2018 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Monday, July 23, 2018

Kau Pertama Aku Kedua oleh Fitri Hussin

July 23, 2018
Kau Pertama Aku Kedua oleh Fitri Hussin
Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang sangat-sangat menarik.. Mengenai remaja sekolah dan persahabatan.. Kisah lima orang sahabat yang berkawan baik.. Mereka ialah Zamri, Tamrin, Beng, Mat Kartun dan Komeng.. Mereka hanyut dalam menempuh zaman remaja.. Berpeleseran, melakukan aktiviti yang tak bermoral, bergaduh, ponteng sekolah.. Mereka leka dengan keseronokkan sementara, namun begitu kesedaran datang juga.. Bila kebaikan semakin dekat, semakin banyak ujian yang datang mengganggu.. Persahabatan jadi taruhan dan pengajaran datang dalam bentuk yang tak terduga.. Namun mereka gagah melangkah menempuh cabaran.. Semuanya dengan sokongan dan kasih sayang keluarga..

Sha baca dan selesai pada 22.07.2018.. Buku yang menarik untuk dibaca..

(ebook - PNM e-Reader)
Read More

Awek Mata Bundar oleh Abe Krambit

July 23, 2018
Awek Mata Bundar oleh Abe Krambit
Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini adalah pengalaman sebenar penulis.. Semuanya kerana tersalah tegur dan tersalah main mata.. Mohsin diganggu secara teruk dan menyeramkan.. Dimana-mana sahaja, Awek Bermata bundar itu akan memunculkan diri.. Sehinggakan ke tempat kerja, dalam rumah dan dalam kereta.. Bila Mohsin mula membongkar kematian Atikah si Awek Mata Bundar, ada cerita lain turut terbongkar.. Sampaikan nyawa mula menjadi permainan.. Dalam pada merawat diri, Mohsin telah tersalah tempat.. Gangguan berganda datang mengganggu.. Makin teruk Mohsin dibuatnya.. Bila manusia mencari keuntungan, orang lain yang menjadi mangsa..

Sha baca dan selesai pada 22.07.2018 dalam masa 2 jam sahaja..

Sambil membaca sambil makan nasi goreng dan minum teh o (perisa limau & halia).. 
Read More

Sunday, July 22, 2018

Imani & Action Song - Pertandingan

July 22, 2018
Imani & Action Song - Pertandingan
Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam pagi, Sha bawa Imani ke pertandingan Karnival Bijak Pra Sekolah Peringkat Zon 6.. Sampai awal, malangnya pertandingan mula lambat.. Kesian dekat anak-anak terpaksa menunggu dengan lama.. Faham ajalah budak, bila lama menunggu mulalah buat perangai.. 

Imani dan kawan-kawanya dapat hadiah saguhati.. Alhamdulillah.. Walaupun persiapan dibuat dalam masa yang singkat namun kesungguhan cikgu dalam melatih anak-anak ini sangat Sha respect.. Pra Sekolah Imani menyertai kesemua pertandingan yang dianjurkan iaitu Action Song, Perkusi (main alat muzik dengan bahan terbuang), Azan, Hafazan, Nyanyian Solo, Bercerita Bahasa Melayu & Bercerita Bahasa Inggeris.. Memang terbaiklah..

Bila melihat ada juga anak-anak yang datang tanpa ibu bapa, kesianlah juga tapi kadang-kadang kekangan masa dan tuntutan kerja menghalang penglibatan ibu bapa ini.. Apa pun, Sha suka tengok anak-anak ini gembira walaupun dapat hadiah saguhati..

Imani dah di siapkan.. kikiki.. Suka dia..

Tengah menunggu giliran untuk persembahan..

Sementara menanti pengumuman pemenang, kita makan dulu.. Makan sendiri, tak nak disuap..

Yeah!! Terima hadiah.. Tahniah semua..
Read More

Sasar oleh Syaihan Syafiq

July 22, 2018
Sasar oleh Syaihan Syafiq
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Firstly, novel ini tak sesuai untuk bacaan bawah 18 tahun.. Sila pantau anak anda.. Sha baca sebab tertarik dengan gaya penulisan penulis ini.. Ini buku ke 4 tulisan beliau yang Sha baca.. Memang menarik.. Misteri, thriller dan sedikit seram..

Memang tersasar habislah tekaan Sha ketika membaca dan meneka apa sebenarnya yang cuba disampaikan penulis.. Tekaan awal pembacaan, pertengahan dan juga penamatnya.. Penulis menyampaikan isi Sasar dari sudut watak yang bertukar-tukar bagi setiap bab.. Menjadikan buku ini seronok dan begitu mengujakan untuk dibaca.. Cuma ada sesetengah babak agak kurang sesuai dibubuh.. Tak ada pun tak mencacatkan cerita.. Yang pasti berbaloi Sha baca..

Watak aku diawal cerita menyampaikan perasaan takut akibat ternampak sesuatu yang tak sepatutnya dari situ cerita pun bermula.. Dari watak Aku, beralih kepada watak Sha, watak mereka yang dibunuh dan watak yang membunuh.. Semuanya diterangkan dan kenalah pembaca cantumkan untuk mendapatkan jawapan..

Sha mula baca pada 20.07.2018 dan selesai pada 21.07.2018.. Yeah!!

(ebook - PNM e-Reader)
Read More

Saturday, July 21, 2018

Koleksi Buku Julai 2018

July 21, 2018
Koleksi Buku Julai 2018
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang tak pernah lagi terlepas untuk beli buku-buku yang penulis ini terbitkan.. Kali ini buku yang Sha beli adalah koleksi cerpen seram bertajuk Seriau yang mana beliau bertindak sebagai penulis dan juga penyelenggara dan novel yang beliau tolong jualkan bertajuk Awek Bermata Bundar..

Kombo yang ditawarkan memang sangat-sangat berbaloi pada Sha.. Dua buah novel ini Sha beli dengan harga RM58 termasuk postage tau..

Inilah dua buku tu.. Selamat sampai ke tangan Sha pada 20.07.2018..
Seriau tu tebal tau.. Setakat ini memang Sha puas hatilah beli novel beliau.. Berbaloi dengan duit yang Sha keluarkan.. Korang kalau nak beli bolehlah mesej beliau di Facebook Tajul Zulkarnain II..
Read More

Thursday, July 19, 2018

Tempoyak Goreng

July 19, 2018
Tempoyak Goreng
Assalamualaikum..
Hye semua..

Best betul jalan-jalan dekat blog Kak Farah.. Ada je resepi yang mudah dan senang nak dibuat yang Kak Farah Share.. Kali ini resepi tempoyak goreng.. Bila Sha buat, Sha akan olah ikut kesesuaian Sha.. Bukan apa, selera kita dengan selera orangkan tak sama.. Resepi asal boleh tengok di SINI..

Tempoyak Goreng
Bahan-bahannya:-
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.
 
1 biji bawang merah/besar
2 ulas bawang putih
8 tangkai cili api & 1 tangkai cili merah (boleh guna cili merah/hijau)

 
 Petai yang dah dibuang kulit. Tak nak bubuh pun takpe.. Terpulang anda.. Sha memang suka petai..

 
 Segenggam kecil ikan bilis, digoreng hingga rangup dan diketepikan.

 
 Tempoyak

Cara memasak:-

 
 Cili padi, Cili merah, Bawang merah dan bawang putih ditumbuk.. Nak kisar atau hiris sahaja pun boleh.. Terpulang..

 
 Panaskan minyak. Tumis bawang besar/bawang merah, bawang putih dan cili api yang dah ditumbuk. Boleh masukkan gula dan garam..

 
 Masukkan tempoyak dan kacau-kacau di atas dapur sehingga tempoyak masak dan bertukar warna.

 
 Masukkan petai dan biarkan sekejap..

 
 Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Gaul sekata. Angkat dan hidangkan.

 
 Sambal tempoyak goreng dah siap.. Bolehlah disimpan di dalam peti ais.. Sha buat banyak.. Bila nak makan, cedok dalam bekas lain dan makan dengan nasi..
Read More

Imani & Action Songs

July 19, 2018
Imani & Action Songs
Assalamualaikum..
Hye semua..

Imani terlibat dengan pertandingan Action Songs peringkat Sekolah.. Mula tu macam tak percaya je bila cikgu dia cakap, dia yang offer diri.. Bila dah tengok latihannya memang nampaklah dia bersungguh.. Tapi bebudak kan, ada la masanya macam main-main.. Disebabkan pertandingan dah dekat, Isnin dengan Selasa kelmarin Sha kena bawa Imani ke sekolah pukul 6 petang untuk latihan.. Layankan jelah.. Bukan selalu kan.. Tu belum lagi nak mencari Legging dan juga Inner hitam.. Jenuhlah nak pusing Tanjung Malim dan Slim River.. Pertandingannya dah dekat pula itu..

Action Songs ini "Children's Music that Calls for Movement, Participation and Dance"..
 
Berlatih atas pentas sebab hari ini (18.07.2018) nak buat persembahan.. Latihan last sebelum pertandingan..
Read More

Wednesday, July 18, 2018

Drama Suri Ram (2018)

July 18, 2018
Drama Suri Ram (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ini bukanlah berani sangat.. Tapi drama ini macam menarik lah pula.. Kisah pasal Suri yang boleh melihat makhluk halus.. Suri ini tak berapa suka bergaul dengan masyarakat namun tak menolak bila diminta membantu orang kampung yang dalam kesusahan.. Suri ini memang nampak misteri je bila tak nak bergaul dengan orang kampung dan suka menyendiri tapi baik hati.. Selalu ditemani Akhbar pemuda bisu.. Setiap episod hanya 25 minit je.. Hantu pun berbeza dalam setiap episod.. Setakat ini baru tengok 7 episod.. Suri masih lagi mencari diri dia..

Drama ini ditayangkan di Astro Prima/Astro Maya HD..
Read More

Baca Online di Portal Ilham

July 18, 2018
Baca Online di Portal Ilham
Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru ini Sha baca novel online Lelaki Langit Bumi dekat Portal Ilham.. Memang best.. Jadinya Sha akan cuba singgah setiap dua atau 3 hari sekali untuk tengok bab baru.. Bila tak ada bab baru, sajalah usha-usha cerpen dan novel lain yang ada dekat Portal Ilham itu..

https://www.portalilham.my/

Antara cerpen/novel yang Sha berjaya baca ialah:-
 Walaupun ada kekurangan, tatabahasa tunggang langgang, namun ceritanya menarik.. Kalau ditulis semula pasti akan jadi lebih baik.. Cuma olahan cerita itu perlu diperincikan..

Pendek, padat dan menyeramkan.. Serius.. Kalau tak caya, gilah baca.. Hohoho..

Seram Bersiri oleh Ruby Annas
5 kisah seram dengan 5 tajuk berbeza.. Menarik dan puas dibaca..
Read More

Giveaway Sampul Raya Fashion Valet 2018 by Siqahiqa.com

July 18, 2018
Giveaway Sampul Raya Fashion Valet 2018 by Siqahiqa.com

Tuesday, July 17, 2018

Diari Mat Despatch: Naluri Ayah oleh Bahruddin Bekri

July 17, 2018
Diari Mat Despatch: Naluri Ayah oleh Bahruddin Bekri
Assalamualaikum..
Hye semua..

Diari yang sempoi dan mengujakan.. Ada 5 siri untuk Diari Mat Despatch ini.. Buku yang Sha baca ini buku kelima.. Pasal naluri seorang ayah.. Ayah kepada Mat Despatch ini.. Memang menarik bila penulis menerangkan sisi seorang ayah yang menyayangi anaknya namun tidak tahu macam mana mahu meluahkan perasaan itu.. Sangat seronok dan bermanfaat..

Kita selalu sangka yang ayah tak sayang kita, tapi sebenarnya mereka tak tahu macam mana nak luahkan perasaan itu.. Itu je..

Sha baca pada 13.07.2018 dan selesai pada 16.07.2018.. Padahal nipis je buku ini.. Tapi banyak gangguan kan tu yang lambat habis.. Gangguan berbentuk makanan.. Hahaha..

(ebook - PNM e-Reader)
Read More

Berenang Bersama Sepupu

July 17, 2018
Berenang Bersama Sepupu
Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila sesekali balik kampung dan berjumpa dengan sepupu, apa lagi jomlah mandi kolam.. Kikiki.. Bebudak mana yang tak suka air kan.. Anak buah Sha yang lelaki tu baru setahun umurnya.. Tengah mbuk berjalan.. Bila dapat main air dengan Amani dan Imani, kena buli dengan Imanilah dia.. kikiki.. Abang sado tapi diam je bila Imani buli dia.. Teruja nak balik rumah atuk sebab ada Sepupu, kolam dan basikal.. Siap tidur dalam kereta sepanjang jalan sebab nak main puas-puas rumah atuk..

Patutnya Sha berbekam.. Tapi sebab sampai dah lewat, tak jadilah.. Lepas berbekam, memang kena rest sekejap.. Badan tu penatkan sebab keluarkan darah.. Lain kalilah baru berbekam..

 
15.07.2018
Read More

Monday, July 16, 2018

Buku Nilam Amani

July 16, 2018
Buku Nilam Amani
Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila ada anak sekolah, setiap hari kena ingatkan pasal kerja sekolah.. Tambah kalau hari Jumaat, lagilah sebok.. Mana nak suruh anak basuh kasut sekolah.. Nak pantau buat kerja sekolah lagi.. Amani memang Sha akan suruh basuh kasut sekolah petang Jumaat.. senang kalau hujan pun ada dua hari untuk kasut kering.. Kerja sekolah pun macam tu.. Jumaat malam memang Sha suruh buat bagi siap.. Sebab Sabtu & Ahad kadang nak berjalan, nak tengok kartun.. Senang..

Jumaat (13.07.2018) Sha dah ingatkan Amani suruh siapkan kerja sekolah.. Amani cakap tak ada kerja sekolah.. Cuma nak isikan buku NILAM (Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM) je.. Kena bubuh 15 buah buku cerita.. Dari hari Jumaat suruh buat sampailah ke hari Ahad, tak siap-siap.. Memang Ahad tu membebel-bebel lah Sha.. Sebab Ahad tu nak balik kampung hantar MIL.. Sambil tolong Amani isi buku NILAM, sambil Sha membebel.. Mak mak kan memang kuat membebel.. Kikiki..

Bila tanya betul-betul, rupanya buku NILAM tu dari awal tahun hari tu dah kena isi, tapi Amani tak beli.. Amani baru je beli hari Jumaat hari tu.. Bayangkan sepatutnya dalam buku NILAM tu dah ada 45 buah buku cerita punya maklumat.. Kena buat dalam masa 2,3 jam.. Memang tak siaplah.. Dapat buat dalam 20 buah je rasanya.. Kat rumah mana ada sangat buku kanak-kanak.. Sha tak beli sangat sebab Amani tak pandai nak jaga lagikan.. Karang kalau isi novel-novel Sha, mau tergamam cikgu nengok buku NILAM Amani.. kikiki..

Amani ini kalau ikutkan memang rajin membaca sebab Sha rajin pinjam buku kanak-kanak dari Perpustakaan tempat kerja Sha.. Cuma dia tak bagi tahu kena isikan dalam buku NILAM je.. Kalau tak memang lebih 45 buah dah..

 

Apakah itu Program NILAM?
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Sumber dari SINI..
Read More

Koleksi Pinjaman Buku di PNM e-Reader

July 16, 2018
Koleksi Pinjaman Buku di PNM e-Reader
Assalamualaikum..
Hye semua..

Agak-agak bosan baca buku fizikal, sha beralih pada PNM e-Reader.. Walaupun kepuasan membaca tu tak maksimum macam pegang sebuah buku, namun Sha tetap membaca.. sekarang ini momentum membaca macam perlahan sangat.. Ini tengah cari momentum balik ini sebenarnya.. Itu yang cuba belek-belek PNM e-Reader.. Kotlah ada novel atau buku yang menarikkan.. Sha pinjam buku-buku dibawah ini..

Ada novel yang dialih bahasa, ada novel sains dan ada novel islamik..
Saya, Sherlock & Lupin (Babak Terakhir Opera) oleh Irene Adler
Diari Mat Despatch: Naluri Ayah oleh Bahruddin Bekri
Frankenstein - Edisi Bahasa Melayu oleh Dali Fazuri
Jihad Mardina oleh Fida Rohani
Opera Angkasa oleh Nazri M. Annuar
SASAR oleh Syaihan Syafiq
Read More

Sunday, July 15, 2018

Sambal Tempoyak Udang Petai

July 15, 2018
Sambal Tempoyak Udang Petai
Assalamualaikum.. 
Hye semua.. 

Disebabkan semalam Sha dapat tempoyak, petang tu juga Sha gi cari udang dan petai..  Sha pun apa lagi, cubalah buat Sambal Tempoyak Udang Petai.. Alhamdulillah, cubaan pertama menjadi.. Cumanya Sha pakai cili kering kisar, bukan cili padi tumbuk.. Tapi sedap juga.. Kikiki.. Sambil menaip ini pun telan air liur.. Sedap.. Memang sedap.. Kalau tak, tak adalah encik suami puji.. Kikiki.. 

Sambal Tempoyak Udang Petai
Bahan-bahannya:-
1/2kg Udang
4 papan petai (dikopek)
2 sudu besar Tempoyak
Cili kisar (cili kering, bawang merah, bawang putih & halia) 
Serai

Cara Memasak:-
Tumis cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan tempoyak dan biarkan mendidih.. Setelah mendidih, bolehlah masukkan petai, udang dan serai.. Jangan lupa bubuh garam, gula dan sedikit air.. Supaya sambal tak terlalu kering.. Biarkan hingga udang masak.. 

Bahan utama.. Petai, tempoyak & udang.. 

Tumis cili kisar sampai naik bau.. 

Masukkan tempoyak dan biar mendidih.. 

Kemudian masukkan udang dan petai.. Perasakan dengan garam dan gula.. Boleh tambah air sekiranya sambal nampak terlalu kering.. 

Dah siap.. Marvellous.. 
Read More

Durian Kampung

July 15, 2018
Durian Kampung
Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Alhamdulillah.. Memang rezeki Sha dapat pengasuh anak yang baik.. Sha beli durian kampung 10 biji dengan harga RM50.. Pergi ambil dekat kampung pengasuh di Felda Trolak, Perak.. Siap dijamu makan 3 dulang durian.. Puas makan durian.. Dah lama tak merasa makan durian..

Memang betul-betul rezeki.. Bukan saja dapat durian siap dapat buah tangan lagi.. 

10 biji ini RM50
Kalau ikutkan, Sha minta untuk beli 10kg (sekilo RM5) tapi yang ini encik suami bawa, katanya dekat 15kg..

Dapat pula lagi dua biji durian baru luruh dari pokok.. 

4 biji asam gelugur ini diberi sebagai buah tangan.. Inilah yang dihiris nipis-nipis untuk dijadikan asam keping.. Nanti Sha buat, Sha share dalam blog ye.. 

Sebekas tempoyak (bekas taufufah yang standard tu) 

Sebungkus asam keping.. 

Nikmat Allah mana lagi yang nak kau dustakan.. Sha doakan semoga keluarga pengasuh anak Sha ini dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.. 

Talam pertama yang dihidangkan.. Tak lama lepas tu keluar talam kedua dan ketiga bersama cekodok durian.. Memang puas makanlah sampai nampak durian je lepas tu.. Kikiki.. Kenangan 14 Julai 2018..
Read More

Saturday, July 14, 2018

Resepi Mee Ramen

July 14, 2018
Resepi Mee Ramen
Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Sha makan ramen.. Taklah.. Mee je mee ramen.. Sha buat mee goreng biasa je.. Cuma guna mee ramen, tak guna mee kuning.. Senang dan tak ada rasa kapur.. Resepi kali ini tak ada tutorial sebab dah kalut-kalut nak hantar Imani ke sekolah.. Bahan pun apa yang ada kat rumah je.. Kalau banyak seafood lagi sedap.. Kikiki.. 

Inilah mee ramen tu.. Dalam bungkusan ini ada 3 pek kecil.. Sha suka mee ini sebab tak ada rasa kapur.. Bilas dengan air paip je dah cukup.  Tak payah nak basuh dengan air panas ke apa.. Masak pun senang.. 

Resepi Mee Ramen
Bahan-bahannya:-
Sebungkus Mee Ramen
Semangkuk sotong yang dah dipotong
Semangkuk lobak merah dihiris halus
Seulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu cili giling/blend
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 biji telur
Minyak untuk menumis

Cara Memasak:-
Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Panaskan kuali dan tumis bawang yang ditumbuk tadi.. Setelah naik bau, masukkan cili giling dan tumis hingga cili garing.. Kemudian masukkan lobak merah dan sotong.. 
Masukkan mee ramen, sos cili, sos tiram dan kicap pekat.. Gaul rata dan buat lubang di bahagian tengah kuali.. Pecahkan telur dan kacau mee bersama telur bagi sekata.. Biarkan 2-3 minit.. Mee dah siap.. 

Basuh mee dengan air paip dan lerai-leraikan mee.. 

Telur, lobak merah dan sotong.. 

Dah siap.. 
Read More

Pre Order Zine Kisah Seram

July 14, 2018
Pre Order Zine Kisah Seram
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

 Pre order secara rasmi telah dibuka.. Jangan tunggu-tunggu lagi Jomlah order.. Zine kisah seram part 1 ini berharga RM15 sahaja untuk SEMENANJUNG MALAYSIA. RM17 sebuah untuk SABAH SARAWAK. HARGA TERMASUK POSTAGE. Murah kan? apa lagi, jomlah order sekarang. Zine ni Print On Demand tau. Siapa cepat, ada sesuatu menanti anda.. Confirm tak rugi sebabnya kisah seram yang ada dalam ni semuanya meletup-letup. Tempahan dibuka sehingga hujung bulan Julai 2018.. Jangan lambat-lamabat nanti terlepas..

Macam mana nak order??
PM je admin di Facebook Tulip Press
 
https://www.facebook.com/tulip.press.96
Read More

Friday, July 13, 2018

Ambil Kad Loparan Amani & Imani

July 13, 2018
Ambil Kad Loparan Amani & Imani
Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi pergi sekolah Amani dan Pra Sekolah Imani untuk ambil laporan.. Alhamdulillah.. Kedua-duanya ada perkembangan yang menarik..

Amani tidak ada sebarang masalah.. Cuma kena pastikan momentum pembelajaran dia kekal je.. Keputusan pun Alhamdulillah ada peningkatan.. Kena pastikan dia rajin buat latihan dekat rumah..

Imani pula ada perkembangan yang baik.. Cepat tangkap dan mudah belajar.. Boleh membimbing rakan lain.. Cuma tu lah, cepat sentap dan merajuk.. Adoilah anak.. Kat rumah pun sama..
Read More

Kerana Engkau Nyawaku oleh Fathi Fatim

July 13, 2018
Kerana Engkau Nyawaku oleh Fathi Fatim
Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak membaca dengan PNM e-Reader.. Semalam bos suruh tengok buku ilmiah yang available dekat PNM e-Reader.. Sambil-sambil itu, kita scroll lah sekali novel best-best.. Terjumpa la novel ini.. Baca sinopsis macam menarik.. Sha pun pinjamlah.. Bila dah start baca, tak boleh nak berhenti.. Awal-awal dah ada teka teki yang perlu diselesaikan.. Masuk bab berikutnya, Sha tertarik dengan kisah budak sekolah di sekolah dan kahwin awal.. 

Baca bab 14 buat Sha menangis kesedihan.. Perasaan sedih tu bukan dibuat-buat.. Gaya penceritaan penulis memang berjaya sampai ke hati Sha.. Macam magis.. Bila part Esman dengan anak dia Hanina rasa berbunga-bunga je.. Memang sayang sungguh Esman dengan anak dia.. Terharu tengok kasih sayang Esman..

Gaya penceritaan ini dari dua sudut watak.. Separuh pertama dari sudut Esman.. Dan separuh lagi dari sudut Jauza.. Perempuan kedua yang hadir dalam hidup Esman.. Perhubungan antara Esman dan Jauza bermula dengan rakan sekerja dan berakhir dengan suami isteri.. Konflik dalam novel ini pun tak adalah serius sangat tapi mewarnai cerita dalam ni.. Lama tak rasa berbunga-bunga bila baca novel.. Novel cinta tapi ada isi dalamnya.. Konflik remaja sekolah, konflik adik beradik, konflik suami isteri dan konflik bekas menantu dengan bekas mertua..

Sha baca pada 11.07.2018 dan selesai pada 12.07.2018..

 
(ebook - PNM e-Reader)
Read More

Thursday, July 12, 2018

Resepi Spageti Spiral Ikan Bilis

July 12, 2018
Resepi Spageti Spiral Ikan Bilis
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa resepi ini dekat blog kak Farah.. Boleh klik SINI.. Cumanya Sha improvised sikit.. Bukan apa, guna bahan yang memang ada dekat rumahkan.. Satu lagi nak habiskan Spiral tu.. Hari tu guna setengah bungkus.. Ada baki lagi setengah bungkus..

Spageti Spiral Ikan Bilis
Bahan-bahannya:
Ikan bilis (segenggam kecil) digoreng
3 ulas bawang putih (ditumbuk hingga halus)
3 tangkai cili padi & 1 tangkai cili hijau (ikut tahap kepedasan yang digemari)
Planta untuk menggoreng ikan bilis & menumis
Spageti Spiral untuk 2-3 orang makan (direbus)
Sedikit air rebusan spageti
Kiub ikan bilis

Cara Memasak:-
Goreng ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumis bawang putih dan hirisan cili dalam kuali yang sama.
Masukkan spageti, kiub ikan bilis dan air rebusan. Biar masak buat seketika.
Akhir sekali masukkan ikan bilis dan kacau hingga sekata. Tak payah bubuh garam dah sebab kiub ikan bilis dan ikan bilis goreng tu dah cukup masin..
Sedia untuk dihidangkan..

Resepi asal boleh tengok SINI ye..

Tutorial Memasak seperti di bawah:-

Spageti Spiral yang dah direbus
Cili padi, cili hijau dan bawang putih
Air rebusan Spageti
Ikan bilis yang dah dibasuh

Bawang putih sha tumbuk lumat..Tak nak tumbuk pun okay je.. Ikut selera masing-masing..

Cairkan mentega.. Sha pakai Adele.. Nak pakai minyak pun boleh..

Gorwng ikan bilis bagi garing.. Kemudian angkat dan ketepikan.. 

Dalam kuali yang sama tumiskan bawang putih dan hirisan cili tadi.. 

Masukkan Spageti, air rebusan Spageti dan kiub ikan bilis.  

Last sekali masukkan ikan bilis.. 

Dah siap.. Memang bestlah rasa dia.. Tak sangka pula sedap.. Gabungan ikan bilis dan Spageti tu ohsem tau.. Kalau ada herbs mesti lagi best.. 
Read More