Sunday, August 12, 2018

Sup Ketam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak makan ketam.. Minggu lepas abah Sha datang rumah hantar limau bali dengan ketam.. Ketam kalau kat pasar rumah abah, murah.. Sebab dekat dengan laut kan.. Kalau pasar kat Behrang ini, mahal ya amat.. Memang Sha tak belilah.. Tengok je.. Ini bila abah hantar, barulah merasa makan ketam.. Sha buat sup je.. Sup cara mudah.. Guna apa yang ada dekat rumah..

Sup Ketam
Bahan-bahannya
Ketam sekilo di belah dua
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inchi halia
Serbuk lada putih (boleh juga pakai lada putih biji)
2 biji ketang dipotong 6

Cara Memasak
1. Bawang merah, bawang putih, halia dan lada putih ditumbuk kasar..
2. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan air bersama kentang..
3. Biarkan sehingga kentang separuh masak dan masukkan ketam.
4. Renehkan dengan api yang kecik.
5. Setelah masak bolehlah taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang..

Mudah je kan.. Sedap di makan begitu sahaja atau bersama nasi..

Menunggu kentang separuh masak..

Yeah!! Sup ketam dah masak..

16 comments:

  1. sedapnya ketam! saya dah lama x makan ketam..

    ReplyDelete
  2. wahhh sup ketam.. x pernah mkn agik sup ketam ni..

    ReplyDelete
  3. xpernah makan lagi sup ketam, selalu makan goreng je.

    ReplyDelete
  4. sedapnya akak tp tulah malas nk kopek kulit ketam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab kopek kulit tu memang mencabar.. Kadang boleh terluka.. kikiki..

      Delete
  5. MN belum pernah masak atau makan sup ketam lagi..biasa masak pedas,lemak cili padi atau goreng je..nak try lah nanti...tq kongsi resepi

    ReplyDelete
  6. ketam masak sup n gulai fevret. tapi kadang2 ekot mood nak makan sebab malas kopek =P

    ReplyDelete
  7. nampak sedap tuuu kaksha.. kite tak pernah masak sup ketam. sup bodo2 selalu lahh hehehee

    ReplyDelete
  8. kalo ketam kt umh jrg sgt la wat sup..slalunya kari ketam, ketam cili or ketam telur masin..sedap nmpknye hirup sup ketam panas2 tu

    ReplyDelete
  9. pernah buat sekali untuk husband yg demam..lps makan, demam terus surut

    ReplyDelete
  10. Favorite ana ni. Sup dia memang sedap bila dapat hirup.

    ReplyDelete
  11. lama dah tak makan ketam... nanti kena cari gak

    ReplyDelete
  12. igt kn tadi ada yg kena denggi ;-)

    ReplyDelete
  13. sup ketam.
    sedap!
    tapi tu la. aida tak pernah masak ketam tau, sha.
    malas nak makan nyer :) hu hu hu hu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com