August 2018 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Saturday, August 18, 2018

Urusan Cinta Elena Dan Tuah oleh Hannah Ezaty

August 18, 2018
Urusan Cinta Elena Dan Tuah oleh Hannah Ezaty
Assalamualaikum..
Hye semua..

Elena dan Tuah berkenalan secara tak sengaja ketika menyelamatkan Elena dari Azad tak guna.. Elena yang sangat mencintai dunia bakerynya.. Tuah melamar Elena saat pertama kali berjumpa namun ditolak Elena.. Memang kisah yang menarik antara Elena dan Tuah ini.. Manis bak gula-gula lollipop.. Hahaha.. Tapi sikap Elena yang suka membuat andaian sendiri menjauhkan jarak antara Elena dan Tuah sehinggalah kebenaran terbongkar.. Namun dugaan datang dalam bentuk seorang lelaki bernama Azad.. Lelaki yang jahat dan suka berpoya-poya.. Mujurlah penamatnya menarik dan best..

Novel ini ringan je dengan konflik yang biasa-biasa.. Bolehlah nak buat bacaan santai.. Sha baca satu malam je.. Berhenti pun sebab mengantuk.. Lepas tu sibuk dengan anak-anak tu yang lambat sambung bacaan..

Sha baca pada 14.08.2018 dan selesai pada 15.08.2018..
 
Buku ini hadiah encik suami kepada Sha.. :)
Read More

Friday, August 17, 2018

2018 Reading Challenge - Countdown to Finale

August 17, 2018
2018 Reading Challenge - Countdown to Finale
Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Cabaran dah makin sampai ke garisan penamat.. Ada lagi 50 buah buku sahaja yang perlu Sha baca sebelum tahun 2018 berakhir.. Memang tak sangkalah boleh secepat ini.. Bukan apa, dua tiga bulan sejak puasa hari tu mood membaca macam swing ke Laut Dalam je.. Kikiki.. Tapi tetap membaca.. Bila tengok angka makin sikit nak mencapai matlamat, rasa macam semangat kembali membara.. kikiki..

Kawan-kawan pula macam mana?? Sudah tercapai ke matlamat membaca.. Walaupun hanya sebuah majalah atau senaskah suratkhabar, kawan-kawan tetap dikira membaca.. Jom teruskan usaha membaca dan sambut semangat #MalaysiaMembaca

Lagi 50 buah buku.. Kena pulun membaca.. Kikiki..
Read More

Hadiah Dari Rakan Blogger #1

August 17, 2018
Hadiah Dari Rakan Blogger #1
Assalamualaikum..
Hye semua..

Rabu (15.08.2018) baru ini Sha terima sebuah bungkusan berisi novel dari seorang sahabat blogger.. Blogger yang Sha maksudkan ialah Lea Azleeya..Terharu rasanya bila menerima buku.. Buat orang macam Sha ni, menerima buku umpama mendapat segunung emas.. Sebelum ini Sha pernah menerima 2 buku dari Lea.. Boleh baca di SINI.. Kali ini Lea hantar lagi buku kepada Sha.. Alahai.. Terharu rasanya.. Belum sempat Sha baca lagi buku ini.. Sebab pembalut buku Sha dah habis.. Sha memang akan balut dulu buku sebelum dibaca.. Jadinya kita hold dulu buku ini.. Dah baca nanti Sha review ye..
 
Hadiah sampai pada 15.08.2018.. 

Korang nak kenal dengan lea??
Jom terjah blog beliau..
Klik je gambar bawah nie..

http://www.leaazleeya.com/
Read More

Thursday, August 16, 2018

Baca@MRT

August 16, 2018
Baca@MRT
Assalamualaikum..
hye semua..

Baru-baru ini Sha terperasankan post ini di Facebook.. Mengenai Baca@MRT yang dilakukan oleh 3 fan club penulis yang tersohor di Malaysia dengan kerjasama MyMove.. Aktiviti ini nampak menarik.. Sha macam nak sertai.. Tapi tak pastilah, mampu ke tak.. Kikiki.. Sebabnya komitment keluarga lagikan.. Kepada yang nak joint bolehlah berkumpul di mana-mana stesen yang dinyatakan.. Kajang, Sg. Buloh ataupun Pasar Seni..

Pengumuman: Acara BACA MRT

Gabungan 3 fan club penulis tanah air.. RAMFC (Ramlee Awang Murshid Fan Club), APFC (Ahmad Patria Fan Club) dan MKFC (Maria Kajiwa Fan Club) dengan sokongan MyMove.

Dijemput semua ahli MKFC untuk turut serta pada tarikh tersebut. MKFC akan mula bergerak dari Stesen MRT Sg Buluh dan turun di MRT Pasar Seni.

Kepada yang tidak dapat menyertai dari Sg Buluh sila berkumpul di Stesen MRT Pasar Seni. Dari situ kita bergerak bersama2 ke pasar seni untuk acara seterusnya.

Sila bawa buku tulisan Maria Kajiwa untuk dibaca di dalam tren.

Admin 6th august '18
#bacamrt #ramfc #mkfc #apfc #mymove #teamkajang #teamsgbuluh
Read More

Rasuk oleh Haron M. Dom

August 16, 2018
Rasuk oleh Haron M. Dom
Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang nipis tapi penuh pengajaran.. Bila hati dah geram dan berdendam, cara yang salah tak dipedulikan.. Janji dendam berbalas..
Bila baca novel ini, terasa-rasa penderitaan Maizatul ini di hati Sha.. Sedih mengenangkan perasaan dendam di hati Mail kepada emaknya Maizatul, namun yang jadi mangsanya Maizatul.. Memang menderitlah mak si Maizatul.. Namun yang teruk dah tentulah Maizatul sebab dia yang disihir.. Bila dendam beraja di hati yang salah jadi betul.. Mulut manusia memang mampu mengundang petaka.. Buku ini memberi pengajaran supaya berhati-hati dalam bertutur.. Sesungguhnya manusia yang berdendam sangat kerugian.. Pengakhiran novel ini menarik.. Yang berdendam datang menyerah diri dan meminta maaf..

Sha baca dan selesai pada 14.08.2018...

Read More

Wednesday, August 15, 2018

Kersani oleh Butir Star

August 15, 2018
Kersani oleh Butir Star
Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel Kersani ini sangat menusuk ke kalbu sebenarnya.. Penceritaan novel ini menggambarkan semangat persaudaraan yang begitu erat dan setiakawan yang sangat rapat.. Buku ini juga mengajar untuk menerima apa saja keburukan dan kelemahan sahabat sebaiknya.. Jangan dicaci dan dihina sebaliknya dibantu..  Sesungguhnya Islam agama yang benar.. Idea dan cara penyampaian penulis sangat menarik dan berjaya memberi emosinya kepada pembaca.. Sejujurnya ini buku pertama penulis yang Sha baca.. Dan Sha sangat sukakan gaya penceritaan yang disampaikan penulis..


Kisah seorang pahlawan yang sangat ohsem.. Kersani seorang lelaki yang takut akan identiti sendiri, menyelamatkan Ema seorang manusia yang cuba dibunuh makhluk sayap hitam.. Ema nampak mereka yang tak sepatutnya seorang manusia nampak.. Ema tinggal bersama mereka kerana dia berkebolehan.. Namun sejauh mana mereka cuba lari dari takdir kehidupan mereka, takdir itu tetap berjaya menjumpai mereka.. Masa ini Kersani terpaksa menerima siapa dirinya yang sebenar.. Sebagaimana Ema dapat menerima siapa Kersani yang sebenar.. Islam tidak pernah memilih bangsa..

Sha baca pada 13.08.2018..

Read More

Aplikasi TGV Cinema

August 15, 2018
Aplikasi TGV Cinema
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha pernah kongsikan mengenai TGV Movie Club Card kan.. Boleh baca di SINI.. Hanya perlu bayar RM30 dan ada dapat macam-macam kelebihan.. Dengan kad ini juga anda boleh kumpul point dan tebus.. Untuk maksimumkan lagi penggunaan kad ini, anda perlulah muat turun aplikasi TGV Cinema di telefon pintar anda.. Barulah berbaloi-baloi.. Tambah sekarang zaman teknologi lagilah mudah dan pantas.. Tak payah nak buang masa beratur di kaunter untuk membeli tiket ataupun snek.. Caranya mudah sahaja.. Daftar jadi ahli MovieClub sama ada secara atas talian ataupun di kaunter TGV.. Owh ya lupa pula.. Untuk kad MovieClub itu, kena bayar RM30, renew pun RM30 juga..

https://www.tgv.com.my/movieclub/
Daftar online pun boleh.. Nanti collect je kad tu dekat mana-mana TGV..

Muat turun aplikasi TGV Cinemas melalui Google Play ke telefon pintar anda..

 
Ini adalah paparan aplikasi TGV Cinema melalui telefon pintar..
Pilih dekat MovieClub yang ada logo Love tu..
 
 
Login menggunakan email yang anda daftar..
 
 
Lepas login akan keluar paparan ini.. Pilih dekat MovieClub Treats itu..
 
 
Ada lebih kurang 8 filem yang boleh dipilih dengan harga tiket yang istimewa..
Sehingga ke hari entry ini dikeluarkan ada filem Our House, Siberia, Karwaan, The Cured, Hotel Transylvania 3, Mamma Mia, Ant-Man dan Skyscraper.. Kalau couple seat baru RM20+RM2 (Normal RM28) Seat biasa/premium pun RM20+RM2 (normal RM24) ini untuk dua seat.. 
Mungkin kalau seat biasa tak nampak sangatlah bezakan tapi RM2 still duit juga kan.. Bukan wayang je murah, F&B pun murah tau kalau beli online..
 
 
Dah beli, pembelian tu akan duduk dekat History.. Nanti bila sampai wayang, cuma perlu pergi dekat history dan klik dekat show yang kita nak tengok..
 
 
Tunjuk QR Code tu.. Nak amik F&B pun cuma perlu tunjuk atau bacakan no booking tu dekat kaunter xpress.. Tak payah nak beratur panjang-panjang..

Memang mudah dan pantaskan..
Read More

Tuesday, August 14, 2018

Aplikasi Canva

August 14, 2018
Aplikasi Canva
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ini bukanlah pandai ataupun pakar dalam membuat editing ataupun mereka cipta poster.. Tiba-tiba dapat tugasan kena buat poster Program Jom Baca.. Jenuhlah menung dan fikir.. Selalu itu Sha guna Microsoft Publisher tapi kali ini memang fikiran dan Idea Sha kosong.. Tak boleh nak buat..

Jadinya Sha ambil jalan mudah.. Buka Google Chrome dan taip dibahagian carian kata kunci 'create poster'.. Maka bersusunlah aplikasi yang boleh digunakan secara dalam talian.. Sha memilih aplikasi Canva sebab dia daha ada templet.. Kita cuma perlu edit dan tambah apa yang kita nak.. Sangat-sangat mudah pada Sha yang tengah kekosongan idea..

https://www.canva.com/
 Klik je dekat Open a new poster..

https://www.canva.com/
Lepas itu, pilihlah akaun tu personal ke atau pun untuk yang lain-lain..

 Boleh pilih sama ada nak guna FB, Google atau email..
Sha guna google je senang..

 Akan keluarlah page yang ini.. Bolehlah mula buat kerja editing.. Sha nak buat poster, jadinya sha klik pada gambar yang ada perkataan poster itu..

 
 Dekat bahagian tepi belah kiri ada macam-macam layout yang boleh dipilih.. Ada yang boleh guna terus.. Nak edit pun senang.. Pilih je layout yang mana kemudian kita dah boleh ubah suai.. 

Ini adalah paparan design yang Sha dah pernah cuba buat..
Read More

Hantu Kak Limah (2018)

August 14, 2018
Hantu Kak Limah (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini filem kedua yang Sha tengok bersama anak-anak di wayang.. Sha beli tiket secara online menggunakan apps TGV (muat turun melalui Google Play).. Tiket dewasa RM32 dan kanak-kanak RM16.. Lepas tu kena bayar yuran tempahan RM2.. Sha tambah kombo makanan RM18.. Jadinya harga yang perlu dibayar ialah RM RM68.. Sha bayar guna Maybank2u je.. Senang.. Mulanya memang risaulah, sebab Amani bukannya berani sangat pun.. Tapi disebabkan ramai yang review kata filem ini kelakar dan seronok ditonton, kami gamble je bawa Amani dan Imani..
Imani memang tak berapa nak tengok sebab bunyi muzik seram tu agak mengganggu dia.. Jadinya Sha peluk Imani dan sandarkan dia dekat dada.. Bila babak Kak Limah keluar memang dia sembamkan muka kat dada Sha.. Amani pula seronok menonton.. Walaupun ada babak dia tengok ikut celah jari tapi dia seronok tonton filem Kak Limah.. 

Review Sha pula untuk filem Hantu Kak Limah ini, terbaik filem ini.. Penuh sindiran dalam lawak jenaka.. Watak Zul Arifin dalam ini boleh diterima.. Lawak jenaka yang diberikan menjadi dan tidak terlalu mencuba.. Lagu kedua yang dinyanyikan ketika di rumah En.Salihin memang terbaik.. Keseluruhannya filem ini memang best.. Tidak rugi ditonton..

 
Part paling kelakar bila Imani marah kenapa semua orang gelak, sedangkan tengah tengok cerita hantu.. Hahaha.. Sabar jelah dengar dia membebel..
Read More

Monday, August 13, 2018

Ant-Man (2018)

August 13, 2018
Ant-Man (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua.

Semalam Sha bawa anak-anak menonton wayang buat pertama kalinya.. Tak pernah lagi bawa diorang ini.. Pertama kali juga guna apps TGV yang Sha muat turun dari Google Play untuk beli tiket.. Memang berbaloilah sebab Filem Ant-Man ini ada dalam MovieClub Treats.. Sha bayar dengan harga yang sangat-sangat berbaloi, okay..

Pilih MovieClub Treats

Ada banyak filem yang disenaraikan dekat MovieClub Treats ini.. Sha pilih Ant-Man And The Wasp..

Harganya memang jauh lebih murah.. Dewasa RM18 untuk 2 orang dan kanak-kanak RM16 untuk dua orang.. Campur yuran tempahan RM2, jadinya Sha hanya bayar RM36 sahaja untuk 4 keping tiket..

Filem ini tidak ada babak yang tidak senonoh dan keterlaluan.. Tapi masih tak sesuai ditonton oleh anak-anak Sha.. Tidak menepati citarasa mereka.. Babak aksi, diorang diam.. Babak bercakap, diorang bosan.. kikiki.. Kejap kejap tanya bila nak habis.. Adoilah.. Lepas ini memang bawa tengok kartun jelah..Kesukaan mereka..

Review Sha untuk Ant-Man, filem yang ohsem.. Aksi yang menarik.. Memang bestlah untuk release tension..

 
Keterujaan berada didalam panggung wayang..
Read More

Giveaway by vitaminsyaza.blogspot.com : Teka Tong yang Mana

August 13, 2018
Giveaway by vitaminsyaza.blogspot.com : Teka Tong yang Mana

Berhujung Minggu Di Aeon Rawang

August 13, 2018
Berhujung Minggu Di Aeon Rawang
Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam, encik suami bawa Sha dan anak-anak menonton wayang.. Katanya menghabiskan hujung minggu bersama keluarga.. Sebelum ini encik suami asyik sibuk dengan kerja, sawit dan juga emaknya.. Oleh kerana MIL ke Kedah bersama adik encik suami, tu yang encik suami bawa kami ke Rawang..

Kami tengok Ant-Man dan Hantu Kak Limah.. Review filem ini nanti Sha kongsikan di entry lain ye.. Barulah banyak entry Sha.. Kikiki..

Kami keluar rumah jam 9 pagi.. Sebelum nak berjalan, Sha dah siapkan semua keperluan sekolah anak-anak.. Beg nak bawa rumah pengasuh, gosok baju sekolah, pastikan Amani dah siapkan kerja sekolah dan dah kapur kasut sekolah.. Supaya hari Isnin tak kalut nak bersiap.. Yellah dah penat berjalankan..

Keluar rumah memang betul-betul pukul 9.. Patutnya gi makan roti canai tapi Sha lupa.. Lajak sampai rawang baru singgah makan roti canai.. Lepas makan roti canai terus gi Aeon.. Sampai wayang je, Sha pening.. Punyalah ramai umat manusia tengah beratur.. Sha dah gabra, Yellah Show start pukul 11.. Kalau nak beratur memang tak sempatlah.. Terus pergi dekat budak yang jaga tiket tu tanya.. Yeah!! Tak payah beratur amik tiket.. Cuma perlu scan QR code je.. Pantas dan mudah.. Jadinya, Sha cadangkan kawan-kawan yang memang kaki wayang untuk muat turun aplikasi TGV ini letak dalam telefon pintar anda.. 

Lepas tengok Ant-Man kami gi makan dekat Food Court dan solat sebelum sambung tengok Hantu Kak Limah.. Keluar panggung gi solat dan tapau Subway.. Terus gerak balik.. Memang penatlah.. Keluar pukul 9 pagi.. Sampai rumah pukul 9 malam.. Itupun kena berhenti solat Maghrib dan tapau KFC untuk Amani dan Imani..

 

Read More

Sunday, August 12, 2018

Sup Ketam

August 12, 2018
Sup Ketam
Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak makan ketam.. Minggu lepas abah Sha datang rumah hantar limau bali dengan ketam.. Ketam kalau kat pasar rumah abah, murah.. Sebab dekat dengan laut kan.. Kalau pasar kat Behrang ini, mahal ya amat.. Memang Sha tak belilah.. Tengok je.. Ini bila abah hantar, barulah merasa makan ketam.. Sha buat sup je.. Sup cara mudah.. Guna apa yang ada dekat rumah..

Sup Ketam
Bahan-bahannya
Ketam sekilo di belah dua
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inchi halia
Serbuk lada putih (boleh juga pakai lada putih biji)
2 biji ketang dipotong 6

Cara Memasak
1. Bawang merah, bawang putih, halia dan lada putih ditumbuk kasar..
2. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan air bersama kentang..
3. Biarkan sehingga kentang separuh masak dan masukkan ketam.
4. Renehkan dengan api yang kecik.
5. Setelah masak bolehlah taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang..

Mudah je kan.. Sedap di makan begitu sahaja atau bersama nasi..

Menunggu kentang separuh masak..

Yeah!! Sup ketam dah masak..
Read More

Kenapa Aku oleh Nuroll Shazlinda Hairul

August 12, 2018
Kenapa Aku oleh Nuroll Shazlinda Hairul
Assalamualaikum..
Hye semua..

Adoilah.. Sakit jiwa baca novel ini.. Memang sedih hidup Nia.. Ayah Nia meninggal, Mak kahwin lain.. Kemudian ayah tiri yang sepatutnya melindungi, merosakkan hidup Nia.. Mak dan abang yang sepatutnya mempercai, membuang Nia jauh dari keluarga.. Nia terkontang kanting.. Mujurlah masih ada yang sayang.. Dari kepayahan Nia bangkit membina hidup.. Bukan mudah namun Nia terus melangkah..

Kalau tengah sedih, baiklah jangan baca novel ini.. Boleh kemurungan tau..

Sha baca pada 06.08.2018 dan selesai pada 10.08.2018..

Read More

Saturday, August 11, 2018

While You Were Sleeping (2017)

August 11, 2018
While You Were Sleeping (2017)
Assalamualaikum..
Hye semua..

 Drama ini main kat TV tahun lepas, tapi sha baru berkesempatan nak tengok.. Itu pun lepas menung panjang sebelum buat keputusan untuk tengok drama ini.. Nasib baiklah menarik.. Bayangkan setiap mimpi yang dialami berlaku secara realiti..

Pada Sha drama ini sebenarnya mengajar kita supaya tidak menyalahkan diri sendiri atas kesalahan orang lain.. Berani buat keputusan dan berhadapan dengan keputusan yang kita buat tu seperti orang dewasa.. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga orang lain menjadi mangsa.. Banyak lagilah.. Drama ini walaupun nampak macam slow tapi pada Sha banyak pengajaran sebenarnya.. Tambah bila kita boleh tahu terlebih dahulu apa yang akan jadi.. Terutama sekali masa episod 21 sampai 23, masa ini Hong-joo bermimpi yang Jae-Chan akan berhenti kerja sebab nak selamatkan 7 nyawa tapi kena lepaskan penjenayah manakala Woo-tak pula bermimpi Jae-Chan berhenti kerja disebabkan nak tangkap penjenayah dan 7 nyawa terpaksa dikorbankan.. Masa ini bila Jae-Chan dapat tahu dia buat keputusan untuk teruskan dengan autopsi tapi dalam masa yang sama dermakan juga organ mangsa pada mereka yang memerlukan.. Memang keputusan yang Jae-Chan buat ini susah nak menang kes, tapi dengan bantuan kawan-kawan pendakwaraya dan juga kata-kata Hong-joo, akhirnya penjenayah berjaya dihukum dan organ mangsa berjaya menyelamatkan 7 nyawa.. Memang bestlah..

Penamat drama ini pun best.. Walaupun ada babak sedih tapi tetap ada kegembiraan.. Ini kenyataan hidup.. Akan ada yang pergi dan meninggalkan luka namun hidup tetap diteruskan..

Lakonan comel Lee Jong-Suk, Bae Suzy dan kemisterian watak Han Woo-tak yang dilakonkan oleh Jung Hae-In memang sangat memikat Sha..

 While You Were Sleeping | 27 September 2017 | 32 episodes | Thriller, Law, Romance, Supernatural
Sinopsis : Hong-Joo (Bae Suzy) lives with her mother and helps her run a pork restaurant. Hong-Joo is haunted by seeing the future deaths of others in her dreams. What's worse is that she does not know when the deaths will happen, but she tries to stop her dreams from becoming reality. One night, Hong-Joo dreams about the death of her own mother.

Meanwhile, Jae-Chan (Lee Jong-Suk) is a rookie prosecutor. He meets Yoo-Beom (Lee Sang-Yeob) at the prosecutors’ office. Yoo-Beom was Jae-Chan’s private tutor when Jae-Chan was a student, but an incident caused Jae-Chan to dislike him. Yoo-Beom was a prosecutor, but he now works as a lawyer. He takes on any case that brings him money.

Jae-Chan and his younger brother move to new house and they become neighbors with Hong-Joo. One night, Jae-Chan dreams that Yoo-Beom drives Hong-Joo's car and this leads to a chain of events including the death of Hong-Joo's mother and then Hong-Joo. When Jae-Chan senses that his dream is about to become real, he takes extreme action to stop it. Yoo-Beom becomes furious at Jae-Chan, but Hong-Joo hugs him and thanks him. Jae-Chan and Hong-Joo later work together to solve other cases.
Read More

Tersuka Tanpa Sengaja oleh Pena Kayu

August 11, 2018
Tersuka Tanpa Sengaja oleh Pena Kayu
Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang boleh kena diabetes baca novel ini, manis ya amat.. Hahaha.. Tajuk pun Tersuka Tanpa Sengaja.. Sha tengok novel ini dah lama, cuma tak terbaca je.. Tapi bila dah mula baca, memang tak boleh nak berhenti.. Nak baca sampai habis..

Watak Syed Arif yang nampak sangat nakal dan kebudak budakkan memang buat cerita ini jadi manis sampai ke hujung.. Cerita yang ringan tapi memberi pengajaran bahawa saat ijab kabul dilafazkan, perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main.. Sha suka cara penulis menyampaikan cerita.. Konflik pun tak adalah berat sangat.. Konflik antara anak dan ayah yang kurang komunikasi.. Adik beradik yang saling cemburu dengan kasih sayang ayah.. Penamat pun manis bak gula-gula kapas.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 09.08.2018..

Read More

Thursday, August 9, 2018

Tunggu Saya Pulang: Sekuel Imam Tulang Rusuk oleh Khairy Tajudin (Anekdot DAIM #2)

August 09, 2018
Tunggu Saya Pulang: Sekuel Imam Tulang Rusuk oleh Khairy Tajudin (Anekdot DAIM #2)
Assalamualaikum..
hye semua..

Baca buku ini kalau tak gelak berdekah memang tak sah.. Kesengalan dan perangai Daim yang selamba mampu menceriakan hari anda.. Percayalah walaupun buku ini menggembirakan namu terdapat sentapan sentapan ketika membacanya.. Kali ini Daim membawa kesengalannya jauh ke India.. Sambil dia melawak dan menyengalkan dirinya, ada juga ilmu yang dikongsikan Daim bersama pembaca.. Selama bergembira dan menyentapkan hati anda.. Kikiki..

Buku ini sambungan daripada Imam Tulang Rusuk.. Boleh baca review Sha di SINI.. Dalam buku ada isi dan pengajaran.. Pandai-pandailah ambil mana yang baik dan jadikan teladan.. Bukan sekadar hiburan tau..

Sha baca dan selesai pada 05.08.2018..

Kalau berminat dengan buku ini boleh Klik SINI untuk pembelian..
 
Ini namanya makanan untuk mata dan juga mulut..
Read More

Wednesday, August 8, 2018

Kongsi Kegilaan Anda

August 08, 2018
Kongsi Kegilaan Anda
Assalamualaikum..
hye semua..

Jom sembang nak?? Jom kongsi dengan Sha kegilaan anda.. Adakah kegilaan anda itu membahagiakan, memberi impak positif pada orang disekeliling anda ataupun kegilaan itu menyusahkan anda..

Macam Sha.. Sha punya kegilaan kepada buku dan makanan memang susah nak sekat.. Dalam pada perbelanjaan yang semakin ketat pun Sha gigih juga membeli buku.. Sampai kadang-kadang terpaksa ikat perut untuk makan tapi dalam masa yang sama berjaya merajinkan Sha memasak.. Kikiki.. Berazamlah sekuat manapun untuk tidak membeli buku, mesti beli juga..

Kegilaan Sha pada buku bermula sejak zaman Sha sekolah lagi.. Sha lebih senang membaca dan menjadi sahabat karib pada buku dari manusia.. Sha bermula dengan buku-buku Inggeris bersiri dari penulis seperti R.L Stine, Enid Blyton.. Sha memang cenderung dengan cerita penyiasatan dan seram.. Menginjak ke zaman sekolah menengah, Sha lagi kurang berkawan.. Masa Sha banyak dihabiskan didalam perpustakaan.. 5 minit makan di kanti dan selebihnya dalam perpustakaan.. Membaca novel-novel cinta dari alaf21.. Bila Sha mula berkerja selepas SPM, Sha mula membeli novel Harry Potter.. Masa ini kalau dapat beli sebuah novel pun dah rasa sangat-sangat bahagia.. Kemudian Sha berpindah dan berkerja di Damansara, masa ini Sha mula rajin layan wayang pula.. Tetapi novel tetap Sha baca cuma tak beli sebab dalam The Curve ada Borders (kedai buku), Sha boleh melepak dan membaca dalam ini tanpa dihalau.. Kikiki.. Masa ini minat Sha bercambah kepada genre fantasi horror dan thriller seperti vampire, warewolves dan yang sewaktu dengannya.. Masa ini memang gila baca novel penulis J.R. Ward dan Laurell K. Hamilton.. Tapi Sha tak beli sebab novel BI mahal kot.. Sampailah Sha jumpa kedai buku second hand dekat Pasar Seni.. Barulah Sha mula membeli novel-novel Inggeris.. Dalam masa yang sama Sha mula mengumpul majalah Gempak, Utopia dan komik keluaran Gempakstarz.. Memang berkotak-kotak.. Sebab tak mahal kan.. Lepastu jual balik sebab masa tu baru kahwin dan encik suami bising banyak sangat majalah dan komik.. Hahaha.. Juallah..

Sha mula kerja sebagai Pembantu Perpustakaan pada tahun 2008.. Kemudian kahwin pada tahun 2009.. Masa ini nafsu untuk membeli kuran sebab kerja dekat dalam Perpustakaan kan.. Novel Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris banyak gila.. Jadinya memang Sha pinjam dan baca semua novel.. Tapi kegilaan Sha pada buku datang semula sekitar tahun 2013 ke 2014.. Masa ini sha kena tekanan perasaan yang agak teruklah juga.. Tekanan disebabkan kerja.. Sampai berjumpa dengan doktor untuk sesi kaunseling dan dicadangkan untuk buat terapi.. Tapi terapi tu tak berjaya Sha buat sebab Sha bersalin dan emosi Sha semakin pulih sebab Sha amik cuti tanpa gaji dari berkerja.. Lama.. dekat setahun.. Bila bercuti dari kerja ini emosi pun dapatlah bertenang.. Masa inilah Sha mula membaca semula..

Kegilaan membeli novel datang semula pada tahun 2016.. Masa ini Buku Prima mula mengeluarkan novel-novel seram dan thriller yang sangat menarik dan mengancam.. Sha beralih dari membaca novel BI ke novel BM.. Maka bermulalah kembali obsesi Sha pada buku dari segi membeli, membaca dan mengumpul.. Dengan harapan satu hari nanti Sha akan ada mini library..

Zaman dulu Sha tak pandai sangat nak keep track buku apa yang Sha dah baca dan beli.. Tapi sekarang zaman dah canggih.. Boleh bubuh dalam blog, instagram, facebook dan juga Goodreads.. Jadinya memang bestlah tengok perkembangan bahan bacaan Sha.. Minat Sha pada buku juga telah mengenalkan Sha pada ramai penulis, kawan baru dan juga pelbagai jenis buku dan dunia buku yang lebih besar.. Kepelbagaian genre dan penerbitan buku sepatutnya menggalakkan lebih ramai orang suka membaca.. 

Yang paling Sha suka bila perkongsian Sha mengenai buku di blog berjaya menarik pengunjung untuk membaca juga.. semoga minat ini akan diwarisi anak-anak Sha.. Aamiin..

Semoga satu hari nanti Sha akan dapat bilik macam ini.. Gambar ini Sha ambil dekat SINI..
Read More

Antologi Cerpen Kampung Siluman Dot Com: Seriau

August 08, 2018
Antologi Cerpen Kampung Siluman Dot Com: Seriau
Assalamualaikum..
Hye semua..
Novel ini tebal.. Ada 8 penulis dan 30 cerpen pendek dengan 552 muka surat

Sha baca karya Cik Sri Pagi dulu.. Kenapa?? Sebab Sha tertarik dengan kemisterian penulis.. Ternyata karya beliau best.. Antara tajuk cerpen beliau ialah Cindai Laila, Cinta Hati Abah & Diari Seorang Penulis..

Selain Cik Sri Pagi, ada 7 lagi penulis yang terlibat untuk Antologi Seriau ini, mereka ialah Nasa Yusuf, W3, Maira Huda, Iza Iman, Naomi Sakura, Jaka Sulung Malawi dan Tajul Zulkarnain sendiri.. Cerpen yang paling banyak datangnya dari Tajul Zulkarnain.. Tajul ini memang tak dinafikan penulis yang berbakat.. Thriller boleh, seram boleh.. Untuk antologi seriau ini ada cerpen yang berjaya buat Sha terbayang-bayang dan teringat-ingat.. Baca pula di waktu malam memang berjaya mengganggu perasaan lah kan..

Ada juga beberapa cerpen yang dah pernah tersiar di Facebook namun tetap memberi keseronokkan pada Sha sebagai pembaca.. Gabungan yang menggagumkan..

Sha baca pada 06.08.2018 dan selesai pada 07.08.2018.. Dua hari je..

https://www.facebook.com/urwatul.wusqo.56
Read More

Tuesday, August 7, 2018

Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow

August 07, 2018
Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow

#MalaysiaMembaca

August 07, 2018
#MalaysiaMembaca
Assalamualaikum..
Hye semua..

Menyahut seruan Malaysia Membaca oleh Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.. Jom kongsikan 10 buku kegemaran anda dengan tagar #MalaysiaMembaca

Kongsikan senarai anda di ruangan komen dan juga di SINI..

Menyahut seruan #MalaysiaMembaca
 
Saya peminat genre thriller, aksi dan seram.. sesekali saya baca juga genre lain dan buku motivasi.. Ini pilihan saya:-


1. Lengloi oleh Maria Kajiwa
2. Jangan Biar Dia Masuk oleh A. Darwisy
3. Roh Rumah Sewa oleh Naim Tamdjis
4. Mesej oleh Anna Lee
5. Kasyaf oleh Khairi Mohd
6. Ungu Karmila oleh Ramlee Awang Murshid
7. Hadi Mengejar Pencuri oĺeh Hatta Kain Kapan
8. Pearl oleh Shirod
9. Klimaks oleh Helmi Effendy
10. Gigitan oleh Zaifuzaman Ahmad
 
 

Frasa ini diambil daripada buku A Booklover's Companion.
"...reading really oughtn't to be a form of high-minded drudgery - whatever other effects it can have on our lives, it ought first and foremost to be about pleasure... Books can be monuments to high achievement, can call into question our most fundamental assumption or suggest ways we can transform our lives. But they also provide distraction, escapism and pleasures as straightforward and comforting as a bar of chocolate."
Read More

Monday, August 6, 2018

Menang Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!

August 06, 2018
Menang Beba Ifa 2nd Giveaway Raya!
Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki menang Gift Voucher dari Beba Ifa.. Boleh tengok pengumuman pemenang di SINI.. Terima kasih awak..



Read More

GIVEAWAY BARANGAN BABY TOLLYJOY BERNILAI RM150

August 06, 2018
 GIVEAWAY BARANGAN BABY TOLLYJOY BERNILAI RM150
Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom cuba nasib, mana tahu boleh menang barangan Tollyjoy Malaysia bernilai RM150..

http://www.azlindaalin.com/2018/08/giveaway-barangan-baby-tollyjoy-bernilai-rm150.html
Giveaway ini bermula dari 1 Ogos 2018 - 14 Ogos 2018

Slogan Sha - Breastfeeding adalah penting untuk anak saya kerana bonding time dan khasiat susu ibu bagus untuk tumbesaran anak.
Read More

Giveaway Yeayyy, This is My Birthday Month!

August 06, 2018
Giveaway Yeayyy, This is My Birthday Month!

Guess My Weight Giveaway

August 06, 2018
Guess My Weight Giveaway

Sketch (2018)

August 06, 2018
Sketch (2018)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama terbaru lakonan Rain.. Sketch.. Memang menarik.. Setiap episod ada debaran yang tersendiri.. setiap episod ada je persoalan yang ditinggalkan untuk buat penonton terus menunggu episod yang seterusnya.. Sha suka cerita-cerita yang bercorak penyiasatan macam ini.. Sebab debaran yang diberikan sangat berbeza dan sangat memuaskan..

Setiap tindakan yang kita ambil akan beri kesan pada hidup kita.. Suka atau tak, setiap keputusan ada akibatnya.. Itulah yang disampaikan cerita ini.. Gandingan 4 watak utama dalam drama ini memang ohsem.. Bila Shi-hyun, dapat bayangan apa yang akan jadi ti hari ke depan, beliau akan mula melukis.. Lukisan dalam bentuk lakaran itu hanyalah klu untuk membantu mereka mencegah kejadian jenayah namun bukan dia sahaja yang ada kebolehan itu.. Bila kuasa mereka bertembung ada nyawa yang perlu dikorbankan.. Itu belum lagi kuasa yang cuba mengganggu ekonomi Korea.. Memang menarik dan mencabar..

Dua poster yang berbeza dan sangat menarik pada mata Sha..

 Sketch Also Known As: Sukechi
KDrama | Action, Fantasy, Supernatural, Detective | 16 Episodes | 25 May 2018 - 14 Jul 2018 |

Sinopsis: ‘Nabi Project Team’ is a small-scale secret group secretly operated by the National Police Agency. This is a group named after the word ‘Nabi,’ a Hebrew word that means ‘Prophet,’ and solves cases by utilizing the skills of Yoo Shi Hyun, someone who draws pictures of the future in order to express what she predicts. Meanwhile, enthusiastic detective Kang Dong Soo comes across Shi Hyun’s sketch, which is predicting his fiancée MinJi Soo’s death, by chance, and saves Ji Soo from a life-threatening situation. An innocent woman gets sacrificed in the process, notorious killer ‘Huigwangi’ is born, and Nabi Project Team which was going after ‘Huigwangi’ encounters an even larger presence which is pulling the strings. (Source: JTBC)
Read More

Sunday, August 5, 2018

Kelabu oleh Nadia Khan

August 05, 2018
Kelabu oleh Nadia Khan
Assalamualaikum..
hye semua..

Buku ini tebal disebabkan jenis kertas yang digunakan.. Ada 456 muka surat.. Menjadi buku pertama yang Sha baca untuk bulan Ogos ini.. Sha baca muka surat pertama dan ianya terus menangkp Sha untuk meneruskan pembacaan..

Sekarangkan tengah hangat isu kecelaruan identiti.. Kebetulan pula Sha baca novel yang memang mempersembahkan isu itu.. Tajuknya Kelabu.. Memang kelabu sungguh..

Sha suka cara penulis mempersembahkan Kelabu.. Penulis berjaya menyembunyikan identiti sebenar watak utama tapi dalam masa yang sama memberikan petunjuk kepada pembaca mengenai watak utama.. Bila baca Kelabu ini, ada perkara yang membuatkan Sha berfikir dengan mendalam.. Personaliti seorang anak itu akan terbentuk melalui didikan yang diberikan oleh keluarga.. Sokongan dan penerimaan oleh keluarga juga memainkan peranan penting dalam membentuk perubahan anak itu dari kurang baik kepada baik.. Semuanya bermula dari rumah barulah pengaruh luar.. Apa yang anak itu lihat di rumah memainkan peranan yang sangat besar..

It was very nice to read something that can give you lesson.. Siapa kata baca buku tu tak berfaedah.. Sebenarnya orang yang malas membaca je yang cakap macam itu.. Setiap buku ada mesej yang ingin disampaikan.. Nak terima dan tak nak terima je..

Sha amik masa juga untuk selesaikan pembacaan buku ink sebab terganggu dengan perkara perkara lain.. kikiki..

Sha baca pada 01.08.2018 dan selesai pada 03.08.2018..

Read More

Saturday, August 4, 2018

Koleksi Buku Bulan Ogos 2018

August 04, 2018
Koleksi Buku Bulan Ogos 2018
Assalamualaikum..
hye semua..

Sila jangan tiru aksi Sha ini ye.. Kikiki.. Sepatutnya kena puasa beli buku tapikan.. Facebook dan Instagram selalu sangat keluarkan tawaran yang tak mampu nak dilepaskan.. Huhuhu.. Jadinya Sha telah terbeli buku-buku dibawah ini.. Tawaran yang diberikan memang tak masuk akal..
https://www.facebook.com/tebook.press/posts/518469855261162
Novel Suluk oleh Abdul Rahim Awang terbitan Tebook Press ditawarkan dengan harga RM25 sekali postage.. Lepas tu Sha memang ada buku keluaran Tebook yang dah lama dalam list nak beli.. Teruslah order sekali.. 4 buku RM100 termasuk postage.. Habis punah puasa beli buku.. Kikiki..

http://romanbuku.com/kedai-roman/
Satu lagi tawaran datang dari Roman Buku.. Pra tempahan buku bertajuk Trofi oleh Aen Sa'ari dengan harga RM50 (termasuk 2 buah lagi buku Roman).. Memang taklah Sha lepaskan.. Bayar RM50 dapat 3 buku termasuk postage.. Sepantas kilat Sha pun buat bayaran.. Kikiki.. Misi gagal lagi..

https://www.facebook.com/amran.mohamad.39
Satu lagi ini novel thriller dari Karangkraf bertajuk Sindiket.. Memang Sha selalu ikut teaser novel ini.. Penulis pula tawarkan harga yang tak masuk akal untuk postage dan kebetulan Sha memang ada menang wang tunai dari Sis Azlinda (Baca SINI) teruslah bayar untuk novel ini.. Kikiki.. Bacanya entah bila.. Yang penting buku dalam genggaman tangan..

Buku sampai, Sha update lain ye.. Korang beli buku ke? Beli buku apa?? Jom share di ruangan komen..
Read More