Thursday, November 7, 2019

Rutin Pemeriksaan 6 Bulan Sekali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam, macam biasa Sha ke Klinik Ibu & Anak untuk rutin pemeriksaan 6 bulan sekali.. Alhamdulillah proses ambil darah berlaku dengan mudah.. Sekali cucuk je dah dapat darah.. hehehe.. Rutin yang ini memang mendebarkan.. Kadang sampai 3,4 kali cucuk baru dapat darah.. Lepas ambil darah, hantar ke makmal bersama sample urine.. Dapat keputusan barulah berjumpa doktor..

Alhamdulillah keputusan semua okay.. 6 bulan lagi datang untuk pemeriksaan keseluruhan atas permintaan Sha.. Nak tengoklah juga tahap kesihatan Sha secara menyeluruhkan.. Disebabkan tahun ini Sha masih belum buat Pap Smear (Ujian saringan untuk kanser serviks), Doktor minta untuk Sha buat juga tapi di Klinik Swasta ataupun LPPKN.. Lepas temujanji di Klinik Ibu & Anak, Sha terus ke LPPKN untuk tetapkan tarikh temujanji ujian Pap Smear.. Alhamdulillah pagi ini dah selesai buat test.. Nanti Sha cerita di entry lain..

Basahkan tekak dengan Air Brown Sugar Boba Milk lepas jumpa doktor.. Best betul bila minum sebab dia pakai Fresh Milk dan gula melaka.. Pergh!! Berbaloi bayar RM6 untuk 1 cup ini..

15 comments:

  1. tak ramai org ya yg buat pemeriksaan begini?

    p/s mahalnya smpi rm6

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemeriksaan ini untuk mereka yang pakai Implant (perancang keluarga) je Anies.. tu yang cepat..

      Delete
  2. Ammi belum pernah buat Pap Smear walau sekali pun. Asyiklah bertangguh dari bulan ke bulan

    ReplyDelete
  3. Ape nie kak , tayang-tayang boba pulak time macam nie . Mengidam terus , dah dalam office nie mane nak cari . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. tak sengaja lah.. Samalah kita dalam office gak nie..

      Delete
  4. dah lebih setahun tak buat blood test, selalu lupa. bila dh makan baru nak buat, postpone lagi lah jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha memang 6 bulan sekali buat sebab pakai Implant..

      Delete
  5. Sedapnya Air Brown Sugar Boba Milk. Memang berbaloi lah harga tu kalau guna fresh milk dgn gula melaka tu

    ReplyDelete
  6. air boba sana sini jual..nmpk sedap tu

    ReplyDelete
  7. pergh, lepas minum boba kena bersenam.
    adeh, saya ni tak boleh nak minum benda2 manis.
    mmg usaha jaga kesihatan since dah 4 series kan, lepas tu famili ada diabetes pula.

    ReplyDelete
  8. sedut time tgh dahaga..nikmatnya

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »