Monday, December 10, 2018

Bantuan Sara Hidup 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kini telah ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diteruskan pada tahun 2019. Namun begitu tidak semua penerima BRIM layak menerima bantuan kali ini. Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan diedarkan selepas 5 Februari, iaitu selepas perayaan tahun baru Cina. Berkemungkinan besar edaran BSH 2019 akan berlangsung pada akhir bulan Februari atau awal bulan Mac kerana tempoh permohonan telah ditangguhkan selama sebulan. Faktor tarikh pembukaan pendaftaran lambat dibuka disebabkan pengguna kaedah baharu.

Kerajaan akan terus memberikan bantuan dan menambah baik BSH 2019 kepada golongan berpendapatan rendah B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar serta bergantung kepada saiz isi rumah. BSH juga menyediakan tambahan RM120 kepada penerima yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah.

Mereka yang layak mendapat BSH ialah:
1. Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah - Jumlah BSH RM1000 + RM120/anak
2. Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2001 hingga RM3000 - Jumlah BSH RM750 + RM120/anak
3. Isi Rumah berpendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000 - Jumlah BSH RM500 + RM120/anak

(Jumlah kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiapa anak berumur 18 tahun kebawah namun ianya terhad kepada 4 orang anak kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka)


Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019

Bagi permohonan pertama kali, ini adalah cara untuk anda memohon BSH 2019. Jika anda seorang yang mencukupi syarat berkenaan, boleh buat permohonan secara online. Layari laman web BSH di : https://bsh.hasil.gov.my/Home.aspx Kemudian pergi ke bahagian permohonan dan isi maklumat peribadi anda. Pastikan anda mengisi maklumat yang betul, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tetap akan tahu maklumat sebenar anda, jika anda menipu.. 

Selepas mengisi borang permohonan online, cetak untuk rujukan di masa akan datang. Hantar borang permohonan, dan tunggu untuk makluman sama ada permohonan anda diterima ataupun ditolak. Jika permohonan BSHR anda ditolak, pihak LHDN akan menyatakan sebab mengapa permohonan ditolak. Biasanya permohonan anda ditolak kerana pendapatan anda tidak melayakkan anda untuk menerima BSH.. Jika anda rasakan ianya tidak benar, anda boleh terus kunjungi pejabat LHDN berdekatan dengan untuk pertanyaan.

Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi penerima BRIM yang sedia ada
Bagi yang pernah membuat permohonan sebelum ini, anda dikehendaki untuk membuat kemaskini sebelum Jan 2019. Perkara ini bagi membolehkan pihak LHDN menyemak kembali siapa yang layak untuk menerima BSH. Kemaskini ini wajib dilaksanakan bagi mengelakkan nama anda terlepas daripada senarai penerima BSH 2019. Anda hanya perlu ke aplikasi MYBSH. Login ke dalam akaun anda dan kemaskini maklumat anda secara online. Pastikan anda mengisi maklumat penting seperti alamat rumah, akaun bank, no telefon dan jumlah tanggungan dengan betul. Pastikan juga maklumat Waris diisi. Cetak maklumat yang telah dikemaskini untuk simpanan anda.

Gunakan BSH Dengan Betul
BSH 2019 diteruskan dengan tujuan untuk membantu rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup walaupun ianya merupakan pemberian satu kali sahaja. Usaha ini bertujuan membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah kerana sedikit sebanyak dapat menampung keperluan hidup yang semakin meningkat pada masa kini. Namun begitu diharapkan mereka yang menerima bantuan ini dapat merancang perbelanjaan dan menggunakan dengan sebaik-baiknya serta tidak membazirkan bantuan yang diberikan ini dengan perkara yang tidak berfaedah.


Maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup 2019 boleh ke https://bantuansarahidup.my.

Nombor Pejabat Bantuan Sara Hidup
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai BSH, anda boleh menghubungi salah satu nombor/email di bawah:

Hotline Kementerian Kewangan :
03-8882 4565 / 03-8882 4566

Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM :
1-800-88-2716
Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m

Waktu Operasi Kaunter-kaunter Bantuan Sara Hidup di Seluruh Malaysia

Waktu dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja.
Cawangan semenanjung: 9:00am hingga 5:00pm.
Cawangan Sabah/ Sarawak: 8:00am hingga 5:00pm.

Dimaklumkan bahawa pejabat BSH tidak dibuka pada waktu cuti. Anda boleh juga menghubungi ketua kampung, kemungkinan terdapat kaunter khas pada daerah anda. Anda juga boleh ke UTC dan mulai 1 Januari 2019 kaunter UTC hanya dibuka sehingga jam 7 malam..

Urusan Waris BSH 2019
Bagi urusan mengenai waris, anda dikehendaki mengisi borang waris, muat turun di sini.
Lengkapkan semua maklumat waris dan dihantar ke pejabat LHDN berdekatan anda. 


Skim Khairat Kematian BSH
Jika anda  merupakan waris kepada warga emas yang meninggal, anda boleh menuntut wang khairat kematian. RM100 akan diberikan kepada waris penerima bantuan kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia pada tarikh bermula 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019.

Hadirkan diri ke pajabat LDHN dengan membawa dokumen berikut:

Sijil kematian asal dan salinan
Kad pengenalan asal waris
Dokumen yang membuktikan pertalian antara penerima bantuan dan waris.
Skim khairat ini cuma boleh dituntut sekali pada tahun kematian berlaku sahaja.

9 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan mereka yang memohon.

    ReplyDelete
  2. Semoga dapat ringankan beban mereka yang memerlukan. Tq sharing kak Sha!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian Sha.
    Nak jugak untuk mak Mrs. A dan makcik-makcik

    ReplyDelete
  4. Untunglah juga bg mermereka yg terlibat

    ReplyDelete
  5. maknanya kena register sekali lagi?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »