Assalamualaikum..
Hye semua..
Me Books merupakan aplikasi e-buku dan buku audio yang lebih memfokuskan kepada kanak-kanak dan keluarga.. Antara ciri uniknya ialah pengguna boleh merakam suara sendiri untuk membacakan cerita, menambah kesan bunyi, dan berkongsi pengalaman membaca bersama anak-anak.. Ia turut menawarkan buku dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina daripada pelbagai penerbit antarabangsa dan tempatan..
Antara ciri menarik Me Books:
π Koleksi buku cerita kanak-kanak dan buku pendidikan
π️ Rakaman suara sendiri sebagai pencerita
π Sistem pencapaian dan pelekat (stickers) untuk galakkan tabiat membaca
π¨π©π§π¦ Profil berasingan untuk beberapa orang kanak-kanak dalam satu akaun
π Dashboard ibu bapa untuk memantau kemajuan membaca anak-anak
Me Books ini dibangunkan khusus untuk kanak-kanak yang sedang membina minat membaca, biasanya sekitar prasekolah hingga sekolah rendah tahap 1 dan tahap 2.. Banyak kandungannya berupa:
Buku bergambar
Cerita pendek
Buku pembelajaran asas
Aktiviti interaktif
Audio dan fungsi rakaman suara
Untuk murid sekolah menengah, ia bergantung kepada tahap dan minat mereka..
✅ Masih sesuai jika:
a) Tingkatan 1 yang kurang gemar membaca dan perlukan bahan ringan.
b) Murid yang sedang meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
c) Adik yang suka membaca cerita bergambar atau novel grafik ringan.
⚠️ Kurang sesuai jika:
1) Mereka sudah biasa membaca novel remaja.
2) Mereka mencari cerita yang lebih kompleks, mencabar atau panjang.
3) Mereka memerlukan bahan rujukan akademik peringkat menengah.

JEMPUTAN MENYERTAI EKSPLORASI DIGITAL U-PUSTAKA 2026 : ME BOOKS
Mari bercerita bersama Me Books. Aktiviti terbaik bersama keluarga.
Anda boleh menonton, bercerita, mendengar, merakam suara dan membaca bersama-sama.
Akses dalam talian dengan PERCUMA!
Sila layari www.u-pustaka.gov.my
Jom, sertai kami:
π️ 25 Jun 2026 (Khamis)
⏰10. 00 pagi - 12.00 tengah hari
π§Puan Siti Baizurah binti Osman
(Jurulatih Me Books)
Google Meet


























boleh rakam suara tu yang best...menarik minat kanak-kanak...
ReplyDelete