Thursday, October 22, 2020

Filem Indonesia | Pelukis Hantu (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila tengok genre katanya ada komedi walaupun seram.. Cuba jelah tengok.. hehehe.. Eh, menarik pula.. Cuma jenuh jugalah nak faham dialog perbualan mereka sebab tak ada subtitle bahasa melayu @ Inggeris.. 

Kisah Tutur seorang pelukis yang dijemput ke sebuah prgram tv untuk melukis gambar hantu dengan mata tertutup.. Mulanya Tutur hanya acah-acah, sekali memang Tutur boleh melihat hantu.. Hantu/kuntilanak tu pernah muncul dihadapan Tutur masa dia kecil.. Betul ke hantu atau imaginasi Tutur.. Kenalah tengok.. Ada babak komedi, seram dan juga sedih.. 

Pelukis Hantu (2020)
Director, Writer: Arie Kriting
Genre: Comedy, Horror
Duration: 1h 37m
Amateur painter lies about his ability to see ghosts and takes on a job as a ghost painter on a TV show. Turns out, he could actually see the ghost.

Komik | X-Venture Makhluk Legenda 04: Si Legenda Ropen oleh Sherlock, Xeno, Kino

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pasukan X-Venture meneruskan misi kali ini dengan mencari kebenaran mengenai makhluk Ropen. Mereka akan bertembung dengan puak kanibal, pemburu haram dan letusan gunung berapi. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu meredah hutan Papua New Guinea yang penuh misteri! berjayakah misi mereka kali ini atau makhluk itu tak wujud pun.. 

Membaca komik ini menjadi kegemaran Sha sebab selain dari komik bergambar yang berwarna warni, buku ini juga ada bubuh fakta mengenai pesawat pejuang, kebenaran mengenai puak kanibal, haiwan seperti burung dan rama-rama serta fakta sains mengenai buah Ara..

Sha baca dan selesai pada 21.10.2020..


Published April 2012 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd.

Minuman | Kopi Hang Tuah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi jenama Hang Tuah ini sedap rupanya.. Encik suami Sha suka minum yang Kopi O.. Sha pula baru pertama kali cuba yang 3in1 ini.. Rasa dia power tau.. Memang nicelah untuk jadi peneman ketika membaca atau menonton drama.. Berbaloi beli untuk cuba.. hehehe.. Review ini berdasarkan tekak Sha ye.. Penerimaan kita berbeza-beza..

Wednesday, October 21, 2020

Filem English | The Nutcracker and the Four Realms (2018)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

FIlem ini Sha tengok dengan anak-anak.. Cantik, berwarna warni dan menarik.. Disney punya filem kan.. Memang bestlah layan.. Kisah budak perempuan yang kematian mak dan emmberontak dengan ayahnya.. Pada budak perempuan itu, orang lain langsung tak bersedih dengan kematian mak dia.. Walhal setiap orang bersedih dan merindun dengan cara tersendiri..

Masa di sebuah party, budak perempuan itu telah ke dunia ajaib dan bertemu dengan 4 penjaga disitu.. Ada yang jahat dan cuba menguasai dunia tersebut dan ada yang ingin menghalang.. Tak disangka bila yang sweet itu rupanya penuh muslihat..

Release date: November 1, 2018 (Malaysia)
Directors: Lasse Hallström, Joe Johnston
On Christmas Eve, Clara realises that before dying, her mother left her with an inheritance to a magical world of fairies and toy soldiers that are alive. She holds the key to the fate of this world.

Minuman | Premium French Roast

Assalamualaikum..
Hye semua..

bila pergi kedai runcit dekat kawasan felda berdekatan dengan tempat tinggal Sha ini, Sha suka cari sachet 3in1 yang Sha tak pernah cuba.. Macam Premium French Roast ini.. Lama dah teringin nak cuba tapi risau tak kena dengan lidah dan tekak.. Bila jumpa yang jual macam ini, Sha belilah 1.. 1 peket ini harga dia RM1 je.. Jadilah kan.. Nak rasa je.. Okaylah.. Pada tekak Sha.. Rasa dia kuat sikit berbanding Nescafe.. Tapi tak adalah keras sangat.. Masih boleh diterima dan nice.. Agak-agak nak ubah selera, bolehlah beli yang ini..

RM1 je untuk 1 sachet nie.. Tak pernah rasa, tu yang beli.. 

Sedap juga rasa dia.. Sedikit pahit tapi masih umph!!

Komik | Pendekar Melayu Terakhir oleh Azhar Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang ohsem.. Gambaran kejadian penajjahan Jepun di Tanah Melayu pada satu waktu dahulu.. Kekejaman dan kerakusan menindas Melayu dipaparkan dengan penuh terperinci.. Sehingga pembacaan mampu menitiskan air mata.. namun kekejaman itu akhirnya ditentang seorang pahlawan.. Kerana Allah beliau melindungi yang ditindas dari kekejaman.. Memang sesuai dibaca semua peringkat umur..

Sha baca dan selesai pada 20.10.2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2010 by Komik-M, PTS Millennia Sdn Bhd

Wordless Wednesday 2020 PKPP



Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Hehehe.. Pepagi dah pakat pulun joint segmen dan giveaway kawan-kawan.. pagi ini ada masa lebih.. hehehe.. Jomlah joint Segmen Misya ini.. Mana tahu rezeki, boleh jadi yang terpantas..


Tamat pada 31 OKTOBER 2020 

10 ini istimewa pada Sha sebab bulan kelahiran encik suami.. Memang dinanti-nantikan ketibaannya.. Hehehe.. 

Giveaway makcik bawang by www.nieylanadia.com

 Assalamualaikum..
Hye semua..

JOm joint Giveaway ohsem by Nieyl ini..
Tak susah pun..

Tarikh Tutup Giveaway : 30 Oktober 2020

Hadiahnya : Sebalang Bawang Goreng Crispy by nieyl

Tuesday, October 20, 2020

Telefilem Melayu | Balik Kampung Tak Lonely Lagi (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tertengok drama ini masa tengah buat kerja.. Hahaha.. Ceritanya mengarut tapi ada isi dan teguran.. Macam comel pula tengok Andi Bernadee berlakon.. Okaylah, tak adalah kaku ke apa.. Hehehe.. Paling tak menahan gangguan sepanjang perjalanan balik ke kampung tu.. Adoilah.. Seram komedi yang bolehlah buat hiburan sambil buat kerja lain.. hehehe..

Kisah si Megat yang propa je.. Semua benda nak bubuh dekat IG.. Lepas tu acah-acah baik, walhal bukan baik pun.. Berpura-pura demi mendapat like di IG.. Banyak je kan manusia macam nie.. Teguran yang deep ini.. Bila dah kena paksa balik kampung barulah nak balik, kalau tak tu bertangguh je..  Ramai je anak-anak macam ini.. Kadang kita rasa macam masih ada masa, walhal sebenarnya dah tak ada masa.. Bila kita hilang peluang untuk balik bertemu mak ayah, menyesal pun dah tak guna.. Pada Sha drama ini nampak mengarut tapi teguran tu padu.. Pada yang mencari kebaikan, pasti jumpa kebaikan.. 

Balik Kampung Tak Lonely Lagi | Telefilem
Andi Bernadee, Mas Idayu, Shamsul Ghau Ghau, Nik Adam Mika
Hari Keluarga adalah hari pengumpulan dan kegembiraan, namun bagaimana jika yang berkumpul itu hantu yang terlepas yang mahu menjadi keluarga dan menghantui perjalanan pulang ke kampung halaman.

ebook | Obsidian Butterfly (Anita Blake, Vampire Hunter #9) by Laurell K. Hamilton

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook yang ini lama sikit habis sebab Sha ambil masa untuk baca.. Bukunya pun tebal dan kes yang penulis olah dalam ini agak rumit dan scary.. Bayangkan bila mangsa jenayah yang dijumpai tidak berkulit tapi masih hidup dan cuba menyerang orang yang menolong mereka.. Ada mangsa yang di tetak dan organ dalamannya tiada.. Memang gilalah sampai Edward yang digelar Death terpaksa meminta Anita datang membantu demi menghentikan kekejaman jenayah ini dari terus berlaku.. Dalam masa yang sama Anita terjebak dengan masalah percintaan Edward yang agak rumit..

Sha baca pada 10.10.2020 dan selesai pada 18.10.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books.
Published September 24th 2002 (first published January 1st 2000)

Segmen: Jari Jemari Menari Bloglist 2020

 Assalamualaikum..
Hye semua..

jom joint segmen by Ika ini.. 
Segmen ini akan berlansung sehingga habis bulan Oktober 2020.

Filem Korea | Cheese In The Trap (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang unik pada Sha.. Cuma Sha kurang berminat gandingan hero dan heroin ini.. Hahaha.. Sha suka je heroin dia cuma bila dia tak guna heroin yang sama dari drama, feel dia lain sikit.. Owh ya, filem ini dari drama bersiri dengan tajuk yang sama.. Sha tengok filem dulu baru tengok drama.. hehehe.. Sebab suka pula tengok klip-klip yang diorang kongsikan dekat Facebook pasal cerita ini..

Ingatkan cerita sweet biasa-biasa.. Rupanya misteri dan watak lelaki tu agak psycho.. Hahaha.. Pelakon lelaki tu memang sesuai sangat dengan watak tu.. Kenalah.. Bila tengok filem ini rasa nak tengok drama dia lak.. Watak sampingan dia pun ohsem gak..

Bila tengok filem ini, memang ada je manusia yang suka ambil kesempatan dekat kebaikan orang.. Cuma kita kena pandai cakap tak lah.. supaya tak selalu dipergunakan..

Movie: Cheese in the Trap
Also Known As: Chijeu In Deo Teuraeb , Cheazeu in deo Teuraeb
Genres: Friendship, Psychological, Romance, Life, Drama
Country: South Korea
Release Date: Mar 14, 2018
Duration: 1 hr. 56 min.
Hong Seol, an ordinary university student, works part-time jobs to pay for her tuition.  Suddenly, Yoo Jung, a wealthy senior student at the same university, comes to ask her out of a date.
(Source: Written by MyDramaList)

Monday, October 19, 2020

Amani dan Reka Bentuk Teknologi

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Amani ada subjek Reka Bentuk Teknologi.. Dalam subjek tu banyak benda dia kena buat.. Minggu lepas kena cari resepi sandwich dan minggu ini kena buat untuk reka bentuk.. Sha cetakkan beberapa jenis resepi yang mudah-mudah dan bila mereka dah pilih mana yang nak dibuat, mereka saling berbahagi bahan yang perlu dibawa.. Mereka buat sandwich telur dan bahan hiasannya epal, anggur dan sayur salad.. Menarik juga subjeknya.. Belajar banyak benda pasal reka bentuk teknologi rupanya mereka ini dan makanan pun sebahagian dari reka bentuk ye.. Zaman kita dulu belajar subjek asas je..

Hasilnya..

ebook | Sewa oleh Edy Ramanov

 Assalamualaikum..
Hye semua..

6 kisah yang membawakan pelbagai genre dengan tema sewa.. Ke enam-enam cerita berjaya membuatkan Sha rasa terganggu dan juga seram.. Sewa ini boleh jadi apa sahaja dan kerana sewa ini juga manusia boleh jada bermacam-macam perangai.. Ada yang waras dan ada yang tak waras.. Ini yang cuba disampaikan penulis kepada pembaca.. Baca atas risiko sendiri.. Seram, ngeri dan juga suspen..

Sha bacadan selesai pada 16.10.2020..

Sha beli ebook ini di Google Play Books..
Published August 22nd 2020 by I F I ENTERPRISE

Filem China | Taoist Master (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang master yang telah dianiaya namun diperlukan bantuannya di tempat lain.. Ketika ingin pergi membantu, ada yang cuba menghalang.. Namun tak semudah itu untuk master tersebut mengalah.. pencarian master dan anak muridnya menemukan mereka dengan seorang perempuan.. Anak murid master tersebut dilarikan dan master tersebut dibantu oleh orang yang cuba menghalang beliau.. Rupanya ada bomoh gila yang menjadi segala punca kepada ajaran sesat dan kehilangan budak di kampung tersebut.. Memang menarik sebab ada babak kungfu dan juga penyiasatan..

Movie: Taoist Master
Also Known As: Master Zhang
Genres: Historical, Drama, Fantasy
Country: China
Release Date: Jun 5, 2020
Duration: 1 hr. 31 min.
Zhang Daoling received a letter of help from his friend Wen, an adult, and took his disciple Wang Chang to Bashu. However, he found his friend was dead and was involved in a terrifying conspiracy. Zhang Daoling insisted on his own heart and was not fooled by foreign objects. Eventually, he stopped the evil sacrificial activities of the local evil organizations to ruin the people and educated the local people.  



Nasi Ayam Goreng KFC

Assalamualaikum..
Hye semua..

Resepi ini dah viral lama, Sha je baru nak cuba.. hehehe.. Kebetulan ada lebihan KFC.. Tu yang cuba tu.. Sha guna resepi yang paling mudah.. hehehe.. Lagipun stok sayur memang tak ada dah dalam peti.. hehehe.. Makanya kita bubuh apa yang ada je.. Mudah dan cepat.. Sesuai untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah.. Sebab sangat cepat penyediannya.. 

Bahan-bahannya:-
Beras (basuh dahulu ye beras ini..)
Ayam KFC (Sha guna 3 ketul)
Sedikit kicap
1/2 kiub ayam
Air (ikut sukatan masak nasi yang biasa anda guna)

Masukkan semua dalam periuk nasi dan masak.. setelah masak, bolehlah cerai-ceraikan ayam dan gaul dengan nasi.. siap dihidang..

Nasi yang dah siap digaulkan dengan ayam.. Sedap.. Mudah dan cepat.. Terus jadi bekal anak-anak ke sekolah.. Hehehe..

Sunday, October 18, 2020

Makanan | Poket Doremon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah nampak orang kongsikan pasal manisan ini.. Kebetulan ada kawan pejabat ajak joint dia, makan kami pun memesan lah bersama-sama.. Sha beli yang mix flavour.. Ada 6pcs.. Nampak menarik.. Katanya sedap makan sejuk, makan bawa balik terus simpan dalam peti ais.. hehehe.. Memang betul sedap dimakan sejuk.. Rasa dia macam makan aiskrim dengan pelbagai perisa.. Hehehe.. Sedap.. Sha suka semua rasa.. Memang berbaloilah bayar RM16.. Manisan yang ohsem..

Sekotak 6 pcs pelbagai rasa - RM16

Dari kiri flavour dia ialah:-
Cheese
Pandan Gula Melaka
Manggo Cheesecake
Caramello
Chocolate
Vanilla

ebook | Sihir: Episod 3 oleh Ismi Fa Ismail

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Makin ohsem.. Seriuslly makin best.. Makin mendebarkan.. Nayla berjaya melakukan kesan yang lain dari kesan asal mentera yang digunakan.. Malah buku sihir Nayla juga mempunyai peraturan yang berbeza dari pengamal sihir lain.. Memang pelik.. Apa agaknya yang ditakutkan Saadah sampai mengubah buku mantera kepunyaan Nayla dan menambah peraturan luar jangkaan.. Gangguan yang dilalui Aisyah makin teruk hingga menyebabkan mereka disekeliling Aisyah cedera.. Gangguan yang cuba menghasut Aisyah.. Adakah Aisyah akan tergugat.. Aidan pula kembali ke masa dimana dia berjumpa buku-buku mantera tu demi memastikan bahawa dia layak mendapat buku mantera tersebut.. Kehidupan mereka makin mengujakan..

Berminat nak baca?? Beli di 👉 SIHIR: Episod 1SIHIR: Episod 2SIHIR: Episod 3

ebook ini adalah pemberian penulis kepada Sha melalui cabutan di Facebook..
Published October 2020 by I F I ENTERPRISE

Filem Korea | Search Out (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang mengejutkan.. Pembunuh membunuh hanya melalui mesej di laman sosial sahaja namun bila disiasat, pembunuhan itu dikategorikan sebagai bunuh diri.. Pembunuhan dilakukan dengan menggunakan perasaan tertekan manusia yang dihantar mesej.. Bila pembunuhan mengejut berlaku di apartment mereka, 2 lelaki mula menyiasat.. Ada seseorang yang menyebabkan mangsa membunuh diri namun yang ditangkap bukanlah pelaku sebenar.. Sebaliknya pelaku itu sangat licik dengan menjadikan beberapa manusia sebagai orang suruhan.. 

Menariknya filem ini ialah bila emosi manusia menjadi permainan manusia lain.. Kadang kita tak sedar orang yang dekat dengan kita merasa depressed.. Kadang orang tu dah cuba bagi tahu kita tapi sikap pentingkan diri dan tak mengendahkan kita mungkin menyebabkan orang tu jatuh lebih teruk dalam tekanan.. Nice filem..

Movie: Search Out
Also Known As: seochi aut
Genres: Thriller, Mystery, Crime, Investigation
Country: South Korea
Release Date: Apr 9, 2020
Duration: 1 hr. 32 min.
"What is the meaning of your life?"
After this message arrived via SNS, death began!
Police trainee Sung Min and job seeker Jun Hyuk both become suspicious after a young high school girl commits suicide. They both track down hacker Nu Ri to help aid in the investigation. 
The investigation that started out as simple protocol leads to uncontrollable consequences. (Source: MyDramaList)

Saturday, October 17, 2020

Hadiah ebook Dari Blogger Farah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat hadiah hari jadi awal dari Kak Farah.. Sha terima email dan whatsapp pada waktu yang sama.. Mulanya terkejut juga dapat email dari esentral tentang hadiah ebook tapi bila nampak nama Kak Farah rasa tetuja tu lain macam tau.. Sebabnya bukan satu tapi dua ebook.. Penulis ini merupakan penulis kesukaan kak Farah.. Terus Sha redeem kedua-dua ebook tu.. Nampak gayanya weekands Sha akan jadi extra seronok dengan dua ebook ini.. Terima kasih banyak-banyak kak Farah untuk hadiah yang ohsem ini.. Sha doakan semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat akak, murahkan dan lapangkan rezeki akak serta Sha doakan semoga akak sentiasa didalam rahmat Allah.. Aamiin.. Aamiin..

Terima email ini masa nak keluar briskwalking.. Sambil jalan sambil redeem ebook.. hehehe..

Dua buah ebook yang dihadiahkan kepada Sha..

ebook | Boneka oleh Ilya Abdullah

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini merupakan kesinambungan Novel Mannequin.. Apa agaknya kaitan Ibu Maryam dan juga Zaitun.. Betulke Zaitun masih hidup.. Semuanya akan terjawab dalam novel Boneka ini.. Kekejaman yang berlaku di kampung Syasya mengerikan.. Mayat yang dijumpai bersama boneka menyebabkan orang kampung percaya Maryam bangkit membalas dendam.. Adam datan ke kampung itu untuk membantu Syasya namun nyawanya dalam bahaya kerana dendam yang tersemat di hati pelaku bukan calang-calang.. Usaha Adam membongkar rahsia Zaitun dan Maryam menemukan Adam dengan kejutan yang tak disangka.. Ada anak yang disembunyikan kerana ingin meneruskan legasi kejahatan mereka dan ada anak yang dibuang demi menghalang kejahatan berterusan.. Memang ohsem novel ini.. Cuma terdapat sedikit kesalahan ejaan dan tertukar nama watak.. Yang lain memang ohsem..

Sha baca dan selesai pada 14.10.2020..

Sha beli ebook ini dengan penulis.. Ada juga buku fizikal.. Berminat 👉 klik Facebook: Illya Abdullah
Published September 2020 by Iris Publication

Drama Korea | Legally, Dad (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama pendek dan ringkas.. Kalau ikut logik memang tak akan lah jadi gini kan.. Tapi drama kan.. Tambahan pula dari Korea.. Relaks relaks je tengok.. 

Kisah dua beradik yang tiada mak ayah.. Si adik agak kacau bilau sebab selalu diusik sebab tak ada mak ayah.. Tetibe terjumpa lelaki handsome yang sudi jadi ayah sebab berkeperluan.. Hehehe.. Kira win win situation lah.. Gitu.. Boleh tengok online dekat Youtube.. 

Drama: Legally, Dad
Also Known As: Step Dad On Paper , Seoryusang Appa
Genres: Romance, Drama
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Aug 27, 2020 - Oct 1, 2020
Aired On: Thursday
Duration: 12 min.
Orphan Ah Young is a financially struggling 23-year-old who takes care of her 8-year-old sister Dan Bi while juggling part-time jobs. 
One day a 28-year-old man Yoo Sang appears in front of Ah Young offering to be her dad through a signed agreement. 
~~ Adapted from the web novel of the same name.~~

ebook | Sang Sirius oleh Fathi Fatim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah ebook yang mendebarkan dna menarik dibaca.. Kisah Yasna yang bermimpikan tragedi hidup seseorang.. Menjadikan Yasno seorang gadis pelik yang suka menyendiri.. Dipeertemukan dengan Ali tanpa sengaja bila Ali percaya apa yang Yasna mimpikan malah mimpi Yasna menyelamatkan Ali dari keracunan makanan.. Dari situ mereka menjadi rapat hingga berputik perasaan yang sukar dinafikan.. Namun tiba-tiba Ali hilang malah dikatakan depresi.. Yasna tak percaya kerana mimpi yang diperolehinya menunjukkan Ali dianiaya.. Penyiasatan Yasna menemukan rahsia yang tak disangka.. Semuanya kerana terlalu taksub dengan kuasa yang ada tanpa mempedulikan orang lain..

Boleh beli ebook di 👉Facebook: Fathi Fatim..

Sha baca dan selesai pada 13.10.2020..

Sha beli dengan penulis.. Koleksi peribadi Sha..
Published October 2020 by Fathi Fatim

Friday, October 16, 2020

ebook | Lizzy + Sangkok oleh Zati Mohd

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli ebook ini dari penulis.. berminat?? Klik je sini 👉 Facebook: Zati Mohd..

ebook ini ada 2 cerpen pendek dengan tajuk Lizzy dan Sangkok.. Lizzy ini kisah seorang pembunuh upahan yang membunuh lelaki-lelaki jahat.. Sebenarnya Lizzy ini jadi pembunuh sebab ingin membalas dendam kematian maknya yang dianiaya.. Tak mudah tapi tekad yang kuat menjadikan Lizzy pembunuh upahan yang dasyat.. Sangkok pula kisah negara yang maju namun tiada dalam peta dunia.. Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat ke sini.. Negara yang sangat canggih dan maju ke depan berbanding negara-negara sedia ada.. 5 sahabat telah ke negara ini tanpa sengaja.. Kerana adanya manusia yang ingin menjadikan mereka bahan uji kaji.. Berjayakah mereka melepaskan diri..

Sha baca dan selesai pada 13.10.2020..

Sha beli ebook ini dari penulis.. Koleksi peribadi Sha..
Published by Penerbitan Kejou Book

Drama Korea | Missing: The Other Side (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat best.. Kehilangan yang menjadi tanda tanya.. Perkampungan yang mengumpulkan roh mereka-mereka yang mayatnya tak dijumpai.. Bukan semua orang boleh melihat mereka, hanya yang terpilih.. Dengan bantuan mereka inilah, mayat-mayat mereka ini dicari dan disempurnakan.. Malah penyiasatan itu juga membongkarkan peristiwa yang tak dijangka buat watak utama.. Episod 11 dan akhir memang menyedihkan.. Meleleh owh air mata.. Hahaha.. Walaupun cerita ini hanyalah fantasi namun emosi mengenai kehilangan orang yang kita sayang bukan biasa-biasa.. Tak logik namun ada isi yang berjaya disampaikan.. Bagaimana kasih sayang seorang ibu dalam menyelamatkan anaknya hingga melakukan perkara yang tak dijangka.. Semuanya demi keselamatan seorang anak..

Drama: Missing: The Other Side
Also Known As: Missing, geudeuli isseossda, They Were There, Missing: Geudeuli Itseodda, Missing: They Were There
Director: Min Yeon Hong
Screenwriter: Ban Ki Ri, Jung So Young
Genres: Thriller, Mystery, Fantas
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Aug 29, 2020 - Oct 11, 2020
Aired On: Saturday, Sunday
Original Network: OCN
Duration: 1 hr. 10 min.
A village holds spirits of missing, deceased people. A search to find the missing bodies and discover the truth behind their disappearance occurs.
Kim Wook is a smooth talker and a good-looking man. He commits fraud to make a living. One day, he happens to arrive at Duon Village, where the missing dead gather. He soon faces numerous mysteries.
Jang Pan Seok is a mysterious figure. He secretly looks for missing people. He is the connection between Duon Village and the outside world. He becomes a fraud partner with Kim Wook and he solves cases.
Lee Jong Ah is Kim Wook's supporter. She is a white hat hacker out to gain social justice. She works as a low-ranking public officer at a community center as her day job.
Shin Joon Ho is an elite detective. One month prior to his wedding, his fiancée Choi Yeo Na disappears. To find her, he applies for the missing person squad.
(Sources: AsianWiki & Mydramalist)

Random Photo #15 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila nak kosongkan memori telefon, kita penuhkan pula entry di Blog.. hehehe.. Jemputlah baca dan cuci mata ye.. hehehe..

Kelender dan sticker bertulis jawi Bismillahi, Tawakkaltu ’Ala Allah (Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah.) Sha dapat ini dari Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd sebab pernah buat wakaf perigi dengan mereka..

Beli mask extender untuk anak.. hehehe.. Spare.. Asyik hilang entah ke mana je bebudak ini lepas pakai..

Sticker comel ini Sha nak bagi anak-anak dan juga rakan yang bertukar buku dengan Sha..

Aktiviti di petang hari.. Cuba secara kerap tapi sekarang ini petang selalu hujan.. Inipun gerimis.. hehehe..

Proses menukar tutup lubang air tu dari plastik kepada besi..

Teman encik suami memancing lepas berjaya jalan kaki 3000 lebih langkah.. Jalan sorang, tak dapat lah pusing jauh.. Dapatlah ikan talapia tapi kecik sangat, lepaskan balik bagi dia besar.. Hehehe.. Dah besar, kita pancing balik..

Hasil pancingan.. Ikan lampam.. Sedap makan panas-panas lepas digoreng.. Tapi nak menyiangnya bukan senang.. hehehe..

Thursday, October 15, 2020

ebook | The Strange Library by Haruki Murakami, Ted Goossen(Translator), Chip Kidd (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa belek-belek perpustakaan maya, ternampak tajuk ini.. Eh.. Macam menarik pula.. Teruslah baca.. Menarik sebab ada perkataan 'Library' di situ.. Hehehe.. 

Kisah seorang budak yang ke Perpustakaan di saat Perpustakaan hampir di tutup.. Teringin membaca buku yang tak boleh dipinjam lalu ditahan di dalam Perpustakaan.. Berkenalan dengan 'wolfman' dan gadis bisu.. Dengan pertolongan mereka berdua, budak lelaki ini cuba lari.. Namun berjayakah beliau?? Pengalaman yang aneh namun menarik.. Bacaan yang sangat nice..

Sha mula dan habis baca pada 11.10.2020..

Sha baca guna aplikasi Google Play Book..
Published December 2nd 2014 by Knopf (first published 2001)

Menang ebook Sihir: Episod 3

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Dari weekands haritu Sha nantikan ebook Sihir: Episod 3 ini dekat Google Play Books tapi disebabkan masalah teknikal, penulis terpaksa muat naik lambat sedikit.. Semalam sha dapat tag di Facebook mengatakan Sha salah seorang pemenang untuk ebook Sihir: Episod 3 ini.. Yeah!! Terus Sha beli ebook penulis ini yang lain.. Hahaha.. Simpan budget siap-siap untuk beli ebook tapi dapat percuma, makan budget tu kita beli ebook lain.. hehehe.. Bila penulis mesej Sha minta email untuk hantar ebook, terus Sha bagi.. Yeah!! Petang tadi dah dapat.. Sha dah start baca.. Memang berbaloi menunggu ebook ini.. hehehe.. Korang berminat ke?? klik 👉 Ismi Fa Ismail

Penulis tag Sha di Facebook..

Resepi | Nasi Goreng Kimchee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak buat nasi goreng guna kimchi.. Kali ini Sha guna Kimchi yang Sha beli dari sahabat Facebook.. Boleh baca entry bertajuk Makanan | Kimchee ini.. 

Bahan dia ringkas dan ikut apa yang ada dalam peti ais.. hehehe..

Bahan-bahannya:-
Nasi semalam
Semangkuk kecik kimchi
Sekeping daging berger Ramly yang dipatah-patahkan
Sebiji telur ayam
Tak ada dalam gambar
Cili giling sesudu besar
Sedikit garam untuk perasa
Minyak masak 2 sudu
Bawang merah yang dicincang

Panaskan minyak dan goreng bawang bagi wangi..

Masukkan daging berger

Masukkan cili giling dan sedikit air..

Setelah cili garing, masukkan kimchi..

Bolehlah masukkan nasi dan gaul rata..

Ketepikan nasi, biar kosong di tengah.. Bubuh sedikit mentega dan pecahkan telur..
Kacau telur dan nasi bagi sekata..

Bolehlah dimakan bersama telur mata..
Kalau nak pedas lagi bolehlah bubuh cili padi potong..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »