Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha sertai cabaran dekat BookDoc ini pada 7 Mei 2026.. Gigih jugalah berjalan kaki walaupun tak lah berjaya setiap hari.. Sha usaha juga turun naik tangga dekat hospital tu demi memenuhi langkah dan menjaga kesihatan.. Cabaran ini Sha sertai sebagai pembakar semangat.. Awal-awal tu macam nak mengalah tapi bila berjaya sampai destinasi pertama iaitu Nymphenburg Palace tu, terus rasa semangat nak sampai ke destinasi lainnya..
Walaupun dia bubuh situ Virtual Run tapi Sha buat briskwalk ja.. Kalau lari, tak tahulah ke mana perginya..
Berjaya sampai Nymphenburg Palace pada 13 Mei 2026, 4.33 petang..
Yeah!! Sampai juga ke destinasi kedua iaitu Marienplatz & New Town Hall pada 19 Mei 2026, 9.49 pagi..
Berjaya dapat silver medal pada 22 Mei 2026.. Silver ini untuk yang dah lengkapkan separuh perjalanan..
Sha dah sampai Frauenkirche pada 24 Mei 2026, 7.41 pagi..
Berjaya sampai checkpoint yang terakhir iaitu BMW Welt & BMW Museum pada 29.05.2026 dengan 81488 langkah dari 100000 langkah..
Yeah!! Berjaya juga semalam Ahad (31/05/2026) Sha tamatkan 100000 langkah ke Munich!! Walaupun saat-saat akhir namun tetap sukses..
Dapat juga Gold Medal ini.. Buat pertama kalinya.. Makin bersemangat nak sertai cabaran..
Sha tamatkan cabaran Munich ini dengan 103627 langkah..
Hari ini 01 Jun 2026 Sha dah mulakan cabaran baru di BookDoc.. Jom guys..


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..