Showing posts with label Imani. Show all posts
Showing posts with label Imani. Show all posts

Friday, July 24, 2026

Baucar Buku MADANI 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun ini pun anak-anak ini dapat baucar buku.. Bila dapat ja pengumuman untuk baucar ini, memang Sha suruh Amani & Imani beli cepat-cepat.. Sha pastikan diorang beli buku rujukan terlebih dahulu, barulah tambah bacaan ringan.. Kakak memang terus buatlah.. Cumanya tu lah, ada buku dia yang dibatalkan jadinya dia kena buat pembelian lagi sekali.. Kakak memang budget cukup-cukup RM100 tu termasuk kos penghantaran.. Jadinya tak payah tambah apa-apa duit..

Adik pula, awal-awal tu kena tambah duit.. Memang dia hulur duit dekat Sha untuk tambah, bila Sha cakap kena bayar atas talian dia tak jadi beli.. Hujung minggu baru ini, dia ajar kawan dia macam mana nak beli.. Jadinya dia buat pencarian buku baru supaya tak payah tambah duit.. Berjayalah juga beli akhirnya ngam-ngam dengan nilai RM100 tu..

Pembelian buku untuk pelajar sekolah menengah dibuat menggunakan laman sesawang Book Capital..

Ini buku-buku pilihan Amani..
1. BOT SPM Sejarah Tingkatan 4 dan 5
2. BOT SPM Matematik Tingkatan 4 dan 5
3. Experimental Hero (Kilat Fighters) - 2023
4. 4 komik siri putera - yang ini dibatalkan penjual.. tak pasti kenapa..

Ini pula pembelian kedua selepas 1 pesanan Amani dibatalkan..
1. BOT SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5
2. BOT SPM English Form 4 and 5
3. SIRI PUTERA 29: PERSAINGAN SIHAT

Ini pula pesanan Imani..
1. Teroka Sains 3: Uniknya Awak (Koleksi Terbaik Teroka Sains)
2. Fuiyooo Senangnya Sains Tingkatan 1 2 3
3. Tingkatan 1 2 3 Quick Revision Matematik

Inisiatif Baucar Buku MADANI 2026 menawarkan kredit digital bernilai RM100 kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa IPT yang layak.. Penebusan dibuka dari 1 Julai hingga 31 Oktober 2026 melalui portal khas untuk pembelian bahan bacaan dan rujukan akademik.. 

Penerima wajib membeli sekurang-kurangnya satu (1) buku daripada kategori “Judul Khas Baucar Buku MADANI 2026”, yang merangkumi bidang Karya Sasterawan Negara, Karya Agung Dunia, Karya Pemenang Anugerah Sastera, Sejarah, Falsafah, Ekonomi, Geopolitik, Kecerdasan Buatan (AI), Teknologi, Teknologi Maklumat, serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian.

Selepas itu, baki baucar boleh digunakan untuk membeli buku-buku lain yang tersedia di platform Book Capital, yang menawarkan lebih 950,000 judul buku merangkumi pelbagai kategori dan genre bacaan.

Wednesday, July 8, 2026

Temujanji ENT Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha bawa Imani untuk temujanji ENT.. Temujanji ini setahun sekali ja.. Alhamdulillah.. Semuanya okay tapi doktor minta untuk datang balik bulan depan.. Nak tengok telinga Imani.. Kalau okay, InsyaAllah boleh discharge..

Awal kami sampai dengan harapan, awal lah selesai..

Jom beli sarapan dulu..

Wednesday, July 1, 2026

📷 Coretan Sehari | Cerita Semalam & Pagi Ini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang Sha mintakan Imani ke rumah jiran untuk hantar pesanan coklat.. Bila Imani balik, kemain seronok dia.. Jiran tu kirimkan hadiah ulangtahun buat Imani.. Rupanya jiran tu memang mencari Imani tapi tak terjumpa pula di sekolah.. Anak-anak kami bersekolah di tempat yang sama.. Kalau dekat kuarters pula, Sha memang tak bagi anak-anak main di luar kecuali hujung minggu itupun jarang-jarang sangat..

Ini Amani bawa balik.. Cikgu kelas merangkap cikgu Sains Komputer bagi.. Brooch dan keychain tu cikgunya bagi sempena ulang tahun kelahiran.. Brooch untuk pelajar perempuan dan keychain untuk pelajar lelaki.. Amani dapat dua sebab markah Sains Komputer dia paling tinggi untuk kelas tu.. Memang sukalah Amani..

Ini pula hadiah ulang tahun Imani yang diberikan jiran Sha tu.. Ada tudung, brooch, buku nota, kad ucapan, duit raya, cup dengan straw, coklat dan tealive 3in1..

Ini pula cerita pagi tadi.. Singgah 7E Cafe belikan hash brown dan chicken katsui untuk budak berdua tu.. Sha pula ternampak air ini dekat kaunter tengah promosi.. Teruslah Sha beli sebab harga murah, tin cantik.. kikiki.. Air ini satu RM1.. Harga asal dia RM2 lebih kalau tak silap Sha..

Pagi tadi keluar average daily steps ini dekat BookDoc.. Kena usaha lagi ini bagi jadi 10K.. kikiki..

Keseluruhan jumlah jejak Sha untuk Jun 2026..

Kali kedua dapat medal perak dan emas..

Sunday, June 28, 2026

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam lagi Amani minta bawakkan dia ke Mr. DIY tapi Sha cakap pagi ini baru boleh nak keluar.. Makanya dalam jam 9 lebih tadi, keluarlah kami bertiga.. Encik suami sibuk, maka jadilah gurl day out.. kikiki.. Tu yang bahaya sebenarnya.. Bila kami ja yang keluar.. Asalnya Amani nak beli buku nota dan biskut.. Sha pula nak beli plastik sampah yang ada tangkai dengan sayur sikit.. Imani pula nak cari bahan kraf untuk aktiviti sampingan dia..

Jomlah tengok hasilnya selepas merayap hampir 2 jam lebih..

Ini pula hasil berbelanja di Mr. DIY, ECO Shop dan TF Value Mart.. Aja naya.. Memang lebih pada jajan ja sudahnya.. kikiki.. Sabar jalah.. Sayur dan barang keperluan adalah sikit.. 

Chipsmore yang tersenyum tu bag sebenarnya.. Ini free gift sebab beli produk Oreo, Chipsmore dan Cadbury Cookies.. Tuala sukan sempena Piala Dunia tu pula Sha beli dengan harga RM5.50 satu dekat Mr. DIY.. Harga sebenar dia RM16.90.. Jimat RM11.40..

Ini depan TF Value Mart.. Asalnya nak beli limau kasturi tu ja sebab dia bubuh tanda harga 1kg - RM2.. Bila pilih-pilih, dia suruh tambah lagi bagi penuh 1 plastik.. Lepas tu nampak jambu lohan dengan buah Nona tu RM5 sepinggan, Sha belilah.. Nina tu selalu jumpa warna hijau ja, tu yang beli sebab perrama kali Sha jumpa warna ungu.. Durian tu pula sebekas RM6.. Beli sebab orang tu cakap bukan durian kampung.. Durian apa ntah..

Manis betul buah Nona ini.. Ada 3 yang dah cukup masak dan 2 yang masih belum matang..

Durian RM6 sebekas ini memang best.. Bijinya comel ja.. Isi dia tebal dan manis.. Tak ada rasa pahit.. Memang bestlah makan.. Sha tak adalah habiskan terus.. Makan 3, 4 ulas ja.. 

Friday, June 26, 2026

Program Hari Interaksi Ibu Bapa di SMK

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jam 10 pagi tadi sempatlah Sha dan encik suami ke sekolah Amani dan Imani untuk Hari Interaksi.. Ini pun tak boleh nak berlama-lama.. Kelas Imani sekejap ja.. Menunggu di kelas Amani lah lama sikit.. Tambahan pula tahun hadapan dah nak SPM.. Sha nak tengok jugalah hasil dari tuisyen yang Amani hadiri setiap petang tu.. 

Ini keputusan Amani.. Alhamdulillah ada peningkatan dari tahun lepas.. Tahun ini memang kena fokus lebih sikitlah.. Supaya markah ini boleh bertambah baik.. Lagipun cikgunya maklumkan yang projek untuk Sains Komputer akan bermula tahun ini sampailah tahun hadapan dan markah tu dibawa ke peperiksaan SPM.. Lagilah Amani kena fokus lebih.. Tu belum lagi projek untuk Sains Sukan.. Tu pun akan ada juga.. 

Ini pula markah Imani.. Nampak gayanya memang kena masukkan juga Imani ke tuisyen.. Imani bagi tahu dia tak faham langsusng soalan subjek Sains tu.. Tanya mak, mak pun bukannya pandai mana..

Surat ini awal lagi cikgu dah bagi dalam group kelas..


Ada kaunter Bimbingan Kaunseling ini juga.. Tapi Sha memang tak boleh nak menyinggah ke sini.. Nak berkejar masuk ke pejabat balik.. Kalau tak memang Sha duduk dekat meja ini..

Saturday, June 20, 2026

Hadiah Ulang Tahun Kelahiran Amani & Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini ulang tahun kelahiran Amani.. Sha belikan hadiah ini awal sedikit masa minggu PBAKL 2026 hari tu.. Sha beli atas talian ja.. Sha belikan sekali untuk Imani sebab Mac hari tu Sha belanja dia kek ja.. Alang-alang Imani bising dah tak ada bahan bacaan, Sha belikan lah sekali.. Kebetulan minggu PBAKL, banyak lah diskaun dekat shopee.. 

Ini pilihan Sha untuk Imani.. Sha tambah sebab Imani pilih 4 ja buku awal tu.. Jadinya Sha carikan lah buku lain untuk dia..
Cilgu Talhah Sebuah Kisah Sedih oleh Yaya Okita
Cikgu Harith Sebuah Galau Perjuangan oleh Yaya Okita
Ameer & Musa: Geng Jom Solat oleh Yaya Okita
Ameer & Musa: Geng ke Masjid oleh Yaya Okita
Jejak paranormal oleh Olvidado Shakur
Pemburu DNA oleh Olvidado Shakur

Ini pula pilihan Imani sendiri..
1. Siri Candy 70: Dihujani Segenap Rasa [Cuaca] oleh Kaoru
2. Kisah Zulaikha 28 oleh Xanseviera
3. Kisah Zulaikha 21 oleh Xanseviera
4. Kisah Zulaikha 19 oleh Xanseviera

Ini pilihan Amani
1. Titik Koma oleh Aramoon
2. Missing Pages oleh Anna Lee, Ayumi Syafiqah, Ema Deesyiaqis, Farrah Izzlorna, Jun Sahaja, Pasha (buku ini Sha dah pernah beli sebelum ini tapi rosak dimakan anai-anai, jadinya Sha belikan jugalah yang baru untuk Amani..)

Ini pun pilihan Amani sendiri..
1. BF-Ku Idola K-Pop? 03 oleh Xanseviera
2. BF-Ku Idola K-Pop? 04 oleh Xanseviera
3. Novel Siri Putera 04: Kutukan Teater Opera oleh Natasha Mazya, Kaoru 

Ini pun buku pilihan Amani.. Hargany RM25 tapi masa Sha belikan untuk Amani, ada diskaun yang banyaklah juga tinggal RM7 ja..
Kaoru's First Draft【Artbook】
Illustrations & Commentary by Kaoru
Size: A4
Page Count: 64 pages

Thursday, June 11, 2026

Cerita Hari Khamis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha cuti sebab Imani ada temujanji doktor sebenarnya.. Oleh kerana temujanjinya jam 3 petang, Sha tak cutikan Imani.. Sha ambil dia balik sekolah, bawa ke rumah transit untuk mandi dan terus ke hospital..

Sha dengan Imani sampai hospital ngam-ngam jam 3 petang.. Jumpa doktor sekejap ja.. Doktor tengok lidah Imani dah okay.. Cumanya doktor minta pantau ja lidah Imani tu, kalau jadi lagi bertompok-tompok doktor minta maklumkan dekat dia.. Lagi 4 bulan jumpa balik untuk pantau gigi pula.. 
Sha beli kopi Wanda Gold ini sebab lama tak beli.. Lepas tu tengok dekat rak, macam ada percuma kopi wanda 3in1.. Sajalah Sha tanya adik jurujual tu.. Rupanya kalau beli pek besar 3in1 baru dapat percuma.. Tapi adik jurujual tu bagi ja dekat Sha tadi.. Dapat dua pula tu.. Setiap 1 tu ada 2 sachet.. Satu original dan satu kopi tarik.. 

Petangnya Sha jalan lagi.. Kali ini dapat 3.29km dengan 3888 langkah.. Alhamdulillah, cukup 10 ribu langkah Sha hari ini.. Bukan senang nak dapat 10 ribu ini..

Merasalah jumpa anak ular tedung.. Tau pun sebab corak dekat kepala dia tu.. Mujur perasan, Sha elak je lah.. Dah jauh baru berani ambil gambar dia.. Lepas ini memang kena jalan atas jalanlah.. Pengalaman sungguh..

Wednesday, June 10, 2026

Coretan 10 Jun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi Sha briskwalk sorang-sorang.. Pakai headphones, pasang lagu rancak terus jalan.. Memang tak toleh kiri kananlah.. Ada ja orang briskwalk dan berlari.. Tapi tak ramailah.. selusih dengan orang balik kerja juga cumanya tak lah ramai sebab Sha keluar pun dah dekat pukul 6 petang.. Jadilah briskwalk 30 minit..

Amani dan Imani bawa balik hadiah menang perbarisan masa Kejohanan Olahraga Tahunan Ke 14 hari tu.. Pasukan Puteri Islam dapat tempat kedua.. Hari ini ada perjumpaan koko, barulah cikgu agihkan hadiah.. Mereka dapat hamper, jadinya bagilah sorang sikit..

Lawa betul langit petang.. Matahari tak ada.. Cuaca redup ja.. Syok tengok langit..

Suka betul Sha tengok puncak bukit..

Bila jalan kaki ini, memang dapatlah 30 minit dan 3 ribu lebih langkah.. kikiki..

Tuesday, June 9, 2026

Coretan 09 Jun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita dua hari ini.. Semalam nak buat entry, terlupalah pula.. Kita sekalikan je lah hari ini.. kikiki..

Amani dan Imani dapat hadiah ini semalam sebab datang awal.. 10 orang yang paling awal ja sapat.. Amani no 8 dan Imani no 9.. Alhamdulillah, rezeki datang awal.. Cikgu panggil nama masa perhimpunan..

Petang semalam Sha buat senaman ringan di rumah.. Dapatlah 3 ribu lebih langkah untuk 30 minit.. Nak dapatkan 10 ribu langkah sehari tu agak payahlah juga sebab kerjanya duduk ja kan..

Hari ini Sha tolong bos beli kuih untuk mesyuarat.. Kalut sikitlah sebab mengejut.. Kalau ikutkan tak payah, tiba-tiba nak pula.. Mujurlah ada kuihnya.. 

Hari ini Sha buat senaman yang sama macam semalam cuma kurang 3 minit ja.. Tak dapatlah pula 3 ribu langkah.. Masa cukuplah 30 minit.. Macam tu lah bila guna telefon.. Kadang dia tak detect pergerakan kita.. Tak pe lah yang penting bersenam..

Monday, May 25, 2026

Coretan 25 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini Imani berjaya puasa sehari lagi setelah dipujuk Sha, Sha teman dia sahur.. Sha awalnya memang bercadang nak puasa juga tapi dari minggu lepas dah terima jemputan jamuan makan.. Jamuannya pula tepi Perpustakaan ja.. Tu yang tak jadi puasa.. Selamat berpuasa dan berbuka juga buat kawan-kawan yang berpuasa sunat hari ini..

Menu jamuan persaraan hari ini di pejabat.. Sha ambil nasi dengan lauk masak lemak nanas, sayur campur, timun dan ikan masin goreng.. Lepas tu Sha ambil juga mi kari sikit.. Manisan Sha ambil puteri ayu, karipap, cream puff, buah naga, buah oren dan tart kelapa..

Sha dapat cenderahati dari sister yang nak bersara tu.. Cantik broochnya.. Sepasang tu..

Petang balik kerja, Sha singgah farmasi belukan Imani ubat ulser.. Sha beli ja dua jenis.. Satu sapu, satu lagi spray.. Spray tu kalau sakit gigi ke, gusi ke, tekak ke, boleh spray juga..

Friday, May 8, 2026

Coretan 08 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Amani bawa telefon bimbit ke sekolah untuk pertandingan National Science Challenge.. Makluman penyertaan ini cikgu dah bubuh dalam group kelas pada 10 Mac 2026.. Hari Selasa (05.05.2026) lagi Amani dah minta kebenaran dari Sha nak guna telefon bimbit, Sha okay ja sebab untuk pertandingan.. Rabu (06.05.2026) dia bawa balik borang kebenaran bawa telefon bimbit ke sekolah untuk Sha tandatangan.. Sha tak tahu pula kata Imani pun sertai pertandingan ini sebab Imani diam ja.. Bila Sha tanya Amani, barulah tahu penggunaan telefon bimbit hanya untuk pelajar menengah atas sahaja.. Imani pula akan guna komputer sekolah untuk menjawab.. Penyertaan ini terbuka kepada semua pelajar.. 

Semoga berjayalah kedua-duanya.. Pengalaman buat kedua-duanya.. Kalau ada rezeki bolehlah ke peringkat yang seterusnya..


National Science Challenge (NSC) 2026 kini kembali dengan tema “Memantapkan Asas Sains untuk Masa Depan yang Berdaya Tahan dan Inklusif”. Program ini merupakan platform utama bagi mencungkil bakat serta memupuk minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang berumur antara 13 hingga 16 tahun. Antara kelebihan dan peluang yang menanti para peserta termasuklah:

· Pengiktirafan: Sijil penyertaan peringkat kebangsaan untuk semua peserta.
· Mentor Eksklusif: Bimbingan terus daripada saintis terkemuka dan pemain industri.
· Kem Sains: Peluang menyertai kem sains bersama-sama pelajar berbakat dari seluruh Malaysia.
· Hadiah Utama: Piala Pusingan YAB Perdana Menteri dan lawatan sambil belajar ke luar negara.

Sehubungan dengan itu, pendaftaran kumpulan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi di www.nsc.my bermula 12 Februari 2026 hingga 1 April 2026. Garis masa ringkas program adalah seperti berikut:

Peringkat Awal : Kuiz Individu
27 April – 8 Mei 2026

Peringkat Negeri : Cabaran Saintifik
18 Mei – 24 Julai 2026

Separuh Akhir : Kem Sains
1 Ogos – 6 September 2026

Peringkat Akhir : Pertandingan Akhir
7 September 2026

Monday, April 27, 2026

Coretan 27 April 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi anak-anak minta nak bawa roti bakar dengan telur dadar.. Sha pula bawa bekal ubi manis Taiwan dan sengkuang China sebab dekat pejabat ada kawan belanja nasi lemak.. Pagi ini lancar ja perjalanan ke pejabat.. Jalan macam lengang, tak banyak kereta.. Jadinya bolehlah memandu dengan bertenang-tenang..

Menu nasi lemak hari ini.. Rakan pejabat ini dapat bertukar ke Kuala Kubu Bharu, jadinya dia buat makan-makan sikit.. Hari Jumaat lagi dah pesan ada makan-makan hari ini.. Pejabat dah raikan beliau masa penghujung Syawal hari tu.. Ini beliau pula nak raikan rakan-rakan pejabat..

Imani mula periksa hari ini.. 2 subjek untuk hari pertama ini.. Kakak Amani pula ada ujian bertutur Bahasa Melayu hari ini.. Semoga yang baik-baik sahaja buat anak-anak dalam menjawab Ujian Pertengahan Tahun 2026..

Saturday, April 25, 2026

Coretan 25 April 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi sibuk betul Sha.. Siapkan sahur Imani dan teman dia makan.. Lepas tu teman encik suami ke rumah MIL hantar air.. Masukkan duit dalam akaun bank.. Gaji kan awal hari tu, Sha keluarkan simpan tempat lain.. Pagi ini baru masukkan balik dalam akaun utama.. Mudah nak top up prepaid, Setel dan yang sewaktu dengannya.. Sempatlah juga menyinggah ke Hospital cari nasi lemak sedap.. Dapatlah 2 bekas..

Pukul 11.30 pagi keluar balik, hantar Amani ke sekolah.. Hari ini Amani ada aktiviti sekolah.. Sekolah hantar pelajar ke UPSI untuk Program Jom Masuk U.. Sepatutnya kena ada di sekolah jam 12.30 tengah hari, tapi Amani nak singgah Mr.DIY dulu cari buku nota, tu yang keluar awal.. Anak-anak ini kalau dah masuk Mr.DIY memang tak akanlah sekejapnya.. Jadi kenalah keluar awal sipaya tak terlewat ke sekolah.. Lepas hantar Amani, Sha terus balik.. Pukul 4 ke sekolah, ambil Amani.. Encik suami ke Sungai Tengi ada kerja.. Sha lah yang uruskan anak-anak..

Akativiti lepas raya.. Mengumpul duit raya untuk raya tahun depan pula.. Sementara anak-anak masih ada duit RM1 yang baru ini, kita tukarlah masukkan dalam sampul.. Pelan-pelan kita kumpul, nanti mudahlah urusan.. Tak payah nak ke bank tukar duit dah..

Petang tadi sempatlah singgah 7E Cafe cari Custard Danish untuk Imani berbuka.. Sha nampak muffin, belilah juga.. Butterscotch dan Banana.. Panaskan dalam microwave baru makan.. Lembut, gebu ja muffin dia..

Thursday, April 16, 2026

27 Syawal 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Amani periksa Sejarah.. 2 kertas juga kata Amani.. Kertas 1 objektif.. Kertas 2 pula esei dan struktur.. Mak dengar, mak pening.. Lama dah tinggalkan.. Tapi tetaplah mak bagi kata-kata peransang dan semangat.. 

Pagi tadi Sha bersahur dengan cekodok kentang campur bilis.. Anak-anak nak bawa bekal cekodok, jadi Sha masak lebih untuk Sha sekali.. Lama dah tak masak cekodok.. Sesekali buat memang lajulah habisnya.. 

Berbuka pula Sha makan putu mayam dengan sebiji buah oren.. Asalnya nak beli lemang dan rendang tapi gerainya buka lambat pula petang tadi.. Sha malas nak menunggu sebab nak ambil anak-anak, lain kali ja lah kita beli..

Alhamdulillah.. Akhirnya jumpa juga kaca matanya.. Elok ja duduk atas sofa diantara penyangkut baju.. Mujurlah mak jemur baju pagi tadi kalau tak melayang RM150.. huhuhu.. 

Wednesday, April 15, 2026

26 Syawal 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi-pagi dah kalut bila Imani bagi tahu kacamata dia hilang.. Jenuhlah mencari pagi-pagi.. Masalahnya tak jumpa pun.. Sudahnya Sha hantarlah juga dia ke sekolah tanpa kacamata.. Sampai pejabat Sha cuba telefon rumah transit, kot dia terlupa bawa balik.. Tak ada pula tertinggal.. Sampai ke malam tak jumpa kaca matanya.. Adoilah Imani..

Amani ada kertas BI hari ini.. Pagi-pagi dah mengadu dekat mak, sempat ke nak buat 3 karangan dalam tempoh 1 jam setengah.. Mak pujuk dan bagi kata-kata semangat supaya dia yakin diri.. Harapnya okaylah dia menjawab..

Berbuka makan roti Sunshine dengan tembikai.. Berjaya selesaikan sehari lagi puasa.. Harapnya dapatlah selesaikan secepat mungkin.. 

Wednesday, April 8, 2026

19 Syawal 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha raya.. kikiki.. Pagi lepas hantar Amani ke sekolah, Sha ambil kawan Imani untuk dihantar ke SMKA, Slim River untuk Pertandingan Catur MSSD Muallim Tahun 2026.. Lepas hantar Imani dan kawan dia, Sha ke pejabat.. Tapi lepas tu Sha minta kebenaran keluar ke JPJ Tapah.. Selesai urusan di Tapah, Sha singgah tengok Imani dekat SMKA..

Amani tak ada kelas tambahan hari ini tapi ada latihan saringan sukan kali kedua.. Balik jam 4.30 petang.. Jadinya Sha bekalkan dia dengan nasi dan sup ayam.. Lewat sikitlah ambil Amani, sebab ayahnya kena ambil Imani dulu, lepas tu Sha baru Amani..

Pening mak tengok budak-budak sekolah ini bertaburan.. Rupanya ini hanyalah saringan.. Imani ini kalau menang layaklah ke perlawanan tapi Sha tak mengharap pun sebab dianya baru ja mula main chess, perturan pun tak berapa pandai lagi.. Kiranya masuk ini untuk pengalaman ja lah.. 6 perlawanan, menang 2 kali dan seri sekali..

Ini makan tengahari Sha dan encik suami.. Kami makan di Medan Selera Behrang Stesen.. Malam Sha tak makan dah.. Anak-anak makan sup ayam yang Sha masak subuh tadi..

Saturday, April 4, 2026

Hari Kecemerlangan Sekolah Agama Sesi 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Isnin (30 Mac 2026) Sha terima jemputan dari Ustazah Sekolah Agama Imani untuk hadir ke sekolah agama Imani bagi Majlis Kecemerlangan sesi 2025.. Sekolah agama memang selalu buat lambat.. Kebetulan mereka tunggu keputusan UPKK sekali hari tu.. Lepas tu Ramadan pula.. Jadinya teruslah 3in1 majlisnya.. Sha hadir bersama Imani dan encik suami.. 

Majlis bermula dengan Mesyuarat Lantikan Jawatankuasa untuk Jemaah KAFAi Ar Rahman.. Lepas tu penyampaian hadiah dan akhir sekali baru jamuan raya.. Sha balik jam 10.45 pagi..

Mesyuarat Agong, Hari Kecemerlangan dan Sambutan Hari Raya
📅 Tarikh: 4 April 2026
🔖 Hari : Sabtu
🕘 Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: Dewan KafaI Ar-Rahman

Friday, March 13, 2026

Kasut Raya Anak-Anak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli atas talian ja kasut raya anak-anak.. Sha buat pesanan pada 07 Mac 2026 dan kasut sampai pada 12 Mac 2026.. Lambat betul.. Sepatutnya sampai lagi awal tapi okaylah sebab dapat voucher tambahan RM5.. kikiki.. 

Kasut jalan anak-anak ini Sha beli kali terakhir pada Julai 2024, Memang dah lunyai habislah.. Itu ja sepasang sorang.. Jadinya raya kali ini Sha belikan lah kasut baru sepasang sorang.. Tapi tu lah, tak banyak pilihan saiz sebab beli atas talian ja.. Kalau ikutkan Amani, dia nak warna ungu.. Stoknya tinggal saiz kecik.. Imani pula nak sneakers, pun tak ada saiz.. Makanya kita beli mana yang ada saiz jelah.. Masa sampai tu, Sha ingat terbeli besar.. Bila anak-anak pakai, elok ja ngam.. Alhamdulillah.. 

Puma (Rose Gold) - RM159.12
Puma (Black) - RM139.90

Thursday, March 12, 2026

Temujanji Pertama Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang Sha bawa Imani ke Klinik Pakar Pergigian Pediatrik untuk temujanji pertama bagi tahun 2026.. Asalnya tarikh temujanji Imani pada 25 Februari 2026 pagi tapi klinik telefon bagi tahu tarikh ditukar kepada 11 Mac 2026 petang.. Sha lagi suka sebab tak payah Imani ponteng sekolah.. Alhamdulillah gigi Imani berada dalam keadaan baik susulan rawatan pada Disember 2025 hari tu.. Sha juga memang dah tukarkan ubat gigi Imani kepada Colgate Sensitive Pro-Relief.. Senang.. Adik dan kakak pakai ubat gigi yang sama..

Cumanya kali ini Sha tanya jugalah doktor pasal kondisi lidah Imani yang tiba-tiba ada tompok-tompok.. Awal-awal dulu masa Imani bagi tahu, Sha risau juga tapi bila Sha google dan tengok simptom yang ada tak adalah membimbangkan.. Bila doktor tengok, doktor bagi ubat sapu.. Cuma doktor pesan kalau tiba-tiba dekat tompok tu jadi ulser atau bila Imani makan panas/pedas rasa sakit kena datanglah jumpa doktor.. 

Ubat sapu..

Tompok merah dengan sempadan putih yang kelihatan seperti peta. Ia tidak berbahaya dan biasanya hilang sendiri. Boleh jadi sebab kekurangan nutrisi atau masalah anemia.. Bahaya kalau terjadinya ulser pada tompokkan tu atau terasa sakit ketika makan panas/pedas..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com