Monday, May 18, 2020

Shopee | Huawei F317 GSM Desktop Telephone (Use Simcard)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila dah mula kerja, hati ini risau je tinggalkan anak dara dekat rumah.. Amani dah besar.. Dia tak suka nak duduk di rumah pengasuh.. Maka Sha biar je dia kat rumah.. Imani je Sha anta rumah pengasuh setiap kali Sha kerja.. Sha dengan encik suami, tak ada penggiliran kerja.. Encik suami hari-hari kerja.. Sha pula selang seli.. Untuk memudahkan dan melegakan hati yang risau, Sha beli telefon ini.. Mudah sebab pakai simkad.. Tak payah masuk line telekom.. Sesekali boleh call Amani dan periksa keadaan dia ataupun kalau dia ada nak apa-apa, boleh call Sha.. Sha tak berapa nak bagi telefon bimbit sebab anak-anak zaman sekarang ini lagi advanced.. Risau ke perkara lain.. Cumanya belum guna lagi je masa Sha buat entry ini sebab tengah tunggu simcard sampai.. Encik suami nak guna simcard Yodoo..

Sha beli dengan harga RM94.66 sahaja.. Diskaun postage dan tebus coins shopee..

Kotak nampak macam besar.. sekali buka, comel je.. hehehe..

Inilah dia telefonnya.. 

Telefon ini kena caj macam telefon bimbit juga.. Ada bateri kat belakang telefon ini.. Tu tempat bubuh simcard..

9 comments:

  1. nak tinggal budak seorang diri di rumah memang risau bila ada telefon bolehlah check selalu :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. faham je kak hati mak mana senang duduk anak dok kat rumah sorang..
    kecik lagi pulak tu..

    ReplyDelete
  3. Teringat telefon kat rumah dulu camni cuma pakai line TM la hehe takde simkad2..

    ReplyDelete
  4. Pertama kali nampak telefon macan ni guna simcard. Selalunya mesti kena guna line TM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. selalu pakai line telekom kan.. Akak pun pertama kali nak cuba..

      Delete
  5. oh tak pernah tahu pun sebelum ni pasal phone ni :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »