Thursday, May 21, 2020

Day 65 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Patutnya hari ini je masuk pejabat.. Esoknya kena kerja dari rumah je tapi saat akhir, rakan sekerja ajak masuk pejabat juga esok.. Masuk kejap je sebelah pagi.. Sha okay je.. Kerjakan..

Hari ini keluar sekejap.. Ambil time off sebab nak cari ayam, daging dan kambing untuk buat sate.. Pasaraya seawal pagi lagi dah ramai yang beratur.. Maka kami cari kedai frozen dan tempat proses ayam je.. Senang dan tak ada orang.. Tak payah nak beratur bagai.. Dapatlah beli daging lembu (1kg) dan kambing (1kg - siap potong kiub).. Ayam pun siap lerai dari tulang.. Isi ayam tu nak buat sate, tulangnya pula nak dibuat sup.. 

Masuk pejabat, kawan kongsikan rakaman audio perbualan dengan polis mengenai rentas daerah semasa raya.. Sha memang tak baliklah rumah MIL kalau adik encik suami balik.. Bukan boleh ramai-ramai.. Ada yang kena denda pula nanti.. MIL lah sedih sebab dah janji nak buat satekan.. Takpelah.. Yang penting ada orang teman MIL.. Tak kesahlah siapa pun..

Norma baru sambutan Aidilfitri..

Rezeki.. Ada orang bagi nasi lemak pandan..

8 comments:

  1. nadia pun tak balik beraya di kg..sedih mmg sedih tetapi nak buat camna kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kan.. tapi arahan kena dipatuhi demi membnateras Covid19 ini..

      Delete
  2. sedapnyaaa. lepas puasa ni nak kena cari nasi lemak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best betul kalau dapat sarapan nasi lemakkan Tiara..

      Delete
  3. Lama tak makan nasi lemak pandan.. Best ni...

    ReplyDelete
  4. Selamat membuat persiapan menu raya.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »