November 2018 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Friday, November 30, 2018

Koleksi Buku November 2018 #5

November 30, 2018
Koleksi Buku November 2018 #5
Assalamualaikum..
Hye semua..

Iye.. Sha tahu Sha dah beli buku banyak sebelum ini.. Tapikan sebab stress, tangan tu gatal pergi klik beli lagi.. Huhuhu.. Walhal rak buku Sha dah melimpah ruah dah sebenarnya.. Dah tak tahu nak letak mana buku-buku itu.. Banyak lagi yang belum baca juga.. Tapikan bila stress mesti nak membeli.. Wargh.. Tolonglah.. Hahaha.. Tapi seronok tengok dan bau buku.. Jenuhlah nak pindah nanti.. Encik suami dah jeling-jeling dah sebenarnya.. Kikiki.. Maaflah ye..

Sha beli buku-buku ini dengan harga RM21 dan postage RM7.50 (Ninja Van).. Berbaloi tak berbaloi?? Mestilah berbaloikan.. Sha beli pada 28.11.2018 dan buku-buku ini sampai pada 

Ini koleksi Sha.. Simpanan Sha...
Dua Nyawa
Kelibat Setan
Misi Budak Tahfiz
Monokromatik
Sofa Biru

Yang ini pula Sha nak jadikan hadiah buat rakan-rakan blogger.. Kikiki.. Beli untuk sahabat-sahabat juga.. Buku sama juga ada pada Sha..
Misteri Mimpi Yana
Psiko: Nota Dari Bilik Gelap
Read More

Koleksi Buku November 2018 #4

November 30, 2018
Koleksi Buku November 2018 #4
Assalamualaikum..
Hye semua..

Bookcafe buat tawaran berbaloi dan menggoda okay... Jadinya pada 26.11.2018, Sha telah membeli 10 buah buku di Bookcafe.. Gilalah.. Sebenarnya nak tengok tengok je tawaran jualan murah tu.. Tapi tangan tu gatal pergi klik masuk cart.. Bila tengok harga RM40 je untuk 10 buah.. Postage RM7.50, Sha pilih Ninja Van.. Teruslah tertekan pay.. hahaha.. Nampak tak dia punya alasan nak beli buku itu.. Sabar jelah perangai.. Yang bestnya, Sha bayar pada petang 26.11.2018 dan keesokkan harinya pesanan Sha terus diproses.. Suka hati Sha..

Buku selamat sampai pada 28.11.2018.. Pelbagai jenis buku dari penerbitan yang berbeza..

A Atau Mati
Aku, Kau & Hantu
Aku, Kau & Hantu: Dua Dunia
B Untuk Bunuh
Bayangan Clarissa 1
Komik-M: Hantu Komik
Misi Kira: Pertandingan Matematik
Misteri Mimpi Yana
Psiko: Nota Dari Bilik Gelap
Sembelih
Read More

Lukisan hati oleh Anshari

November 30, 2018
Lukisan hati oleh Anshari
Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik mengenai hati dan perhubungan.. Sangat menarik tambah gaya komiknya dipaparkan pada Sha sangat ohsem.. 5 watak dengan perasaan yang berbeza-beza namun harmoni kerana saling melengkapi..

Sha baca pada 27.11.2018 dan selesai pada 29.11.2018..

Read More

Thursday, November 29, 2018

The Beauty Inside (2015)

November 29, 2018
The Beauty Inside (2015)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini filem lama.. Tahun 2015.. Sha baru nak tengok.. Itupun sebab ada drama tajuk yang sama keluar.. Sha tengok yang versi filem dulu.. Baru tengok yang versi drama.. ye tak.. Tambahan pula yang versi filem ini ada Lee Dong Wook.. kikiki..

KIsah seorang lelaki yang bertukar wajah dan badan setiap kali bangun tidur keesokkan harinya.. Semuanya bermula ketika usia beliau 16 tahun.. Bila bertemu seorang perempuan yang berkerja di sebuah kedai perabut, beliau terjatuh cinta dan berusaha untuk tidak tidur tetapi tubuh manusia hanya bertahan 2 hari sahaja tanpa tidur.. Bila beliau tertidur dan bangun keesokan harinya dengan tubuh orang tua, beliau sudah tidak dapat bertemu janji dengan wanita itu.. Maka setelah berfikir, beliau mengambil keputusan memberitahu hal yang sebenarnya kepada perempuan itu.. Mulanya perempuan tu ingatkan beliau gila.. Namun setelah mula mempercayai dan melalui satu malam bersama beliau, perempuan itu menerima beliau seadanya.. Disinilah konflik bermula.. Gospi mengatakan perempuan itu playgirl pun bermula.. Iyalah setiap hari dengan lelaki yang berbezakan.. Stress sampai kena ambil ubat.. Sudahnya lelaki itu putus ada dan putuskan hubungan mereka.. Konflik yang payah nak dihadapi..

The Beauty Inside
Also Known As: Byooti Insaideu; Beauty Inside
KMovie | Romance, Supernatural | 20 Aug 2015 |
Sinopsis: What would you do if you woke up with a new face every day? Woo Jin, a man who designs furniture for a living, is used to this. An elderly man, a little boy, a chubby woman, a foreigner, Woo Jin has grown accustomed to his super-natural “situation.” The only people that know of his illness are his mother and his best friend, Sang Baek. One day, he meets Yi Soo, a girl who works for a furniture store and instantly falls in love with her. Since his physical identity changes frequently, he continues to visit her daily, acting as a customer that she has never seen before. Woo Jin finally musters up the courage to talk to her and ask her out on a date. The perfect date passes by and Woo Jin, knowing that his face will change once he falls asleep, attempts to stay awake for as long as he can. He meets Yi Soo for three consecutive days and Yi Soo also falls in love with him. However, Woo Jin can no longer fight sleep. He passes out and wakes up with a new face. Will Woo Jin tell Yi Soo about his condition? What will Yi Soo think?
Read More

Koleksi Buku November 2018 #3

November 29, 2018
Koleksi Buku November 2018 #3
Assalamualaikum..
Hye semua..

Dapat je gaji pada 22.11.2018, terus Sha bayar 13 buah buku yang ada dalam cart dekat Karangkraf Mall.. Ada untuk Sha, untuk Imani dan Amani dan juga untuk rakan blogger..

Sebab pembelian lebih RM100, dapatlah Sha free postage.. Kalau free postage ini, biasanya Karangkraf Mall guna KTMD.. Penghantaran tak adalah cepat dan tak juga lambat..

Buku selamat sampai pada 28.11.2018..

Buku-buku Imani..

Buku Sha dan Amani..

Hadiah untuk rakan blogger.. Harap sabar menunggu ye sebab tengah tunggu cenderahati lain tak sampai lagi..
Read More

Wednesday, November 28, 2018

Love In Time (2018)

November 28, 2018
Love In Time (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedih juga drama ini.. ialah terpaksa melalui hari-hari secara berulang-ulang demi menyelamatkan kekasih ahti dari mati.. Dramanya pendek je dalam 15 ke 17 minit setiap episod dan ada 6 episod je.. Namun berjaya menyampaikan perasaan kepada Sha yang menonton.. Usaha lelaki tu dalam mengubah takdir memang respeklah.. Tapi jangan terpengaruh lak ye.. Drama je pun.. Manalah boleh kita ini nak patah balik dan ubah takdir.. Ye tak..

LOVE, STAY IN TIME @ LOVE, LOST IN TIME | 25 June 2018 | 6 episodes | Romance, Crime, Sci-Fi | KDrama [Webdrama] |
Read More

Durian oh Durian

November 28, 2018
Durian oh Durian
Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki Sha dapat meraikan ulang tahun kelahiran dengan raja buah yang semakin mahal dan mampu pandang saja.. Kali ini kawan kepada pengasuh anak-anak Sha jual secara murah-murah.. Sha pun tumpang sekaki membeli.. Kalau dekat tepi jalan semuanya mahal-mahal belaka.. Sedih rasanya.. Mujurlah ada pengasuh dan kawan beliau.. Dapatlah Sha makan raja buah.. Buah kesukaan ramai yang semakin mahal harganya.. Nak tanam sendiri, tanah pula tak ada.. 

RM40 untuk 5 biji durian ini..

Alhamdulillah.. Isinya elok-elok.. Puaslah makan.. Bukannya habis semua pun.. Kopek lepas itu simpan dalam peti ais.. Sedap makan sejuk sejuk.. Hehehe..
Read More

Tuesday, November 27, 2018

Specially For Me

November 27, 2018
Specially For Me
Assalamualaikum..
Hye semua..


Hari ini memang nak berkongsi kegembiraan je.. Maaflah kalau tak suka.. Setahun sekali sahaja.. kikiki.. Nak buat kenangan.. Manalah tahu boleh nak bagi anak-anak tengok satu hari nanti.. kikiki..

Kad Ucapan dan DIY Pen Holder dari MAKNA.. Tiap-tiap tahun Sha dapat.. Setiap tahun berbeza-beza..

Coklat KitKat dalam box Limited Edition Disney Micket dan Coklat Cadburry.. Kudapan kesukaan Sha bila membaca..

Isi dalam nya ialah
KitKat Bites 1pc
KitKat Green Tea 2pc
KitKat Rubies 2pc
KitKat Mini Cookies & Cream 2pc
KitKat Finger 2pc 

Kek Absolute Chocolate dan Hanjuku Cheese..
Hanjuku Cheese tu produk baru Secret Recipe tau.. Seriouslly sedap.. Puas makannya..
Read More

Happy Birthday To Me!!!

November 27, 2018
Happy Birthday To Me!!!
Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini Birthday Sha yang ke 35 tahun.. Tua dah.. Bertambah lagi satu angka di umur Sha.. Syukur masih bernafas dan sihat.. Sempena ulang tahun Sha ini, Sha nak berkongsi rezeki dengan kawan-kawan.. Seperti yang Sha umumkan di SINI, Sha akan pilih pemenang melalui senarai di Giveaway Berkongsi Rezeki yang pernah Sha anjurkan sebelum ini.. Boleh tengok siapa yang tersenarai tu di SINI.. Kali ini Sha pilih 5 pemenang.. Hadiahnya masih lagi buku.. Pemenang telah dihubungi melalui email, harap sabar menanti kedatangan hadiah anda ye.. Disebabkan buku masih belum sampai lagi ke tangan Sha.. Kali ini Sha sendiri yang akan pos buku-buku itu ke tangan anda bersama cenderahati istimewa..  Harapnya anda akan suka.. Sha menggunakan pos Flexiprepaid.. Lambat sedikit dari Poslaju.. Kalau dah pos, Sha akan update dengan pemenang ye..

Mereka yang bertuah ialah:

 
  JAMIL HASHIM

 Tiara Sapphire


 Cuya

 Aisyah Sukor

 ct cheery

Tahniah! Tahniah! #MalaysiaMembaca

Sampul dah ada.. Buku belum sampai lagi.. Harap sabar menunggu ye..
Read More

November is My Month

November 27, 2018
November is My Month
Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. hari ini bertambah setahun lagi umur Sha.. Sekejap je masa berlalu.. Tak lama je lagi nak masuk 40an.. Bulan ini memang meriah Sha terima hadiah.. Walaupun bukan secara terus sebagai hadiah hari lahir, namun Sha anggap ianya sebagai hadiah istimewa buat Sha.. Terima kasih pada yang memberi.. Sha doakan anda semua sentiasa dalam rahmat Allah dan dimurahkan rezeki.. Aamiin.. Aamiin..

Antaranya:-
Hadiah wang tunai dari Kak Sue (Entry di SINI)
Hadiah top up dari Nieyl (Entry di SINI)
Hadiah Planner dari Shikin Razali (Entry di SINI)
Hadiah Handbag dari Shfyqahzhr.com (Entry di SINI)
Hadiah untuk diri sendiri 2 buah novel thriller (Entry di SINI)

Yang paling istimewa, dah tentulah dari encik suami.. sebuah bag tangan yang dipesan dari Shopee.. Memang puas hati dan berbaloi.. Encik suami survey bag tangan berwarna merah dan suruh Sha pilih.. Bayar menggunakan akaun beliau.. Kebetulan beli masa tengah sale, dapatlah extra diskaun dan penghantaran percuma.. Yeah!!
Read More

Sunday, November 25, 2018

Pra Tempahan Novel Penyeru & Kasyaf Ain

November 25, 2018
Pra Tempahan Novel Penyeru & Kasyaf Ain
Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Sukses.. Berjaya menempah dua buah novel thriller dari dua penulis yang ohsem.. Novel Penyeru oleh Resmanshah dan Kasyaf Ain oleh Ramlee Awang Murshid.. Sha buat kedua-dua tempahan ini pada 23.11.2018.. Hadiah paling ohsem untuk diri sendiri sempena ulangtahun kelahiran Sha..

 Novel Penyeru ini Sha nak beli dengan penulis sebenarnya tapi disebabkan penulisnya ada masalah kesihatan dan tak boleh memandu, makanya Sha buat pra tempahan dengan Karangkraf Mall.. Nak jadi antara yang terawal memiliki novel ini.. Sha dah baca kebanyakkan novel penulis ini.. Kalau tengok cover novel ini memang ohsem dan menawan tau.. Tema warna kesukaan Sha.. Merah, Putih dan Hitam.. Manakala Kasyaf Ain ini adalah terbitan RAMFC Store dan tidak akan dipasarkan dikedai sebaliknya hanya dijual secara atas talian sahaja.. Kebetulan je ternampak pos ini.. Kalau tak memang tak ada rezekilah.. Nanti jadi macam buku Mitos beliau.. Lepas tak diterbitkan, ramai yang memilikinya menjual dengan harga yang tak munasabah.. 

Penyeru oleh Resmanshah
Harga yang Sha bayar untuk pra tempahan ini ialah RM28.50 termasuk postage..

Kasyaf Ain oleh Ramlee Awang Murshid

Update: Kedua-dua buku ini selamat sampai ke tangan Sha pada 06.12.2018.. Ohsemlah.. Tempah serentak, sampai pun serentak..
Read More

Saturday, November 24, 2018

Spooks: A New Darkness (The Starblade Chronicles #1) by Joseph Delaney

November 24, 2018
Spooks: A New Darkness (The Starblade Chronicles #1) by Joseph Delaney
Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah baca habis buku ini baru perasan buku ini sebenarnya bersiri.. Sedih.. Hahaha.. sha pinjam buku ini dekat Perpustakaan Negara Malaysia.. Nanti nak cuba cari siri dia yang lain..

Buku ini mengenai Tom seorang Spooks yang kerjanya menghapuskan makhluk kejahatan.. Tom baru je naik pangkat dari pelatih ke Spooks yang sebenar lepas cikgunya mati.. Semasa menyiasat sebuah rumah penginapan, Spooks mendapati ada makhluk jahat yang menghispa darah dan membunuh perempuan.. Dengan bantuan Jenny yang ingin menjadi anak murid Tom, Tom berjaya menjumpai sarang makhluk jahat tu.. Bermulalah perjalanan Tom dan Jenny ke sempadan negara bersama ahli sihir untuk membanteras kedatangan makhluk jahat itu.. Penamat dia agak menyakitkan hati sebab bersambung.. 😤

Sha baca pada 21.11.2018 dan selesai pada 23.11.2018..

Read More

SJ Returns 2 (2018)

November 24, 2018
SJ Returns 2 (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Rancangan variati dari Kumpulan Kpop Super Junior.. Kali ini ahli Super Junior akan berjalan sekitar Stadium tempat Donghae dan Eunhyuk buat konsert untuk mencari tempat makan yang mudah di akses oleh peminat SJ.. Ini untuk memudahkan mereka makan selepas selesai menonton konsert SJ.. Konsep dia setiap ahli SJ akan cadangkan tempat makan.. Mereka pergi ke tempat yang dah dipilih dan cuba beberapa menu.. Lepastu nanti dekat tempat makan yang terakhir, mereka akan pilih 3 menu yang paling best dan bagi D&E cuba.. D&E akan pilih satu makanan yang paling best.. Yang kalah akan kena denda.. Sha tengok secara online sahaja.. Asyik tengok drama pun bosan juga kan.. Sesekali melihat keletah artis Korea ini yang berusaha menjaga kebajikan peminat mereka pun best juga..

Dekat episod 5 Sha dapat tengok usaha D&E dalam melayan peminat diorang.. Bayangkan nak sign 120 biji bola.. siap pastikan kedudukan sign tu sama dengan logo.. Memang Diorang ini sangat menghargai peminat.. Menarik sebenarnya.. Sha ini bukanlah ELF diorang sekadar minat sahaja..

Sekarang ini baru episod 5, setakat yang Sha dah tengok pada 06.12.2018.. Rancangan ini masih lagi ongoing sebenarnya..
Episod 1-4 oleh Leeteuk, Heechul dan Shindong (Pemenang Heechul)
Episod 5-? oleh Shindong, Siwon dan Ryeowook

SJ Return S2 @ Super Junior Returned S2 | 2018 | SJ Reality Show | SJ Comeback Show | Ongoing Show

The theme of 'SJ Returns 2' is 'Setting the table for E.L.F', as Donghae and Eunhyuk shared, "If there's anything regretful about going on tour, it's that our schedule is so packed, we can't enjoy regional foods leisurely," and "We worry about whether or not our fans, who came from all over Asia to see us, are taking care of their meals well. We want to introduce our fans to the best eateries near our concert venues." 

As a result, 'SJ Returns 2' will detail the Super Junior members' trips to various eateries all over Japan, dedicated to Super Junior D&E, E.L.Fs, and all others who want to make their visit to Japan memorable. 

Remember, 'SJ Returns 2' premieres next week on November 5!
Read More

Friday, November 23, 2018

Belanja Amani Buku

November 23, 2018
Belanja Amani Buku
Assalamualaikum..
Hye semua..


Semalam dah gaji.. Makanya sampailah masa untuk Sha menunaikan janji dengan Amani.. Kalau beliau dapat No 3 ke atas di sekolah, Sha akan belanja Amani 2 buku cerita.. Oleh kerana Amani cemerlang di sekolah pagi dan juga petang, makanya dapatlah beliau 4 buah buku.. Sha bawa Amani ke Petronas sebab buku-buku yang dia nak beli itu ada dijual di Petronas.. Koleksi buku dan komik keluaran Ana Muslim.. Amani memang dah ada sebuah novel siri Amani ini.. Kebetulan memang nama dia kan dekat buku tu.. Seronoklah Amani.. Sampai buku-buku itu dia bawa tidur..

Buku pilihan Amani.. 2 komik dan 2 novel..
Yeay, Amani Dah Berani!
Emily, Kawan Baharu Amani
Pija Nak Jadi Superstar
Pada Suatu Hari

Yang ini untuk Imani.. Kakak je dapatkan, adik pun nak juga.. Ini buku aktiviti dan ada komik juga..
Read More

Hadiah Giveaway Planner 2019 by Shfyqahzhr.com

November 23, 2018
Hadiah Giveaway Planner 2019 by Shfyqahzhr.com
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini, Sha ada kongsikan di SINI yang Sha menang Giveaway Planner 2019 by Shfyqahzhr.com kan.. Semalam petang, hadiahnya sampai.. Sha tak menang Planner tapi sebuah beg tangan comel.. Memang comel dan cantik.. Terima aksih Shafyqah untuk hadiah yang cantik dan ohsem ini.. Nanti akak pos gambar OOTD dengan beg ini ye..


Hadiah selamat sampai pada 22.11.2018..
Read More

Thursday, November 22, 2018

Terius Behind Me (2018)

November 22, 2018
Terius Behind Me (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang serius tapi penuh lawak jenaka.. Terutama sekali dari pelakon SoJi-sub.. Hahaha.. Memang setiap episod ada je aksi yang melucukan dari beliau..

Drama ini menarik sebab aksi hero dan juga heroin yang sangat serasi.. Watak heroin yang tak lemah gemalai walaupun ada masa-masanya heroin menangis namun bukanlah langsung tak berdaya.. Dengan kumpulan ibu-ibu yang menjaga kawasan kejiranan dan saling membantu walaupun suka bergosip.. Penjahatnya agak mengelirukan walaupun tekaan Sha tak tersasar.. Drama yang cukup aksi, hubungan kekeluargaan, hubungan kejiranan dan juga persahabatan.. Aksi romantis yang ditunjukkan hanyalah melalui pelukan, sentuhan tangan dan laga laga hidung je..

 TERIUS BEHIND ME @ MY SECRET TERIUS @ MY SECRET TERRIUS | 27 Septemebr 2018 | 32 episodes | Friendship, Mystery, Comedy, Romance|
Sinopsis: Go Ae Rin is a single mother who, after unexpectedly losing her husband, gets involved in a spy war. She lives in the apartment in front of Kim Bon. Kim Bon, who's code name is Terius, is a legendary black ops agent for the National Intelligence Service (NIS) who has gone into hiding after disappearing without a trace. 3 years ago, in a failed secret operation, he lost the woman he loved. Since then, Kim Bon has hid away in his apartment, next to Go Ae Rin, isolated from the world around him and living in secrecy trying to uncover the mystery behind what happened back then. When a mysterious incident arises, in which Go Ae Rin's husband dies, they both team up to uncover a huge conspiracy which Go Ae Rin's husband had become involved in.
Joining them is Jin Young Tae, a former con man, who may hold the key to what Go Ae Rin and Kim Bon are searching for, and Yoo Ji Yeon, a fellow NIS agent, who appears cold and unfeeling on the outside but harbours feelings towards Kim Bon, who she is kind towards. (Source: AJ at MyDramaList)

Pelakon-pelakonnya
Read More

Crowdfunding Campaign For Sarah

November 22, 2018
Crowdfunding Campaign For Sarah

Blog Sha di Review Blogger Shuhaida Saad

November 22, 2018
Blog Sha di Review Blogger Shuhaida Saad
Assalamualaikum..
Hye semua..


Yeah!! Giliran Blog Sha di review Blogger Shuhaida Saad.. Sha joint Segmen Blog Review 2018 yang dianjurkan beliau.. Tu yang blog Sha direview.. Seronok okay bila blog kena review.. Macam iklan percuma gitu.. Korang kalau nak di review juga, jom joint Segmen anjuran Shu ini.. Klik je SINI..

Review oleh Shu untuk Sha..
Read More

Wednesday, November 21, 2018

Pendaftaran Pra Sekolah Imani

November 21, 2018
Pendaftaran Pra Sekolah Imani
Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini sha selesaikan pembayaran untuk Pra Sekolah Imani untuk 2019.. Disebabkan baju putih Imani elok lagi, Sha cuma beli seluar sahaja 2 helai.. Baju sukan sepasang sebab nak rombak warna rumah sukan.. Semuanya RM141 termasuk duit aktiviti..

Alhamdulillah, untuk Imani dah selesai.. Sekejap sahaja urusannya.. Taklimat dan juga pembayaran yuran.. Mula jam 8 pagi dan selesai jam 10 pagi.. 
Read More

Cinta Semanis 'Carrot Cake' oleh Fatinilam Sari

November 21, 2018
Cinta Semanis 'Carrot Cake' oleh Fatinilam Sari
Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel cinta yang sweet dan dalam masa yang sama membawa konflik rumah tangga dan juga kekeluargaan.. Kisah Irina yang dikejar cintanya oleh Firdaus.. Dalam masa yang sama seorang lelaki muncul mengaku kawan ayahnya.. Irina yang memilih untuk pergi kepada ayahnya menempuh dugaan diculik.. Berada di bumi asing bersama lelaki asing tidak membuatkan Irina lupa pada agamanya.. Irina dan Bram jatuh cinta namun dendam Bram pada ayah Irina menghancurkan hubungan mereka.. Berjayakah mereka bersatu atau Firdaus kembali semula dalam kehidupan Irina??

Konflik yang ditimbulkan penulis memnag menarik.. Cerita cintanya tida terlalu sweet tapi memberi kesan.. Konflik yang dibina turut membantu menyedapkan jalan cerita yang ingin disampaikan..

Sha baca dan selesai pada 19.11.2018..

Buku ini telah Sha jadikan hadiah cabutan bertuah.. Semoga penerima hadiah ini akan mencintai dunia membaca..
Read More

Wordless Wednesday #book

November 21, 2018
Wordless Wednesday #book

Tuesday, November 20, 2018

Hari Kecemerlangan 2018

November 20, 2018
Hari Kecemerlangan 2018
Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi ada sambutan Hari Kecemerlangan di Sekolah Agama Amani.. Alhamdulillah Amani dapat keputusan yang baik.. Harapnya akan terus cemerlang di tahun tahun mendatang.. Majlis bermula agak lambat sebab menanti kedatang VIP.. Ada hadiah cabutan bertuah yang disumbangkan AJK Lembaga Pengurusan Kafai Ar Rahman dan juga pihak sekolah.. Memang meriah..

Masa ini juga, pihak sekolah mengedarkan surat untuk pembayaran yuran.. Bolehlah ibu bapa mula buat perancangan.. Jumlah keseluruhan yuran yang Sha perlu bayar ialah Rm133.00 untuk Amani dan RM90 untuk Imani.. Bayaran yuran ini untuk setahun.. Imani murah sikit sebab baru 6 tahun.. Memang Sha nak Imani mula belajar di sekolah agama seawal yang boleh.. Lagipun pihak sekolah hanya amik 10 orang sahaja untuk umur 6 tahun.. Tarikh pembayaran yuran ialah pada hujung bulan Disember..



Read More

The Accidental Detective (2015)

November 20, 2018
The Accidental Detective (2015)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Gandingan yang ohsem.. Hahaha.. Memang ketawa tak hingat tengok filem ini.. Polis yang ganas dan blogger ala detektif yang ohsem tapi takut dengan bini.. Sabar jelah perangai.. Penyiasatan yang menarik tapi dia punya plot twist dekat hujung cerita memang tak jangka.. Pembunuh memang tak diduga.. Filem yang menarik..

The Accidental Detective
KMovie | Mystery, Comedy, Detective, Investigation | 24 Sep 2015 |
Read More

Antologi Mengejar Mimpi oleh Idora Darwina, Jaja Ahmad, Fathi Fatim dan Arsya Aisya

November 20, 2018
Antologi Mengejar Mimpi oleh Idora Darwina, Jaja Ahmad, Fathi Fatim dan Arsya Aisya
Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah baca Zine dari 4 orang penulis yang ohsem ini.. Zine ini mengandungi 4 cerita dari empat penulis.. Walaupun zine ini pendek tapi isi yang disampaikan padat.. Seronok baca Zine ini sebab ada 4 topik yang dibawakan oleh 4 penulis.. Topiknya mengenai anak yang kurang upaya, anak yatim, mereka yang istimewa tapi di aniaya dan kisah persahabatan.. Memang ohsem dan berbaloi dimiliki..

Cerita yang ada dalam ini ialah:
Maira oleh Idora Darwina
Naz oleh Jaja Ahmad
Zed oleh Fathi Fatim
#wawafateh oleh Arsya Aisya

Sha baca dan selesai pada 18.11.2018..

Read More

Salam MaulidurRasul 2018

November 20, 2018
Salam MaulidurRasul 2018
Assalamualaikum..
Hye semua..

Salam MaulidurRasul dan selaamt bercuti..

 
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, Nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya Keperibadian Terpuji.

Masyarakat Arab Quraisy amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.
Read More

Monday, November 19, 2018

Monday Are Red by Nicola Morgan

November 19, 2018
Monday Are Red by Nicola Morgan
Assalamualaikum..
Hye semua..


Kulit buku ini sangat menarik untuk Sha membacanya.. Hitam dengan tulisan merah, dua warna kegemaran Sha.. Sha tertrik untuk teruskan pembacaan bila membaca keadaan Luke yang agak unik.. Begitu berwarna warni dan memandang dunia dengan pandangan yang berbeza dari kita..

Selepas hampir mati kerana penyakit meningitis, Luke bangun dengan kebolehan untuk membaca warna, merasakan bunyi dan melihat bau.Keadaan Luke ini dipanggil "Synesthesia".. Dalam kepalanya ada makhluk pelik dan sinis bernama Dreeg yang asyik memberitahu Luke bahawa dia boleh melakukan bermacam-macam perkara dengan menggunakan emosi yang ada dalam dirinya..

Sha baca pada 17.11.2018 dan selesai pada 18.11.2018..

Sinopsis: Waking from a coma, Luke discovers his mind has altered. His senses are behaving strangely and a sinister creature inhabits his head. This is a chilling modern take on the Faust story by a stunning new literary talent.

Synesthesia is a condition in which one sense (for example, hearing) is simultaneously perceived as if by one or more additional senses such as sight. Another form of synesthesia joins objects such as letters, shapes, numbers or people's names with a sensory perception such as smell, color or flavor.
Read More

The Player (2018)

November 19, 2018
The Player (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat menarik.. Walaupun hanya 14 episod namun berjaya memberikan keseronokkan pada Sha yang menonton.. Kisah mengenai seorang anak yang berusaha membersihkan nama ayahnya yang dituduh sebagai penjahat.. Berkerjasama dengan pendawakraya demi memberkas penjahat yang menggunakan orang lain dan wang dengan sesuka hati dan memanipulasi media serta undang-undang.. Cerita ini seronok sebab 4 watak utama yang berkerjasama memerangkap penjenayah.. Karekter mereka yang berbeza mewarnakan drama ini..

THE PLAYER @ HUSTLE, ROUND, PAN @ PLAYER | 29 September 2018 | 14 episodes | Action, Suspense, Friendship, Mystery, Comedy, Crime, Investigation|
Sinopsis: A police redemption team consisting of a swindler, a fighter, an elite hacker, and a talented driver is asked to take back property hidden away by criminals. The driver, Cha Ah Ryung, grew up on the streets after being abandoned by her parents. (Source: MyDramaList)
Read More

Sunday, November 18, 2018

Lambaian Bulan oleh Syasya Bellyna

November 18, 2018
Lambaian Bulan oleh Syasya Bellyna
Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel dan cerpen dengan tajuk yang sama.. Cerpen ini memang best walaupun pendek.. disertakan sekali dengan novel ini.. Sha beli dengan penulis.. Lebih istimewa.. 

Cerpen Limited Edition Lambaian Bulan.. Berserta penanda buku yang ohsem..
Cerpen ini mampu menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca mengenai sihir yang dinyatakan.. Kesudahannya juga kita tahu bahawa sihir itu berhasil..

 
Novel Lambaian Bulan.. Cerita penuh mengenai Sihir Lambaian Bulan.. Membaca novel ini menambah ilmu buat Sha.. Pelindung diri satu je, berpegang teguh pada Allah dan ajaran Islam.. Bila selain dari Allah yang dicari memang akan menyiksa diri.. Ada rahsia antara Andara dan Azhar.. Khairul dan makcik Tijah juga menjadi misteri.. Memang penuh teka teki dan persoalan.. Namun helain demi helaian membuka cerita dendam Melur pada Nang Lana yang tidak pernah berkesudahan hingga ke keturunannya terkena tempias.. Yang tamak berusaha melunaskan ketamakkan hingga tak peduli nyawa siapa yang terkorban.. Plot twist di akhir cerita memang mengancam..

Sha baca agak lama novel ini sebab mengurangkan perasaan seram.. hahaha..
Sha baca pada 14.11.2018 dan selesai pada 16.11.2018..
Read More

Drama Split (2018)

November 18, 2018
Drama Split (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Tertengok drama melayulah pula.. Kantoi.. hahaha.. Drama ini adaptasi daripada novel karya Nurul Ain Syuhada dengan tajuk yang sama Split.. Novel Split ini memang Sha dah baca.. Boleh baca review Sha di SINI.. Bila tengok episod pertama yang dilakonkan oleh Sarah Ali dan Shukri Yahaya ini memang menarik.. Gandingan pelakon berdua ini dalam menjayakan watak Maryam (Sarah Ali) dan Mikael (Shukri Yahaya) memang menjadi.. Hahaha.. Memang kelakar dan berjaya buat Sha tersenyum-senyum menonton.. serius.. hahaha..

Drama ini ada 20 episod.. Sha baru dapat tengok sampai episod 4.. Memang menarik dan mengujakan..

Update : Sekarang bila dah sampai episod 7 memang makin menarik.. Tambah bila dua lagi personaliti dalam diri Mikael keluar.. Hahaha.. Sabar jelah perangai masing-masing.. 

JUDUL : SPLIT TV SERIES
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 1 November 2018
WAKTU SIARAN : Selasa-Khamis, 11:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Citra HD 126
PENULIS NOVEL : Nurul Ain Syuhada
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahya, Sara Ali, Juliana Evans, Fadzil Zahari, Shah Iskandar, Dato Rahim Razali, Elly Arifin, Carolina Binur, Fahmi Reza, Azhar Amir, Nisa Rissa, Liza Rafar

SINOPSIS SPLIT TV SERIES
Kisah Maryam yang jatuh cinta dengan Mikael tanpa menyedari Mikael sebenarnya mempunyai personaliti berganda.

Maryam, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan. Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama.

Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam. Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!

Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa Miakael? Dan siapa pula Hafez? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula Adam? Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split. (Sumber dari SINI)
Read More

Saturday, November 17, 2018

Segmen Blog Review 2018

November 17, 2018
Segmen Blog Review 2018

L.U.T.H oleh Wawa Taufik

November 17, 2018
L.U.T.H oleh Wawa Taufik
Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak baca novel cinta.. Sha baca sebab tertarik dengan sinopsis di belakang buku.. Pada Sha, novel ini menari dan sweet.. Kisah hubungan dua darjat dan gangguan perempuan yang menjadi calon isteri.. Tak berat sangat konfliknya dan balasan pun setimpal.. Lebih pada hubungan antara hero dan heroin.. Konflik mak mertua yang memilih harta hanya sekejap.. Lebih pada konflik hubungan suami isteri watak utama.. Kira okaylah u tuk bacaan santai dan feeling feeling..

Sha baca pada 12.11.2018 dan selesai pada 13.11.2018..

Read More

Koleksi Novel Bulan November #2

November 17, 2018
Koleksi Novel Bulan November #2
Assalamualaikum..
Hye semua..


Kali ini ada 3 buku berjaya Sha beli.. Satu zine yang ada 4 cerita dari 4 penulis.. Satu lagi Novel seram keluaran Buku Prima dan yang satu lagi novel preloved..

Zine Antologi Mengejar Mimpi: Cinta.Hidup.Jiwa.Rasa oleh Idora Darwina, Jaja Ahmad, Fathi Fatim dan Arsya Aisya.. Zine ini limited edition.. Sha berjaya beli pun sebab ada pembeli yang tarik diri.. Cantik zine ini, kemas..

Buka parcel tengok ada dua bungkusan.. Satu novel Lambaian Bulan yang berbalut cantik siap bereben.. Satu lagi sampul surat yang di DIY oleh penulis..

Dalam sampul tu ada beg kecik, penanda buku, cerpen limited edition Lambaian Bulan, kad ucapan dan poskad..

Ini pula dekat bahagian dalam novel.. Sangat kreatif.. Ada sticker Cetakan Pertama dalam novel ini..

Vampira: Hidupkan Cintaku #1 oleh Izza Hani (dalam bulatan) ini Sha beli pre loved dekat group Facebook.. Kalau korang berminat boleh whatsapp penjual - www.wasap.my/60173601420
Masa Sha buat entry ini, buku tu belum sampai lagi..
Read More