Assalamualaikum..
Hye semua..
Ini coretan 3 hari.. Dari Rabu membawa ke Khamis dan berakhir dengan Jumaat.. kikiki.. Kita rangkum sekali ja.. Cerita tentang usaha dan semangat.. Gitu..
Rabu tak dapat briskwal sebab hujan.. Jadinya kita layan hujan sambil menung atas katil.. kikiki.. Mujurlah dekat Hospital seharian ini Sha jalan turun naik tingkat 5, lobi.. Dapatlah juga kumpul langkah 5919 ribu..
Khamis pula Sha berjaya briskwalk walaupun lewat.. Mula tu macam tak jadi sebab langit nampak mendung separuh bahagian.. Tapi gagah juga lah melangkah.. Sampai dekat suku lagi perjalanan nak sampai kuarters, hujan pun turun.. Makanya berlarilah Sha memanjat bukit dalam keadaan hujan.. Semputlah sekejap.. kikiki..
Pemandangan dari beranda rumah Sha.. Hujan ini.. Tapi tak nampaklah pula.. Lupa nak ambil video..
Jumaat petang Sha masih gagah melangkah.. Kali ini Sha jalan dalam keadaan tenang tanpa mengejar langkah mahupun masa.. Sha tenangkan jiwa sambil melihat kehijauan rumput.. Perlahan-lahan terus melangkah untuk diri sendiri..
Setakat jam 6.30 petang Sha berjaya lepasi 10 ribu langkah.. Inipun sebab ada Program di sekolah dan Sha perlu turun naik hospital menyelesaikan tugas..
Semalam dan hari ini berjaya juga dapat 10 ribu langkah.. Lama dah usaha nak dapatkan 10 ribu tu tapi tak pernah berjaya.. Bila dapat ini rasa lebih semangat..


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..