Assamualaikum..
Hye semua..
Sha ke Mersing untuk Kursus pada 29.10.2018 hingga 01.11.2018.. Patutnya sampai 02.11.2018 tapi ramai peserta yang nak balik hari Khamis, memandangkan Johor pun bercuti pada hari Jumaat.. Tu yang kursus dihabiskan awal pada 01 November 2018..
Kami peserta ditempatkan di Homestay, bukan ULPL Politeknik, sebab ULPL mereka dah penuh.. Homestay yang diberikan amat-amat selesa dan luas.. Kemudahan pun best.. Akses dengan kedai runcit dan kedai makan pun senang.. Jalan kaki je.. Memudahkan kami yang datang tanpa kenderaan..
Homestay ini ada 3 bilik.. 2 bilik katil single (2 katil) dan guna kipas dinding. 1 bilik lagi katil queen dan ada aircond.. Setiap bilik ada iron board, iron, almari, penyangkut baju, telekung dan sejadah tapi tak ada bilik air.. Kemudahan lain ialah tv dengan Njoi channel, peti ais, mesin basuh, sabun basuh baju, dapur, heater, blander, pinggan mangkuk, pencuci pinggan dan plastik sampah.. Bilik air ada 3 dan semuanya di dapur.. Bilik mandi, bilik air dengan jamban cangkung dan bilik air dengan jamban duduk..
Harga Sha tak pastilah pula.. Sebab kami tak keluar duit kan.. Pihak penganjur yang sediakan.. Tapi kalau berminat, Sha ada bubuh alamat dan no telefon untuk dihubungi..
Wafiz Homestay Mersing
No 1, Jalan Sawi ,, Taman Sri Nakhoda, Taman Mahkota, 86800 Mersing, Johor
013-713 1931
Ini link untuk google maps - http://maps.google.com/?cid=6997210886322793441&hl=en&gl=gb
Ruang hadapan homestay ada tempat santai..
Ini laman tepi rumah.. Cantik dan boleh lepak-lepak minum kopi..
Ruang tamu..
Laluan nak ke dapur dan ke bilik-bilik.. Satu ruang yang luas dan ada penyaman udara..
Dapur yang lengkap dengan perkakas dan meja makan..
Dapur, blander, heater, gula, teh dan bahan masakan..
Peti ais..
Mesin basuh dan sabun basuh baju
Bilik 2
2 katil single bersama bantal dan selimut sebenarnya.. Tapi kami dah ambil.. kikiki.. Sha tido memang kena ada dua bantal..
2 kipas dinding
Almari, sejadah, telekung, iron dan iron board..
Bilik 1 - Bilik Sha dengan bos Sha..
2 katil single, almari, sejadah, telekung, iron, iron board dan kipas dinding ada dua.. Memang selesa sangat..
Bilik mandi
Bilik air jamban duduk
Bilik air jamban cangkung..
nice homestay dia.. :) selesa..
ReplyDeleteMemang selesa Fatin..
DeleteTak pernah sampai Mersing lagi , cantik homestay ni, banyak kemudahan disediakan juga.
ReplyDeleteSha pun first time sampai.. jauh juga.. homestay dia memang best..
Deletecantik..nmpk selesa gitu..oo,1st time baca review kursus duk homestay..selalu duk hotel...
ReplyDeletecantik..nmpk selesa gitu..oo,1st time baca review kursus duk homestay..selalu duk hotel...
ReplyDeletesuka tgk...simple dan kemas. selesa pun ya...
ReplyDelete