Saturday, November 30, 2019

Instrumental The Untamed

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara tiupan seruling dan petikan zither yang Sha suka dengar daripada drama The Untamed.. Hahaha.. Masih tak boleh move on gitu.. Tak lah.. Muzik instrumental ini best sebenarnya.. Cubalah dengar.. Yang ini dah di compile kan dari beberapa babak.. Bila dengar bunyi tu, kita boleh rasakan perasaan orang yang meniup/petik tu.. Memang antara muzik yang kerap dimainkan sepanjang drama ini.. Menggambarkan perasaan pelakon ketika seruling/zither dimainkan.. 

Drama China | Medical Examiner Dr. Qin (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama mengenai doktor forensik dan pembantu yang mempunyai hidung yang tajam.. Seronok tengok drama ini sebab tiga karekter utama dia.. Dr. Qin Ming yang serius memanjang, Li Da Bao yang agak boyish dan cekap serta Lin Tao yang ada je lawak nak dibuatnya.. Drama ini kan kalau tengok kita pula yang rasa nak muntah.. Dr. Qin dengan Li Da Bao boleh relaks je bedah mayat tak payah pakai tutup muka tu.. Selamba je diorang pegang, sembang dan buat kerja.. Macam tak ada apa-apa.. hehehe.. Yang paling best dalam diorang duk nyiasat pasal kes-kes pembunuhan dan juga kemalangan ini, ada satu kes yang sangat misteri turut menjadi siasatan mereka.. Kes tu nanti di hujung drama akan diketahui siapa dalangnya.. Memang mengejutkanlah.. 

Drama: Medical Examiner Dr. Qin
Also Known As: Fa Yi Qin Ming , 法醫秦明 , Dr. Qin Medical Examiner , 第十一根手指
Directors: Xu Ang
Genres: Mystery, Drama, Medical, Detective, Investigation
Country: China
Episodes: 20
Aired: Oct 13, 2016 - Dec 15, 2016
Original Network: Sohu TV
Duration: 30 min.
Qin Ming's assistant resigned because of his unbearable and quirky temper. Li Dabao of the Department of Mark Inspection was ordered to join the working group. At the beginning, Qin doesn't trust the girl but he found later he found she has very good reasoning and observation capabilities, and have very sensitive sense of smell. The critical Qin decide to have her on the board. Later on, Qin along with his detective friend Tai Po and assistant Lin Tao uncovered a variety of bizarre cases.

Sample Azyma dari Blogger Ben Ashaari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang follow FB Blogger Ben Ashaari.. Kelmarin dia ada post tanya siapa-siapa nak sample sabun Azyma.. Senang je sharat dia.. Like, komen dan share post tu di FB.. Sha cuba nasib.. Alhamdulillah, ada rezeki nak dapat.. Ben Ashaari suruh pm details kat dia.. Adalah rezeki nak suruh anak Sha cuba.. Harapnya serasilah.. 



Friday, November 29, 2019

Novel | Sumpahan Fasha oleh Meor Shariman, Fasha Sandha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang menarik.. Mengisahkan Fasha yang mendapat kebolehan istimewa selepas kemalangan.. Fasha boleh melihat roh dan membantu roh-roh tersebut untuk menyelesaikan segala urusan.. Cuma ada satu roh je yang masih kekal di penampakkan Fasha sebab dia tak tahu kenapa roh tu masih berkeliaran dengan dengan dia.. Sehinggalah bila Fasha membantu satu roh budak perempuan, hidup Fasha mula tunggang langgang.. Pembunuh yang membunuh budak itu mula menjadikan Fasha sebagai sasaran dan menangkap Fasha.. Penamat dia di luar jangkaan.. Sebab tergantung.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 28.11.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2006 by KRU Communications Sdn. Bhd.

Senamrobik @ PSAS

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya setiap minggu ada program ini.. Cuma baru pagi ini Sha joint sebab semangat nak sihat tu tengah membara-bara kan.. hehehe.. Tak lah.. Sebenarnya joint sebab minggu ini pelajar tengah cuti.. Tu yang boleh nak joint macam-macam aktiviti anjuran pejabat.. Kalau tak, memang dapat tengok jelah.. Minggu-minggu yang akan datang, tak tahulah boleh joint ke tidak.. Berpeluhlah juga, cuma mengah sikitlah sebab kena gerakkan semua anggota tubuh badan.. Tak macam semalam, sekadar berjalan je.. Puas hatilah..

Program Cergas@PSAS pada ketetapan berikut :-
Aktiviti: Senamrobik
Hari: Setiap Hari Jumaat
Masa: 8.30 - 10.00 pagi
Tempat: Futsal Court
Pakaian: Sport Attire 

Ini tracks rekod untuk pagi tadi..

Tapi tulah.. dah nak habis baru track.. Hahaha.. Lupa sebenarnya..

Wall's Asian Delight: Mango

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelmarin beli aiskrim ini.. Pepagi dah sarapan aiskrim.. kikiki.. Beli dekat 7Eleven.. Lama dah cari yang perisa mangga ini.. Susah betul nak jumpanya.. Selalu jumpa yang Coconut Mango tu.. hehehe..  Rasanya termasuk yang ini, Sha dah rasa hampir semua perisa aiskrim Wall's Asian Delight ini.. Hehehe.. 

My birthday treat to myself.. kikiki..

Sedap.. ada ketulan buah mangga.. RM3.50 satu..

Thursday, November 28, 2019

Program Cergas di Pejabat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam tahu-tahu je, kita tengah suka jalan kaki.. Kikiki.. Tetibe pagi tadi pejabat buat acara Berjalan di PSAS.. Terus ajak kawan-kawan library turut serta.. Bukannya susah pun, jalan kaki je.. Santai-santai gitu.. Sambil jalan tu dapatlah tengok pemandangan yang cantik-cantik.. Cuma mula dalam pukul 8.30 pagi, jadi dah ada mataharilah.. Memang cantiklah view waktu pagi di tempat yang tinggi pula.. Sambil beramah mesra dengan rakan sekerja.. Habis lebih kurang jam 9.45 pagi macam tu..

Pemandangan dari atas bukit berdekatan loji air.. Dekat dengan ladang getah..

Pemandangan dari depan Pusat Islam..

Hasil berjalan pagi tadi..

Lepas buang kalori, tambah balik kalori.. kikiki.. Nasi kukus ayam berempah..

Simple Celebration

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam malam bila encik suami balik dari kerja, dia ajak keluar.. Katanya nak belanja kek.. Sha suka je.. Orang nak belanja kan.. Kami keluar dalam pukul 8 lebih macam tu.. Terus ke Secret Recipe untuk beli kek.. Sha beli Hokaido Triple Cheese untuk birthday Sha.. hehehe.. Lepas tu singgah Pizza Hut beli Pizza Aloha Chicken (regular).. Tu jelah.. hehehe..

Pizza Aloha Chicken (agak liat pula roti dia kali ini..)
Hokkaido Triple Cheese

Beli yang promo 3 percuma 1.. Boleh rasa pelbagai flavor..
Hokkaido Triple Cheese (Puas makan cheese.. hehehe)
Raspberry Cheese (Masam buah raspberry dan cheese tu mengancam..)
Chocolate Cheese (Memang pekat memikat rasa coklat dia..)
Salted Caramel Macadamia Cheese (yang ini sedap dan rasa kacang dia bila digigit..)

Cubaan Menanam Jagung

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Ini adalah cubaan kedua encik suami untuk menanam jagung.. Sebelum ini beli benih di nursery tapi tak ada satu pun yang tumbuh.. Sampailah awal bulan hari tu Sha beli benih ini di kedai ECO.. Alhamdulillah, benih yang ditabur di atas tanah dah mula menjadi.. Dah tinggi-tinggi jugalah masa Sha ambil gambar ini.. Tak sabar nak tengok pokok jagung ini membesar dan mengeluarkan hasil.. Hehehe..

Selepas dua minggu disemai, dah nak anak pokoknya..

Sebatas ini ada lebih kurang 3 ke 4 pokok..

Ada lebih kurang 20 pokok jagung yang menjadi..

Terselit satu anak pokok kacang buncis.. Hehehe..

Selain dua pokok ini, Sha ada juga semai pokok sawi kailan.. Ada lah naik anak-anak dia tapi comel-comel lagi.. Kalau menjadi, Sha buat entrynya ye.. Semua benih ini Sha beli di kedai ECO sahaja..

Wednesday, November 27, 2019

Misi Sihat #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih berusaha meneruskan misi sihat.. hehehe.. Yang ini kebetulan je ini petang semalam.. Selagi boleh, kita jalanlah.. Nak buat yang extreme tak mampu sangat.. hehehe..

Yang ini jalan tanpa sengaja.. Encik suami nak servis kereta, jadi tinggalkan kereta dekat garaj dan kami anak beranak balik jalan kaki ke kuarters.. Dapatlah 1000 lebih langkah.. 13 minit punya perjalanan.. Berpeluhlah juga..


Currently Watching

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lepas tersangkut tengok The Living Dead (2019) dan The Untamed (2019), terus bubuh dalam playlist Youtube cerita-cerita China yang macam menarik.. Drama Korea macam tak berapa nak layan sangat pula sekarang ini.. Kikiki.. Selain Youtube, Sha tengok juga dekat channel DramaFast dan DramaCool.. Kalau nak tengok, klik je tajuk drama tu.. Ada Sha bubuh link untuk tengok..

Baru episod 3.. drama ini menarik sebab baju dia, lepas tu ada makhluk-makhluk fantasi.. Hero dia perempuan okay.. Comel je.. Yang ini ada 50 episod.. 

Episod 16 dah.. Yang ini kelakar dan menarik.. 2 doktor forensik bergabung dengan seorang detektif yang nakal dan suka mengusik.. Yang ini ada 20 episod.. Yang ini ada 4 seasons.. Tapi tak semua seasons ada sub english.. Pelakon utama setiap seasons pun berbeza..

Yang ini stuck dekat episod 3 tak gerak-gerak.. kikiki.. Tak ada mood nak tengok.. Ada 10 episod je.. Tapi sebab cerita dia macam gelap gelita dan suram je, jadi tertangguh nak tengok.. Tak tahulah bila baru rajin nak habiskan.. 

Sha dah tengok sampai episod 4 setakat entry ini ditulis.. Hehehe.. Cerita nya best.. Dua watak utama itu sangat kelakar.. Yang ini memang Sha cari sebab Sha dah tengok filem dia, tertarik nak tengok dramanya pula.. Ada 48 episod camtu.. Genre fantasy..

Baru tengok episod 1 dari 24 episod.. Kisah pasal detektif polis dan penyiasatan.. Menariklah juga..

The Legends (2019)
Tertengok tanpa sengaja.. Cari drama lain, drama lain pula yang jumpa.. Bila dah tertengok, macam best lah pula.. Hahaha.. Baru tengok episod 1 dari 56 episod.. Kikiki.. Banyak gila kan episod dramanya.. Tengok jelah pelan-pelan.. Tak ada apa pun yang nak dikejar.. kikiki..

29 Rabi Al-Awwal 1441 - Al-Arba'a (Wednesday)




Tuesday, November 26, 2019

Lesen Memandu Diperbaharui

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Dah settle perbaharui lesen memandu.. Dera rasanya menunggu giliran.. Kali ini Sha buat di pejabat pos je.. Malas nak ke JPJ, jauh sangat.. hahaha.. Tak sangka dah 9 tahun Sha ada lesen memandu.. Perbaharui setahun je.. Boleh ke pejabat pos lagi tahun depan.. hehehe.. Mujurlah kali ini tak terlewat dari tarikh.. Bolehlah perbaharui setahun je.. hehehe..


Pra Tempah Novel Seram

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama Sha tak buat pra tempah ini.. Kali ini dua penulis yang keluarkan buku serentak.. Kebetulan ada rezeki lebih sikit, Sha pun belilah.. Hadiah untuk diri sendiri.. Gitu.. Hehehe.. Kalau korang berminat boleh klik nama penulis ini untuk tempahan.. Naim Tamdjis dan Anuar Darwisy..

Bunian oleh Anuar Darwisy

Lanun oleh Naim Tamdjis

Planner 2020 Giveaway by Messarah

Assalamualaikum..
Hye semua..

jom joint Giveaway ohsem ini.. Planner 2020 Giveaway by Messarah

Giveaway ni akan tamat pada 20 December 2019..

Buat Messarah, Happy birthday in advanced.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..

Birthday Gift From KFC

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat email ini dari KFC, 5 hari lepas.. Masa dapat tu memang tak perasan.. Tengok sambil lalu je.. Hari ini baru tengok betul-betul sebab nak delete email yang tak berguna.. Rupanya dapat Set Snack Plate percuma kalau pesan melalui aplikasi KFC.. Kena redeem untuk Self collect.. Okaylah kan.. Satu set je dah dekat RM15 lebih.. Nantilah pergi redeem sebab tarikh expired lambat lagi.. hehehe.. TQ KFC untuk birthday treat ini..


Monday, November 25, 2019

Novel | Psychomanteum: Cermin Puaka oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini versi penuh untuk buku dengan tajuk yang sama Sha baca sebelum ini.. Psychomanteum oleh Del Osmera yang mempunyai 192 muka surat sahaja.. Seperti juga buku yang sebelum ini, novel ini menceritakan tentang 3 orang lelaki yang bernama Razmeen, Ady dan Taufik yang gemar melakukan aktiviti paranormal.. Semasa melakukan aktiviti ini, mereka telah berjumpa dengan cermin puaka dan melakukan siasatan terhadap pemiliknya.. Penemuan mereka terhadap pemilik cermin ini sangat menakutkan.. Pemujaan dan mempunyai jin belaan yang masih ada.. Namun kerana tragedi, Razmeen membeli cermin itu dan melakukan upacara Psychomanteum untuk memanggil kembali roh kakak kembarnya akibat rasa bersalah.. Namun yang datang bukanlah roh kakak kembarnya sebaliknya syaitan yang ingin terus memperdayakan manusia.. Razmeen tersedar dari kekhilafannya namun bukan mudah untuk memutuskan tautan dengan syaitan.. Novel ini ada penamatnya..

Sha baca dan selesai pada 25.11.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published 2019 by Karya Publika Sdn. Bhd.

The Untamed: Pelakon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Maaflah.. Tak boleh nak move on lagi.. hehehe.. Kali ini Sha kenalkan dengan beberapa watak yang penting dalam drama Untamed ini.. Sebenarnya tak tahu nak update apa.. hehehe.. Senjata yang selalu digunakan dalam drama ini selain pedang ialah seruling dan zither.. Macam dekat dalam gambar bawah ini.. 

Wei Ying dan Lan Zhan.. Saling memahami dan setia bersama.. Dua watak utama ini sangat kontra.. Wei Ying seorang yang sangat bebas, suka langgar peraturan.. Fikiran dia mudah, yang hitam tak semestinya jahat dan yang putih tak semestinya baik.. Memabantu tak kira siapa dan berkawan dengan semua orang.. Apa yang dia buat bukanlah berkepentingan atau nak menunjuk tapi memang sikap dia macam tu.. Lan Zhan in pula dah terdidik dengan baik.. Jenis tak membantah dan sangat patuh pada arahan.. Tak ke kontra tu.. Lan Zhan orang pertama yang kenal Wei Ying bila dia muncul semula semuanya sebab muzik yang dimainkan Wei Ying menggunakan seruling dia..

Wen Ning.. Karekter ini sangat setia dengan Wei Ying sebab Wei Ying pernah selamatkan dia masa diorang belajar dekat tempat Lan Zhan.. Kebetulan masa Wen Ning ditangkap sebab dia sebahagian dari kumpulan penjahat, dia telah dijadikan alat untuk memerangkap roh jahat.. Tu yang buat jiwa dia hilang.. Kemudian ada pula yang pasakkan paku dekat belakang kepala dia untuk jadikan Wen Ning boneka.. Namun bila Wei Ying main seruling balik, dia muncul depan Wei Ying dan Wei Ying buang Paku dekat kepala dia untuk kembalikan kesedaran dia..

 Watak paling tak menyumbang apa-apa tapi sebenarnya sangat mempengaruhi jalan cerita drama ini.. Tu je yang Sha boleh cakap.. Korang kena tengok drama ini untuk tahu kenapa..

Penjahat dalam diam.. Tak ada siapa pun yang sangka dia nie mastermind untuk semua kejahatan yang berlaku.. Semuanya sebab dendam tak dilayan dengan baik, dibuli dan dihina.. Sampaikan bapa dia sendiri dia bunuh.. Kejahatan dia terbongkar nak dekat-dekat hujung cerita.. Memang menyeramkanlah bila tahu apa yang dia buat.. Luar tabii okay..

 Jiang Cheng ini kawan membesar Wei Ying.. Memang rapatlah cuma sikap dia lebih suka memendam.. Sangat competitive dan bila Golden Core dia hilang, dia putus asa daN Wei Ying ambil keputusan bagi golden core dia dekat Jiang Cheng ini.. 

Si Zhui ini antara yang percaya dengan Wei Ying walaupun tak mengenali Wei Ying secara dekat.. Bila dah nak hujung-hujung cerita baru tahu rupanya mereka berdua ada pertalian dan saling mengenali satu masa dahulu.. 

Novel | Psychomanteum oleh Del Osmera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak baca novel seram.. hehehe.. Kali ini Sha baca novel terbitan Fantasi Gelap bertajuk Psychomanteum.. Novel ini sebenarnya bersambung tapi sambungannya telah dibuat menjadi novel penuh.. Saja je Sha baca novel ini walaupun tahu ceritanya tak habis.. hehehe.. Dah belikan, kenalah baca..

Mengisahkan tiga sekawan yang sangat menggemari aktiviti paranormal.. Walaupun berlaku kejadian seram dan mengganggu jiwa, mereka tetap tak serik.. Sehinggalah mereka buat aktiviti di kedau cermin dan menjumpai cermin puaka yang dijadikan bahan untuk memuja syaitan.. Gangguan yang dilalui mereka disini lebih teruk dan menakutkan.. Walaupun dah dipenjarakan namun syaitan tersebut berusaha untuk melepaskan diri dengan memperdaya salah seorang dari tiga sekawan yang kehilangan kakak kembar.. Dia membeli cermin itu dan melakukan upacara Psychomanteum untuk memanggil roh kakak kembarnya.. Malangnya yang datang adalah syaitan..

Kita hidup ini sepatutnya menghargai keluarga semasa hidup.. Bukannya bila dah tak ada baru nak tercari-cari.. Luangkan masa bersama ahli keluarga kerana bila dah hilang memang tak akan ada peluang lagi..

Sha baca dan selesai pada 24.11.2019..

Hak milik peribadi Sha..
Published March 2019 by Fantasi Gelap

Sunday, November 24, 2019

Misi Sihat #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih meneruskan misi sihat Sha.. Kali ini jalan dalam 25 minit sahaja untuk satu sesi.. Namun Sha selang selikan perjalanan tu dengan turun naik tangga.. Ini untuk membantu jantung berkerja dengan lebih sihat.. Bagus sebenarnya bila Sha buat aktiviti beriadah seperti ini cuma kena tambah turun naik tangga untuk memastikan jantung Sha berkerja.. kikiki.. Walaupun tak kerap cuma dua kali seminggu je, Sha tetap nak usaha juga.. Untuk kekal sihat.. Cuma pemakanan je masih tak berapa nak betul.. kikiki.. Susah juga nak tinggalkan minuman manis ini..

Sabtu je berjaya buat aktiviti ini.. huhuhu..

Random Photo #14

Assalamualaikum..
Hye semua..

Antara yang menarik dalam hp Sha.. hehehe.. Makanan tu dah pastilah kan.. Ada beberapa gambar lain yang turut diabadikan di sini..

Mushroom Swiss Extra Large Beef 
All time faveret ini.. Lepas cuba sekali terus jatuh cinta.. 

Rezeki hari Jumaat.. Ada kenalan bagi.. Sedap sebab dia guna limau untuk buat.. Rasa dia lain..

Rezeki dari kawan pejabat yang baru balik dari mengerjakan umrah.. Ada kekacang, kurma, kismis dan coklat.. Serta tasbih warna warni.. 

Pemandangan waktu pagi.. Berkabus maca di luar negara..

Buku ini lama dah Sha buat pra pesanan pada bulan April hari tu, dah selamat sampai ke tanan Sha pada hari Jumaat (22.11.2019).. Dalamnya ada sign penulis..

Pantang suruh posing.. Laju je budak berdua nie buat aksi.. hehehe..

Wall's Asian Delight: Taro

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cantik pula packaging aiskrim ini.. Disebabkan cantik, Sha beli satu.. hehehe.. Sedap la juga.. Cuma Sha bukan peminat ubi.. Aiskrim ini perisa ubi dan ada salutan kelapa di bahagian luarnya.. Bila gigit tu terasa ketulan ubi kecil kecil.. Macam makan yang perisa kelapa atau jagung.. Hehehe.. Sedap dan tak manis sangat.. Gabungan kelapa dan ubi tu masuklah pada tekak Sha..

Cantikkan.. Harga dia RM1.90 sahaja..

Yang putih tu perisa kelapa dan purple tu ubi..

Saturday, November 23, 2019

Drama China | The Untamed (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula-mula tu macam berat hati juga nak tengok drama ini.. Sebab panjang tu.. 50 episod.. Tapikan lepas tengok episod 1 terus jatuh cinta dengan dua watak utama ini.. Satu perangai nakal dan lepas bebas.. Yang satu lagi sangat pendiam dan mengikut peraturan.. Dua watak yang kontra tapi saling melengkapi.. Bermula episod 2 flash back mengenai watak-watak utama ini dan apa yang terjadi antara mereka.. Sampailah episod 33 barulah cerita kembali ke pada keadaan terkini.. Bila dah mula tengok memang nak tengok sampai habis dan nak tahu kenapa Wu Xian hidup balik..? Kenapa Wen Ning tiba-tiba muncul bila Wu Xian muncul.? Siapa sebenarnya yang jahat? Memang banyaklah persoalannya.. 

Untamed ini memang menarik walaupun ada sesetangah episod agak meleret.. Sha suka sebab baju-baju dia cantik.. Pemandangannya superb di sesetengah episod.. Aksi berlawan menggunakan pedang dan peralatan muzik.. Guna seruling je hero dia bila berlawan.. Dasyat wei.. Drama ini watak jahat dia memang tak disangkalah.. Perebutan untuk memiliki Yin Metal yang memiliki kuasa jahat dan juga menguasai dunia persilatan.. Manusia selalu menjadikan manusia yang berbeza sebagai kambing hitam pada setiap kejadian pelik.. 

Hero dia nama Wu Xian, tak boleh lagi bermain pedang sebab Golden Core dia dah disedekah pada sahabat sepeguruannya Jiang Cheng.. Jadi dia memilih untuk mengamalkan ilmu gelap menggunakan seruling.. Ilmu yang dia dapat ini pun secara tak sengaja je bila dia dicampak ke perkuburan gelap dan dikelilingi aura hitam.. Walaupun mengamalkan ilmu gelap tapi Wu Xian tak membunuh sesuka hati ataupun melakukan kejahatan.. Namun bila ilmu yang dipilih berbeza dengan orang lain Wu Xian dipandang sebagai jahat dan pemberontak.. Hanya Wang Ji je kekal memilih untuk mempercayai Wu Xian dan setia bersama Wu Xian.. Malah Wang Ji orang yang pertama kenal Wu Xian bila dia muncul semula. 

Drama ini menggambarkan persahabatan antara mereka, tolak ansur dan saling membantu.. Walaupun Wu Xian nakal dan lepas bebas tapi ada satu perangai dia yang mampu buat korang gelak berdekah.. Hero ini takut anjing.. Kikikiki.. 

Sean Xiao sebagai Wei Wu Xian / Wei Ying / Mo Xuan Yu / Yiling Patriarch
Wang Yi Bo sebagai Lan Wang Ji / Lan Zhan / Hanguang Jun

Drama: The Untamed
Also Known As: Chén qíng lìng , Grandmaster of Demonic Cultivation , Magic Ancestors , The Founder of Diabolism , Mo Dao Zu Shi , 魔道祖师 , Chen qing ling
Directors: Steve Cheng, Chan Ka Lam
Screenwriters: Deng Yao Yu, Yang Xia, Guo Guang Yun, Jing Ma
Genres: Action, Adventure, Friendship, Historical, Mystery, Horror, Comedy, Wuxia, Fantasy
Country: China
Episodes: 50
Aired: Jun 27, 2019 - Aug 14, 2019
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday
Original Network: QQLive
Duration: 45 min
Sinopsis: Wei Wu Xian and Lan Wang Ji are two completely different people from two different worlds. Lan Wang Ji is from the prominent Sect of the Gusu Lan. Due to his great achievements and reputation, he gained the title Hanguang-Jun, which means the light holder. He is seen as a hero, the role model of everyone in the cultivation world and is known to appear wherever chaos is. While Wei Wu Xian, the Yiling Patriarch who uses demonic cultivation, is a name that everyone fears. He has done many heroic things in his life, but also really cruel ones, such as killing thousands of people and even causing the death of those who saw him as family. However, the two who are totally different in nature as ice and fire, are good friends who consider each other as soulmates.
In the end, Wei Wu Xian was "killed", after he became too evil for the world to exist, by the only survivor of the Yunmeng Jiang Sect, Jiang Cheng, who was once like a brother to him. At least that is what the legend says. Sixteen years after his so-called “death”, Wei Wu Xian suddenly reappears at the Mo Village.
Between the boundary of good and evil, is Wei Wu Xian really as evil as the legend says and is Lan Wang Ji really that righteous as people claim him to be? And how much of the legend is actually true?
(Source: Tencent Trailer Synopsis)
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com