Monday, May 4, 2020

Day 48 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat pertama kalinya hari ini lewat bangun.. Bangun-bangun je dah pukul 5 pagi.. Memang tak sempatlah nak masak apa pun.. Apa pun tak ada.. Sudahnya sahur makan maggi je dengan kurma.. Mujurlah stok kurma memang ada je kat rumah nie.. Dah masuk kotak kurma yang kedua dah.. Mula puasa aritu beli Yusuf Tayoob Waseem.. Yang kedua ini beli Yusof Tayoob Safia lak.. Sedap je dua-dua.. Risau juga bila sahur makan maggi je, tak sempat petang nanti dah lapar.. Tapi bila makan kurma, Alhamdulillah sampai berbuka tak ada apa.. 

Pukul lapan dah kena clock in.. Hari ini dah mula kerja berpunch card.. Bos dah mula ambil kedatangan staf.. Ada bahagian yang bergilir-gilir kerja.. Unit Sha ada 3 dari 5 orang yang masuk pejabat.. Masih menanti sama ada perlu bergilir atau masuk je macam biasa sebab ada sorang staf tu duduk Bukit Beruntung, Selangor..

Menu berbuka pula alhamdulillah, Sha masak kari ikan,sambal tumis sotong dan udang goreng kunyit.. Sha dan encik suami makan roti garlic Gardenia manakala anak-anak makan nasi..

Makan roti je hari ini.. Cicah kari dan sambal tumis..

Karipap sardin tu Sha beli frozen.. 10 ketul RM5.50.. Goreng 4 ketul je.. Kuih apam tu jiran bagi.. Alhamdulillah..

Berlalulah sudah Ramadan ke 11.. Kejap je dah 11 hari Ramadan..

5 comments:

  1. Nampak gemok-gemok betul udangnya tu akak. terliur tengok x.x

    ReplyDelete
  2. Sedapnya makanan tu. hehe. Aril singgah sini jap ehh...

    ReplyDelete
  3. Ummi kalau xsempat mkn kurma minum air😂. Betul nampak sedap udang sha.gemuk2 ye

    ReplyDelete
  4. ok dah tu maggi dengan kurma... nasib sedar jugak kak, kalau sedar dah kul 6 lagi sian 2 anak dara tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »