Friday, March 31, 2023

ebook | The Dragon's Lost Letters by Zoe Chant

Assalamualaikum..
Hye semua..

Simple, sweet and funny.. Ingatkan surat yang hilang tu pentinglah sekali surat kebudak-budakkan yang dihantar kepada editir sebab tak siarkan hasil karya dia.. Aduh lah.. Comel je perangai.. Sempat lagi jumpa pasangan sejiwa.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 31.03.2023..

Published April 18, 2021
Sha baca secara atas talian..

Malaysia | Nenek Bongkok Tiga (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama Melayu paling mantap.. Memang layanlah.. Pelakon pun best.. Teka teki nenek dan Bukit Luruh yang mendebarkan.. Ini review untuk ep7-ep10..
Memang mengejutkan bila tahu kebenaran di sebalik apa yang terjadi pada mereka.. Kerana kerakusan pada kekayaan, perjanjian tercipta.. Manusia tetap manusia, sifat pentingkan diri tu sentiasa ada walau dalam apa keadaan pun.. Orang lain tak penting.. 

Tahniah untuk team yang berjaya buat drama yang ohsem macam ini.. 

Nenek Bongkok Tiga
Episod: 10
Tarikh Tayangan di Viu: 9 Februari 2023
Skrip: Azhar Amirulhisyam
Pengarah: Yusry Abdul Halim
Produksi: Independent Pictures Sdn Bhd
Lagu OST: Selamanya Kita - Altimet & Kungfu Heidi
Watak Pelakon: Hun Haqeem, Meerqeen, Sharlie Merlis, Sofia Jane, Sara Ali, Syafie Naswip, Sara Mack Lubis, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim

Sinopsis Nenek Bongkok Tiga
Lapan orang telah diculik dan dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di Hutan Bukit Luruh, yang cukup dikenali sebagai lokasi  orang hilang. Satu-satunya penghuni rumah agam tersebut, Nenek menuduh sekumpulan ini menceroboh kawasan yang dimiliki oleh satu entiti yang dikenali sebagai Tuan Tanah. Untuk keluar daripada rumah agam tersebut, mereka perlu melakukan beberapa cabaran seperti bermain permainan tradisional masyarakat Melayu. Pada awalnya, kumpulan ini saling bekerjasama, tetapi cabaran yang ditetapkan oleh Tuan Tanah misteri kemudiannya memaksa mereka untuk mengkhianati satu sama lain untuk terus hidup. Sedikit demi sedikit, misteri Bukit Luruh mula terungkai, dan niat tersembunyi Nenek didedahkan.

ebook | Pencari Cincin Sakti oleh Aliff Mustafa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah cerita yang masih belum berpenamat.. Mungkinkah akan ada sambungan?? Hurm..

Ikhwan tak sangka langsung saat dia terima tugasan khas untuk membawa pemegang cincin, hidup dia akan berubah 360 darjah.. Kekasih yang disangka mati, muncul semula.. Setiap mereka ada cerita yang tersendiri.. Ikhwan, Diana, Sophia dan juga musuh mereka si Iblis Putih.. Paling tak sangka kaitan antara Iblis Putih dan Ikhwan.. Memang sangat mengejutkan.. Paling kelakar bahagian Ghul yang kononnya menjadi perancang berjaya tapi akhirnya hanyalah dalam angan-angan.. Memang satu kisah yang panjang dan berselirat namun berjaya disampaikan oleh penulis dengan cantik.. Sha nak cerita dengan terperincin pun tak best juga.. Memang berbaloilah baca..

Sha baca dan selesai pada 31.03.2023..

Published July 1, 2022 by Mahakarya
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Jepun | Inuyashiki (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah superhero yang tak berapa hero.. kikiki.. 2 lelaki yang tengah sengsara tiba-tiba diberikan kuasa robot.. Satu menggunakannya untuk kebaikan dan satu lagi menggunakannya untuk membalas dendam.. Inuyashiki sendiri tak sangka yang dia akan diberikan kehidupan semula saat dia berputus asa.. Namun tak mudah untuk menjadi orang yang baik dan melindungi keluarga.. Tapi Inuyashiki terpaksa berdepan dan bertempur dengan Hiro demi menyelamatkan ramai orang..

Movie: Inuyashiki
Director: Sato Shinsuke
Screenwriter: Hashimoto Hiroshi
Genres: Action, Thriller, Mystery, Sci-Fi
Country: Japan
Release Date: Apr 20, 2018
Duration: 2 hr. 7 min.
Inuyashiki Ichiro is a middle-aged, friendless man with an uncaring family. One fateful evening, he is struck by a mysterious explosion in a public park, which is of extraterrestrial origin, and his body is replaced by an incredibly powerful, but still outwardly human, mechanical body. He quickly realizes the extent of his body's powers, and after saving a homeless man being beaten by a pack of teenagers, he decides to dedicate himself to doing good, using his powers to heal those with incurable diseases and fight crime.

ebook | Menghormanikan Agama dan Falsafah oleh Ibnu Rusyd, Sophia Liebe (Translator), Mohd Jamizal Zainol (Preface)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sesekali kita alihkan bacaan pada bacaan yang memerlukan pemikiran.. Satu yang Sha dapat dari bacaan ini ilah kita perlu meneliti sesuatu topik tu terlebih dahulu dengan mendalam sebelum kita memberikan sebarang pendapat, kalau tak kita hanyalah orang bodoh yang membuat bising tanpa apa-apa isi.. Tambahan pula bukunya nipis sahaja.. Boleh sekai jalan je bacaannya.. Untung langgan Cereka, banyak pilihan bacaan.. 

Sha baca dan selesai pada 31.03.2021..

Published March 1, 2021 by The Biblio Press
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Thursday, March 30, 2023

ebook | Penawar Kesedihan oleh Al-Kindi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pembacaan yang ringkas demi merawat hati yang kesedihan.. Kuncinya bersyukur dengan apa adanya dan sentiasa ingat apa yang kita miliki hanyalah pinjaman.. Pemilik kekalnya Allah yang satu.. Walaupun berat, namun perlahan-lahan sedih tu akan menyusut.. 

Sha baca dan selesai pada 30.03.2023..

Published July 1, 2021 by ABIM Press
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Korea | The Girl on a Bulldozer (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang beremosi.. Walaupun babak Hae Young bawa bulldozer tu dua kali je tapi kali kedua tu memang puas hatilah tengok.. Hae Young terpaksa ambil alih menjaga adik dia bila tiba-tiba ayah dia kemalangan dan disahkan mati otak.. Hae Young pelik bila ayah dia dituduh cuba membunuh diri.. Hae Young mula menyiasat apa sebenarnya yang terjadi pada malam kejadian dan cubamembalas balik perbuatan mereka yang menyebabkan ayah dia kemalangan.. Suka tengok pergelutan emosi Hae Young tu, dengan kita-kita sekali rasa sesak dia..

Movie: The Girl on a Bulldozer
Also Known As: The Girl on the Bulldozer, Girl On a Bulldozer, Buldojeoe Tan Sonyeo, The Girl Riding a Bulldozer
Screenwriter & Director: Park Ri Woong
Genres: Mystery, Drama
Country: South Korea
Release Date: Oct 8, 2021
Duration: 1 hr. 52 min.
Hae Young is a hopeless girl. She has tattoos all over her arms. She uses vulgar language, and is even violent. She is a terrible troublemaker. She does not have a mother and lives with her father, who runs a Chinese restaurant, and a younger sibling. One day, her father has a mysterious accident, which places her in a position of responsibility. She is now not only the head of the house and must look after her younger sibling, but also an investigator tasked with finding the truth about the accident, and a fighter standing against the ugly world. A detective tries to help her, but her life is far from being easy or organized.

ebook | Tengah Healing Ke Tu? - Himpunan Kata-kata Mutiara oleh Gabriel Kimjuan (Penyelenggara)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca secara atas talian je.. Himpunan kata mutiara dari pelbagai nama yang dibukukan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 dari aktiviti penulisan di grup Facebook Aktivis Seni & Sastera (AKSARA).. Setiap peserta diminta memberikan satu mutiara kata yang boleh dijadikan pembangkit semangat atau menyembuhkan pembaca yang membaca buku ini.. Boleh dibaca sekali lalu sebab kata-kata mutiara dia tak panjang.. Ringkas, pendek dan padat..

Sha baca dan selesai pada 30.03.2023..

Published March 12, 2023 by Aktivis Seni & Sastera (AKSARA)
ebook ini dibaca secara percuma di SINI..

China | Tibetan Raiders (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Syok betul layan filem ini.. Filem pengembaraan mencari harta karun lama.. Ala-ala tomb rider gitu.. hehehe.. Xi yang kehilangan ayahnya sejak kecil dijaga oleh Pak Cik Da.. Berdua mereka mula menjejak kembali usaha ayah Xi yang mencari Pedang yang boleh membuktikan kewujudan Raja Gesar.. Pengembaraan mereka dibantu oleh Ma Qiang.. Mereka perlu cepat kerana ada pihak lain yang turut mencari pedang tu.. Saat-saat mereka berputus asa, muncul Zhao Ma.. 

Movie: Tibetan Raiders
Also Known As: Tibetan Password, Cang De Qi Bing, Cang De Mi Ma, Tibetan Troops
Genres: Action, Adventure, Thriller, Mystery
Country: China
Release Date: Oct 13, 2022
Duration: 1 hr. 30 min.
Six years ago, archaeological researcher Lin Guo Hua disappeared mysteriously in Tibet after proving the existence of King Gesar. Daughter Lin Xi inherits her father's business when she grows up, and with the help of Uncle Da, she continues to uncover the bewildering mystery of King Gesar. Ma Qiang, who ran into a retired special forces soldier outside the plateau airport, becomes their driver-guide, and the three start a thrilling adventure together. At the moment of life and death, the Tibetan girl Zhuo Ma appears to help, and the four form a team of Tibetan soldiers to continue to explore the truth.

~~ Adapted from the novel "Cang De Qi Bing" (藏地奇兵) by Ba Wa (巴娃). ~~

ebook | Azrahel: Si Penjejak Kubur oleh Abu Huzaifah Bidin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Suka sangat Sha langgan aplikasi Cereka ini.. Kali ini bacanovel dari Mahakarya.. Pergh!! Memang menarik.. Azrahel ini menerima tugasan mencari mayat, tapi yang dia temui bukannya mayat sebaliknya mayat yang hidup semula dan menembak dia.. Lebih sadis bila orang yang mengupah, dibunuh dan Azrahel pula kena tuduh.. 

Suka tengok perkembangan watak Azrahel dalam misi mencari jawapan kenapa mayat tu boleh hidup semula.. Penulis buat watak Azrahel ini normal, ada masanya dia semangat.. Ada masanya dia perlukan bantuan dari kawan-kawan dia macam Tinie, Noor, Raymond, Raqib dan Atid.. Tapi paling tak sangka penjahat dia lah.. Pergh!! Logik kenapa dia buat pun boleh buat kita marah.. Aish..

Sha baca dan selesai pada 29.03.2023..

Published October 1, 2021 by Mahakarya
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Wednesday, March 29, 2023

Australia | The Siege of Robin Hood (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik.. Memang menariklah kalau pasal Robin Hood kan.. Walaupun bukan menggunakan pelakon yang hebat, namun jalan cerita dia menarik untuk tontonan santai.. Memang struggle betul hero nak menang.. hehehe.. Kira realistiklah filemnya.. Demi membebaskan rakyat dari pemerintah yang zalim Robin bergambung dengan 4 orang lagi rakan..

The Siege of Robin Hood
2022 ‧ Action ‧ 2 hours
Also known as: Zemsta Robin Hooda
After the Sheriff of Nottingham orders a brutal attack on his family, Robin swears vengeance on the men responsible, and vows to restore freedom for everyone stuck under his oppressive rule.

Wordless Wednesday 2023

Tuesday, March 28, 2023

ebook | Medusa oleh Heartsara

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama betul tertangguh nak baca ebook ini.. Jalan cerita dan konflik yang disampaikan penulis memang menariklah.. Kisah Khayla yang berkonflik dengan mak saudara dia.. Kemudian berkenaan dengan Luth dan berkahwin.. Menarik novel ini bila penulis letakkan masalah hubungan suami isteri yang kacau bilau iaitu Athira dan Nazif.. Nazif yang berkahwin terlalu awal dan mengikut sahaja kemauan isteri tanpa mahu bertegas.. Kemudian hubungan Luth dan Khayla yang manis, dimana Luth berusaha untuk baikkan Khayla dan keluarganya.. Memang okaylah.. Cuma tu lah.. Tertanya-tanya juga kawan baik Luth, si Luqman tu kerja apa agaknya..

Sha baca dan selesai pada 28.03.2023..

Published by January 1, 2022 by Lawa Lingo Publication
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

US | The Night Agent (2023)

Assalanualaikum..
Hye semua..

Kisah yang bermula dengan pengeboman keretapi bawah tanah dan Peter dituduh sebagai rakan subahat.. Kemudiannya Peter berkerja di Rumah Putih sebagai orang yang menerima panggilan ejen dalam kesusahan.. Selaunya malam Peter berakhir dengan bosan tapi tidak untuk malam tu bila Peter menerima panggilan dari Rose yang meminta tolong bagi pihak makcik dan pakcik dia yang cuba dibunuh.. 

Berdua, mereka mula menyiasat siapa sebenarnya dalang yang ingin melakukan pengeboman dan juga pengkhianat dalam rumah putih.. Memang menarik dan pendek je episod dia.. Seronok juga layan sesekali kisah macam ini.. Owh ya, drama ini adaptasi dari novel tajuk yang sama..

The Night Agent
2023 ‧ Action/Drama/Thriller ‧ 1 season
While monitoring an emergency line, an FBI agent answers a call that plunges him into a deadly conspiracy involving a mole at the White House.

ebook | Platform oleh Arif Nordin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baca buku ini dalam keadaan badan sakit-sakit.. Memang terasa impak dia.. hahaha.. Taklah.. Jalan cerita dia, awal-awal tu agak bosan tapi Sha teruskan bacaan.. Penulis meletakkan misteri dalam cerita dia dan pada Sha sampailah walaupun agak mengelirukan.. Cerita disampaikan secara berselang seli masa kini dan imbas kembali.. Kisah Alfi yang terperangkap di platform keretapi selepas melalui pengalaman aneh.. Alfi bertemu 3 orang lagi yang turut terperangkap dan dalam masa yang sama penulis sampaikan cerita Alfi dan orang yang ditemui secara imbas kembali.. Menarik cuma ada satu persoalan yang tak terjawab.. 

Sha baca dan selesai pada 27.03.2023..

Published May 1, 2022 by Buku Fixi
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Monday, March 27, 2023

Farm Fresh: Farm Yogurt Strawberry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap.. Memang pekat memikat betul.. Tambahan pula ada ketulan kecil strawberi.. Memang bestlah layan.. Sha makan lepas berbuka.. Makan pula sejuk-sejuk.. Sha beli dekat 99 Speedmart..

Farm Fresh: Farm Yogurt Strawberry (Thick & Creamy)
RM2.95 (120g)

Bahagian atas dia.. Putih je..
Strawberry nya di bahagian bawah.. Kena kacau dulu..

Setelah dikacau.. Ada ketulan ketulan strawberi..

Malaysia | Nenek Bongkok Tiga (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Teruja okay nak tengok drama ini.. Hun Haqeem dalam drama ini nampak lain sangat.. 8 orang yang terperangkap di dunia lain.. Sedar-sedar je dah ada dalam kurungan.. Setiap mereka membawa dosa yang tiada siapa pun tahu.. Episod 1 & 2 mendedahkan sedikit demi sedikit setiap kesalahan mereka dan 2 dari mereka hilang dan mati.. Ketika mereka bertemu dengan pasukan penyelamat, tiada siapa pun yang nampak mereka.. Bila sambung tengok sampai episod 6, Ada pula lagu legend zaman kanak-kanak.. Dengar Nenek menyanyi lagu tu, ngeri dan seram.. Hahaha.. Ada lagi 4 episod nak tengok.. Sha tonton atas talian je, dekat Viu..

Nenek Bongkok Tiga
Episod: 10
Tarikh Tayangan di Viu: 9 Februari 2023
Skrip: Azhar Amirulhisyam
Pengarah: Yusry Abdul Halim
Produksi: Independent Pictures Sdn Bhd
Lagu OST: Selamanya Kita - Altimet & Kungfu Heidi

Sinopsis Nenek Bongkok Tiga
Apabila lapan orang terjaga di dalam sebuah rumah agam yang dihuni seorang nenek bongkok tua. Tidak lama kemudian, mereka mula sedar yang mereka telah menjadi tebusan, bukan sahaja di dalam rumah tersebut dan hutan kelilingnya, tetapi juga berada di dalam dimensi yang tidak dikenali. Dengan ancaman jahat yang semakin bahaya, kelapan-lapan tebusan tersebut terpaksa memenangi siri permainan yang dicipta oleh nenek dengan harapan mereka dapat kembali ke kehidupan sebelumnya suatu hari nanti.

Saturday, March 25, 2023

ebook | Antagonis oleh Irsyad Tarudin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha mula baca semasa lepas subuh.. Memang lancar je pembacaan.. Berhenti sebab sidai baju dan smabung semula..

Sha suka garapan penulis mengenai Hisyam yang bercita-cita menjadi penulis.. Bayangkan tersedar disebuah rumah dengan beberapa buah buku yang telah terbit dan punya ramai peminat.. Malah ada buku yang dijadikan filem.. Namun ada perkara tak baik disebalik benjolan di kepala Hisyam.. Serangan yang berlaku tiba-tiba menyerupai babak dalam novel Hisyam.. Bermulalah mimpi ngeri Hisyam dalam usaha menyelamatkan diri dan mencari dalang sebenar.. Penulis tidak menyembunyikan dalangnya.. Suku novel, kita dah tahu siapa dalangnya.. Namun Liyana tak juga kejutan tapi menyentuh perasaan.. Walaupun dah boleh agak tapi pembaca seperti Sha cuba menafikannya.. hehehe..

Tahniah buat penulis untuk sebuah novel yang memberikan emosi pelbagai.. Memang permulaan yang baik.. semoga tajuk-tajuk yang dikongsikan dijadikan novel sebenar.. 

Sha baca dan selesai pada 25.03.2023..

Published by May 1, 2022 by Buku Fixi
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

China | Pursuit (2023)

Assalamualaikum..
Hye Semua..

Kita layan pasukan polis wanita pula.. hehehe.. 1 skuad wanita berada dalam keadaan kucar kacir bila salah seorang ahlinya cedera parah apabila ditangkap dan diseksa.. Ahli yang lain saling menyalahkan.. Namun mereka bangkit semula bila satu figura penting diculik.. Menjalankan misi demi menyelamatkan dan menghapuskan penjahat.. Nampaklah tak berapa real tapi filem kan, hanyalah tontonan.. Sha suka sebab heronya wanita.. Bukan mudah nak bertugas dan mengawal emosi..

Sha tonton di iQiyi.. Tak ada sinopsis..

ebook | Rumah oleh Johan Malek

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini kan.. Penat owh baca.. Sha dah mulakan, jadi Sha habiskan juga walaupun buku ini bermain dengan emosi tahap tak boleh nak fikirlah.. Sha bagi amaran siap-siap, kalau emosi tengah merudum, baiklah jangan baca.. Boleh tambah murung jadinya..

Cerita tentang Akmal yang langsung tak menangi bila ahli keluarga dia meninggal.. Sebaliknya dia tertawa dan kemudiannya mengurung diri dalam rumah.. Keluar sesekali untuk beli barang sahaja.. Tak pernah ambil peduli dengan hal di sekeliling dia.. Sampailah Akmal terjumpa Jasmin yang bersedih dengan kematian kura-kura dia yang namanya Daun.. Melalui Jasmin, Akmal kenal dengan Maya, Mira dan juga Syaz.. Akmal sangat terganggu dengan Jasmin dan kerana itu juga, Akmal terima semuanya tentang Jasmin.. Jasmin yang suka bercakap hal secara rawak.. Emosi Jasmin yang berubah-ubah.. Malah Akmal terima tawaran Jasmin untuk berkerja di kedai alat muzik Jasmin.. Tapi kemudiannya Jasmin mati bunuh diri.. Sekali lagi perasaan Akmal kebas..

Sha baca pada 22.03.2023 dan selesai pada 24.03.2023..

Published by June 3, 2022 by Buku Fixi 
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Friday, March 24, 2023

Vietnam | Furies (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tolong jangan tengok dengan anak-anak ye.. Cerita yang ganas.. Lin mengumpulkan 3 gadis dan menjadikan mereka pahlawan untuk menentang kekejaman yang dilakukan oleh lelaki.. Menarik masa 3 gadis tu berlawan.. Bila dah separuh  cerita bergeral baru tahu kenapa Lin buat apa yang dia buat.. Ada dendam antara Lin dan mereka-mereka yang dibunuh.. Masa inilah perancangan Lin mula huru hara.. Perang yang nampak macam berat sebelah tapi ceritakan.. Walau apa pun diorang tetap kena lawan.. Sama ada membunuh atau mati dibunuh.. Tapi penamat dia memanglah tak disangka..

Furies
2022 ‧ Action/Tragedy/Crime/Thriller ‧ 1h 49m
Director: Veronica Ngo
Writers: Nha Uyen Ly Nguyen (screenwriter), Veronica Ngo (screenwriter), Nguyen Truong Nhan (screenwriter)
Cast: Veronica Ngo, Song Luan, Thuan Nguyen, Dong Anh Quynh, Thanh Nhien Phan, Toc Tien, Rima Thanh Vy
A mysterious woman trains a trio of girls to take revenge on a criminal gang that abuses females. The three lady warriors risk everything to challenge this corrupt empire.

China | Next Stop Your World (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini adaptasi dari drama Korea bertajuk W - Two Worlds.. Walapun episod dia banyak tapi 1 episod dalam 11 minit je.. Tak adalah lama mana pun.. Sekejap je dah habis.. Sweet lah.. Lebih kurang drama Korea cuma perjalanan cerita tu lebih pendek dan padat.. Hehehe.. Pelakon pun sweet je..

Drama: Next Stop Your World
Also Known As: W, W-liang ge shi jie, W - Two Worlds, Xia Yi Zhan Ni De Shi Jie
Genres: Thriller, Comedy, Romance, Fantasy
Country: China
Episodes: 24
Aired: Feb 16, 2023 - Mar 7, 2023
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday
Original Network: Tencent Video
Duration: 11 min.
Wu Yan Zhu, a trainee doctor in the real world, who accidentally broke into the world of the comic "W", drawn by her father Wu Cheng Wu, met the comic actor Jiang Zhe, and a series of thrilling events and sweet love story begins.

ebook | Coffee Book by Radhia Shehaibi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Koleksi puisi berbahasa Inggeris yang menjadikan kopi sebagai tema.. Tak sangka kopi mampu dijadikan subjek yang pelbagai untuk menyampaikan emosi manusia.. Memang menarik.. Sambil minum secawan kopi, Sha membaca ebook ini waktu sahur pagi tadi.. Memang layan.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 24.03.2023..

Published by December 16, 2014 by Lulu.com
Koleksi peribadi Sha.. Sha dapat percuma dan baca di aplikasi Google Play Books..

Thursday, March 23, 2023

Kapal Api Signature: Strong Black Coffee dengan Gula Aren

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang kuat kopinya walaupun masih manis.. Tapi bila tambah ais, sedaplah.. Memang segar biji mata sebab kopi dia power.. hehehe.. Sha beli kopi-kopi ini dekat Segi.. Kalau dekat kedai lain, harganya mahal.. RM3 lebih.. Memang tak lah kan.. Kalau pembaca nak cuba, sekarang ini dekat Segi tengah promosi.. Harganya jadi RM2.49 sebotol..

Kapal Api Signature: Strong Black Coffee dengan Gula Aren
RM2.70

Sha tambah gula.. Minum dekat pejabat semalam pagi.. Belum puasa lagikan.. hehehe..

ebook | Rahsia-rahsia Puasa oleh Abu Hamid al-Ghazali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sajalah imbas semula apa yang pernah dipelajari sebelum ini.. Lagipun bukunya nipis je.. Permulaan Ramadan yang indah.. Buku ini pula baru ada dalam aplikasi Cereka, jadi kita layanlah.. Kita refresh kembali apa yang kita tahu mengenai bulan Ramadan dengan menghayati buku ini..

Sha baca dan selesai pada 23.03.2023..

Published by April 1, 2021 by Biblio Press
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Salam Ramadan 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wednesday, March 22, 2023

ebook | Uncle Doktor, Nak Tak Jadi Papa Niny? oleh Shima Rostam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Niny seorang anak yang genius dan kekurangan kasih sayang ayah.. Niny juga melihat segala kesengsaraan yang dilalui ibunya.. Hidup Niny berubah bila Uncle Doktor muncul.. Uncle Doktor ataupun Doktor Sam terus jatuh sayang dengan keletah Niny.. Dari situ bemulalah misi memikat mak Niny.. Memang kelakar dan sweet walaupun nampak seperti memaksa namun usaha yang ditunjukkan tu sweet..

Novel ini menarik sebab setiap konflik, penulis tunjukkan penyelesaiaannya dengan rasional.. Macam kes Lini yang diganggu secara seksual di tempat kerja, penulis tunjukkan bagaimana pentingnya untuk adabukti dan laporkan pada HR.. Perkara seperti tu tak patut berlaku dalam pejabat.. Status janda bukan penyebab untuk biarkan diri dibuli.. 

Sha baca dan selesai pada 21.03.2023..
Published November 1, 2019 by Shima rostam book & sanwich
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Kapal Api: White Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Trademark dia memang manis agaknya.. hehehe.. Kopi ini pun manis.. Ini kopi susu.. Terasa manisnya.. Sha cadangkan tambah ais.. Baru sedap nak minum.. Kurang sikit manis dia.. hehehe..

Kapal Api: White Coffee
RM2.70 (200ml)

ebook | Dia Cikgu Tadika oleh Izma Qahiera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka novel ini.. Kelakar tapi berinformasi.. Kisah Suhaimi yang bertukar kerjaya dari akauntan kepada cikgu tadika.. Pandangan Bariah pada Suhaimi agak sinis tambahan lula bila nama panggilannya Cikgu Mimi.. Awal-awal kerja pun mereka dah bertekak tak sefahaman.. Pada Suhaimi, Bariah pembantu sahaja tak layak nak menegur dia yang berkelulusan.. Tapi bila ditegur dengan mak sendiri, barulah Suhaimi mula berlapang dada dan berbaik-baik dengan Bariah..

Sha suka cara penulis menggarap cerita ini.. Konflik emosi seorang guru praktikal, tingah laku yang sambil leawa namun berubah bila ditegur, semangat seorang pembantu murid.. Satu lagi sikap Bariah yang berusaha untuk belajar, sanggup mengambil anak angkat dan sudi menerima teguran tatkala melakukan kesilapan.. Memang bestlah.. Tahniah buat penulis..

Sha baca dan selesai pada 21.03.2023..

Published by January 1, 2019 by Anaasa Publication
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Wordless Wednesday 2023

Tuesday, March 21, 2023

Golden Prawn Peanut Crisp

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak layan gula-gula udang ini.. Hehehe.. Dulu plastik dia boleh makan sekali.. hehehe.. Sekarang ini dah tak ada dah.. Tapi rasa tetap ohsem.. Bahagian dalam ada kacang hancur dan disaluti gula-gula nipis.. Memang layan..

Golden Prawn Peanut Crisp
RM3.90

Dapatlah sebekas buat kunyah-kunyah..

Kapal Api Signature: Original Black Coffee dengan Gula Aren

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Padu gila rasa kopi dia.. Cuma agak manis.. Sha tambah ais untuk kurangkan rasa manis dia tu.. Tapi memang bestlah kopi dia.. Pekat melekat.. 

Kapal Api Signature: Original Black Coffee dengan Gula Aren
RM2.70 (200ml)

Tambah ais.. Pekat kopinya.. Memang layan..

Monday, March 20, 2023

Coretan 20 Mac 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bermula langkah baru buat Amani.. Melangkah ke tingkatan 1.. Walaupun tanpa kawan-kawan dari sekolah rendah, InsyaAllah Amani pasti okay.. Mak yang debarebih.. Mula-mula memang rasa kekok tambahan pula bila Amani diletakkan di kelas paling hadapan.. Mak yakin kakak boleh buat.. Mak dan ayah sentiasa menyokong kakak.. Terus melangkah, semoga yang baik-baik sahaja buat kakak..

Amani masih kekok pakai tudung dua lapis..

Imani dah melangkah ke sekolah tanpa kakak.. Tahun ini dah darjah 4.. Semoga adik baik-baik sahaja.. Kena berdikari tanpa kakak.. Boleh pula mak lupa bagi duit belanja.. huhuhu.. Mujurlah jumpa adik masa latihan merentas desa.. Boleh mak bagi duit.. hehehe..

McD: Caramel Cream Cheese Pie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pie baru.. Tergoda dengan perkataan cheese tu tapi terjatuh cinta dekat sos karamel dia.. Memang tak kedekutlah inti dia.. Masa makan tu sos karamel dia meleleh okay.. Satu lagi, sedap je makan walaupun dah sejuk.. Kalau panas memang extra bestlah kan.. Boleh beli lagi.. Sedap di tekak Sha.. hehehe..

RM4.25

Caramel dia tak kedekutlah.. Ohsem..

ebook | Teman Sekalbu oleh Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita yang ringkas, manis namun menyedihkan.. Sha beli ebook ini dari penulis.. Memang syoklah baca.. Ceritanya ringan namun sedikit sedih.. Kisah Nadine yang tak berkawan dipertemukan dengan Fahri atau lebih tepat sengaja Fahri dekati.. Fahri nak pastikan Nadine berkawan dengan dia tapi tu lah.. Fahri tak panjang usia.. Sedihlah.. Tak baik tau penulis.. Huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 17.03.2023..

Published by January 1, 2022 by Lawa Lingo Publication
Koleksi rak maya Sha..

Sunday, March 19, 2023

McD: Blueberry McFlurry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim baru dari McD.. Saja cuba nak tengok persembahan dan rasa dia.. Pergh!! Berbaloi.. Bahagian atas tu ada serbuk biskut.. Aiskrim vanila yang digodak bersama sos blueberry.. Ada ketulan blueberry juga ya kawan-kawan.. Memang layan..

RM6.84

Banyak gila blueberry dia.. Puas hati..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com