tu dekat gigi.. Kalau ada rasa, doktor minta Imani angkat tangan.. Elok saja dia angkat tangan dia tiap kali doktor sentuh gigi guna kapas tu..

3 bulan lagi jumpa balik.. Memang kena pantau rapat sebab gigi taring atas belah kanan tu macam tak dapat di rasa..

Elok saja dia sekarang bila jumpa doktor..

ebook | Snug: A Collection of Comics about Dating Your Best Friend by Catana Chetwynd

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang comel tentang kehidupan harian sepasang kekasih.. Ada yang comel dan ada juga yang kelakar.. Memang layanlah baca santai-santai..

Sha baca dan selesai pada 29.01.2024..

Published February 4, 2020 by Andrews McMeel Publishing

Cantabile: Peach Flavoured Iced Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha beli teh rasa pic.. Sama je macam air sebelum ini.. Rasa dia sedikit manis.. Memang wajib tambah ais untuk kurangkan manis tu.. Sha beli dekat Mr. DIY.. Wangi bau buah pic.. Sedap gabungan teh dan pic ini.. Minum time panas-panas memang layan..

Cantabile: Peach Flavoured Iced Tea (230ml) - RM3.50

Kita beli air je.. Bekas dengan ais, sendiri punya.. kikiki..

Monday, January 29, 2024

ebook | Adulthood Is a Myth by Sarah Andersen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang kelakar namun ada sesetengah yang memang sangat kena dengan diri.. Dewasa dinanti-nantikan namun bila dah dewasa, rasa macam tak percaya saja.. kikiki.. Comel kartunnya.. Memang syok layan..

Sha baca dan selesai pada 28.01.2024..

Published March 8, 2016 by Andrews McMeel Publishing

Cantabile: Sweet Americano

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi yang manis.. Sha tambah susu untuk kurangkan kemanisan dia.. Jadi lagi sedap bila Sha bekkan sedikit macam aiskrim.. Lepas tu minum semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.. kikiki.. Sejuk-sejuk bersama secawan kopi sejuk, memang asyik.. Sha beli di Mr. DIY tau..

Cantabile: Sweet Americano (230ml) - RM3.50

Setelah dicampur susu..

ebook | The Art of Living: Reflections on Mindfulness and the Overexamined Life by Grant Snider

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ilustrasi yang dihiasi kata-kata mengenai kehidupan.. Betapa manusia itu perlu melalui pelbagai cabaran dalam melalui kehidupan.. Bukan mudah melalui hari demi hari.. Ada sahaja halangan dan cabaran namun kita tetap berusaha menerukan kehidupan.. Memang unik kartun dan kata-katanya.. Ada yang memang dekat dihati dan ada yang mengetuk hati dan fikiran.. Bacaan yang menarik sangat..

Sha baca dan selesai pada 28.01.2024..

Published April 5, 2022 by Abrams ComicArts, New York

Sunday, January 28, 2024

Canada | Code 8 (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengok filem ini sebab nampak Sung Kang dekat poster dia.. kikiki.. 

Kisahnya Connor ini ada kuasa elektrik dan hidupnya agak kelam kabut disebabkan kuasa dan tak memiliki kerja yang bagus.. Emaknya pula sakit dan memerlukan duit yang banyak untuk dimasukkan ke hospital.. Bila ditawarkan kerja oleh Garrett, Connor terus terima.. Garrett turut membantu melatih Connor untuk memiliki kuasa yang optimum.. Semasa menjalankan kerja dnegan Garrett mereka dikhianati dan rakan sekerja mereka terbunuh.. Connor berpakat dengan polis dan memulakan misi balas dendam dengan Garrett.. Malangnya emak Connor tak berjaya diselamatkan dan Connor menyerah diri kepada polis..

Code 8
2019 ‧ Action/Sci-fi/Crime/Drama ‧ 1h 38m
Connor, who possesses special powers, is forced to take up the life of a criminal in order to pay for his sick mother's treatment.

ebook | Happily Ever After & Everything In Between by Debbie Tung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita tentang pasangan baru berkahwin.. Perkara-perkara yang mereka lalui bersama, ketenangan yang hanya difahami mereka..  Comel dan mudah difahami.. Malah ada yang kita boleh kaitkan dengan kehidupan harian kita.. Terjatuh cinta pula dengan penulis ini.. Memang comel sangat komik dia..

Bahagian mengenai pakaian suami yang akhirnya menjadi pakaian isteri tu betul.. Sha pun buat perkara yang sama.. Tshirt yang encik suami asingkan sebab tak nak pakai lagi Sha pula pakai.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 27.01.2024

Published June 2, 2020 by Andrews McMeel Publishing

Prima+ Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam masa gerak balik dari rumah di Ipoh, encik suami lalu higway.. Singgah dekat Hentian Sebelah Simpang Pulai sebab nak isi minyak.. Eh!! Eh!! Ada kopi.. Jomlah singgah.. kikiki.. Sha tanya terus dengan adik yang jaga kaunter tu, apa best seller kopi mereka.. Adik tu cadangkan signature kopi.. Ada 4 ke 5 pilihan macam tu.. Sha pilih Buttercream Latte.. Lupa pula nak snap gambar menu dia..

Buttercream Latte - RM13 (M)
Mengancam betul kopi dia.. Memang kesukaan Sha lah.. Ada rezeki boleh singgah lagi..

Cafe dalam Petronas.. Prima+ Coffee..

Malaysia | Langgar Pantang (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Lain macam betul.. Awalnya ingatkan memang sebab meroyan kehilangan anak sekali rupanya sebab memakai.. Halah.. Halah.. Bila keinginan mendahului agama.. Naya je kehidupan.. Masing-masing ada salahnya.. Tapi ialah.. Salah tetap salah..

Langgar Pantang (2024)
Pengarah: Izuan Mokhtar
Pelakon: Nadiya Nisaa, Amar Baharin, Nuremy Ramli, Fadilah Mansor
Elis mengalami keguguran dan menjalani proses berpantang mengikut tradisi Melayu, tetapi segalanya menjadi kelam kabut apabila pembantunya secara tidak sengaja mendedahkan rahsia yang Elis sembunyikan.

Saturday, January 27, 2024

ebook | Kru Paranormal : Hantu Air oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perjalanan cerita kali ini lari jauh dari cerita yang sebelum-sebelum ini.. Penulis membawa kita ke zaman dimana PKM bermaharajalela.. Siu Lun yang asalnya duduk di bandar untuk menguruskna kewangan PKM dipanggil masuk ke hutan kembali.. Hatinya tak tentu arah kerana hutan bukan lagi tempat dia.. Semasa di dalam hutan, Siu Lin mengalami beberapa perkara aneh dan tak dijangka.. Kematian demi kematian dan kemunculan makhluk aneh di tengah tasik.. Penulis memberikan jawapan pada penghunung cerita dan tekaan Sha betul cuma kemunculan watak dari buku sebelum ini memang tak dijangka.. 

Sha baca dan selesai pada 25.01.2024..

Published March 20, 2023 by Penerbit-X

Mengecat Pintu dan Dinding Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha ke rumah di Ipoh bertemu dengan penyewa lama.. Sesi serahkan kunci dan duit deposit rumah.. Alhamdulillah rumha dalam keadaan okay cuma kena cat semula dan bubuh pilar balik tempat-tempat yang bertebuk.. Sha pulangkan deposit sewa shaaja pada penyewa.. Duit utiliti Sha pegang dahulu sebab nak cat semula rumah dan tampal lubang-lubang kesan paku.. Sha maklumkan siap-siap dengan peyewa Sha.. Dia pun okay sahaja.. Selesai urusan kami, Sha terus ke pekan cari cat.. Bertungkus lumuslah Sha dan encik suami menampal lubang, mengecat semula dinding dan pintu.. Selesai cat, barulah lega.. Rumah kembali cantik dan bersih..

Belanja tangan Sha mengecat.. Encik suami yang bertungkus lumus sebenarnya.. kikiki..

Sebelum - Pintu ini ada pecah sikit, penyewa lam alihkan almari terkena pintu.. Penyewa Sha ini tampal lubang tu.. Sha tak berkenan tengok warna dia jadi lain..

Selepas - Barulah cantik.. Sekata ja warna dia..

India | Leo (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Babak masa Parthiban serang penjahat yang cuba rompak kedai kopi dia memang padulah.. Dasyat wei bila seorang ellaki yang tenang dan suka berjenaka berubah laku.. Lepas tu kita dibawakan babak Parthiban yang trauma selepas membunuh penjahat.. Baru nak okay dari trauma, kena serang pula dekat pasar oleh ahli keluarga penjahat yang kononnya tak puas hati dan nak balas dendam.. Ish.. Macam tak patut je.. (cerita sha.. cerita.. mana ada logiknya.. kikiki..)..

Baru nak bertenang-tenang dah datang malapetaka lain pula.. Anthony muncul dan bagi tahu yang Parthiban tu sebenarnya Leo.. Jenuhlah si Parthiban nak cakap dia bukan Leo.. Tapi Anthony tak percaya.. Tetap bertegas yang Parthiban tu Leo.. Isteri Parthiban dnegan kawan ranger dia pun duk siasat juga.. Kemuncaknya bila Parthiban berjaya bunuh Anthony dan Harold menculik anak lelaki dia.. Terpaksalah Parthiban ini pergi menyelamat.. Tapi dia pun bijak, bukan dia biarkan sesaja anak perempuan dan isteri dia yang ditinggalkan di rumah.. Menarik masa ini..

Leo
2023 ‧ Action/Crime ‧ 2h 44m
Things start to take an awry turn for a mild-mannered cafe owner, who gets caught in the crosshairs of a drug cartel.

ebook | Kru Paranormal : Draugr oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini pembaca dibawa kepada cerita mengenai keluarga Hafizal dan apa sebenarnya yang terjadi suatu masa dahulu.. Bagaimana Hafizal dah mati tapi masih hidup.. Buku ini akan menceritakan semuanya.. Malah bagaimana Datuk Hisham bertukar menjadi Murad juga diceritakan.. Memang menariklah sebab beberapa perkara berjaya menemukan watak Inspektor Jaleel dengan Inspektor Rahil.. Mereka akan berkerjasama untuk menyelesaikan Kes Kultus Ba ini..

Sha baca dan selesai pada 24.01.2024..

Published January 12, 2023 by Penerbit-X

Friday, January 26, 2024

India | Tiger Zinda Hai (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asalnya nak layan Tiger 3 tapi kita layan dulu yang ini.. Filem yang memula dah layan dah.. Syok layan filem ini sebab ada Salman Khan dan Katrina Kaif je.. Cerita macam biasalah.. Hero diarahkan kembali bertugas bila berlaku konflik dimana penjahat menjadikan jururawat sebagai tebusan.. Awalnya hero je yang berkerja, heroin datang kemudian sebab tebusan tu dari dua negara.. Makanya berkerjasamalah hero dan heroin.. Syok owh layan aksi diorang.. 

Tiger Zinda Hai
2017 ‧ Action/Thriller ‧ 2h 41m
RAW Agent Tiger joins forces with Zoya in order to rescue a group of nurses who are held hostage by a terrorist organisation.

ebook | Kru Paranormal : Upacara Helang Darah oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula dengan kisha Ain yang kelihatan gothik dan tidak disukai rakan sekelas.. Namun Adib berusaha untuk dekat dan berkawan dengan Ain.. Kemudian semasa bergaduh dengan ayahnya, ayah Ain jatuh kerana seska nafas.. Masa inilah baru Ain tahu yang dia anak angkat.. Ain mula menyelongkar rumah mencari siapakah dirimya yang sebenar.. Dalam masa yang sama, Zamir muncul dihadapan Imtiaz dan mula memberikan klu mengenai kejadian pemubunuhan.. Semasa menyiasat, kebenaran yang tidak dijangka muncul.. Memang mengejutkan dan semkain rumit perjalanan cerita Kru Paranormal ini..

Sha baca dan selesai pada 24.01.2024..

Published November 21, 2022 by Penerbit-X

Temujanji Pertama Ortodontik di 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi selesai bawa Imani untuk temujanji Ortodontik.. Temujanji yang ini, hanya anak sahaja dipanggil masuk.. Lepas selesai pemeriksaan baru jururawat terangkan semula dekat Sha.. Jururawat tu maklumkan dari 4 batang gigi taring Imani, 1 saja yang sudah selamat menjengah dunia.. 3 lagi masih malu-malu nak keluar.. kikiki.. Jadinya lagi 3 bulan baru jumpa doktor ortodontik semula..

Bila temujanjinya awal jam 8.30 pagi, cepatlah selesainya.. Jam 9.30 kami dah bergerak pulang ke Behrang..

Baru selesai jumpa doktor..

Lepas temujanji, singgah sarapan.. Capati, puri dengan kari ayam..

Miaow Miaow Choco Buddy's Mini Double Choc

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa juga biskut ini di kedai ECO.. Selalu dekat pasaraya agak mahal mungkin sebab saiznya.. Bila di kedai ECO ini, harga agak berbaloilah.. Saiznya pun tak adalah besar.. Sesuai dengan harga.. Rasa dia pula pada Sha memang mewah betul dengan coklat.. Puas hatilah makan kalau anda memang meminati coklat.. Mewah gitu..

Miaow Miaow Choco Buddy's Mini Double Choc (88g) - RM2.40

Ada 4 pek comel..

Ada 5 keping biskut..

Thursday, January 25, 2024

ebook | Kau Menjadi Kata-Kata yang Tak Sempat Kubaca oleh Hafizul Faiz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Puisi yang sedap dibaca.. Setiap puisi menyampaikan isi yang menarik.. Ada beberapa puisi yang terkesan di hati Sha.. Antaranya ialah Oh! Guru, Diksi Perpisahan, Kata Dan Diam, Pemergian Yang Tak Rela, Kau Menjadi Kata-Kata dan beberapa pusi lain.. Paling menyentuh Pemergian Yang Tak Rela.. Hurm.. Sedih..

Sha baca dan selesai pada 23.01.2024

Published January 1, 2016 by Kata-Pilar Books

Nestle KitKat Uzu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam mana ek nak cakap rasa dia.. Nak kata pelik, tak adalah pelik sangat kalau anda sukakan oren.. Cuma rasa dia tu sukar nak diterangkan.. Yang pasti memang manislah cumanya sebab ada rasa oren tu macam okay lagilah.. Sha beli sebab nak rasa je.. kikiki.. Sekali jelah.. Tak kena dengan tekak.. Rasa dia okay-okay sahaja.. Beli dekat 99 Speedmart, murah sikit..

Nestle KitKat Uzu (85ml) - RM3.99

Aiskrim dengan salutan berperisa yuzu, wafer dan oren kering..

Keratan rentas asikrim..

ebook | Satu Kehidupan Cinta oleh Erhad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Riz Ghufran dan Ayu Dafiya yang saling dikhianati oleh pasangan masing-masing.. Pertemuan pertama Ayu dengan Riz ialah saat Riz menampar Mia setelah mendapat tahu yang Mia mengandungkan anak lelaki lain sedangkan Mia masih isterinya.. Kemudian Riz muncul sebagai bos sementara di tempat kerja Ayu.. Tak lama kemudian Qaeed bawa pula Ayu untuk tengok rumah yang Riz nak jual.. Kuat betul jodoh mereka.. Ayu pula setelah pertemuan pertama tanpa sengaja, serba tak kena je nak mengadap Riz, sudah lah Riz pun asyik kelat dan garang je mukanya.. 

Ayu dikhianati oleh tunang dan sahabat baiknya sendiri.. Memang Ayu tak sangkalah.. Itupun kebetulan terdengar perbualan mereka, kalau tak memang sampai sudahlah Ayu tak tahu.. Bila tahu, Ayu terus putuskan tunang, tukar nombor telefon dan meneruskan kehidupan seperti biasa..

Riz sendiri tak tahu bila perasaan tu ada, Ayu juga.. Namun bukan mudah untuk dua hati ynag hancur bersatu.. Mereka saling mengubati dan menyayangi.. Ada je bahagian kelakar dan ada juga bahagian yang rasa macam nak hempuk je Mia dan Qaeed tu.. Sudahlah buat salah lagi nak menyalahkan orang lain.. Memang jenis tak reti nak muhasabah diri langsung..

Sha baca dan selesai pada 23.01.2024

Published January 1, 2022 by NUR AQILA BINTI MOHAMAD MATHURUDI

Wednesday, January 24, 2024

Wall's Honey Butter Almond

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula-mula Sha bagi tahu, aiskrim ini Sha beli di Kedai Mesra Petronas.. Lain tempat, lain harga jualannya.. Rasa dia pula agak manis, tapi okaylah untuk rasa.. Sha puas hati tengok ketulan badam dia tu.. Besar saiznya, memang seronok kunyah.. 

Wall's Honey Butter Almond (65g) - RM4.50

Inilah rupanya bila dibuang pembalut.. Coklat putih dengan ketulan kacang badam..

Keratan rentas aiskrim..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com