Friday, May 29, 2020

Day 72 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selesai mengganti puasa.. Esok baru nak mula puasa enam syawal pula.. Kepada rakan-rakan yang dah mula dan dah separuh melaksanakan puasa enam, tahniah Sha ucapkan.. Semoga selesai dengan cemerlang.. Kepada yang baru nak ganti puasa, jangan mengalah.. Terus kuatkan semangat.. Anda pasti boleh.. Kepada yang baru nak mula puasa enam seperti Sha, jom kita puasa.. Semangat dan teruskan usaha.. Pasti boleh..

Menu berbuka Sha adalah nasi arab.. Menggunakan pes segera seperti yang Sha kongsikan di entry Resepi Nasi Mandy.. Memang Sha dah niat nak masak hari ini.. Selain nak jamu MIL, ianya juga untuk celebrate anniversary Sha.. hehehe.. Makan macam ni pun dah sedap tau.. Seronok tengok MIL makan bertambah.. Puas hati rasanya..

Tak sangka kita dah 11 tahun.. Semoga kita terus bersama sehingga hujung nyawa kita.. Aamiin.. Tetima kasih kerana selalu bersama saya..

Filem Korea | Time To Hunt (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini dari Netflix.. Agak dark dan kedepan masanya.. Pelakonnya ohsem.. Jalan cerita dia suspen dan gelap.. 3 sekawan yang merompak tempat judi dengan banyuan orang dalam.. Mereka diburu sebab ambil hard disk yang mengandungi rahsia kumpulan gengster.. Walaupun pemburu upahan tu dah jumpa apa yang dicari namun mereka tetap diburu.. Maka bermulalah misi memburu dan menyelamatkan diri.. Memang thrill habislah..

Screenwriter & Director: Yoon Sung Hyun
Genres: Suspense, Friendship, Thriller, Crime
Country: South Korea
Type: Movie
Release Date: Apr 23, 2020
Duration: 2 hr. 14 min.
In the near future, a financial crisis hit Korea and slums arise. From those areas, in a hopeless city, Jun Seok, who was released from prison, plans a dangerous operation for a new life with his family-like friends, Jang Ho, Ki Hoon, and Sang Soo. However, the expectations for the future are short-lived, and an unidentified pursuer appears and begins to chase them, seeking their lives. Can your friends who are each other's whole world get away from his hunting? (Source: MyDramaList)

Mini Oreo Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa dan terbeli.. Sebab ada perkataan Mocha tu kan.. Harga pun okay.. RM2 je.. Rasa dia sedap untuk penggemar kopi macam Sha ini.. Tak terlalu kuat atau pahit.. Sedang elok je.. Sedap dimakan sebagai snek sewaktu membaca buku atau menonton filem.. hehehe


Ada dua pek comel dalam kotak ini.. Isinya tak adalah banyak tapi okaylah untuk harga yang dijual..

Thursday, May 28, 2020

Day 71 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha masih bercuti.. Ada kat rumah MIL ini.. Hari ini dapat buat puasa ganti.. Baru lega rasa perut.. hehehe.. Dah berusia nie memang rasa tak boleh nak makan banyak-banyak.. Puasa dekat kampung ini lebih mudah dan menyeronokkan tambah MIL pun puasa sunat.. Seronok dapat berbuka ramai-ramai.. Doakan Sha istiqamah puasa ganti dan terus puasa sunat ye.. 

Menu buka puasa Sha.. Nasi, kerabu timun, ayam goreng dan sambal udang..

Alhamdulillah dapat rezeki durian hari ini..

Filem Tamil | Muni 2: Kanchana (2011)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Layan filem ini sebab komedi seram katanya.. Memang ada babak kelakar yang menarik.. Kisah hero yang penakut tanpa sengaja terbawa balik roh yang berdendam.. Bila kisah sebenar roh diketahui, hero yang penakut dengan sukarela meminjamkan badan untuk roh membalas dendam.. Nice jalan cerita dia.. Watak hantu dia agak selekeh tapi okaylah.. Masih menarik untuk ditonton.. 

Ini siri kedua dari franchise Muni ini.. Walaupun franchise tapi okay je nak tengok yang mana dulu sebab tak saling berkiatan kecuali menggunakan watak hero yang sama..

Kanchana : Muni 2 (2011)
Bahasa: Tamil
Genre: Seram
Pelakon:  Lawrence Raghavendra, Sarath Kumar, Kovai Sarala
Sinopsis
Sewaktu sedang membersihkan kawasan lapang tersebut bersama teman - temannya untuk dijadikan padang kriket baru, tanpa disedari Raghava terbawa tiga makhluk halus ke rumahnya. Tanah yang mereka pijak menyimpan 1001 kisah tentang Kanchana. Namun misterinya, siapa Kanchana?


Resepi Nasi Mandy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Haritu Sha ada kongsikan pasal pes nasi mandy nie kan.. Kali ini Sha kongsikan cara membuatnya.. Mudah, cepat dan sedap..

Ini pes yang Sha guna.. Dia datang sekali dengan beras.. Sha cuma sediakan ayam dan bahan untuk sambal je.. Nak mudah memasak boleh tonton video di SINI.. Untuk beras 500gm ini, boleh dimakan oleh 4 ke 5 orang dewasa.. Conform jadilah kalau guna pek ini.. Nak sedap bolehlah buat sup sekali..

Basuh beras dan rendam selama 30 minit..

Sementara tunggu beras tu kita masukkan 700ml air dan beberapa ketul ayam ke dalam periuk bersama rempah yang disediakan dalam pek.. Rebus sehingga mendidih..

Masukkan beras, air rebusan dan ayam kedalam periuk nasi.. Masak..

Lebihan ayam yang direbus tu Sha salutkan dengan perencah perap dan bakar..

Setelah nasi masak, bolehlah letakkan pewarna kuning yang disertakan didalam pek dan tutup semula periuk nasi dan biarkan selama 15 minit..

Ayam yang dah siap dibakar..

Yeah!! Dah siap.. Makan macam ini je pun dah sedap.. 

Sambal tomato je Sha tak buat sebab malas nak keluar pergi beli.. hahaha.. Ada disertakan resepi sambal tomato dekat pek tu.. Senang je nak buatnya.. Nak lagi best buat sup daging atau sup ayam.. Memang puas lah makan..

Wednesday, May 27, 2020

Day 70 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada yang dah mula puasa enam ke?? Selamat berpuasa ye.. Sha nak ganti puasa dulu.. Mujur tak banyak.. hehehe.. InsyaAllah tahun ini pun kita cuba buat puasa enam sampai habis.. Semoga dipermudahkan buat Sha dan rakan-rakan yang membaca entry ini.. Aamiin..

Pagi dalam pukul 10, Sha ke rumah adik untuk makan-makan dan bagi anak-anak mandi kolam.. Sha dan adik ipar berkerjasama memasak nasi arab bersama kari dan sup ayam.. Alhamdulillah menjadi walaupun terlembik sedikit nasinya sebab terlebih air.. hehehe.. Tak pakai sukatan kan.. Main agak-agak je airnya.. Lembik pun tetap licin dan sedap.. Kali ini buat sambal tomato dia.. Lagi terangkat rasanya.. Nak balik, adik ipar bungkuskan kari ayam dan sup ayam.. Buat lauk makan malam nie.. Alhamdulillah..

Menu lunch Raya ke 4..

Novel | Pendamping Malam oleh Ida Munira

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk sangat mengujakan namun garapan penulis agak kurang menarik.. Bukan kegemaran sha novel ini.. Okaylah untuk dibaca.. Ini pun jenuh nak habiskan.. Cerita yang dibawakan menarik cuma cara penulis menyampaikan cerita tu tak kena dengan Sha.. Setiap penerimaan bergantung pada pembaca.. Akma yang diuji berterusan dengan gangguan.. Dalam buku ini juga ada dikongsikan supaya kita tak mengalah dengan jin.. Berusaha dan terus berusaha untuk melawan serta meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah.. Cari punca dan usaha untuk ubati..

Sha baca dan selesai pada 25.05.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published 2019 by KarnaDya Publishing

Wordless Wednesday 2020 PKPB


Tuesday, May 26, 2020

Day 69 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha memulakan aktiviti Brisk Walk yang lama dah tergendala.. Makan tidur, makan tidur je sepanjang PKP/PKPB ini.. Badan pun dah lemau.. Mula tu macam malas je.. Tapi gagahkan juga.. Lepas tu balik rumah untuk masak dan berehat.. Keluar kejap pergi Mr DIY untuk carikan sarung tilam untuk anak-anak.. Disebabkan tak boleh bawa budak-bufak masuk kedai, Sha buat video call je.. Biar mereka pilih design apa yang mereka nak.. Lepas tu singgah rumah sepupu encik suami untuk hantar barang.. 

Sejuk je cuaca pagi ini.. Mendung dan redup.. Lepas habis je Brisk Walk, hujan turun.. Hehehe..

Menu hari ini.. Nasi goreng telur dan daging black paper.. 

Alhamdulillah.. Dapat kuih raya dari jiran sebelah rumah.. Gebu gebas tart dia..

Novel | M.A.Y.A oleh Iman Fadia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kerana dendam yang disimpan akibat perbuatan durjana, manusia sanggup bersekutu dengan syaitan.. Dua kisah tragis yang digarap dengan canyik oleh penulis.. Ada mangsa tak bersalah turut menjadi korban.. Tekaan Sha mengenai siapa yang punya angkara agak tersasar pada awalnya namun makin ke penghujung makjn tersalah siapa pelakunya.. Kesian pada Sya yang tak bersalah.. Pembalasan untuk yang melakukan kejahatan turut dimasukkan penulis.. Kesan dan akibat perbuatan kuta boleh mengundang perkara baik mahupun tak baik kerana dendam sifat yang sangat bahaya.. Memang ohsem karya penulis ini..

Sha baca pada 20.05.2020 dan selesai pada 22.05.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published March 2019 by KarnaDya Publishing

Monday, May 25, 2020

Day 68 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah 2 Syawal.. Macam mana keadaan rakan-rakan semua?? Okay?? Ziarah raya di dalam daerah je Sha hari ini.. Ke rumah sepupu encik suami.. Itupun sebelah petang..

Pagi-pagi Sha dan encik suami ke asrama pelajar.. Mendobi cadar dan sarung bantal.. Ampaian rumah penuh baju.. Tu yang ke dobi.. Boleh keringkan terus dan lipat.. 2 jam jugalah..

Tengahari masak nasi arab guna Pes Yemeni Mendhi.. Sedap.. Cepat dan mudah.. Nanti Sha buat entry khas untuk nasi ini.. Satu pek ini cukup untuk makan sampai ke malam..

Review Huawei F317 GSM Desktop Telephone

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan mengenai pembelian telefon ini di entry Shopee | Huawei F317 GSM Desktop Telephone (Use Simcard).. Kali ini Sha nak review mengenai kelebihan telefon ini.. Setakat yang Sha dah guna selama penerimaan telefon ini, agak bagus dan senang.. Penggunaannya seakan telefon nokia 3310.. Boleh hantar dan terima mesej juga.. Ada nada dering selain nada dering yang klasik tu..

Untuk penggunaan simcard pula, Sha dah cuba Digi dan Yodoo.. Okay dan tidak bermasalah.. Call in dan call out memang jelas dan terang.. Cuma untuk plan Yodoo tu Sha amik untuk call sahaja jadi untuk mesej boleh terima je tak boleh hantar.. Penggunaan telefon ini bergantung kepada plan simcard anda tau.. Kalau nak call dan sms, kena amiklah plan yang ada kedua tu.. Untuk taip mesej tu memang keypad dia sama je macam 3310..

Charging pula ada dua cara.. Terus kepada elektrik ataupun boleh gunakan bateri.. Bateri dia tahan lama juga bergantung pada penggunaan..

Selain fungsi diatas.. Telefon ini boleh dijadikan radio juga.. hehehe..

Nanti kalau ada lagi fungsi yang Sha jumpa, Sha update sini ye.. Semoga entry ini membantu rakan-rakan.. Sha sertakan sekali link untuk kawan-kawan yang ingin membeli..

https://shopee.com.my/product/3614138/3312038572





Filem United States | Spenser Confidential (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mulanya tengok sebab nampak info filem ini filem aksi komedi.. Memang ada komedi cumanya filem ini lebih pada aksi sedikit ganas dan ada babak 18sx.. Hehehe..

Menarik tengok lakonan Mark Wahlberg walaupun nampak ketuaannya.. hehehe.. Aksi mantap, lawak tanpa try hard.. Part paling best bila hero kena kejar dengan anjing.. Part nie memang buat Sha gelak besar.. serius.. hahaha.. Semangat keadilan si Spenser ini tinggi sebab tu dia tolong isteri anggota polis yang dituduh melakukan pembunuhan walaupun spenser ini bukan polis lagi dah.. Memang best tengok walaupun Spenser ini asyik kena pukul.. hehehe..

Sunday, May 24, 2020

Day 67 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Syawal di musim Covid19.. Namun tetap kita meraikan Aidikfutri walau tak semeriah dulu.. Kemeriahan Aidilfitri tu kita yabgvtentukan sebenarnya tak kira dimana dan dengan siapa.. Seawal pagi encik suami menerima jemputan untuk solat raya.. Alhamdulillah setelah lama tak ke masjid bersolat jemaah, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke rumah Allah kembali.. Memang gembira sungguh encik suami siap sujud syukur.. Alhamdulillah..

Lepas solat sunat Aidilfitri, kami bersarapan dulu di rumah.. Kemudian dalam pukul 11 lebih baru keluar rumah untuk ziarah raya.. Ke rumah adik bongsu Sha dan rumah MIL.. Malam baru gerak balik.. Perjalanan balik tu agak sunyi.. Kedai-kedai semya tutup.. Selisih dengan kereta lain pun sangat jarang-jarang.. Berbeza sungguh Syawal 2020 ini..

Kenangan 1 Syawal kami..

Cousins..

Salam Aidilfitri 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali Sha juga kepada pembaca blog ini.. Norma baru Aidilfitri..


Saturday, May 23, 2020

Day 66 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berakhirlah sudah Ramadan.. Semoga kita diberikan lagi kesempatan untuk bertemu Ramadan di tahun seterusnya.. Aamiin..

Hati ini sayu je.. Ramadan dan Syawal yang berbeza.. Namun tetap dilalui seperti biasa.. Seawal pagi Sha dah keluar dengan encik suami mencati ayam untuk dibuat rendang.. Bukan Sha masak.. Sha minta mak pengasuh bebudak ini tolong masakkan.. Lemang pula Sha tempah dengan acik cleaner dekat tempat kerja Sha.. Alhamdulillah, cukuplah menu hntuk 1 Syawal.. Kami berempat je pun..

Ini lauk sahur terakhir kami.. Ayam masak merah, asam pedas dan sup ekor..

Ini pula menu berbuka.. Rendang ayam dan lemang..

Ini pula diberikan jiran sebelah.. Alhamdulillah..

Filem Melayu | 7ujuh (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik cumanya terlalu gelap.. Tak berkenan Sha tengok.. Jalan ceritanya menarik tapi tulah.. Bila cerita seram je mesti nak kena guna tone gelap.. Tak boleh ke buat cerita seram tapi tone tu terangkan sikit.. Ini hari siang pun gelap.. suram je.. Menyampah nak tengok.. Tapi habis jugalah tengok.. Kisah Suri yang mati setelah menyumpah 7 orang manusia kejam.. Kejam dengan cara mereka yang mementingkan diri.. Akhirnya ke tujuh-tujuh tu mati.. Bapa suri pun boleh tahan jahat gak.. Hahaha.. Memang kisah ini starait je.. Cuma nak tahu siapa pelakunya tu je kena tunggu lama sikit.. Okaylah.. Menarik untuk ditonton walaupun suram sangat warnanya.. Kalau boleh cerahkan, memang sha cerahkan.. hahaha..

TAJUK : 7UJUH
Tarikh Tayangan : 8 November 2018
Genre : Seram / Ngeri
Pengarah : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Pelakon : Johan As'ari, Cristina Suzanne, Marsha Milan, Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Siti Saleha, Riz Amin, Deedee Nash, Hanafi Su, Faizal Hussein

 SINOPSIS 7UJUH
Pada tahun 70an, tujuh pelajar kolej yang mengambil keputusan meraikan hari terakhir pengajian dengan bercuti di sebuah rumah peranginan milik salah seorang daripada mereka, Sam.
Namun kegembiraan tujuh sekawan itu berpesta dengan arak dan dadah telah mengundang satu kejadian yang tidak diingini terhadap Suri (Marsha Milan) iaitu anak kepada Tok Batin (Wan Hanafi Su) yang ditugaskan menjaga rumah tersebut. Suri telah dirogol dan kemudian membunuh diri. Suri menyumpah akan menghantui mereka.
Susulan kejadian tersebut, ketujuh-tujuh mereka dihantui satu sumpah dendam sehingga membuatkan mereka sukar untuk keluar dari rumah tersebut. Lebih parah, sumpahan tersebut harus tuntas untuk meragut nyawa mereka seorang demi seorang.

Friday, May 22, 2020

Day 65 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makin penghujung Ramadan ini makin sedih pula perasaan.. Tambah pagi ini dapat berita sedih.. Rakan sekerja kehilangan anak yang baru 9 hari usianya.. Di bulan Ramadan dan PKPB.. semoga beliau dikurniakan ketabahan untuk kehilangan ini.. Perasaan sayu itu membawa Sha kepada kerinduan pada arwah abah.. Walaupun dah dua kali syawal tanpa arwah namun perasaan rindu tu tak pernah reda.. Kenangan sahaja yang menjadi ingatan..

Pagi tadi bersahyr dengan sup ekor.. Mudah je nak buat, pakai pes Adabi.. hehehe.. Puas rasanya makan yang masak sendiri.. Beli sekilo ekir lembu ini dengan harga RM23..

Berbuka pula makan kuih dan mangga bersama air Neslo ais yang power.. hehehe.. Encik suami dan bebudak makan nasi putih dengan ayam masak merah..

Pemanis mulut untuk moreh.. hehehe.. Ini stok 3 ke 4 hari.. Semuanya RM1 kecuali cornetto tu je RM2.. Murah dan sedap..

Novel | Keliwon oleh Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seram kembali lagi.. hehehe.. Layan betul bila baca novel genre ini.. Novel ini koleksi Sha..

Kisah mengenai Aariz yang mewarisi banglo dan harta peninggalan arwah ibunya.. Aariz terpaksa balik ke kampung walaupun tak suka dengan bapa tirinya.. Namun semasa di kampung banyak peristiwa seram dan aneh yang terpaksa Aariz lalui.. Mulanya Aariz mengesyaki ayah tirinya tapi semakin lama keadaan dalam banglo semakin mencurigakan.. Kemudian sahabat sekerja Aariz pula hilang selepas bertemu dengan Aariz.. Membaca novel ini memang memberikan debaran dan tanda tanya.. Walaupun tekaan Sha mengenai penjahat tu namun memang tak diduga dalang sebenarnya..

Sha baca dan selesai pada 19 Mei 2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published December 2019 by KarnaDya Publishing

Sample Percuma | Milo with Whole Grain Cereal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Dapat sample dari Milo pula.. Seperti yang Sha kongsikan dalam Produk Percuma DearNestle Sha dapat sample ini melalui Facebook Koleksi Lubuk Percuma.. Memang rajin juga sha mohon setiap kali Facebook tu kongsikan apa-apa yang boleh dimohon secara percuma.. Cuma produk kecantikan je Sha tak mohon.. Sha tak guna kan.. Kalau sample sabun ke makanan ke atau minuman memang rajinlah Sha mohon.. Sample Milo ini pun dihantar menggunakan Gdex.. Okaylah bungkusan dia.. Kemas dan sampul tu tak kemek ke apa..

Selamat sampai pada 19 Mei 2020..

Dapat 2 sachet..

Thursday, May 21, 2020

Day 65 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Patutnya hari ini je masuk pejabat.. Esoknya kena kerja dari rumah je tapi saat akhir, rakan sekerja ajak masuk pejabat juga esok.. Masuk kejap je sebelah pagi.. Sha okay je.. Kerjakan..

Hari ini keluar sekejap.. Ambil time off sebab nak cari ayam, daging dan kambing untuk buat sate.. Pasaraya seawal pagi lagi dah ramai yang beratur.. Maka kami cari kedai frozen dan tempat proses ayam je.. Senang dan tak ada orang.. Tak payah nak beratur bagai.. Dapatlah beli daging lembu (1kg) dan kambing (1kg - siap potong kiub).. Ayam pun siap lerai dari tulang.. Isi ayam tu nak buat sate, tulangnya pula nak dibuat sup.. 

Masuk pejabat, kawan kongsikan rakaman audio perbualan dengan polis mengenai rentas daerah semasa raya.. Sha memang tak baliklah rumah MIL kalau adik encik suami balik.. Bukan boleh ramai-ramai.. Ada yang kena denda pula nanti.. MIL lah sedih sebab dah janji nak buat satekan.. Takpelah.. Yang penting ada orang teman MIL.. Tak kesahlah siapa pun..

Norma baru sambutan Aidilfitri..

Rezeki.. Ada orang bagi nasi lemak pandan..

Komik | Buasir Otak The Komik: Amaran Sentap!!!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang sentap, padu dan menusuk ke hati.. hehehe.. Komik yang menarik bila menggunakan isu semasa dan permasalahan sosial serta agama sebagai topik.. Olahan yang pelbagai dari artis yang berbeza.. Ada yang sempoi gila ada yang padu ke hati.. Memang sesuai dibaca semua.. Page pun tak banyak.. Sekejap je dah settle..

Sha baca dan selesai pada 19.05.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published February 21st 2016 by Alaf 21

Drama Jepun | Final Life (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha bukanlah peminat tegar Taemin cuma suka tengok video klip beliau je.. Bila baca details pasal drama ini ternampak nama Taemin rasa macam menarik pula.. Bila tengok episod pertama je dah menarik.. Taemin dengan rambut dan mata biru dia.. Pergh!! Macam scene video klip.. hahaha.. Sha tengok dekat Youtube je.. Ada 12 episod.. Menarik wei..

Tapi tulah.. Taemin nampak macam tengah menari lak.. Babak berjalan pun macam catwalk.. Hahaha.. Jalan cerita dia nice lah.. Bolehlah nak tonton seronok-seronok.. Kisah seorang lelaki yang dijadikan bahan uji kaji dan hilang ingatan.. Kemudiannya dihantar ke Jepun untuk membantu polis Jepun menyelesaikan kes.. Memang ohsemlah lepas kena bedah.. Watak utama dia lelaki.. Taemin dengan Matsuda Shota.. Dua lelaki ini membawakan watak mereka dengan ohsem.. Tapi ending dia sedih..

Drama: Final Life
Also Known As: Fainaru Raifu: Ashita, Kimi ga Kietemo
Directors: Kurakata Masatoshi, Paul Young
Screenwriters: Taniguchi Junichiro, Hisamatsu Shinichi
Genres: Action, Suspense, Thriller, Mystery, Psychological, Detective, Mature, Investigation
Country: Japan
Episodes: 12
Aired: Sep 8, 2017 - Nov 17, 2017
Aired On: Friday
Original Network: Amazon Prime
Duration: 30 min.
Kawakubo Ryo is a detective on a special team. When he was a child, he lived through a difficult time. He lived in poverty and his mother's negligence led to his younger sibling's death. His mother went missing and he has been looking for her. Song Shi-On  is a smart guy. He graduated from a top medical school in the United States. He happily spends time with his girlfriend, but an experiment on his brain causes him to lose his memory. Kawakubo Ryo and Song Shi-On have nothing in common but work together on a special team formed by a secret organization of police officers. They try to solve difficult cases.

Wednesday, May 20, 2020

Day 64 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini sibuk buat skrip untuk rakaman taklimat pelajar baru.. Norma barukan.. Walaupun pelajar baru masuk awal Julai, rakaman perlu settle awal sebab minggu depan dah cuti raya.. 

Sahur dengan nasi goreng udang.. Berbuka pula Sha makan nasi ayam dan kuih muih..

Sahur makan nie.. Manis.. Elok masaknya..

Alhamdulillah.. Telefon ini dah boleh berfungsi.. Barulah senang nak tinggalkan anak dekat rumah.. Tak adalah risau sangat.. fungsi diamacam nokia 3310.. hehehe...

Shopee | Novel KarnaDya Publishing

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan kemenangan Sha dalam Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger kan.. Kali ini Sha nak kongsikan hasil dari kemenangan itu Sha beli novel dibawah.. Sha tambah sikit sebab beli 6 buah.. Pos percuma.. Sha memang dah aim lama dah buku-buku ini cuma tak beli sebab ada yang lebih diperlukan.. Bila dapat tahu menang Segmen Kak Adda, memang Sha dah niat nak beli buku.. Alhamdulillah.. Bertambah lagi koleksi buku-buku Sha.. Sha beli pada 14.05.2020 dan buku selamat sampai pada 18.05.2020.. Cepat jugalah dalam musim PKPB ini kan..

Sebuah RM10 dan pos percuma.. Sha bayar duit buku sahaja.. Guna duit kemenangan segmen dan tambah RM10 sebab beli 6 buku..

Inilah dia buku-bukunya.. 5 seram dan 1 romatis..
Mr Racer Encik Mekanik oleh Zura Rahman
M.A.Y.A oleh Iman Fadia
Keliwon oleh Ilya Abdullah
Pendamping Malam oleh Ida Munira
Saka Tokwan oleh Suhaila Selamat
Tanah oleh Izam Nor

Wordless Wednesday 2020 PKPB


Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »