Friday, June 26, 2026

Program Hari Interaksi Ibu Bapa di SMK

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jam 10 pagi tadi sempatlah Sha dan encik suami ke sekolah Amani dan Imani untuk Hari Interaksi.. Ini pun tak boleh nak berlama-lama.. Kelas Imani sekejap ja.. Menunggu di kelas Amani lah lama sikit.. Tambahan pula tahun hadapan dah nak SPM.. Sha nak tengok jugalah hasil dari tuisyen yang Amani hadiri setiap petang tu.. 

Ini keputusan Amani.. Alhamdulillah ada peningkatan dari tahun lepas.. Tahun ini memang kena fokus lebih sikitlah.. Supaya markah ini boleh bertambah baik.. Lagipun cikgunya maklumkan yang projek untuk Sains Komputer akan bermula tahun ini sampailah tahun hadapan dan markah tu dibawa ke peperiksaan SPM.. Lagilah Amani kena fokus lebih.. Tu belum lagi projek untuk Sains Sukan.. Tu pun akan ada juga.. 

Ini pula markah Imani.. Nampak gayanya memang kena masukkan juga Imani ke tuisyen.. Imani bagi tahu dia tak faham langsusng soalan subjek Sains tu.. Tanya mak, mak pun bukannya pandai mana..

Surat ini awal lagi cikgu dah bagi dalam group kelas..


Ada kaunter Bimbingan Kaunseling ini juga.. Tapi Sha memang tak boleh nak menyinggah ke sini.. Nak berkejar masuk ke pejabat balik.. Kalau tak memang Sha duduk dekat meja ini..

8 comments:

  1. semoga terus cemerlang... linda pula jumaat depan..ambil cuti la.. tak tau la mcm mana keputusannya...

    ReplyDelete
  2. Saya kena mengadap ahad ni untuk KAFA...

    ReplyDelete
  3. sekolah menengah anak saya pun buat hari ni

    ReplyDelete
  4. alhamdullilah tahniah amani 💛

    ReplyDelete
  5. Tadi sekolah aiyan pun amik repot kad juga, tp geramnya math dpt E ... sedangkan yang lepas B

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, bagus result Amani tu lepas pergi tuisyen ye. Anak sulung saya pun tahun depan nak SPM. Risau jugak sebab subjek aliran Sains dia agak lemah sikit.

    ReplyDelete
  7. Banyak m/pelajaran sains tu. Sains komputer, sains sukan lagi.

    ReplyDelete
  8. Ini biasanya suami saya yg selalu hadir kalau ada undangan orangtua utk hadir ke sekolah. Dia lebih pandai bicara dengan guru anak2.

    Terkadang kalau anak lemah di salah satu subjek, dan orangtuanya pun kurang memahami subjek yg sama, memang tuition lah jadi solusi 😅. Sayapun begitu soalnya kak

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com